THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Tuesday, January 4, 2011

Surah AlFatihah

Perbanyakkan lah bacaan surah Al-Fatihah. Ini kerana Rasulullah S.A.W. bersabda dan disampaikan melalui hadis baginda yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra. Beliau merupakan antara sahabat nabi yang sangat-sangat dipercayai kebenaran kata-katanya dan ingatan beliau yang tajam.

Jika seorang hamba berkata ALHAMUDLILLAHI RABBIL ‘AALAMIIN, Allah berfirman, ‘Demi keagungan Ku dan kebesaran Ku, Aku curahkan kepadamu nikmat Ku di dunia dan akhirat.’ Jika ia berkata ARRAHMAANIRRAHIIM, Allah berfirman, ‘Rahmat Ku bagimu di dunia dan akhirat.’ Jika dia berkata, ‘MAALIKI YAUMIDDIIN, Allah berfirman, ‘Anugerah Ku bagimu di dunia dan akhirat.’ Jika dia berkata, ‘IYYAAKA NA’BUDU WA IYYAKA NASTA’IIN, Allah berfirman, ‘Pertolongan Ku bagimu di dunia dan akhirat.’

“Jika ia berkata IHDINASH-SHIRAATHAL-MUSTAQIIM, Allah berfirman, ‘Petunjuk Ku bagimu di dunia dan akhirat.’ Jika ia berkata,’ SHIRAATHALADZIINA AN’AMTA ‘ALAIHIM, Allah berfirman, ‘Syafaat kekasih Ku bagimu di dunia dan akhirat.’ Jika ia berkata, ‘GHAIRIL-MAGHDIUBI ‘ALAIHIM, Allah berfirman, ‘ Demi keagungan Ku dan Kebesaran Ku, Aku akan dekatkan diri Ku kepadamu di dunia dan akhirat.’ Jika dia berkata, ‘WALADH-DHAALLIIN, Allah berfirman, ‘Demi keagungan Ku, Kebesaran Ku, Kemuliaan Ku, Ketinggian Ku, Aku tetapkan namamu dalam daftar orang-orang yang berbahagia, dan Aku hapuskan namamu dari daftar orang-orang yang celaka.”

Jadi sama-samalah kita memperbanyakkan membaca Al Fatihah disetiap masa baik masa senang maupun masa susah, baik masa lapang maupun masa sibuk, baik masa berehat maupun masa berkerja….Bacalah Al Fatihah dan sedekahlah pada ahli keluarga terutama kedua IBUBAPA kita…ianya tidak mengurangkan pahala kita…malah memberi manfaat kepada mereka dengan bacaan yang kita sedekahkan kepada mereka…Amin

Selamat Beramal…

5 comments:

  1. Terima kasih.kongsi ilmu..

    ReplyDelete
  2. mamasita, Kak Erna dan Sya :
    Most Welcome, auntie nak publish bab2 agama sekali sekala utk panduan diri sendiri dan rakan2 blogger tersayang.

    ReplyDelete
  3. kadang2 kite rasa kita tak sempat nak cr semua tuu.. tp nak jengah blog2 lain sempat la pulak.. terima kasih auntie kongsikan dengan kami

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...