THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Friday, January 21, 2011

AKAL PERLU DIPIMPIN OLEH HATI

Renungan Pagi Jumaat

Email yang berharga untuk bimbingan..

******************************************

Akal boleh mengumpulkan ilmu dan pengalaman. Dengan ilmu dan
pengalaman, akal boleh menimbang mana yang buruk dan mana yang baik.
Mana yang menguntungkan dan mana yang merugikan. Mana yang orang suka
dan mana yang benci. Oleh itu, dengan akal, manusia boleh mencari jalan
hala kepada kebaikan terutama yang ada kaitan dengan kehidupan lahiriah.

Akal mampu menganalisa dan melihat akan kehebatan ciptaan Tuhan dan jesteru itu boleh merumuskan akan kewujudan Tuhan. Orang yang menggunakan akalnya secara betul dan ikhlas akan dapat membuktikan akan
kewujudan dan peranan Tuhan dalam kehidupannya, pada kewujudan dirinya
dan pada kewujudan alam.

Namun akal tidak boleh dibiarkan berfungsi secara bebas. Akal yang diberi kebebasan secara mutlak hanya akan mampu mengikut landasan lahiriah atau duniawi semata-mata. Dia hanya mempu berkecimpung di alam
nyata kerana itulah hakikat ciptaannya yang sebenar iaitu untuk
mengendalikan hal-hal dunia. Akal tidak dapat menjangkau ke alam ghaib.
Ia hanya mampu berfungsi di alam nyata yang bergerak di atas hukum-hukum
yang tertentu yang berkait dengan sebab musabab serta aksi dan reaksi.
Akal yang dibiarkan berfungsi secara bebas akan merosakkan manusia.
Akhirnya nanti dia akan menafikan kewujudan Tuhan, malaikat, alam
akhirat, Syurga dan Neraka. Dia akan menolak dan mentiadakan apa yang
dia tidak boleh faham dan apa yang dia tidak upaya menjangkau dan
membuktikan.

Akal perlu dikawal oleh hati. Akal mesti duduk di bawah hati dan tunduk kepada arahan hati. Akal mesti menjadi alat kepada hati. Hati atau jiwa yang hidup, yang peka, yang celik dan yang berperanan akan
dapat menjangkau kealam ghaib. Hati boleh merasakan akan kewujudan dan
kehadiran Tuhan. Bahkan hati boleh merasakan kehebatan, kebesaran,
keagungan, dan kuasanya Tuhan. Hatilah yang yakin akan adanya Tuhan,
malaikat, alam akhirat, syurga dan neraka.

Apabila akal mengikut arahan hati, maka ia akan dapat berfungsi mengikut cara yang Tuhan mahu dan tidak akan terjebak dengan lambaian, godaan, penipuan dan perangkap dunia. Barulah akal boleh dimanfaatkan
dengan sebaik-baiknya. Barulah akal tidak akan merosakkan.

Tambahan pada itu, hati yang bersih, roh yang kuat dan jiw yang hidup akan membuatkan akal menjadi lebih tajam dan lebih bijak. Ini telah dibuktiakan oleh para sahabat yang dididik oleh Rasulullah SAW. Asalnya
mereka adalah pengembala kambing. Tetapi dengan kemajuan dan tamadun
jiwa dan rohani mereka hasil didikan Rasulullah SAW, mereka mampu
menjadi ahli dalam berbagai bidang ilmu termasuk metametik, falsafah,
astronomi, astrologi, perubatan, sains dan berbagai-bagai lagi sehingga
mereka menjadi tok-tok guru kepada bangsa dan tamadun lain.

5 comments:

  1. Untie, thnks for posting this. very meaningful untie. Have a good day ya Untie.

    ReplyDelete
  2. Betapa kurniaan Allah tiada tolok bandingnya. Hilang pertimbangan akal terjadilah gejala anak membunuh ibu, ibu membunuh anak. Akal menguasai segala langkah kita.

    ReplyDelete
  3. thank you for sharing auntie..

    ReplyDelete
  4. Dalam dunia sekarang ni macam yang terjadikan kak nani, subhanallah. Takut.

    ReplyDelete
  5. anty bagus sungguh entri nih buat pedoman saye :). sebab tula manusia ni di kurniakan akal untuk dimanfaatkan sebaik baiknyer :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...