THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Tuesday, September 28, 2010

Sambal Sotong Kering

Rezeki dari Allah

Semalam jiran bagi ubi kayu

Paling senang dan ringkas,
Rebus makan dengan sambal tumis,

Pukul 5 pagi jap ni tadi, terbagun dari
tidur, terus ngadap ubi
potong2, kupas kulit,
Terus rebus

Ubi masih dalam periuk
tunggu empok

Sambal tumis sotong kering
Di kirim oleh Bisan dari Melaka

Emm...tulah sarapan pagi nih..


Monday, September 27, 2010

Verangans dan Impians

Macam 'Ulau belengkau atas pagau' tu lah keadaan aunty
masa kat kampung..
Tidur jer sepanjang hari dalam bilik, sakit badan
melanda lagi..

I am too old and sickly to travel..
felt so tired and ill
zero energy... once I reached any destination,
all I need is to rest and rest for hours..
body ache all over..
I am not fit at all..

Balik kampung kali ni,
Memang tak kemana2..
Adik2 dan ipar duai dan cucu2 sedara
datang berjumpa di rumah

Rosak rancangan semua..
Kemana ikan bakar dan kemana Mahkota Parade??
Hancus rancangan...

Emm...sebenarnya ada perancangan nak dirikan rumah di
tanah pemberian arwah abah.

Bolehlah balik setiap weekend ker Melaka konon
jika aunty dirikan rumah 'ala2 chalet' gitu
Cost nya murah, satu chalet yg ada 1 bilik air
dan 2 bilik tidur hanya RM10K
Jadi aunty nak dirikan 4 chalet
setiap chalet tuh nak dinamakan atas
nama anak2 aunty..

Dah siap nanti boleh di sewakan
untuk Home Stay

Huhhhh! dah macam nih sakit bila travel
uncle pula memang tak sihat untuk drive jauh2

kena fikir masak2 dan betul2
sebelum mendirikan nya..
kita bukan lah banyak duit
hanya ada sedikit
simpanan bekalan hari tua..

Dah lah anak2 menentang akan idea tuh..
Kata mereka kalau mama dan papa ada
seronoklah, kalau later2 mama dan papa
dah tak de rumah tuh macam maner??
di tinggalkan gitu saja ker?
Sapa nak jaga??

Hishhh...uncle pun tak setuju nak teruskan rancangan tuh!
bila tengok aunty tak sihat setiap kali balik kampung

Kita buat dusun buah saja...kata uncle
Tapi...kena buat pagar sekeliling tanah tu dulu
sebab segala lembu dan kambing2 orang ragut2
yang di lepaskan kat situ



Hasil kutipan buah kelapa setiap bulan adalah
utk upah pembersihan kawasan dan
membeli racun rumpai



Sebelah tanah tuh, dah ada tadika kemas


Main road ker Muar
Nama tempat nih
Kampung Bukit Punggur, Alai


Arah tepi
Longkang dari depan sampai belakang
sapa yang buat??
kami tak tahu...


Jalan yg di wakafkan sampai ke kampung belakang
keluasan tanah 2 1/2 ekar
Malam2 tak takut sebab dah ada street light



Nama arwah abah terpampang di situ...Alfatihah



Arah Dari belakang


Tapi aunty teringin sangat nak ada chalet sendiri, he he he
Veranganss....lah...



Friday, September 24, 2010

Balik Kampung

Baru nak balik kampung,
Kg Tedong, Merlimau, Melaka

Bergerak kul 6:45 ptg ni
Di kampung sampai hari Ahad

Emm..balik berdua ngan uncle, anak2
tak ikut..memasing ada hal

Emm....ikan bakar..here I come..
Mahkota Parade... I will spent my money there..
He he he....

Okay see you all in monday
InshaAllah..

Antibiotik atau Virus

Kemarin badan tak berapa sihat, deman berbalik2 walaupun ubat
dah dekat nak habis.
Kejap okay, kejap sejuk2, hari ni Noy dan Peeja pun dah rasa seram
sejuk...dulu2 kalau demam pun 2 tiga hari dah baik..
sekarang takes 2 weeks yet virus tuh masih pertahankan perjuangan
dalam badan

Kalau di bayangkan virus berbentuk kartun dalam badan kita,



Cuba perhatikan 'virus merah' yg aunty google nih..
macam saper?? he he he
Bukan Dajal..
sebab Dajal mata satu

Astaghfirullah...

Virus tuh dengan bangga hidup harmoniously dengan
antibiotik yg di ambil oleh pesakit2..

sekarang virus berjaya bersahabat dengan antibiotik,
virus tuh melompat2 gembira...
dia lupa ujud nya..ANTIBIOTIK yang lebih kuat



Kalau lah ada manusia yg bersifat virus dalam golongan
kawan2..kan ker rosak..

Berhati2 lah, pandailah menilaikan diri dan kawan2 di
sekeliling diri kita....
virus ?? atau
antibiotik??

Sorrylah! aunty berotak kartun hari Jumaat yang mulia nih..
Aunty terbayang dan melayang jauh pulak...
(Kesan ubat agak nya)

Emm...so bila aunty dah tak berapa sihat beberapa hari nih,
aunty abaikan blog dan fb..
tak bukak lansung..tak de mood..

Waduh, bila aunty buka jer blog kat dashboard semalam
mengenang air mata tengok2 dah ada 37 comment utk
aunty moderate dan publish

Dah tuh bertambah lagi pada malam semalam

So..satu2 aunty baca..ada yg sayu, menistis air mata
ada yang lucu, membuat aunty tersenyum
Yang pasti nya semua mendoakan yang baik2
untuk kesihatan aunty...

Love all of you di atas segala Doa2

Aunty tak dpt nak jawap satu persatu terlalu banyak

Aunty hanya berdoa pada Allah......
utk semua readers aunty, especially yang
tinggalkan komen...

Ya Allah..permudahkan lah urusan mereka
dunia dan akhirat kerana
mereka telah melapangkan
masa utk mendoakan kesihatan ku..
mereka adalah ikhlas
mereka tidak mengenali ku,,
Ya Allah..lindungi lah mereka dari perkara2
yang memudaratkan mereka..

Ya Allah..perkenankan lah doaku ini

Amin.



Wednesday, September 22, 2010

Alat Pendengaran Superpower

Pergi Hospital Pakar Tuanku Mizan semalam

Emm...appointment yg di buat 3 bulan yang lalu.

Check pendengaran setelah dua tahun hilang pendengaran
di sebabkan demam panas, kerana berlaku kerosakkan saraf

Hidup aunty tanpa bunyi...

Sunyi sepi..

Temu janji kul 10 pagi

Perempuan melayu muda lagi, yang mengendalikan pemeriksaan
telinga aunty..Audiologist

Yang sebenarnya, aunty dah pernah melalui pemeriksaan nih dua tahun
yang lalu di Hospital Pakar Ampang Putri.

Alat yang perlu aunty pakai tuh berharga RM14 ribu, harga tak menjadi masalah
sebab alat tuh di bayar oleh syarikat tempat aunty berkerja.

Cuma, bila aunty pakai alat tuh...sangat bising dan masih tak dapat tangkap
butir2.. perbualan.

So aunty enggan memakai alat tuh..

Tapi aunty nak cuba periksa sekali lagi...

manalah tahu kalau telinga aunty ada improvement
untuk pakai alat tuh..

Kalau aunty dengar bunyi toot..toot..toot, puan tekan butang nih yea!
saya test kiri dulu...dah tuh kanan...
saya nak tahu tahap pendengaran puan, kata Audiologist..

Setelah kedua2 telinga aunty melalui sound check..
berpindah lah kami ker bilik lain..

Berdebar2 aunty menunggu apakah keputusan pemeriksaan

Tahap pendengaran puan terlalu teruk, memang
pendengaran puan tak dapat tangkap segala bunyi
melainkan bunyi yg kuat, iatu guruh dan kilat sahaja.

Alat yang saya nak cuba nih, ada lah alat superpower
tapi saya kena adjust alat ni bersesuaian utk pendengaran puan...

Macam2 bunyi masuk dlm telinga aunty...
Bingit dan nyilu

Lebih kurang setengah jam kemudian
Barulah aunty dpt dengar suara Audiologist tadi...
tapi dengar macam pakai microfon
he he he bergaung2 dan ber 'echo'

Audiologist tuh kata jgn risau..
nanti dia buang gaung dan echo2 tuh

Allahu Akbar...

Aunty menistis air mata bila dpt dengar
suara uncle yg duduk di sebelah aunty
suara yang dah dua tahun aunty tak dapat dengar
suara lemak with low peach

Betul tau..uncle di anugerah Allah suara yg lemak
kalau jadi MC memang terpegun org dengar
kalau menyanyi satu lagu, org akan request lagi dan lagi
he he he

manakala suara audiologist tuh pula
suara high peech..agak nya memang suara dia jenis nyaring

Emm...utk mendapatkan alat tuh..
kena isi borang sebab akan di bayar penuh oleh kerajaan
sebab uncle bekas tentera memang ada peruntukkan
process nya tak tahu lah berapa lama
jgn sampai setahun dah lah...

Syukurlah kalau aunty dpt alat tuh..
boleh mendengar kembali
walaupun tidak sesempurna pendengaran yang asli dari Allah

Alhamdulillah

Love them

I dont know why?

I never met them before

I dont know them personally

But somehow..reading their writings makes me 'love' them

Their writing are simple, light, honest, humble and polite

Gives me the instinct of a good circle to be around with

But yet..

I am too shy to know them coz I am not from their age generation!

Will they accept me as their friends..

I am so ridiculous..a mad mak cik.. am I?

Well, I guest...someday I will see them

and get to know them..through my daughter of coz

Whom am I talking about??

.
.
.
.
.
.
.

He he he he

Surprise.....




Another category which I also like to read but they normally
have caruts in their writtings..he he he

Also three of them..

I cant reveal their blogs here
let me keep their identity to myself

Adios...have a good day..

Saturday, September 18, 2010

~Nak dua sajer~


Emm...kebanyakkan tiap2 rumah di KL sekarang
mesti di lengkapi dengan 2 barangan

dulu2 satu saja utk keperluan
sekarang kena ada dua utk keperluan

Yang aunty perhatikan lah...
Golongan pendapatan sederhana
Yang kaya raya tuh tok sah di ambil kira lah

Betul lah..
TV ada dua, kat living and landing area
kalau satu jadi rebutan nak tengok channel maner

kete kena ada dua, utk suami dan untuk isteri
dapur ada dua, wet and dry kitchen
fridge ada dua, di dapur dan dalam bilik

Emm...ada duit lebih beli lagi sebiji rumah
dah tuh sewakan pulak..
atau jadi kan rumah percutian

Aper2 sajalah, kebanyakkan nya nak ada lebih dari
satu

Semua perkara nih, di restui isteri dan si isteri rasa
amat beruntung dan bahagia..

tapi bila suami nak menduakan isteri
yakni nak kawin satu lagi...

Mengamok...kenapa???

Kan dia mampu!!

Bawa bertenang...

Thursday, September 16, 2010

My First Attempt

Tak tahu apa nak masak utk dimakan pada Raya keenam,
Aunty jengok2 kat freezer dan fridge,

Kat freezer, ada ikan tenggiri, sotong, udang, ayam dan tulang
Dalam fridge ada sayur mayur lagi
Semua di beli oleh uncle masa nak sambut HRaya

Teringin nak makan Laksa Johor
Nak tnnggu rumah terbuka ada ker laksa johor?

Aunty check lagi, ada tak bahan2 lain yg perlu
spt ikan kering kurau, udang kering, rempah kari,
santan, serai, lengkuas dan dll.

Kira nya semua bahan utk buat kuah ada...
He he he..kelentang keluntung lah aunty kat dapur..

Alhamdulillah...Siap Kuahnya

Masa utk menghiris timun, limau, bawang,
aunty pakai kacang panjang sebab taugeh tak de
Emm...daun selasih pun tak de
Lobak assin pun tak de
So altogether 3 perkara tak de
Nak gerak/kejut uncle dari tidur
nak suh beli dia pulak tak berapa sihat
berjangkit demam dan selsema dari aunty
Tak perlah, apa saja yang ada, bukan nak jamu
siapa2..anak branak jer yg nak makan.

Power lah pulak rasa nya..
although this is my first attempt

Uncle bagi thumps up dan kata
kuah aunty lebih power dari Laksa Shack di JJ
TQ to mr google

Peeja spt biasa, menggeleng2kan kepala
dan mata berpusing2, menandakan sedap

Noy, kesian dia tak dpt rasa apa2
kesedapan hanya utk
kenyang kata nya sebab dia demam

So aunty dah boleh buat Laksa Johor if anybody
wish to come to my home of coz with appointment lah
Ia perlu masa nak masak kann..bukan boleh petik jari
terus siap..

Kuah yang Pekat

Sebungkus Speggetti

Sambal Belacan

Clockwise :
Hirisan Kacang panjang, timun, limau nipis dan bawang

So happy to cook if it turns out well and delicious...

Wednesday, September 15, 2010

bUAH tANGAN

Ada banyak balang biskut
yang bukan aunty order tapi dibawa oleh kawan2
yang datang beraya
Amboi! rezeki tahun nih amat mewah

Rasa nya tak termakan aunty..



Tiga peket butter cookies (kotak dah di buang)


Biskut Bangkit dan Black Sesame


5 peket Cakar Ayam


Cup cakes yang dah di makan dua biji


Kek Lapis


Tart Nenas


Biskut Makmur


Biskut Dam


Buah tangan yang unik


Kurma di selit badam


Halwa Black Barry


Halwa Kiwi

Aunty masukkan dalam bekas kuih raya



Halwa Peach


Halwa Black Berry

Jeruk Buah Pala


Assam Boi dua jenis



Halwa Kiwi dah aunty gunting2


Halwa Betik

Rupa2 nya Halwa dan jeruk2 pulak yang kawan2 aunty makan
sambil bersembang2..

Bekas biskut raya aunty yg air tight (kedap udara)
pesen dah berzaman..orang dah tak pakai kot
he he he

Aunty beli bekas biskut nih tahun 80 an tapi di sebabkan
tak air tight, biskut asyik lemau (masuk angin)
dah aunty tukar jadi bekas kuah kacang, timum dan bawang dll.

Biskut raya yang aunty order,
sepatutnya di bawa balik ker
Melaka pun masih dalam kabinet.
Noy juga order, masih belum termakan lagi

Emm...kita merancang, Allah menentukan
Di sebabkan demam melanda, tak berjalan kemana2
biskut2 sepatutnya dibawa sebagai buah tangan
masih tersimpan rapi



Tart Nenas yg sedap lagi lembut

Nih, ditingkat bawah cabinet kat tingkat atas
aunty tak sampai nak ambil gambar

Tak per, rayakan sebulan, InshaAllah minggu
hadapan aunty balik kampung..aunty dpt distributekan

Jemputan Rumah Terbuka juga boleh diberi
pada tuan rumah sebagai buah tangan.

Memang aunty practice tiap2 tahun memberi
buah tangan bila berkunjung ke rumah sedara dan
kawan2 jadi tak hairanlah bila mereka juga bawa
buah tangan bila datang ke rumah aunty..

Tuesday, September 14, 2010

Celoteh Yang Tertangguh

Salam semua readers aunty,
Moga semua enjoy Hari Raya
di mana jua..

Raya pertama tak pergi kemana2
rumah di kunjungi sahabat handai
Masakkan aunty 'kelisin' habis kesemua nya
Selepas makan yg penghabisan anak branak
Pukul 1:30 pagi aunty basuh segala periok2

Masakkan hari raya pertama
Daging Sambal 3 kilo
Rendang Hati dan Limpa 1 kilo
Kuah Kacang 1/2 kilo
Lodeh periok yg bersaiz (1 kaki x 1 kaki)
Rendang Ayam, aunty tak masak sebab dah kepenatan
Nasi Impit 3 peket

Sambil basuh periok tuh
Noy bertanya aunty
besok nak makan aper?

Aunty kata.... kan kita nak balik Melaka
Jadi tak payah lah masak aper2
Kenapa tanya macam tuh?

Jawab Noy..
Sorry mama..Noy, Peeja dan P G tak dapat balik kampung

Aunty : Kenapa pulak macam tuh??

Noy : Kawan2 Noy, yang cina2 semua nak datang besok
Kawan2 Peeja dan P G juga besok

Aunty : Kenapa tak datang hari nih..kan senang!

Noy : Dia orang semua nya fly mama, Noy jer yang dpt cuti

Aunty : Lahhhhh...padan lah kau tanya aper nak makan besok?
Kalau macam tuh kena masak lagi lah nih..

Noy : A'ah, dia orang semua nak makan rendang mama
Dia orang kata sedap sangat rendang mama,
masa dia orang makan last year.
Mama masak hidangan yg sama jer lah!
Cuma tambah chicken rendang, sebab cina tak makan daging

Aunty : Ahh! pandai lah kau bodek mama sebab mama
kena masak lagi kan..
Mama tak kuasa nak siang2 bahan lagi, kau orang siapkan
bahan2 mama tumis jer..paham!..mama dah penat
mama bukan nya sihat!

Anak dara dua orang tuh lah yg siapkan bahan2
masakkan yg sama macam menu hari pertama

Mentara dia orang siapkan bahan2,
Aunty blog hopping..ada juga bloggers
yg buat entry pada hari raya pertama tuh.

Hidangan hari raya kedua
Daging Sambal 2 kilo
Rendang Hati dan Limpa
(ada balance raya pertama)
Kuah Kacang 1/2 kilo
Lodeh periok yg sama
rendang ayam 1 ekor
Nasi impit 1 peket

Mentara dia orang siapkan bahan2,
Aunty blog hopping..ada juga blogger yang
buat entry pada hari raya pertama tuh.

Dia orang siap siang2 bahan dah pukul 3:30 pagi
Muka dua2 dah kerut2, mengantuk agak nya..
Mintak diri nak tidur

Aunty kedapur utk masak kul 4 pagi sensorang
berhenti tutup api untuk solat subuh
dah tuh sambung balik masak
Uncle teman tapi kat ruang tamu
dengan tennis US Open 2010 tournament

Aunty tak kejutkan anak dara dua orang tuh
sebab kedua2nya datang 'bulan' bercuti

Rasa nak pengsan aunty
siap masak kul 8:30 pagi.

Aunty kata kat uncle...

Bagi Nani tido jap..
Mentara tuh, you masukkan lah beg2
dan baju2 dalam kereta
kul 10 nanti kejut lah,
macam yg kita plan time nak bergerak ker Melaka
Nani dah penat sangat dah tergigil2 nih!
Rasa badan tak sedap jer!

Tapi bila aunty terjaga dari tidur, tengok jam
dah pukul 11++ pagi..

Badan dah demam..
Uncle kata aunty mengerang2 masa tido..
Dia tak sampai hati nak gerak aunty
Emm...dah berjangkit demam dari Peeja

Uncle kata tunda jer balik ker Melaka
Tak nak aunty penat dan tak selesa
dalam perjalanan nanti

So the whole day of second raya was in bed

Siapa yang datang pun aunty tak tahu..
Kawan2 mereka lah kesemua nya..
Yang tahu, makanan habis juga..

Hari raya ketiga
aunty masih demam tapi perut lapar
Masak nasi, bukak sardin, buat sambal
pecah telur 3 biji buat telur dadar
Ada acar limau, hiris bawang, hiris cili padi
Tu lah yg dimakan utk hari ketiga

Tak da visitors, sebab semua tahu aunty
balik ker Melaka sampai hari Selasa..
So tidur saja pada hari tuh..

Semalam pulak, bila adik aunty tahu
yang aunty tak jadi balik ke Melaka dia
datang dengan anak2 nya..

Yang paling terharu anak nya yang sulung
bagi aunty duit raya..tahun sudah pun dia bagi
Ya lah, agaknya sebab aunty dah pencen

Dah tuh bekas staff aunty pun bagi duit raya..

Syukur Alhamdulillah..Rezeki

Bila lah nak balik ker Melaka??, baju2 dan beg
masih dalam kereta lagi..he he he

Aunty belum dapat berjalan kemana2 lagi
Rasa nya besok nak berjalan ke Taman Melawati
rumah sepupu uncle, kalau sihat lah

Noy pulak demam hari nih..
Peeja batuk2..

Boleh lak tahun ni tak ambil gambar lansung
sebab rasa kehilangan anak sulung yg beraya
rumah isteri nya di Melaka
tapi ini bukan kali pertama dia
tak beraya dengan aunty
dulu2 dia pernah belayar masa raya
Sedih sangat..

Coloteh aunty terpaksa di hentikan sebab
badan masih tak kuat...
Dan tuh final tennis tournament dah start
Nadal vs Djokovic

Aunty suka Nadal menang he he he

Thursday, September 9, 2010

Silat atau Ronggeng

Ha ha ha tajuk kelakar..

Kalau banyak kerja, bahasa yang selalu digunakan ialah 'Bersilat'
tapi aunty nak guna Beronggeng...

Orang melaka kalau dalam keadaan happy2 sure nak menari ronggeng..
Nak berdongdang sayang
Aunty gembira nak sediakan sajian utk Hari Raya Besok..
Menu utk jamuan besok...

Rendang Ayam
Rendang Hati dan Limpa
Daging Sambal
Kuah Kacang
Timun dan Bawang
Lodeh
Nasi Impit
Lemang 3 batang (beli jer)

Ini lah menu bertahun2 sejak berkahwin dgn uncle
Itu lah sajian yang uncle nak di atas meja dipagi raya

Bawang dah di kupas
Lada dah di gunting
Bahan rendang belum lagi dihiris..masih dalam tangguk
Daging dan Ayam tergolek dalam singki

Aunty pulak bermood nak menulis dan blog hopping

Pukul brapa daging dan ayam nak naik atas api?
Budget siap masak sebelum berbuka nanti...

Tak per jangan panic tak yah bersilat
Relax jer.. buat pelan2 sambil beronggeng..
Nanti siap lah tuuuu....

Selamat Memasak ibu2 semua..


Wednesday, September 8, 2010

Wishing All Happy Eid Mubarak

Berat sungguh hati, saperti berputus kasih..
Sepanjang malam rasa amat sedih..
Nak menaip ni pun pilu..
Tapi apa kan daya, yg datang akan pergi
Begitu lah Ramadhan yang mulia ini akan
tinggalkan kita, hanya 2 hari lagi
Syawal pula menjelma..

Aunty mengambil kesempatan ini
mengucapkan Selamat menyambut hari lebaran
kepada kesemua rakan-rakan bloggers yang aunty sayangi.
Terima kasih diatas kunjungan dan sokongan dari semua.

Aunty juga ingin memohon maaf kalau ada kata-kata
atau tulisan yang menyinggung perasaan samada
secara sengaja atau tidak sengaja.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
~~Maaf zahir dan batin~~


Tuesday, September 7, 2010

Malaikat Singgah Rumah

Semalam puasa yg ke 27,
di Kuala Lumpur cuaca redup,
hujan renyai2 bermula pukul 2 petang
sampai lah maghrib

Suara hati berkata..Lailatul Qadar

Emm...aunty perasan air paip sejuk macam air batu
tak pernah aunty rasa air sesejuk macam tuh
sejak duduk rumah ni selama 20 tahun

Lepas solat aunty baring dan berzikir hinggalah tertidur

Terjaga dah masuk waktu Asar, air paip masih sejuk

Selepas solat Asar, aunty kedepan, nampak
ada bungkusan di tepi pagar


Lantai basah dek hujan renyai2 dan bungkusan tuh
di kelilingi oleh bunga2 aunty yg berguguran..

Siapa lah yg menghantar bungkusan tuh, sememang nya
aunty tak kan dengar kalau ada orang bunyi kan
loceng pintu..walaupun berkali2
tapi tak kan uncle pun tak dengar
sedangkan dia ada sedang tengok TV.

Alhamdulillah..malaikat dah hantar rezeki.
Uncle tersengeh sinis bila aunty kata macam tuh!

Eh! yea lah, kenapa you pun tak perasan
ada orang hantar bungkusan tuh!
Dah tuh tak da nota pun..
Tak da SMS pun..

Aunty suruh uncle ambil gambar..
Bungkusan tuh, berisi dua balang biskut raya
Alhamdulillah..kemudian2 nanti tahu lah
siapa yg hantar tuh..InshaAllah

Atau Malaikat Yang Singgah Rumah
dan menghantar biskut tuh??

Monday, September 6, 2010

Berat Di Pikul

Yesterday, Noy collected the wing chair cover from Fella Design..
Before Noy and Peeja, tried to put it on, I was like so worried if
it is horrible.

Emm...turned out to be so beautiful..and fits well to the chair.
So..no heart ache for the money paid.



Hannan! my dear cat...
please dont scratch the cover..no more! please..
Its too expensive for mama to spend, just for the cover.

The only new item for this Hari Raya..he he he

Esok, kena lucutkan langsir, basuh, gosok
dah tuh pasang balik..
kata Mama

Kenapa mama tak tempah kat Fella Design langsir baru??
Langsir mama dah 5 tahun kot??
Tanya Noy

Kau suka mama perabih duit tau..At least 3 ribu tuh..
Kata Peeja

Tak yah lah Noy, mama dah tak kisah sekarang..
asalkan tak koyak, janji bersih..sudah lah..

Papa tak kisah pun, relax jer tahun ni!
kata Noy

Emm..papa kau, dia dah hantar tiga2 kereta
gi service..
Kembara mati Road Tax ngan insurance, kancil pulak
dah bertukar wajah..gi ketuk dan cat
Tiga2 keta gi Tinted baru..make up baru..
Perabih duit kat kete..
Ha ha ha...pulus dah kering lah tuh..
kata Mama

Tapi betul lah..aunty tahun ni, macam tak
bersemangat nak sambut Hari Raya..

Uncle tadi sibuk suruh aunty buatkan
list utk beli barang2 basah dan kering
untuk dia ke pasar..

Emm...kena masak2??
Bila hari Rabu?? Hari Khamis??
Tak per lah, hari aper pun tak per
asalkan bahan2 dah disiapkan dalam
peti sejuk..
Bila dah ada anouncement of confirmation
baru lah tengek atas dapur..

Penatlah jadi Ibu!
Ada tanggung jawap yg harus dipikul
Tapi ada juga segelintir, keluarga yg
check in dan berHari Raya di Hotel..
Yang berduit tebal terus gi Raya
di luar negera..

Emm..masing2 ada cara hidup nya sendiri...

Tapi hidup aunty memang cam gini
beraya di rumah dengan juadah apa yang
termampu dengan keluarga tersayang
ziarah pusara di pagi raya
sembahyang Raya di Masjid
sessi bermaaf2an keluarga di pagi raya
menerima kunjungan sahabat handai
di pagi Raya Pertama

Hari Raya kedua..baru balik Melaka
berjumpa saudara mara..
Mungkin sampai raya yang keempat
sebab berjalan sampai ke Muar



Saturday, September 4, 2010

Amboi, tak tahan nya..

Ari nih, kira diuji tekak rasa kering dan haus melampau..
Emm..dalam kepala macam2 ingat air utk berbuka

Ice cream soda, ginger ale, air tebu, fruit punch

aper nih, dah tua pun tak leh tahan ker??
Malu pada diri sendiri..

Mesti pekena fruit punch lah berbuka nanti..
Bye..nak hiris buah2an..

Terkenang Persediaan HRaya

Tak de apa2 yg baru dalam rumah untuk menyambut
Hari Raya Tahun ni..

Permaidani lama, curtain lama, sofa lama, dining lama
Pinggan mangkok lama, bekas kuih lama
gelas dan jug juga yang lama
semua nya barang2 lama..

Semangat aunty yang dah pencen dan berumur nih..
dah tak macam dulu2..
Kalau dulu, semuanya nak baru..
Sampai tak terkata uncle di buat nya..
Abis tuh!..bonus tahunan aunty sampai 6 bulan
Sure lah aunty akan heret uncle gi shopping
bila ada financial freedom, (duit sendiri)
husband ikut sajer...

Aunty banyak terikut2 circles of friends
di sekeliling aunty yang set standard tinggi..

Tapi, kemudahan anggota tentera membeli
barang2 imported amat senang suatu ketika dulu
Dulu2 ada NAAFI kedai ini ada dalam setiap
kem. Memang best sangat barangan nya
Semua imported product.

Dengan harga yg jauh lebih murah dari
pasaran di luar.
Masa tuh, Tahun tujuh puluhan..
tapi di ambil alih oleh Pernama sometime
in late 80's
Pernama pula banyak barangan local..
Ada juga lah barangan imported tapi
very limited..
Hishhhh!...frust sangat kami isteri2 tentera..
bila Pernama took over..
Aunty start buat collection barangan yang ada
kat NAAFI bila kahwin dengan uncle

Pinggan mangkok Noritake,
Tea set Royal Albert
Carpet Persian
Cutlery silverwares
Glasses are Crystals
Barang2 kat atas tuh, semua dibeli
dengan cara ansuran yg di sediakan
oleh pihak NAAFI
Tu lah sebab nya mampu, kalau cash
mahu terduduk juga lah..
Tapi sekarang barang2 aunty semua nya
dah outdated design nya..
Well! consider antique lah..
Puas aunty pakai, sebab uncle suruh pakai
jangan nak buat perhiasan dalam showcase

Dulu2, isteri2 pegawai tentera selalu buat
gathering rumah ke rumah,
morning coffee lah, lunch lah and dinner..
Kalau bulan Ramadhan macam nih, sakan
di jemput atau menjemput berbuka di rumah
masing2..dah jadi macam tradisi..

Tu lah yang membuat 'tak nak jatuh standard'
bila rumah di kunjungi orang2 yang dah set
standard tinggi..

ROSAKKKKKK...kannn...

Bila ingat2 balik memang keji
Setiap kali ada dinner, baju baru
handbag dan kasut kena matching
set rambut...make up jer sendiri..
Tapi tak de lah Handbag sampai RM12K
tu gila nama nya..ha ha ha
Ah! aunty belum cukup kaya lagi nak
pakai handbag berbelas ribu macam tuh..

Emm....Paling berjenama handbag dinner
yang aunty pakai pada masa tuh
'Oroton' dan 'Glomesh'
Tu pun uncle hadiah utk birthday aunty
masih ada lagi aunty simpan
Kalau di buat pekasam dah boleh makan
Bila dah tua macam nih..baru perasan
semua tuh adalah membazir..

Barang2 harga ribu riban macam tuh
kalau di kumpul2 dah boleh bina
surau di kampung2 yang masih
tak de surau..
Emm..InshaAllah...ada rezeki
memang tersemat dihati nak dirikan surau

Dah hayut melalut citer pasal zaman 70'an
Nak citer pasal Hari Raya...
Baru menulis kat screen,
kalau di ajak bersembang lagi lah sakan
siap bertepuk tampar..memang peramah..
he he he

Dah2, jom citer balik pasal persediaan utk
Hari Raya ni..
Ehhh!...dah kata tak de apa yang baru..
Cuma yang pasti, mesti di buat project spring clean
Emm..kemas mengemas..
habuk dan sawang
lucut langsir utk di basuh
salin alas meja dining, console and coffee table
Kena geledah cabinet, cari bekas kuih

Tapiiiii.....sekarang kena tunggu anak2
Dulu aunty masih kuat, tak tolong pun tak per
Bila dah jatuh sakit dengan keadaan
terhoyong hayang dan kepala tergeleng2
dah tak kuat lagi...
yang mampu hanya memberi arahan
Kalau anak2 tak nak buat..
Biarkan rumah macam nih sajer..
Tak per...terimalah seadanya..

Sememangnya dah jadi warga tua..
Alhamdulillah..

Tak perlu...segala2
Semua nya di tinggalkan
hanya 'amalan' yang di bawa 'pulang'

Friday, September 3, 2010

Perniagaan Seasonal

Aunty start buat perniagaan hampers pada tahun 2005
Konon nak berjinak2 berkecimpong berniaga sebelum bersara
Jadi adalah income untuk HRaya bila dah bersara nanti
Sepatut nya persaraan jatuh pada tahun ini bulan Oktober

Perniagaan hampers best tapi nak buat delivery yg
susah sikit, maklumlah merata2 address
sampai ker Kelang.
Pernah aunty terpaksa tolak order dari Astro sebab dah
terlampau banyak..
Rumah penuh dengan kotak2 kuih, bakul
dan sebagainya..
Sampai nak berjalan dalam rumah pun sempit
Tak tahu lah Peeja pernah buat entry pasa hampers
nih dulu2
di sebabkan jatuh sakit pada tahun 2008
aunty hanya ambil order yang exclusif
dan pelangan yang regular sahaja
yang tak perlu buat delivery,
mereka collect dari rumah.

Emm..last weekend, aunty dan uncle berdua gi
shopping cari barang2..selepas buka puasa
Bunga2, reben, bakul dan kain net.

Aunty tak banyak snap pic dah letih

Kat bawah nih,
Dodol dan Kacang Bipang



Chocolate Cadbury


Biskut Tart Nenas
Ingat tahun depan aunty nak jual biskut tart nih
sebab memang tak boleh lawan dgn maner2 tart
yg aunty rasa sepanjang umur
Kesedapan nya, macam Peeja cakap...
Boleh terbalik mata hitam, tinggal hanya mata putih
bila tart nenas nih masuk dalam mulut..
Sekali makan mesti cari aunty nak lagi..

Tart nih juga jadi buah tangan aunty bila aunty
menziarah kerumah kawan2 dan saudara2 aunty


Tokey yang keluar modal
tengah kira cashflow
Tersengeh jer dia..
Sayang Tokey nih!!



Aunty duduk tengokkan anak dara berdua tuh
nak potong pengalas bakul
Muka masing2 selebet..penat agak nya




Separuh dari bakul2 yang dah siap


















Pelangan aunty bukan hanya order untuk HRaya
malah CNY and Chrismas pun ada..cuma aunty tak provide
'liquor' dalam hampers as requested.
Harammmm....kata aunty, so dia orang faham.

Emm..nasib lah anak2 mahu tolong buatkan..
Mana boleh pakai kederat orang free2 jer kann...
Upah nyer kendian ye sayang..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...