THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Friday, January 14, 2011

3 Panggilan Allah Kepada HambaNya...

Salam Jumaat
Dingin dan redup cuaca pagi ni..

Auntie nak share dan renungkan lah email ini ..

************************************
Saya ingin menyeru kepada semua, supaya kita jangan lah sekali-kali mengambil mudah mengenai solat. Sedangkan melewat-lewatkan solat juga berdosa, apatah lagi sengaja meninggalkan solat…astaghfirullah. Kisah mengenai 3 panggilan Allah kepada hambaNya ini. Semoga mendapat pengajaran dan manfaat darinya.

Saat itu, Dhuha, hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju Mekah…….
aku bertanya pada Ibu.

‘Ibu, kataku, ada cerita apa yang menarik dengan Umrah….?’

Maklumlah, ini pertama kali aku ber Umrah.

Dan Ibu, memberikan penerangannya…

Ibu adalah pemilik Maknah Tour Travel dimana saya telah menyertai rombongan Umrah pada bulan July 2007 yang lalu.

Kebetulan umrahku dimulai di Madinah dulu selama 4 hari, baru ke Mekah. Tujuannya adalah mendapatkan saat Malam Jumat di depan Kaabah.

Pada kesempatan itu aku untuk bertanya tentang Umrah kepada ibu.

Ibu berkata…’Hassan, Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup…’

Keningku berkerut….

‘Sedikit sekali Allah memanggil kita..?’

Ibu tersenyum… ‘Yer, tahu tak apakah 3 panggilan itu…?’

Aku menggelengkan kepala.

‘Panggilan pertama adalah Azan‘, ujar Ibu…

‘Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak ‘cepat marah’ akan sikap kita.

Kadang kita terlambat, bahkan tidak solat sama sekali kerana malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi hambaNya, samaada hambaNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas hambaNya pada hari kebangkitan nanti’.

Saya terpaku…. .mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambat-lambatkan solat kerana meeting lah, mengajar lah, dan lain lain. Astaghfirullah…

Ibu terus berbicara…

Hassan, Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji.

Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya ‘bergiliran’ . Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalan nya bermacam-macam. Yang tidak ada duit tiba-tiba dapat duit dan dapat pergi. Yang kaya raya duit bertimbun-timbun, tapi tak ada kesempatan pula hendak pergi. Ada yang memang merancang dan terkabul. Tapi ada juga yang sebaliknya.

Ketika kita memasang niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan ‘Labaikallahummalabbaik/ Umrotan’, sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua. Saat itu kita merasa bahagia, kerana panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu’.

Mata saya semakin berkaca-kaca. Subhanallah. Saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan. Alhamdulillah.

Dan panggilan ke-3, terang ibu lagi, ‘adalah KEMATIAN.

Panggilan ini Allah tidak memberikan sebarang tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya dapat menjawabnya dengan amal soleh. Kerana itu Hassan, manfaatkan waktumu sebaik-baiknya.

Jawablah 3 panggilan Allah dengan TAQWA.

Insya Allah syurga adalah balasan untukmu…’

Ibu mematikan bicara sekadar itu. Aku termanggu…

Mata saya basah di dalam Masjid Nabawi , saya sujud bertaubat pada Allah kerana kelalaian saya dalam menjawab panggilanNya. ….

Kala itu hati saya makin yakin akan kebesaranNya, kasih sayangNya dan dengan semangat menyala-nyala, saya mengenakan baju Ihram dan berniat….

Aku menjawab panggilan UmrahMu, ya Allah, Tuhan Semesta Alam.

Mata saya basah di dalam Masjid Nabawi , saya sujud bertaubat pada Allah kerana kelalaian saya dalam menjawab panggilanNya. ….

sesungguhnya CINTA ALLAH swt kepada hambaNYA Maha Hebat, TIDAK BERSYARAT tapi cinta hamba pada NYA, sangat ringan, umpama debu beterbangan.... melekat bila ada air.. (ada masalah).. bila air mengering.. debu pun terbang lagi.. begitukah erti BERSYUKUR kepada Yang Maha Menjadikan kita?

13 comments:

  1. terima kasih auntie..

    ReplyDelete
  2. auntie,

    mohon share artikel ini..

    tq kerana share info yg amat2 berguna ini. semoga hari2 kita nanti dilalui dgn penuh rahmat..

    amin.

    ReplyDelete
  3. 3 panggilan kekadang kita terleka juga..

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas ingatan ni aunty :)

    ReplyDelete
  5. Salam Marina,

    Terima kasih, N3 yang begitu berkesan.

    Panggilan Allah yang pertama, kadang2 walaupun kita dengar, kita masih bertangguh.

    Tapi kalau kawan2 panggil cepat2 kita menyahut seruannya. Takut kawan kecik hati.

    Sayangnya kita tak pulak fikir, kemurkaan Allah bila kita lambat menyahut seruanNYA. Apa lagi ada yang langsung tidak menghiraukan panggilanNYA.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kak kerana berkongsi...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum auntie,

    Saya juga hamba Allah yg sentiasa lalai dan kadang meringan2kan solat. Waktu saya membaca post ini tidak semena2 saya terpanggil utk tunaikan solat zohor (kadang saya rasa malas dan tidak solat) dan kala solat hati saya menjadi sangat syahdu, satu perasaan sedih timbul.. entah kenapa. Selesai solat saya menadah tangan bersyukur pada Allah kerana pertama kalinya saya diberi kelazatan bersolat, saya sedih, syahdu, pilu dan macam2 perasaan yg bercampur baur... tak semena2 air mata saya turun laju seperti berhadapan satu kesedihan yg amat.... Ya Allah mungkin itu satu rahmat buat saya...tq auntie kerana artikel auntie sedikit sebanyak menyedarkan saya...moga auntie sentiasa dilindungiNya...

    Anie..

    ReplyDelete
  8. Terima kasih anty atas peringatan ni
    Saya antara yang terlalai..
    Kadang2 tu tertinggal jugak solatni..
    Rongak jadinya..

    Terima kasih lagi sekali anty.

    ReplyDelete
  9. suka n3 ni. tk kerana berkongsi.

    ReplyDelete
  10. terima kasih anty sebab sudi kongsi ceriter nih, sekurang2nyer saye tersedar dari terus lalai. hurrmmm

    ReplyDelete
  11. Untuk semua yang tinggalkan komen...
    Terima Kasih..Mari lah kita
    Sama2 sedar dari leka dan lalai..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...