THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Sunday, August 29, 2010

Tolong Mak Buat Biskut Raya

Hu hu hu hu..

Tiba2 aunty teringat masa aunty kecik2..
Tolong arwah mak buat biskut..

Aunty teringat dapur yg di gunakan dulu2
Dapur berjenama Butterfly..
Selalu aunty kena tukar sumbu..bila api dah kurang/kecik


selalu juga aunty kena tambah minyak tanah dalam balang
Tak pernah aunty merungut kalau kena buat kerja2 tuh
sebab aunty memang suka...
Bau minyak tanah..he he he

Bila sudah selesai setiap masakkan,
selalu nya aunty lah yg membersihkan
percikkan sisa2 masakkan
kat dapur ini..he he he
Kat tengah2 tuh botol yg mesti di isi dengan
minyak tanah
Yang nih pulak, oven setiap kali bila buat biskut raya..
Jenama Butterfly juga

Aunty suka tolong arwah mak buat biskut..

Aunty cuma pandai terap2 dgn acuan jer
bila arwah mak dah siapkan adunan..

Emm..arwah mak selalu buat biskut
Samperit, kulit limau sankist, bangkit,
biskut dam, sugee dan biskut kelapa..
Kalau gorengan..bebola bijan, kuih gunting dan
kuih goyang
Kek selalu nya mak tempah, kek kukus buah2an
kek marble dan bahulu..

Semua tuh ada lah hidangan biskut di atas meja
suatu ketika dulu


Masih ada ker lagi dapur dan oven nih sekarang?
Merata2 di luar bandar pun dah pakai gas,
mana nya ada orang pakai minyak tanah lagi kan??

Barangan lama yg aunty teringat
Emm...pelita nyonya buat lampu tidur..
Kat kampung aunty dah tak de jual..



Pam nyamok..sebelum tidur..
Juga dah tak da


Kenangan manis..

Friday, August 27, 2010

Buah Tangan Dari Adik

Semalam selepas berbuka, adik aunty SMS
tempeyek yg aunty order dah siap.

Aunty kata kirim jer kat Khairul
yang berbuka kat rumah Acu nyer.

Adik aunty juga bertanya, nak tak buah2an
dan beras pulut.

Aunty kata boleh juga, kalau dah nak bagi
rezeki jangan di tolak...

Emm..beras pulut sampai dua kampit
Aduh! nak buat Wajik aunty tak pandai
Kat siapalah aunty nak upah

Dalam plastik, tuh semua tempeyek
Aunty kan buat hampers utk regular
and exclusive customer aunty tiap2 tahun.
So tempeyek tuh salah satu item dlm
bakul aunty.

Tempeyek yang amat terbaik..
di makan oleh pembesar2 negeri..
Tak di jual di tepi jalan atau di Bazar
Betul aunty tak bohong..
Sedap sangat..
Sekali makan sure termimpi2 nak lagi..


Adik aunty juga bagi colek buah, kurma dan jeruk limau nipis.
Macam mana nak makan jeruk limau nipis tuh?
Kena buat acar buah dulu kah?
atau di makan gitu saja?
tak pernah makan jeruk macam tuh!
Masa menaip nih, air liur kecur2..

Kuih Karas dan kek lapis

Durian 3 biji


Mangga India 2 biji, Buah Peach 3 biji
Kedua2 Buah tuh besar sangat
Buah Peach tuh sebesar dua penumbuk
tapi rasa tak tahulah manis ker tak?


Seplastik buah duku langsat, rambutan gading dan manggis

Tangan Peeja makan durian isi tebal dan biji nya kesep/kecik
Terbaikkkk...

Tangan Peeja lagi makan manggis yg putih bersih lagi manis

Aunty makan semalam 2 ulas durian, 3 biji manggis, 3 biji rambutan dan berbiji2 langsat
Akibat nya..sekarang tekak rasa kering
Perut rasa angin/bergas

Oh!..buah banyak lagi..
Mangga dan Peach belum makan lagi
Kalau makan lepas berbuka nanti??
Apa pula akan jadi besok??

Takuiittt...


Wednesday, August 25, 2010

Suara Hati Suci

Kata suara hati selepas solat

Sejadah mu..
Tidak semahal permadani persian di ruang tamu mu..

Telekong mu..
Tidak semahal semeter kain yg di buat baju oleh mu..

Wangian minyak Atar mu...
Tidak semahal minyak wangian jenama mu

Ohh!!! Ramadhan banyak memberi erti
dlm ibadah buat ku tahun ini..
Suara hati yg suci timbul..

Keinsafan..

Tanya diri sendiri..

Emm..permaidani persian sampai ribuan ringgit
di ruang tamu utk orang tengok
Sejadah ku tak sampai RM 100

Telekong paling mahal pun RM300
itu pun di pakai bila sembahyang berjemaah..
Terawih, Hari raya dan lain2..
kerana ada orang tengok..

Wangian Atar ku hanya RM10
paling mahal RM30 ringgit
sedangkan wangian minyak wangi
berjenamaku mencecah RM500

Bila bersolat di rumah dalam bilik
Aku sangka, aku sudah pun menjaga
kebersihan sejadah ku, kecantikkan telekongku
dan wangian ku..

rupa nya aku lupa..
aku masih tidak dalam pakaian yg
terbaik dlm solat ku...
jika di bandingkan keadaan harian ku..

Emm....sedih dan insaf..

Kembali menghadap Allah
hanya dengan 7 lapis kain kapas
Kapas, Kapur Barus dan celak


Ya..Allah
Terima lah Ibadah ku dan Solat ku

Berilah aku suara hati yg suci itu lagi
supaya dapat aku perbaiki diri ku..


ALLAH HU AKBAR

Tuesday, August 24, 2010

Buat Perangai

Kesian Hannan..demam pulak
Letih jer dia, baring jer
kurang bergerak..
kurang makan..
kurang mengiau..

Malam ni Hannan buat perangai..
Sebab tak dpt keluar agak nya
Sempat dia curi2 masuk bilik tetamu kat atas
Membuang najis atas katil

Emm..uncle lah cleaned up the mess

Aunty bising..siapa buka pintu bilik tak tutup??
PG kata dia masuk bawa laptop dlm bilik tuh
tapi Khairul ambil laptop tuh..lupa nak tutup pintu..

Aunty bukan bising kat Hannan sebab
Hannan kan binatang
mana ada otak
mana boleh berfikir
so kita manusia yg ada otak..
boleh berfikir..
Jangan lupa lah tutup pintu tuh.
Sebab selalu nya sekali dia
melepas kat situ, dia akan buat lagi..
Kebiasaan nya lahhh...

Bilik tuh yang sebenar nya bilik Noy dan Peeja
Since dia orang dah pindah
Aunty buatkan bilik spare..
bilik tamu..
Aunty pasti dia pergi mencari kakak2 nya..
Agak nya tengok kakak2nya tak ada
so..
dia mengganas tunjuk perasaan
tinggalkan kesan..
ha ha ha 'souvenir'

Walaupun kau buat perangai
Mama tetap sayang kau...Hannan


Tak tahu lah..
luka ker..
Bisul ker..
Ubat Gamat lah yg aunty sapukan


Memang panas..
perut dia..
hidung dia..



Muka monyok dan sedih..
Baik demam nanti..
Hannan kena mandi tau..


Sunday, August 22, 2010

Jodoh Masih Ada

Syukur....Alhamdulillah

Muka yg kotor, kaki yg luka dan kurus kerempeng

Semalam masa aunty dan P G tengah bersembang2
kat living hall sambil menunggu uncle balik dari
Pasar Juadah...

Tiba2 P G terus bangun dgn expressi kelam kabut
sambil membuka pintu

Aunty memerhati bibir P G untuk mengetahui apakah
yang di katakan nya..

Aunty tak dapat faham...sebab terlalu cepat P G
menghilang di sebalik daun pintu..

P G keluar....

P G masuk rumah dengan mendukung Hannan..

Ya Allah...Syukur Alhamdulillah
Hannan baliiikkkkkkkkkkk...

Menitik2 air mata aunty
menangis.... gembira
menangis ...... dpt 'rasa' Penyayang nya Allah
menangis... jodoh aunty dengan Hannan masih ada

Aunty amat2 berterima kasih pada
8 commenters, surely they are cat's lovers

Terima Kasih sebab ada yg memberi kata2
penyejuk dan doa2...moga Hannan balik..

Thank You....

Doll, (Privatised Blog)





Anon, (untraceable)



Noy dan Peeja balik selepas berbuka di luar
Semua mengadap Hannan
Noy membersihkan Hannan
Merawat Luka dengan Minyak Gamat
Mereka Urut2 Hannan..
Bergolek2 manja si Hannan

Aunty masih tak kering air mata
Mudah saja air mata melilih
Melihat kecantikkan dan kemanjaan nya
Tapi aunty tak dapat mendengar
suara nya yang manja

Bersyukur pada Allah Yang Maha Esa

Tiada siapa boleh memisahkan atau di pisahkan
Semua adalah dengan izin dan kehendakmu

ALLAH HU AKBAR



Saturday, August 21, 2010

Gembira Ker Hannan?

Readers Peeja semua kenal Hannan kan?
Kucing yg di beli oleh Noy di Kuwait

Emm...Week end yg lepas, Noy tinggalkan
kucing tuh kat rumah aunty..
Selalu nya dia angkut bawak balik
tapi kali ni..kata Noy..
Nak bagi Hannan belajar keluar rumah..
So mama tolong jaga lah..
Rumah Noy..Apartment tak dpt
Hannan keluar..

Kesian Hannan, yang sebenar nya Hannan stress
asyik mengiau2 bila tengok
kucing2 aunty yang lain Oren, Belang dan Cholomon
di sebalik sliding door aunty

Aunty tak berani nak lepas Hannan keluar
Since tu kucing Noy.. biar dia sendiri
yang lepas kan Hannan keluar rumah
kalau Hannan tak balik tak de lah siapa
dia boleh persalahkan..

Hari pertama Hannan keluar
3 jam merayap pergi mana tak tahu
Dah nak maghrib, Hannan balik..
menggelupur lapar dan haus

Hari Kedua, PG bagi keluar kul
6 pagi selepas sahur
Hannan balik kul 8 malam
semasa kami sedang berbuka puasa

Hari Ketiga, Uncle lepaskan pulak
kul 10:30 pagi
Dan sampai sekarang Hannan dah tak balik2

PG dah pusing keliling Phasa kat Taman aunty,
setiap lorong PG lalui sambil memanggil2 nama nya

PG balik hampa..Hannan masih tak de..

Hari ni..aunty nangis..dan sebak
Rindu sangat kat Hannan
Walau pun aunty bukan dpt dengar dia mengiau
tapi seringkali bila di panggil
Hannan akan bergolek2 di tepi aunty
minta di urut2 badan nya
Manja....


Terlalu gembira kah Hannan sampai tak balik?
Atau Hannan telah di kidnap dan di bawa pergi?
Atau macam2 lah dlm fikiran aunty..

Kenapa orang nak ambil? sedangkan Hannan
ada memakai color berloceng
Kan itu menandakan kucing yg bertuan
Bulan Ramadhan pun ada org nak mencuri ker?
Penduduk Taman aunty adalah 100% melayu

Tak kan lah di kidnap dan di jual?
PG kata boleh buat duit raya tuh mama
Kalau budak2 R***** dan D**** yang ambil
Sebab kucing tuh memang berharga..
muka penyet..

Yang tinggal hanya makanan dan pasir nya
tersandar di dinding dapur aunty..

Friday, August 20, 2010

Zikir Itu Solat. Solat Yang Daim (sentiasa)


Petikkan email yg aunty nak share bersama
utk amalan di bulan ramadhan yg mulia ini..
hingga ke akhir hayat..

Sementara ada denyutan jantung
dan ada nafas yang turun dan naik...


Belum sampaikah lagi masanya orang beriman
kusyuk kalbu mereka mengingati ALLAH?
seperti orang sebelum mereka yang telah keras hatinya,
mereka itu lah orang fasiq" (al-hadid:16)
teguran kepada orang yang berzikir..
tetapi tidak kusyuk.. zikir itu solat. solat yang daim (sentiasa)..
bezanya tiada kauli dan feeli tapi ada rukun kalbinya.
Ditutup mata jasad, dibuka mata hati melihat kalimah di kalbi
(mencari kalimah Allah).

Ditutup telinga jasad, dibuka telinga hati
mendengar sebutan Allah..Allah..
ditutup mulut jasad, (tongkat lidah kelangit macam bayi)
dibuka mulut hati menyebut ALLAH..ALLAH..

Inilah perbuatan yang paling mulia...
malaikat dilangit melihat cahaya orang yang buat zikir ini
(Ikut amal rasullullah*)

"Sesungguhnya solat itu mencegah dari kemungkaran,
dan MENGINGATI ALLAH
(ZIKRULLAH DI HATI) itu lebih besar fadhilatnya.
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan..
(jangan risau amal dihati..Allah tau) angkabut : 45

Zikrullah yang kusyuk membawa kepada
solat yang kusyuk.(hati yg bersih)..
bukan solat baru nak cari kusyuk..

Jadi fikirlah sendiri..nak menghiburkan nafsu kotor dalam diri,
atau nak menghiburkan nafsu mutmainnah (bersih suci) dengan zikrullah..
dimuliakan Allah, dimuliakan malaikat..
kerana sudah terpancar cahaya kalimah
tersebut nampak sampai kelangit.

Inilah orang yang terlepas soalan mungkar nangkir didalam kubur..
kerana apa?
kerana malaikat nak tanya pun malu
sebab hatinya dah bercahaya dengan kalimah Allah..
dari jauh dah nampak kalimah..
cahaya kalimahnya dah cukup memberi jawapannya...
dan kalimah itu tanda ini orang yang dimuliakan Allah..

cari kalimah dalam diri tu...

* Amalan rasullullah yang bermula di gua hiraq sampai ke hari ini
dan selamanya tidak putus zikir tersebut tanda kemuliaan Allah.

Ahli syurga semua nya kalbi bercahaya kalimah Allah..
Zikrullah itu amalan yang paling panjang.. (tak terhenti)

Solat itu didunia sahaja, puasa pun didunia sahaja..
Nafas terhenti lah segala ibadah
tetapi hati yg berzikrullah didalam kubur pun berzikir,
dipadang masyar pun berzikir,
didalam syurga lagi lah berzikir

~hati yg tidak lalai~

Ramadhan KeSembilan

Emmm.... Semalam Peeja balik bawa lauk beli di Pasar Keramat
Noy tak da, kerja....flight to Jakarta

Aunty dah siap masak tapi bila peeja bawa balik lauk dah
jadi terlampau banyak lauk semalam sampai 8 jenis
di atas meja.

Peeja tekak orang minang..
5 macam Lauk2 pilihan nya..
Peeja berjinak2 dgn mskkan org minang..

Jering masak lomak


Sambal Goreng Hijau



3 keping Bergedel Daging



Pucuk Ubi masak Lemak



2 ekor Ikan Keli masak lomak


Aunty buat/masak sendiri 3 macam jer..
Acar timum dan nenas



Sambal Tumis Telur



Kari Daging dan Kentang


Habis jugak di makan kesemua lauk pauk tuh
Yea lah aunty bukan nya masak banyak
kesemua nya untuk sekali makan saja

Eh! tapi semalam aunty masak kari daging tuh sekuali lah..
memang budget utk sahur sekali..


Gambar kuih dah lupa snap pulak

Cuba2 ingat

Kuih2 pedas :
Roti Jala
Karipap
Popia
Murtabak
Kuih cara berlauk

Kuih2 manis :

Cek Mek Molek
Keria
Lepat Pisang

Aunty tengok kuih2 tuh, pukul 10 malam dah tinggal bekas
semua habis..





Wednesday, August 18, 2010

Ramadhan Ketujuh

Semalam aunty demam.
Lepas jer buka puasa pd hari yg keenam,
dalam pukul 10:30 malam, badan dah
rasa tak sedap, bisa2 dan seram sejuk,
minta uncle tolong picit kan..
kata dia badan dan kaki tangan aunty panas
so aunty baring selepas telan panadol 2 biji

Laratkan badan bersahur lah juga
Dah tu baring balik..sesudah solat subuh
Terjaga pagi semalam dalam pukul 8:30 pagi

Aunty terus bangun, tukar baju dan terus
keluar tengok2 pokok bunga..
Dpt lah trim daun2 dan pokok2 yang dah kering
Berpeluh2 lah aunty

Alhamdulillah...deman tuh rasa berkurangan
Bila petang terus sihat ..

Menu semalam
Secerek green tea dan kurma
aunty berbuka dgn dua perkara nih dulu
Aunty mesti habiskan minum green tea ni
sebelum pukul 12 malam

Uncle ingat Peeja dan Noy balik
so dia beli sakan kuih muih..

Clockwise
Gandus, puteri beremdam, roti jala, cucur badak,
karipap, cara berlauk, akok dan angkoo

Sayur Sawi + cendawan+ udang goreng

Ikan senangin Masak Taucu

Sotong + capsicum goreng kunyit

Sambal goreng cili hidup + cili kering
Favi uncle dan anak2 aunty.
kalau boleh setiap hari mesti ada.

Cencaluk..
Bawang besar 1 labu,
Cili padi 5 biji
Limau Nipis
Air didih
Perghhhhh melilih air liur masa prepare nih...

Emm...senang lah tak perlu banyak ingat
apa masakkan semalam..
Aunty tepek jugaklah gambar2
tak per lah tak duplicate dengan peeja
kalau dia ada mesti dia publish with photographs

Dua2 tak balik semalam,
apa lah agak nya dia orang masak
untuk berbuka semalam..

Monday, August 16, 2010

Ramadhan Keenam

Hari ini Peeja ngan Noy tak da di rumah
so kami berempat jer

Aunty masak

Ikan senangin masak lemak cili api
masukkan kacang panjang dan tomato

Keluarkan separuh masakkan tu
masukkan tempoyak sikit
so ada dua jenis lah
satu biasa satu bertempoyak

Rumah aunty, PG dan Noy yang
tak makan tempoyak atau pun durian

Ikan senangin goreng
Sambal cili kering
Terung goreng 3 batang
Telur Dadar 4 biji

Habis jer masak, aunty ke PC tengok2 Fesbuk
tiba2 uncle kata kawan aunty telephone
nak datang berbuka puasa

Dia nak datang sebab dia tersangkut
dalam kesesakkan lalu lintas di Jalan Jelatek
dah dekat rumah aunty, alang2 tuh
dia telephone nak datang.

Aunty tahu sangat kawan aunty tuh
suka meratah lauk he he he
Jadi aunty terus ke dapur tambahkan...
Udang goreng kunyit 1/2 kilo

Alhamdulillah...
Selamat semua lauk..
Hanya tinggal 2 ketul ikan goreng
Masak lemak cili api 1 ketul

Emm...aunty suka kalau lauk habis
Bila bersahur..masak yg baru

Yang simple2 jer utk bersahur

Telur Asin
Kentang + Bilis goreng sambal
Sayur sawi masak air

Sunday, August 15, 2010

Bangun Sahur

Malam semalam aunty bangun kul 4:10 pagi
tambah lauk utk bersahur..

Semua tidur nyenyak..
Dengan aircond 2.o horsepower
membuatkan kesejukkan yg nyaman..
Kat Living Hall..

Masing2 cari port masing2..utk tidur
siap bantal kepala dan bantal peluk,
comforters alas lantai dan selimut.

Memang macam nih...
Kami setiap tahun..
Sebab senang nak bangun sahur..
Lepas sahur barulah masing2 masuk bilik..

Air miniman mestilah Teh O
Satu Jug Plastic Besar
Sebab aunty memang suruh
mereka habis kan..
supaya tekak tak mudah kering
keesokkan hari..InshaAllah

Bila aunty gerakkan uncle..
Tugas beralih pada uncle pula
untuk gerakkan anak2 utk bersahur..

Sambil makan tuh..
Ada yg masih muka mengantuk..
Mata pejam2 celek
sambil menguyah makananan...
He he he

Noy bertanya dengan aunty..

Noy : Mama Noy hairanlah...
macam mana mama boleh terjaga
utk siapkan sahur??
Sedangkan mama tak pakai jam loceng/alarm pun..

Aunty : Emm...itulah nama nya 'amanah' pada ibu2
dan sebagai isteri..
Bayangkan lah kalau mama tak di gerakkan
oleh Allah untuk siapkan sahur..

Kesemua satu keluarga akan berlapar..

Automatic mata mama akan terbuka dan terjaga..
Dulu2 masa mama macam kau orang,
belum kawin..
mama memang tak sedar..
tapi Atok Abah atau Mak Tok lah gerakkan
Mama dan Acu..
Kami tahu makan jer..

Itulah..bila dah jadi seorang isteri dan ibu
Kita dah jadi... peringkat yang lain..
Memegang amanah..untuk keluarga..

Dalam bulan puasa nih..
Ramai pula Arwah2 yg aunty
teringat dan terbayang..
Baik saudara yg terdekat atau
pun yang jauh..
Kesemua nya datang dalam fikiran..

Emm...aunty sedekahkan Alfatihah utk mereka
setiap kali bila aunty teringat..
Moga Allah pelihara dan tempat kan mereka
di tempat orang2 yang beriman.

Amin.

Cuba Jangan tak Cuba

Ada permintaan resepi Masak lemak Labu
aunty tempoh hari..

so here it is..
Please try okay..

MASAK LEMAK LABU

Bahan :-
Sebiji labu kuning

Segenggam ikan bilis/udang kering
11 biji cili api
6 cawan santan
1 labu bawang besar

1 sudu lada hitam


Sebatang serai - diketuk
2 keping daun Kunyit - dihiris kasar

garam

sedikit air


Cara:-

Labu dipotong sederhana.

Kisar bawang, cili api dan lada hitam.
Kemudian masukkan ikan bilis/udang kering
dan kisar sekejap je. Jgn hancur sgt.
Masukkan santan dalam periuk.

Kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi
Masukkan labu dan serai
Timbuk/kacau selalu
Agak2 dah empuk labu tuh
Masukkan hirisan daun kunyit.
Masukkan garam, kacau perlahan dan tutup api.

**Api harus kecil/sederhana takut pecah minyak


Saturday, August 14, 2010

Ramadhan Ketiga

Salam Sejahtera..

Hari ini hari keempat kita berpuasa,
Alhamdulillah...
Badan masih rasa ringan dan sihat
Perut tak pedih
Tekak tak mengidam apa2
Nikmat yg tinggi...

Semalam aunty masak..

Labu lemak cili api
Cencaru Sumbat
Bayam Goreng
Tempe Goreng
Terubuk Asin

Air Jagung
Air sirap Bandung
Green Tea

Kuih sangat lah meriah
uncle beli di Pasar Keramat
sebab Peeja dan Noy balik berbuka

Kuih Cara berlauk - 6 ketul
Kuih Cucur Badak - 3 ketul
Kuih Pulut Panggang - 3 ketul
Tahu sumbat - 3 ketul
Kuih Tepung Gomak - 3 ketul
Kuih Cara - 6 ketul

Satu lagi tak tahu nama kuih tuh
Rupa dia macam anak tikus duduk
berwarna merah dan hijau
di buat dari tepung pulut dan
inti kacang hijau..ada peeja amik gambar
tengok2 lah kat blog dia..
Alahhh...rasa sebijik mcm
Kuih Ang Koo tuh


Kan dah terliur...terkecur
Tu aunty tak suka tgk gambar2 makanan..

Semalam aunty rasa sungguh bahagia buka puasa
Bersama dengan anak2 dan suami tercinta..

Ya Allah

Alhamdulilliah...

Shukran..

Friday, August 13, 2010

Ramadhan Kedua

Salam Sejahtera..

Hari ini hari ketiga kita berpuasa,
Alhamdulillah...
Badan masih rasa ringan dan sihat
Perut masih tak berlagu keroncong lagi
Tekak sedikit kering..
he he he

Semalam aunty masuk ke dapur awal
Aunty menyediakan masakkan..

Assam Pedas ikan duri
Ikan duri goreng
Tahu goreng
Sambal goreng (cili merah dan cili padi)
Sayur kacang panjang

Nasi putih

Selepas menunaikan solat Asar,
aunty ajak uncle pergi pasar malam
Taman Melawati. Dah bertahun2 lama nya
aunty berbelanja di situ, dari tahun 80'an lagi
Bukan apa, bagi aunty tak ada tempat lain yg
ikan2 nya se segar dari tempat tuh.
Kata budak tu ikan2 dia datang dari Kuala Selangor

Pasar tani Tmn Setiawangsa, Pasar Keramat,
JJ, Carefour...emm....merata aunty pergi
Tmn Melawati punya lah yg aunty paling gemar.
Entahlah..memang aunty cerewet sikit pasal ikan..

Dah melalut pasal ikan basah lah pulak..
Okay lah..

Beli Vaday, Masalodeh dan putu mayam
Sayur mayur sikit dan terus balik.

Jalan raya penuh sesak, cuaca pula hujan renyai2
tapi manusia yg berpuasa penuh membanjiri..
di kawasan pasar juadah yg aunty lalu

Sampai di rumah, Khairul dah balik dari pejabat.
Bagus betul boss department dia, (perempuan)
bersedekah tiap2 hari sampai lah penghujung nanti
1 lauk dan 1 pemanis untuk 30 org.
Kata Khairul dia tempah org masakkan
pukul 4 petang, org tuh hantar di pejabat nya
semalam, dpt sambal tumis sotong kering dan pengat pisang,

Minumam semalam masih lagi
Air sirap bandung cincau dan selasih..
Green Tea

Simple jer hidangan aunty..

Tahun ni, dah berazam tak mahu penuh meja
saperti tahun2 sebelum nih..

Tapi kalau balik anak2 perempuan tuh
(peeja dan noy)
mesti rosak azam aunty..
Dua2 tuh kaki membeli lauk pauk..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...