THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Tuesday, January 4, 2011

7 Sunnah Rasullullah S.A.W Harus Di Jaga

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

PERTAMA:

Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

KEDUA:

Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

KETIGA:

Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

KEEMPAT:

Jaga solat Dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat Dhuha.

KELIMA:

Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

KEENAM:

Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia Ya Allah”.

KETUJUH:

Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.


ZIKIRadalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.


Wallahualam…

5 comments:

  1. alam aunty..
    terima kasih atas info ini..:)

    ReplyDelete
  2. cikceriacorner : Wsalam. tima kasih juga tinggal komen sbab bab2 agama tak ramai minat nak komen..ermmm

    ReplyDelete
  3. LSS : You are welcome, moga kita dpt panduan dari n3 agama kann...

    ReplyDelete
  4. salam auntie...

    suka blog ini banyak info agama kepada pembaca....ialah zaman sekarang nih didikan agama amat penting terutama ditekankan pada anak2, masalah sosial kat luar sana ari2 baca dalam paper mcm2 cerita ...masalah pergaulan bebas lelaki perempuan, org islam minum arak, clubing berparty bagai, etc etc....so sebarkan msg islam satu tanggugjawab sosial juga....bagus tu banyakkan lagik infonya

    from:
    anonymous

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...