appointment medical check up aunty dengan doktor pakar.
Aunty masa berkerja dulu, Hospital Pakar Ampang Putri
tempat aunty berulang alik, pada setiap bulan sejak 10 tahun
yang lalu sebab kencing manis.
Bila dah berhenti kerja, kes aunty di referkan ke
Hospital Pakar Angkatan Tentera Tunku Mizan
di Wangsa Maju, hospital baru di buka pada awal tahun sudah.
Hospital yang amat cantik dan di lengkapi dengan peralatan
yang tercanggih. Kata Doktor Jonet, kawan Peeja.
Alhamdulillah...aunty tak perlu risau sebab aunty masih
di awasi olih doktor pakar.
Selalu nya kalau ada medical check up, aunty akan berpuasa
dari pukul 10 malam hingga lah selesai check up pada hari tu.
Emm...sesampai jer di Hospital, uncle menghulurkan card
appointment di counter utk mendapatkan no giliran.
Bila tiba giliran aunty, saorang medical assistant yg berpakaian
tentera akan mengambil darah, timbang berat badan dan
tekanan darah sebelum berjumpa dengan doktor pakar.
Sementara menunggu, giliran utk berjumpa doktor pula
aunty dan uncle di bawa ker bilik menunggu.
Walaupun uncle dah bersara, tapi mereka masih memberi
perhormatan pada uncle utk menunggu di bilik VIP
Uncle sempat pula dia bawa kamera..
Aunty sendiri tak pun teringat..
Ya Allah..
Terima Kasih lah sebab uncle suka aunty berblogging
Kata nya ada lah cerita utk hari ni..
Alhamdulillah..
gambar tuh, uncle snap sendiri, sebab tak ada sapa2 nak tolong ambil kan gambar kami
giliran selepas orang tuh..
Result pemeriksaan tadi...
Tekanan darah 140/68
Gula 4
Berat badan 70 kg
Bila dapat berdepan dengan doktor pakar tuh, dia menasihatkan aunty :
1) Jangan depress dan stress, mesti cukup tidur dan rehat
2) Banyakkan berjalan2 supaya saraf2 aktif
3) Rendam kan kaki dan tangan dengan air panas utk saraf juga
Aunty pula, menanyakan dua tiga perkara dengan doktor
1) Boleh doktor prescribe utk saya Vitamin utk saraf?
2) Boleh kah saya naik kapal terbang dengan masaalah telinga?
3) Boleh kah saya dapatkan pemeriksaan telinga utk alat
pendengaran sekali lagi, setelah setahun lebih, saya macam ni ?
Doktor Pakar tuh, menunjuk kan jari 'thumps up'
Sudah tentu boleh kata nya
Dia pun buatkan surat refer utk Pakar ENT
dan Physio Therapy.
Tentang penerbangan, kalau boleh aunty pergi Umrah dulu,
kalau okay baru lah mengerjakan Ibadah Haji.
Nasihat nya supaya aunty pergi Umrah trip pertama selepas
Ibadah Haji tahun ni, sebab tak ramai orang kata nya..
InshaAllah..
Tapi apa hal pun referlah dengan doktor pakar ENT nanti...
kata nyer..
Keluar dari bilik doktor, uncle pergi pula di Pharmacy uuntuk collect
ubat2 yang di prescribed..
Uncle sempat bergurau dengan aunty..
Uncle : Perut tuh..perut tuh..tarik nafas sikit..
Aunty : Hishhhh...sibuk jer..tangkap jer lah..sambil tahan nafas..tapi tgklah
buncit jugak.tapi..... baju tuh besar lah (alasan concrete) he he he..
Gambar ubat2tan aunty utk dua bulan.
Dalam gambar nih, aunty dah simpan insulin dalam peti ais.













