THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Wednesday, May 26, 2010

Peeja Jobless?

Entry kali ni, aunty nak cerita pasal anak ku Peeja.
Nama panggilan manja di rumah sejak dia kecil lagi..

Peeja anak ketiga pada aunty, selepas dua beradik laki2..
Bayangkan betapa seronok nya aunty dan uncle bila
dapat anak perempuan di kala itu

Emm..aunty imbas kembali ketika di Hospital Bersalin..
Selepas selamat melahirkan anak perempuan tuh
Aunty di nasihat utk tidur..
Aunty di gerakkan olih nurse setelah empat jam tertidur
Di hulur bayi perempuan tuh..
utk dinyusukan susu badan yg pertama..
Setelah di beri susuan badan...
yg sentiasa banyak setiap kali
bila menyusukan anak2..

Aunty membelek2 dari ubun2, telinga, hidung,
mulut, lengan, jari2 hingga lah ke tapak kaki..
utk memastikan kesempurnaan anggota nya

Alhamdullillah... tidak ada apa yang kurang dan terlebih..

Anak yg berkulit putih bersih..

Peeja sangat di sayangi olih uncle..
Sebelum Peeja, uncle tak reti nak memberi perhatian
pada anak2..
maksud aunty, dia tak reti nak salin lampin
tolong2 dukung bila anak menangis..
mungkin uncle masih muda kot..
belum tiga puluh tahun umur dia ketika tuh..

Tapi bila dapat Peeja..
mentang2 anak perempuan..
Dia mahu tolong segala nya
Lipat lampin, bangun tengah malam salin lampin
Dukung Peeja
Bila Peeja berumur tiga tahun
Uncle bawa Peeja tepi pantai tiap2 petang
lepas balik dari kerja
Masa tu aunty kat PD
Pernah uncle tadah tangan nya sendiri
bila Peeja nak muntah, angkut najis peeja bila tercicir
(he he he najis keras lah)

Memang di manjakan dan di sayangi sangat2..

Peeja jenis tak reti mengadu2 dari kecil sampai lah sekarang
Jenis berahsia..
Kalau bergaduh adik beradik
Tak kan dia cerita siapa punya angkara
Begitu juga anak2 yang lain
Sebab mereka bertiga sangat rapat

Kesudahan nya..
aunty kumpulkan dia orang bertiga
Berbaris
dan mulakan sessi soal jawab

Semua masih tak nak cakap
Last2 aunty ambil keputusan
Libas kesemua sekali
dengan tali pinggang kat bontot masing2..

Lepas tuh masing2 menangis
Tak puas hati
kenapa semua kena libas
Abis, tak nak cerita
Nak berpakat sangat kann..
Tuh lah semua kena libas he he he

Uncle jenis tak pernah jentik dan herdik anak2
TAK PERNAH LANSUNG SAMPAI SEKARANG

So aunty kena take the responsibilities
kena tegur anak2
Aunty jenis tak garang tapi
suka kumpul lemak (bidalan org2 tua dulu2)
Bila dah kumpul semua kesalahan
Emm..siap lah
aunty jerit suruh anak2 aunty berbaris..

sebagai contoh kesalahan yg di buat
Aunty : Kenapa rumah bersepah2 dengan kulit kuaci, kulit kacang,
tangkai ice cream bila mama balik kerja nih??
Tak reti kemas sampah sarap tuh??

Dulu2 aunty memang tak benarkan anak2 aunty
keluar rumah bila dah balik dari sekolah..
Jadi anak2 aunty dan anak2 jiran buat pot...
semua main dalam rumah aunty.
Bila aunty dah sampai rumah dari kerja
Baru lah anak2 boleh keluar rumah dari pukul 5 ptg sampai 6:30 ptg

Aunty : Kenapa pintu bilik mama ternganga tak tutup
Kau orang masuk bilik mama yea?

Aunty memang pantang bilik aunty anak2 masuk
Mereka akan masuk bilik jika dipanggil sahaja
Katil aunty... lagi lah, anak2 lansung tak boleh tidur baring
Memang anak2 tak berani..

Dah berbaris tuh..aunty dah leter kesalahan2 yg dibuat
aunty akan tanya pada anak pertama

Aunty : Tahukan apa sebab mama marah2 tadi
Berapa kali mama kena libas kau??

Anak pertama : Emm....3 kali mama..(Air mata dah meleleh)

Aunty : Kenapa 3 kali?? Kenapa belum kena libas dah menangis??

Anak pertama : Sebab Ayul abang

Aunty : Emmm....

Anak kedua belum aunty bertanya terus jawab

P G : Piji..Piji...2 kali mama

Aunty : Emmm....bagusss

Aunty terus pandang kat Peeja pulak

Peeja : Hu ah...Hu ah...Hu ahh...dah melalak lalak

Aunty : Peeja adik kan... mesti kena jugak sebab tak suruh abang kemas balik..

Aunty suruh P G dan Peeja naik tangga, (berdinding)
supaya dia orang x nampak abang pertama kena libas

Aunty mulakan dengan Bismillah..
Memang aunty libas bontot Khairul

Sudah libas aunty suruh dia masuk bilik dia
Turn P G pulak, sama kena libas..terus masuk bilik

Bila Turn Peeja..

Huah...Huah...Huah...melalak2

Aunty berdiri depan dia
Aunty libas lantai..
Dia takut... lagi lah kuat dia melalak
Aunty peluk dia...tak jadi libas..kesian..
anak perempuan kannn...
dah tuh baru berumur 5 tahun kot..

Tapi aunty ingatkan dia..
supaya lain kali ingatkan abang kemas rumah
selepas kawan2 balik..

Aunty memang macam tuh bila handle anak2
Tak kan pukul anak sebarangan sebelum
mereka tahu kesalahan yg mereka buat
Dan aunty akan mulakan dengan Bismillah
Bila nak libas
Sebab.....
~ segala2 nya adalah hak Allah~
Kena hormat individu

Aunty nih, kalau dah start menaip..dan imbas kembali
mula lah..cerita panjang lebar..

Balik pada citer peeja..
Okay lah..

Masa zaman persekolah rendah
Peeja memang anak yg cerdik dan pandai
Kalau ada apa2 pertandingan melukis
Dia mesti dapat Johan atau Naib Johan
Emm..
Dia akan buat latihan matematic
100 soalan sehari
Maka keputusan peperiksaan cermerlang
Dia terpilih masuk ker MRSM

Maka aunty dan uncle terpisah dgn dia
bila dia duduk asrama
Uncle punya lah rindu dia
tiap2 hujung minggu nak jumpa
Bayangkan lah,
sikit punya costly dan penat travel
Apa tak nyer, duit minyak, duit tol
duit barangan yg kami bawak
biskut, maggie, minuman dan dll
Emm....dia membesar kat asrama tuh

Yea...membesar *sideways jugak*
(Jangan marah mama yea Peeja)

Tapi wajah tetap manis..he he he

Lepas SPM, tak dpt tawaran di mana2 U
So, dia masuk tingkatan 6 utk dua tahun

Dah tuh sambung kat UNITAR
Degree in Business Studies
(dapat biasiswa)
Elok dia belajar 2 tahun,
terpaksalah dia menyambung belajar secara jarak jauh (PJJ)
di UITM di sebabkan terjadi nya....

Kejadian2 yang dah di Takdirkan berlaku pada family aunty...

Yang sebenar nya, Peeja memang bertalu2 mengorban diri
utk aunty dan uncle
apa tak nyer, aunty kan berkerja
Jadi bila uncle kena heart attack followed by
bypass operation, dia jaga papa nyer
Dah tuh uncle kena stroke for 2 years, dia juga jaga papa dia
followed by 3 years of health depression,
tak mahu keluar rumah dan bagai2 miserable conditions
peeja juga jaga papa nyer..
Bila uncle recover from the depression condition..
Aunty pulak admitted for a month and followed
by weakening of the nerves, 6 months on wheel chair
dah almost 1 1/2 years, auntie masih tak kuat
Peeja juga lah yang jaga
So...memang Peeja is the 'victim of the circumstances' of my happy family.

That is the main reason why she is not working till now..

For you Peeja.....
Mama love you for your sincere heart..

Mama pray that you will be happy in your life

Mama hope there will be a good man to take care of you

Mama know deep down in your heart, you are a wonderful girl

Only Allah will bless you for all your sacrifices to Papa and Mama

Gambar Penuh

Aunty nak bagi tahu semua followers aunty
Berhati2 dengan gambar penuh diri
Maksud nya gambar dari muka sampai kaki
Aunty baru di ingatkan olih kawan
Gambar macam nih boleh di sihirkan
dengan illmu hitam

Pernah dengar satu ketika dulu
tapi sekarang??

Kawan aunty sampai delete blog dia
Sebab kawan dia dah terkena sihir tuh!!

Emm...so bergambarlah tapi separa ker
Memegang sesuatu ker utk menutup
sebahagian dari anggota badan

Berjaga2 tuh bagus

Pada aunty berserah pada Allah atas segala2 nya..

Tuesday, May 25, 2010

Durian Runtuh??

TQ to all my readers yg concerned dengan berbagai2 reaksi komen yg
aunty terima.

Emm..gembira sebab ramai sgt readers aunty kali ni yg tinggalkan komen,
memberi nasihat dan mendoakan aunty supaya bertenang

Alhamdulillah.... aunty rasa lega dan tenang

Aunty tak dapat jawab satu persatu, jadi aunty hanya mengucapkan ribuan terima kasih
di entry ni kpd setiap individu yg telah mendamaikan perasaan aunty.
Terima Kasih sangat2 lah, aunty really appreciate..

Di samping itu...
Alhamdulillah aunty dpt curahkan isi hati pada Allah, mengadu pada Allah
pada malam yg sunyi lagi sepi..

Aunty memang tahu bahawa Allah mengetahui segala
tapi aunty masih menadah tangan moga memberi
aunty kekuatan menempuh ujian pada umur sebegini

Hidup perlu di teruskan....

Allah juga menghantar tamu yg tak putus2 datang ke rumah..
Dari Pagi hingga ke malam
Kadang2 ada yang hingga 1 pagi
Bukan orang lain..
sedara mara lah..

Sekurang2 nya aunty boleh juga terhibur
dengan kunjungan mereka..

Memang terhibur dengan khabar yg di perkatakan
sebab aunty ada lah anak kampung baru, KL
La la la lah, kerajaan nak bagi pampasan RM4 juta setiap satu geran tanah
tapi ....
Kalau dah berpuluhan cucu cicit yg patut di agihkan...yg tinggal seceput jer lah..
Walaubagaimana pun syukurlah

Ada lagi kot duit 'durian runtuh' yg bakal aunty terima
Dari bakal kes saman yg aunty nak buat
Itu pun kalau aunty dan uncle bersetuju lah
Jangan 'si dia' tuh terperanjat berok pulak yea..
Tengoklah apa nasihat lawyer yg 'terkemuka dan termashur' nih nak kata..
Dia pun atas dasar 'tolong' aunty jer..
Siapalah kami..
Aunty dan Uncle yg dua2 dah pencen
Peeja yg jobless tuh..

Hanya berserah pada Allah

Sunday, May 23, 2010

~Cemohan dan Fitnah dari Anon~

Salam pada pembaca,
Hari Ahad, Hari Santai utk bergolek2 bangun lambat,
Hari utk bersenang2 makan di luar dengan family,
Berquality time dengan family.

Emm...baru jer bukak blog, of coz mula2 terpampang Dashboard....
Paling aunty suka tengok kalau ada comments..
Kalau tak de emm.. rasa hampa,
sebab readers dah 600 orang sejak mula aunty menulis
tapi sikit jer nak meninggalkan comments and say hello..hanya 2%
dari 2% tuh semua mendoakan aunty sihat dan bertanya kabar..
Aunty doakan..
Allah saja yg akan memberi ganjaran pada
mereka2 yang selalu memberikan doa utk kesihatan aunty sihat
dan kegembiraan bersama2 keluarga aunty..

Tapi aunty tahu.... itu hak masing2 lah, untuk tinggal comment atau tidak...
aunty faham...
Siapa yang tak tinggal comment,
silence readers masih mahu membaca penulisan aunty
Terima Kasih juga pada mereka..

Pagi nih..
Baru kejap nih..
Auntie jarang dapat comment pada hari Ahad
Auntie dapat satu comment..dari Anonymous..

Comment peribadi..
Contents :
Aunty tak tahu jaga anak2
Tak beri cukup pendidikkan agama islam pada anak2
Kenapa biarkan anak2 carut dalam blog??
memang patut anak aunty di saman!
aunty bagi galakkan pada anak aunty!

Aunty bukan editer nak edit apa yg dia published!
Anak aunty semua dah besar panjang..
Mana ada dalam dunia..ibu yang tak bagi nasihat??

Macam maner nak bertindak kalau kena saman??
Pergi bayar kalau salah dan kalau benar 'lawan' balik lah
Ikut peraturan yg dah di gariskan dalam perundangan

InshaAllah...Yang Benar akan di pertonjolkan

Aunty YAKIN dan PERCAYA

Ada Hikmah di sebalik segala Ujian.

Ya Allah..

Aunty sebagai Ibu dah cukup memberi ilmu agama
Syariat dan Sedikit Hakikat

Tarikat dan Makrifat..kena cari sendiri
dengan guru yg murshid.

Tapi kehidupan bukan kita yg menentukan

Kita Merancang tapi Allah yang menentukan

Aunty rasa amat2 sedih..atas 'fitnah' dan 'cemohan' yg di berikan

Bertambah Sedih utk diri si anon tuh
Dah dua anonymous comment aunty terima
Yang menyentuh peribadi aunty
sejak blog aunty berumur setahun satu bulan

Aunty observed...
Anonymous commenters (dari blog2 lain jugak)
kadang2 ada juga di selitkan nama nya pada penhujung comment
Tak kiralah sama ada nama samaran atau pun nama sebenar
Kalau comment memuji lah..
Tapi kalau comment kutukan mesti tak bernama..
Orang macam nih..selalu boleh di katogorikan...
"baling batu, sorok tangan"

Pada aunty orang2 macam nih
Pengecut..
Mentah..
Penyibuk..
Dengki..
busuk hati..
perosak..

Ah..banyak lagi aunty boleh classifykan orang2 macam nih..
tapi memang buang masa...layan orang macam nih..
tapi aunty buat entry nih..
berharap agar orang2 macam nih..
tak mengganggu fikiran orang dan perasaan orang..

Jika orang tak ganggu kita
Jangan usik dan provoke orang
Mengganggu orang adalah bisikkan syaitan

Sudah kah anonymous tuh
mengenali peribadi aunty??

Sudah kah anonymous tuh
tahu hujung pangkal issue??

Sudah kah anonymous tuh
tahu siapa betul dan siapa salah??

Sudah kah anonymous tuh
Penuh Ilmu baik agama dan academic di dada??

Sudah kah anonymous tuh
mengukur pengalaman yg dia perolihi??

Sudah kah anonymous tuh
sedar kedudukan status diri?

Kesiannnn....

Jika orang 'tegur' peribadi kita...
Be cool...
Analyse betul atau tidak teguran tuh
Fikir lah at least 3 hari..
Jika betul, ubah lah perangai

Pada aunty

Firstly...
Do Not Interfere in other people business!!

Secondly..
If you have nothing 'good to say'
Shut yr bloody mouth (sorry for being blunt for this type of people)

Maaf Zahir dan Bathin

Thursday, May 20, 2010

Handphone Arwah Mak

Entry nih, aunty nak citer pasal handphone..

Sedih citer nya..

Alfatihah untuk Arwah Mak
Endon binti Ahmad

Emm..suatu ketika dulu arwah mak aunty nak kan handphone, masa tuh dia dah berumur 80++
Rumah bukan nya tak de talipon, tapi agak nya arwah nak merasa pakai handphone kot..bila tengok anak2, cucu2, menantu2 dan org sekeliling semua ada handphone.

Aunty pernah object lah kehendak arwah tapi dia insist nak jugak..

Arwah mak : Nani...mak nak pakai handphone lah..

Aunty : Mak nak buat aper handphone kan rumah kita ada talipon, dah lah pakai jer yg tuh..

Arwah mak : Ahhh! tak kuasa aku pakai talipon rumah, kena gi depan tengah rumah, mak nak bercakap2 dlm bilik mak, kau apa hal tak bagi mak pakai??
Mak bukan suruh pakai duit kau, mak bagi lah duit, berapa satu handphone..

Aunty : Bukan pasal duit mak, tapi handphone susah nanti mak nak dial sebab nombor dia kecik2, mesti mak tak nampak, dah tuh handphone tak sama macam talipon biasa..

Arwah Mak : Mak pakai cermin mata lah nanti..

Aunty tak kata apa2, cuma buat2 lupa sampai dua tiga minggu..

Aunty citer kat boss lelaki aunty yg Mak aunty mintak nak pakai handphone

Ohhh! kena sound dengan boss aunty..

Boss : What is the problem with that..

Aunty : It's not a problem really, but dont you think it's gonna make her feel sad..
if the handphone is only to make outgoing calls and no incoming calls.

Boss : So you call her, yr children try to make call to her..

Aunty : We are staying in the same house..why call??

Boss : Well, nani if you want to make yr mum happy.. you just give her whatever she need..
Do you know nani, parents above 75 years old are under Allah's Care.
They are just like babies, but of coz they give lots of fuzz.
and don't forget..their days are very limited, they will go anytime..
Don't make yourself regret for the rest of yr life if you don't full fill good deeds to them..

Meh! citer pasal boss aunty dulu, citer mak kemudian nanti aunty sambung yea..

Boss aunty memang sangat sensitive pasal handling dgn 'Mak'
Pada dia Mak lah everything in the world,
Aunty banyak exchange note dengan dia.
Dia pasal handling Mother dan aunty pasal handling Wife..
Dia respect aunty sebab aunty dah alami perkahwinan selama 30++ sedangkan dia baru 15++
Emm..dia lah yg mengajar aunty supaya cium dan peluk Mak,
pagi sebelum pergi kerja dan balik dari kerja.
Dia pula akan cium peluk dan baring di pangku mak dia bila dia balik kampung..
Setiap hujung minggu dia akan cuba balik kampung jumpa mak dia..
Balik sekeluarga atau dia sorang2..
Boleh bayangkan 'lelaki yg berumur 40 an tido atas riba Mak..
Ohhh! mana nak cari orang macam tuh sekarang nih..
Memang shurga tempat nya..

Dua tiga minggu berlalu..

Arwah Mak : Nani kau nak tolong belikan Mak handphone ker tak??
Kalau susah sangat..Mak suruh jiran sebelah tolong belikan..

Aduhhhh...terasa macam satu pelempang rasa singgah kat muka..

Aunty : Yealah...Yealah..nanti balik kerja nanti, nani belikan Mak..
Aunty tak ambil duit yg dia hulur..entah berapa tak tau pulak..

So aunty balik kerja, aunty dan uncle beli Nokia 310 kat dia..Masa tuh harga was like RM150 kalau x silap.

Emm...aunty tunjuk kat dia handphone yg aunty beli, dan kata mak sabar yea..
Phone nih kena charge dulu bateri, lepas tuh nanti nani ajar mak macam maner nak pakai..

Allah hu Akbar!!

Dah berkaca air mata aunty..nak citer nih..

Sebab kesabaran hilang... bila aunty ajar arwah macam maner nak buat call..

Aunty : Mak...talipon nih kosong, belum ada nama2 yg mak nak buat call
Mak ada ker nombor2 talipon saper yg mak nak call?

Dengan tangan yg terketar2 dia menghulur buku kecil..buku tiga lima..

Emm.. ada lah lebih kurang 10 hingga 15 nama2 dalam tuh..

so aunty masukkan nama2 tuh dalam data phone dan sim card.

Juga aunty setkan dia nombor 'fast/quick dial'

Aunty : Mak selalu nak panggil sapa? Mak tekan no satu jer, dah tuh yg hijau nih...mak boleh dpt nak cakap dgn orang tuh..

Arwah Mak : Ohhh! senang nya..Hah! nama kau lah dulu..dah tuh adik kau Rozi..
Orang lain tak payah mak nak dial sendiri..

Aunty : Mak nih nama2 yg nani dah register..

Arwah Mak : Nih susah pulak, mak kena tercari2..Tak yah kau tunjuk jer macam maner nak call..

Aunty : Macam yg tadi tulah, mak cari nama2 yg mak nak, dah tuh tekan hijau tuh..

Arwah Mak : Bukan lah...mak nak guna buku nih jugak, macam maner nak dial panggil luar..

Aunty : Emm..macam guna talipon biasa biasa tuh??

Aunty pun tunjukkan lah..

Aunty pun keluarlah dari bilik dia..
Dia cuba dan dapatlah nombor orang yg di nak bercakap..

To make her happy, ada lah aunty call dia sekali sekala bila aunty teringat dia kat pejabat..tapi dia tak pernah pulak call aunty..

Dua tiga hari..arwah mak complain..

Arwah : Nani....mak dial2 tapi tak bunyi apa2 pun..

Aunty : Pasal lak?? Meh! nani tengok phone mak..

Tersenyum aunty bila retrieved outgoing record..
Nombor yang dia dial...
000033555887777222999 (contoh jer lah)

Aunty : Mak, mana nak dapat cakap, mak talipon nombor banyak sangat..

Arwah : Ye ker?? entah..mak perasan mak dah tekan nombor yg betul..

Aunty : Mak jangan tekan dua tiga kali nombor2 tuh, ikut macam dalam buku mak lah..

Arwah : Kau dialkan mak..Kak Raftah kau kat Sg Petani, mak nak cakap dengan Mak Lang..
Aunty dialkan, dia dapat bercakap...bergayut punya lah lama..

Dua tiga hari lagi..complain lagi

Arwah : Nani...Mak dial betul tapi x leh bercakap pun...berbunyi tapi orang lain bercakap..mak tak paham lah..

Aunty : Ahhh! mak salah nombor lah tuh..

Arwah : Tolong panggilkan..

Aunty : Ohhhh! duit mak habis, kena Top up lah..

Arwah : Top up tuh aper??

Aunty : Kena......beli dan bayar dulu baru boleh cakap..

Arwah : Eh...macam tuh pulak..Nah! duit nih, kau beli lah..
Dia hulur RM50 ringgit..
Aunty ambil dan berlalu dari situ..aunty belikan dia top up

Aunty : Mak, nani dah masukkan duit mak yg RM50 tuh, mak boleh guna dah..

Dua tiga hari lagi, dia complain lagi..

Arwah : Nani dah x leh guna lagi..

Aunty : Pasal pulak lagi??

Aunty check, banyak nombor2 yg tak bernama dia panggil, duration 10 mins or more..credit habis..

Aunty Mak : Mak cakap dengan sapa?? Nombor semua macam x de yg nani register..

Arwah : Entah lah..anak2 kau..ada pinjam talipon mak...

Aunty punya lah geram dengan anak2 aunty..panggil semua dan marah kat dia orang..

Aunty : Ooi! kenapa guna phone Mak Tok? Kau orang semua ada h/phone sendiri dan rumah kita kan ada phone..

Anak2 aunty..

Mak Tok suruh pakai, dia kata duit dia banyak dalam phone, dia bukan selalu nak pakai pun..

Aunty : Dah jgn lagi kacau phone dia..

Tapi yang aunty paling kesian..satu malam dia datang dengan h/phone dia kat living hall, aunty sedang nonton TV

Arwah : Nani..talipon mak bunyi, mak tengok ada gambar envelope..aper tuh!!

Aunty : Meh! nani tengok..(dalam hati, hairan juga siapa pulak nak bagi messages kat Mak?)

Mak hanya berdiri dan tunggu..

Aunty pun bukak message2 tuh...terperanjat aunty message..porny..

Message pertama, lebih kurang macam nih..

Eeee...aunty malu nak tulis, tapi nih memang citer benar..

"Aku intai Kau, aku curi seluar dalam kau, aku cium seluar dalam tuh, aku kat depan rumah kau tiap2 malam" dari penggali kubur..

Message kedua, lebih kurang macam nih..

" Sedaplah kalau kau hisap batang aku" dari penggali kubur..

Aunty menjerit sekuat2 hati..

Aunty : Babikkkkkkkk, kenapa message macam nih..

Arwah Mak : Kenapa nani? kenapa?

Aunty : Mak duduk dulu, nani nak panggil penggali kubur..

Arwah Mak : Uhhhh! kenapa nak panggil penggali kubur? siapa mati?

Kemarahan aunty meluap2, sebab geram sangat dengan message kotor kat talipon mak, nasib baik dia tak reti bukak message lagi..

Aunty terus panggil penggali kubur tuh..
Suara orang lelaki..baru sempat dia jawab 'Hello' aunty tembak dia macam machine gun..dengan suara yg amat tertinggi..

Aunty : Ooiiiii! penggali kuburrrr...nih talipon mak aku lah, umur dah 80 tahun, kau nak sangat ker mak aku hisap batang kau..
Meh sini lahhhhhhhhhhh...
Kalau kau penggali kubur, lebih baik kau gali kubur kau sendiri dulu, mati lebih baik, orang macam kau x de kerja, buat hal kotor...kau islam kan?? Babikkkkkk, lebih baik kau mampussssss..

Arwah Mak : Lah pasal nih..

Aunty : Mak dah lah..
tu lah nani cakap..mak tak yahlah pakai phone nih, mak dengil..

Arwah Mak : Pasal??

Aunty : Nih, tadi...message kotor2 masuk, nasib baik mak belum baca..

Arwah Mak : Maner? Mak nak baca.

Aunty : Tak yah, nani dah padam..

Aunty pun pulangkan phone mak balik, dia gi bilik dia..

Kejap jer dia datang balik, ada envelope baru kata dia..

Aunty baca message tuh..

Message yang meminta maaf aper yg dah berlaku dari
penggali kubur..

Wednesday, May 19, 2010

Sakit Menghadapi Maut

Banyak sangat emails aunty yg tak terbaca dalam In box, percaya tak aunty ada 500++
so, hari ni aunty go through one by one, mana yg berilmiah aunty simpan..

Nih! salah satu nya..saja2 buat peringatan, aunty tahu ramai yg dah tahu pun, tapi x per lah..
aunty nak jugak publishkan

Allah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah. Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh Allah SWT. Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah di akhirat kelak.
Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat dibayangkan sama sekali. Walau bagaimanapun Nabi ada bersabda, maksudnya: "Bahawa Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya 300x tetakan pedang." Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja, itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan 300x tetakan.

Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya, pastinya sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah hidup-hidup, dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di dunia ini tidak mampu menghilangkannya. Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan kesakitan maut,malah beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu. Oleh itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut, maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan. Antaranya:-

Sebelum tidur:
1] Bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali
2] Selawat ke atas Nabi
3] Membaca tasbih/berzikirAmalan harian:
1] Sentiasa membaca Al-Quran
2] Memelihara solat terutama solat fardu
3] Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan
4] Membaca tasbih
5] Membanyakkan sedekah
6] Sentiasa berzikir menyebut Allah

Amalan yang perlu dijauhi:
1] Dusta
2] Khianat
3] Mengadu domba
4] Kencing berdiri
5] Mengumpat

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Bersuci kamu sekalian dari buang air kecil kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur itu dari sebab buang air kecil."

Pada suatu hari malaikatul maut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris as lalu Nabi Idris meminta agar malaikatul maut mencabut nyawanya dan kemudian Allah menghidupkannya kembali. Permintaan ini dilakukan untuk Nabi Idris as mengetahui kesakitan sakaratul maut agar taqwanya lebih mendalam dan teguh lagi. Maka Allah memberikan wahyu kepada malaikatul maut supaya mencabut nyawa nabi Idris dan meninggalkan ketika itu juga. Malaikatul maut menangis dan memohon kepada Allah supaya Dia (Allah) menghidupkan kembali Nabi Idris lalu dimakbulkan Allah.

Setelah di dapati Nabi Idris as sudah hidup kembali, malaikatul maut bertanya: "Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan maut?" Jawab Nabi Idris: "Sesungguhnya ibarat terkelupasnya kulit dalam keadaan hidup-hidup, maka rasa sakit menghadapi maut itu lebih dari 1000 kali sakitnya." Kata malaikat maut: "Secara berhati-hati dan tidak kasar yang telah saya lakukan khusus mencabut nyawa engkau itu, belumlah pernah aku lakukan terhadap seseorang pun."

Diriwayatkan lagi bahawa Nabi Isa as telah menghidupkan beberapa orang yang telah mati dengan keizinan Allah. Maka sebahagian orang kafir berkata: "Sesungguhnya engkau telah menghidupkan orang-orang yang telah mati yang masih baru, yang mungkin mereka itu belum benar-benar mati. Maka cuba hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti zaman yang awal dulu." Kata Nabi Isa as: "Cubalah kamu pilihkan?" Mereka berkata:Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh as (Sam bin Nuh)."

Maka Nabi Isa as pergi ke kuburnya, lalu mengerjakan solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah. Dan Sam bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi rambut dan janggutnya sudah beruban. Nabi Isa as hairan kenapa jadi begitu. Berkata Sam bin Nuh: "Saya telah mendengar panggilanmu dan saya mengira hari kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi putih seperti ini dari sebab takutnya hari kiamat. Berkata Nabi Isa as: "Sudah berapa tahun kau meninggal dunia?" Kata Sam: "Semenjak 4000 tahun lalu maka belumlah hilang sakit dari sakaratul maut."

Monday, May 17, 2010

Sakit2 Badan?

Siapa lengoh2 dan bisa2 badan,

Sakit tengkok?

Angkat tangan..he he he

Kalau suami sakit, isteri kena picit, kalau isteri sakit suami kena picit..

Kalau salah satu tak de rumah..minta tolong anak2..

Anak2 tak de kat rumah macam maner??

Siapa nak tolong?

Hah! Ni dia..mesin urut OGAWA


Sila abaikan lantai aunty yg tak bermop dah sebulan..ngee

Aunty tak tahu pun benda nih ujud dalam pasaran

Masa aunty kat kampung, aunty kan sakit, dah tuh adik ipar aunty hulur benda nih kat bilik..hairan juga aper dia ekkk??

Suruh uncle pasangkan, dan dia gosok2kan benda tuh kat belakang badan aunty..

Sedap sangat...rasa lega

Bila balik ker KL, aunty terus gi beli..

Tak mahal hanya tiga keping duit 50 (main2 maths pulak) RM150 jer..

Kedai OGAWA nih banyak ada di shopping2 complex

Kawan2 aunty kalau datang rumah, bertanya pada aunty apa benda nih..

Aunty demonstrate kat badan dia, the next day dia orang pun pegi beli..

So aunty nak share benda nih dengan readers aunty..

Siapa yg penat2 kerja..dan terasa stress tuh..

Beli lah..

Atau belikan utk parents..surely dia orang akan suka..

Lagi pun tak lah penat jari2 kena memicit2..

Ayahanda cubalah..

Saturday, May 15, 2010

Tegur lah...



Semalam aunty pergi Jusco dengan uncle
Beli makanan kucing2 kat luar rumah
Kucing2 yg regular datang makan dan minum di porch aunty...
Tiga ekor semua nya..

Aunty namakan kucing2 aunty
Belang (betina) Oren (Jantan) dan Tompok (Jantan)
Tiga beradik...emak nya entah kemana pergi
Di tinggalkan anak2 nya selepas putus susu
Walaupun mereka adalah kucing 'parya' bukan 'parsi'
aunty dan uncle dah sayang mereka
Tak pernah buat hal lansung,
buang najis entah kat mana?
Pandai kesemua kucing2 tuh tak pernah
masuk kerumah aunty walaupun pintu aunty terbuka luas..
Mereka hanya berdiri depan pintu ajer..

Belang yang baru berumur 6 bulan dah bunting
dia beranak 3 ekor pada 7th May 2 hari sebelum mothers day..
tapi 2 ekor mati so tinggal lah seekor jer
Bulu anak nya sebijik mcm dia..

Noy memang pencinta kucing..
Dia cepat2 buatkan kotak beralaskan surat khabar


Gambar nih..anak2 belang yg baru lahir, tapi satu dah mati..
Uncle dah ambil masukkan dalam paper bag..


Gambar nih, aunty baru snap jap nih tadi..
Tinggal sekor jer..emm..baru berumur 8 hari
Emm..aunty tak kan dpt dengar suara dia mengiau..sob sob sob





Gambar belang dan Oren, Tompok tak de pulak balik makan..

Aunty sampai Jusco kul 4 petang, selepas buat enquiry di KWSP
Punya lah lapar sebab belum makan tghhari

Makan kat Madam Lim
Menu aunty..
Nasi Putih
Terong goreng sambal
Black Pepper Beef
Air Pink Guava

Uncle..
Kong fu koey tiaw
Cendol

Alhamdulillah makanan nya..semua sedap..

Hah tu.. Mkanan dah sampai..


Tengok tuh dia ambil aunty nyer Black Pepper Beef...he he he

Nih muka aunty yg teruja suka..baru nak start makan


Ada Anonymous tinggalkan comment di entry sebelum nih..
Dia ada nampak aunty semalam tapi segan nak tegur..
Lah...tegur jer lah..
Aunty memang suka nak bersalaman..
Dan at least aunty boleh rakam rupa reader aunty in person..ngeee..
So next time siapa saja yg bertembung dengan aunty tegur lah yea..

Friday, May 14, 2010

Kembar Siam

Buah kegemaran aunty mangga, jenis Siku Raja..
Tak dapat Raja...siku pun jadi lah..he he he

Mangga bermusim, kalau sampai musim, memang belambak2, murah jer RM10 dpt 3 kilo..

Gambar kat bawah nih, memang buah mangga, uncle beli tapi dalam banyak2 buah tuh terdapat sebiji yang bentuk nya lain sangat..

Kembar siam?? Patut ker aunty makan??


Wednesday, May 12, 2010

Kenduri Kendara

Aunty janji nak citer pasal kenduri kahwin anak buah ari tuh,
ada sikit2 gambar yang di ambil oleh uncle
bolehlah aunty selitkan kan sini.

Sebelah pihak lelaki hanya buat doa selamat, jemputan 250 orang.
Persiapan kenduri sama macam kenduri kahwin...ada pasang khemah,
ada goodies bag, ada meja utama utk pengantin..
Hanya tak de pelamin utk persandingan..

Aunty tak bertanya pulak kenapa tak bersanding..

Aunty tak sihat hari tuh, sebab makan tapai ubi banyak sangat kat
kenduri di sebelah perempuan (dewan Bkt Beruang)
Aunty terbaring jer dalam bilik, jengok2 sikit2..
tapi tak keluar dari rumah..

Banyak lah pulak jemputan2 masuk bilik
Melawat aunty
Bila dengar aunty kurang sihat..


Nih persiapan membersih ayam 60 ekor,
menantu aunty (yang berbaju hijau) pun ada menolong,
kesian pulak kat dia..
sebab diakan 'anak orang senang' tapi jiwa dia ikhlas nak menolong..

Bila dah habis menolong tuh, dia masuk bilik aunty,
Dia spray minyak wangi..
Aunty cuma senyum dan tegur dia..

Aunty : Emm...bau ayam yer??

Menantu : Aah aah mama, zeity dah basuh tangan dan lengan bersih2
pun masih rasa lekat bau ayam lah..

Auntie : Memang lah..dah duduk berjam2 mengadap ayam tuh..
bau tu dah ada dlm fikiran..
Nanti okay lah tuh..


Gambar nih pulak, tukang masak suami isteri pada hari tuh..
Bukan orang lain pun..
Dia orang tuh adalah ipar duai pada adik aunty
Aunty kurang pasti pulak, apa yg tertenggek diatas api tuh..



Gambar nih pulak, Adik2 ipar aunty sedang makan awal,
Kul 11 : 30 pagi...Sebelum jemputan datang
Emm..makan penanggah ker apa orang sebut..

Nih gambar pasangan pengantin

Makan beradap dengan saudara mara pengantin perempuan
Aunty tak tahu lah apa hidangan mereka

Tapi aunty amat terharu..
Sebab dalam kesibukkan tuh
Anak aunty Khairul menghantar aunty makanan dalam bilek..

Khairul : Mama tak bangun2, mama makan lah sikit, ayul (nama timangan) dah bawak nih..
nanti mama hypo pulak..
Apa yang dia bawak utk aunty makan??
Nasi putih
Assam pedas ikan tenggiri
Daging masak kari dan ubi kentang
Sayur goreng kobis dan karot
Ikan kering goreng

Air sarsi
Agar2 kosong (warna merah)
Tapai
Bubur kacang durian

Ooi..banyak nyer..
Tapi aunty memang makan dengan sudu sampai habis..

Dah tuh terbaring balik..kekeyanggan dalam kesakitan..

Nih pulak pengantin bergambar dengan saudara mara pihak pengantin lelaki,
Mana aunty??
Memang tak der sebab kan dah aunty kata
Aunty terbaring dalam bilik..


Gambar pengantin dengan pihak keluarga perempuan



Keluarga belah perempuan dan keluarga lelaki
Menghantar mereka pulang

Anak aunty membasuh pinggan di bilik air luar rumah..
Pernah x auntie citer..
Rumah uncle kat kampung nih besar sangat..
Arwah bapa mertua aunty bina rumah besar nih
utk kesenangan anak2 nya berkumpul nanti
Bilik tido ada sepuluh, bilik air ada tiga..
Tapi kami masih lagi beratur2
tunggu giliran bila nak ke bilik air
Sebab cucu dah hampir 40 orang kesemua nyer..
Hampir semua dah berkahwin pun

Gambar nih pulak
Mereka berkaraoke bila kerja2 dah selesai..

Aunty tak der gambar..
Mereka bersiram2 air dan calet2 arang kat muka
Tradisi melaka yg masih ada di praktikkan setelah selesai majlis..

Majlis kahwin yg amat sederhana..
Alhamdulillah..
Sempurnalah perkahwinan anak buah aunty dan isterinya
Moga mereka bahagia menempuh alam perkahwinan.
Amin

Tuesday, May 11, 2010

Matahari Terbit Barat??

Auntie jumpa article ni dari kawan aunty kat FB.

Kalau lah benar, maka akan tertutup lah pintu taubat ketika itu..

so yg belum lagi bertaubat...,

"Lu fikir lah sendiri" ayat Raja Lawak

So..negera Jepun yg di gelar Matahari Terbit mcm maner?

Kat maner pula negeri Matahari Terbit yg baru??



(Click for larger view on the pic)

Allahu Akbar!

Monday, May 10, 2010

The Principal of War

Mama had a short nap this evening..
Had a little headache..
Woke up...and daddy gave me a big white envelope...

Was really shocked and felt so down with the situation that I have to face..
coz she is my daughter..

Would I allow my daughter to be harmed??

Since Peeja was away...

Daddy received and signed the documents from the dispatched boy..

A Summon for
Peeja

Daddy read through the documents..
while mama sat beside him waiting eagerly for him to finish
Just after completing the last page..

Mama asked him..is the demand huge??
Daddy just looked at mama deeply with a calm face..

You read and go through the pages..
And later we shall discuss..

Mama put on my glasses..
read line by line, paragraph by paragraph, pages by pages..
Twenty one pages all together..

It is ashamed and embarrassing situation..
Well..damaged has been done from both parties..

Nothing can be unwind..
So..tag along and play to the game..

Daddy is cool with this situation..
Mama utter strength with 'Salawat Nabi'

Daddy said..
This is part and parcel of life..it must carry on
Since the situation is a confrontation..

Get back to The Principles of War

Defence....Regroup, Redeploy and Launch the Counter Attack
'To Destroy the Target (Enemy)'

So Help me Allah...



Small Celeb Jer

Semalam aunty menyambut Hari Ibu dgn celebration yg sederhana.

Dah petang baru ada kek yg di beli olih Noy..Black Forest Cheese

Goreng pisang tanduk dan Assam laksa di beli olih Khairul..

Gelak2 sikit, cium2 sikit, potong cake dan bergambar..


P G baru bangun dari tidur x sihat, muka mamai




Thank you for the thought my children..

Always remember.

'Syurga di bawah tapak kaki ibu'

Friday, May 7, 2010

Bahagia Tak Terperi

Selagi bergelar Ibu dan Bapa.kpd anak2
Tak kira lah....

Anak tuh...

Soleh/Soleha atau pun sebalik nya,
memberikan kegembiraan atau pun kesedihan

Adakah Ibu Bapa mengharap 'Imbuhan' dari anak2 nya untuk membalas jasa??

Kalau 'Ya' then its not fair for the child..
Probably he or she needs to build their own life..

But if yr child is thoughtful, then you are lucky

Pernah aunty terdengar kata2 orang2 tua ketika dulu

'Dalam setandan pisang bukan semuanya elok'

Takutnya kalau lah betul perkara tuh boleh berlaku dalam kehidupan

Apa perlu kita lakukan utk menjadi Ibu Bapa yang bahagia di kemudian hari??

Kalau dari jawapan aunty yg dah berumur 55 tahun, banyak yg aunty encounter baik keluarga sendiri, keluarga terdekat dan juga kawan2 sekeliling..

Ibu Bapa kena mendidik anak2 agama
Fahamkan anak2 apa itu hidup di dunia dan akhirat

Kalau semua dah di lakukan....

Apakah itu boleh menjamin kejayaan??

Oh! pada aunty..Pergaulan juga memainkan peranan..

Aunty selalu juga dengar kata ungkapan di sekeliling kita...

Mesti Mak Bapak dia tak ajar dia..yakni 'KURANG AJAR'

Bapak borek anak rintek...

Yang paling worst, bapak kencing berdiri, anak kencing berlari..he he he

Kenapa pula terbabit pada Mak Bapak??

Kalau nak huraikan memang tak akan habis dengan entry ni..

Sempena satu dunia yg meraikan 'Hari Ibu'
jom kita sembang2 pasal peranan ibu dalam ertikata menjaga anak..

Aunty dah menjadi seorang ibu kepada anak2

pertama selama 32 tahun..(Khairul)

kedua 29 tahun..(Hafizi)

ketiga 27 tahun (Peeja)

keempat 24 tahun (Noy)

Apakah peranan saorang ibu??

Aunty tak nak citer kepayahan masa
mengandung..9 bulan 10 hari..
sakit bersalin 10 jam or more
dalam pantang 44 hari


Citer penjagaan anak selepas kelahiran..
dari kaki anak tuh sebesar 'dua jari hingga lah sebesar tapak tangan'...

Menyusukan anak2 nya dari hari pertama hinggalah putus susuan
(tak kiralah berapa lama..terpulang kpd rezeki anak itu - mungkin 40 hari dan mungkin 2 tahun, dan ada juga lebih dari itu)


Cerita pasal susuan pun tak habis kalau nak di catitkan di sini..

Bila anak merengek nak susu..

Bangun tengah malam lah, depan khalayak ramailah,
bagi ibu yg berkerja, kena memerah susu utk anak nya,
ibu juga terpaksa menjaga pemakanan supaya susu badan
tidak memudaratkan anak dan makan benda2 berkasiat utk
menambahkan susu utk anak nya..
Payu dara membengkak, puting terluka kerna kerap dan kuat hisapan anak..

Mandikan, pakaikan baju, salin lampin, susukan dan tidurkan...

Sekarang buaian dah menggunakan elekric, anak di tinggalkan membuai lena sendirian...

Dulu2 ibu membuai anak, sampai lena dengan ayunan kedua tangan
Suara ibu yg perlahan2, melagukan anak dengan ' La illa ha illah'
Kadang kala ibu juga sampai terlepas tangan dari buaian ...
tertidur di bawah buaian,
sampailah terjaga mendengar rengekkan anak nakkan susu lagi di pagi subuh...

Ibu juga tidak sanggup melihat walaupun seekor nyamuk menghinggap anak nya..
di buatkan kelambu atau pun menudung/menyangkut kain ketika dalam buaian..

Anak tak kan di biar dlm keadaan yg membahayakan,

bila anak mula merangkak, ibu akan turut mengesot2 ikut anak nyer..

bila anak mula bangun utk berdiri, ibu juga akan siap bersedia menghulur kedua tangan..takut anak jatuh..

bila anak mula berjalan, ibu juga turut membongkok2 berjalan mengikut pergerakkan anak

bila anak mula berlari2, ibu turut 'berlari2 anak' mengejar anak....

Sebelum anak pandai bercakap, ibu dah mula mengagah2 anak dengan perkataan2 manis..hingga anak kecil tuh tersenyum..

Emm...terbayang aunty ketika membelai dan berkata pada anak2 aunty ketika mereka masih bayi..yg masih belum faham aper2...

Sapalah yg tantik2 tuh?
Anak sapa yg bucuk2 tuh?
Anak sapa yg temek2 idung tuh?

Membelek2 telinga anak, tapak tangan anak, kedua2 kaki nya...

Emm.....Sungguh manis kenangan...

Semua ibu akan memberi ciuman utk anaknya tertalu2, tak kira waktu..dalam keadaan apa jua pun, jaga atau tidur, sihat atau sakit..

Tanya diri kita sendiri..
Ada kah kita cium ibu kita macam tuh sekarang??

Emm..sedihkan ...bila mengingati saat2 ibu meninggal dunia yang dah kaku terbujur ...
bergilir2 anak memberi ciuman terakhir di dahi ....

Jangan tunggu sampai 'ibu meninggal baru nak dicium'
Ciumlah ibu bila2 masa yg sesuai, setiap hari saperti mana ibu mencium anak nya ketika dulu..

PESANAN AUNTY KPD ANAK2 - BAIK YG DAH KAWIN ATAU BELUM DI LUAR SANA...

Bagi anak2 yang berjauhan dengan ibu, selalu2 lah menanya kabar berita..adakan masa, luangkan masa utk balik melawat

Bagi seorang ibu, mendengar suara dan apatah lagi bertentanggan mata dgn anak nya adalah 'Bahagia' yang tak terperi bagi nya..

Thursday, May 6, 2010

Balik Kampung

Aunty balik kampung ada kenduri kahwin anak buah kat Melaka hari Jumaat lepas 30/4/10.

Tapi tak sempat lah nak attend majlis nikah kul 4:00 petang, sebab aunty bergerak lepas sembahyang Jumaat.
Hanya dapat pergi majlis kahwin di rumah pengantin perempuan
di Dewan Bkt Bruang pada tengahhari Sabtu.
Sambutan kenduri doa selamat di adakan pada hari
Ahad di rumah pengantin lelaki.

P G, Peeja dan Noy tak ikut.

P G ada performance, Peeja ngan Noy ada urusan.

Aduui!!.... packing nak pegi outstation, auntie paling bercinta dan malas..

Memang leceh nak sediakan benda2 utk di bawa..

Eeee.... packing utk 4 hari 3 malam di kampung...

Aunty pulak jenis cerewet tentang pakaian, kena matching segala2 nyer..tudong, seluar kena ikut warna baju, kan menyusahkan diri sendiri tapi memang perangai dah macam tuh nak buat macam maner??

List of items yg auntie kena bawak :

1) Pakaian leisure - blouse, seluar dan tudong utk siang, baju tido utk malam

2) Official dressing utk majlis - kurung dan tudong

3) Jewelleries

4) Pakaian dalam - Bra & Panties

5) Toiletries and Towels

6) Make up and perfumes

7) Skin care

8) Medication

9) Telekong, kain batik dan tikar sembahyang

10) Shoes and Slippers

11) Hangers
(Bila sampai destinasi, masuk bilik uncle akan unpack dari beg dan sangkut semua baju2 aunty. Dia kan very concern tentang pakaian)

Aunty dulu2, masa muda lagi sakan, siap hair dryer, hair roller dan Jam loceng pasal belum ada h/phone utk set alarm kan.

Tuh citer pakaian aunty,
Uncle punya dia pack sendiri..he he he

Kalau tengok aunty punya list ada 11, dia mungkin 20 kot..semua nya dia nak angkut balik kampung..

Contoh DVD terbarulah, kitab2 dia lah, topi, cap, songkok dan ketayap (semua nya dia angkut). Ketip kuku, gunting, cotton bud, plaster, kira semua mak nenek nak bawak...
Tak leh tegur nanti jadi masam muka, so aunty biar kan jer lahh..

Pernah aunty bergurau dengan dia, kalau lah rumah nih ada roda elok kita bergerak dengan rumah2 sekali..



Luggage Aunty




Tudong2 Aunty


Toileteries aunty

Uncle punya semua 'mak nenek' dlm tuh

Bag nih, bag golf uncle tapi di gunakan utk isi segala keperluan nyer sendiri.

Ada torch light, ubat batuk Ibu dan Anak, saving lotion, semburan pewangi utk bilik.
Emm..tali pinggang dan kasut kulit- colour brown and black, kasut sukan se pasang, spec mata membaca satu dan spec mata hitam, tak ketinggalan sampul surat utk duit,
entah aper2 lagi, sampai aunty tak mahu tahu apa yg di bawak nyer..

Senyum aunty masa dia packing tuh, uncle tanya kenapa you ambil gambar??

Aunty jawaplah utk blog...

Aii...packing baju pun boleh jadi citer ker??

Memang nya.... You kelakar.... boleh buat citer..

Kalau baju pulak, baju bercolar, T shirt, baju melayu, seluar - jeans dan slacks..

Pasal pakaian belambak2 dia bawak macam nak balik seminggu, juga pernah aunty tegur..
(masa muda2 dulu lah)

Pasal bawak banyak2 pakaian, you ingat you artis ker??

Kat maner performance??

Uncle tak kan jawap, hanya tunjuk muka selamba derk jer..

Bayangkanlah anak aunty Khairul, berulang alik mengangkut beg2 Papa dan Mama, plus beg dia sendiri.
Di tambah pula dengan 2 biji bantal dan 2 selimut.
Berpeluh2 dia..tapi bila di imbas dulu2 masa dia semua kecik2..
Papa dia yg angkut2 ke kereta, siap ada bakul susu dan beg pakaian anak2 lagi..

Emm...tu lah penat bila bergerak balik kampung, menyiapkan kelengkapan...

Jom citer pasal majlis perkahwinan perempuan hari Sabtu
Majlis kawin di buat kat dewan..


Auntie memang tak laratlah nak ikut rombongan pengantin lelaki, nak kena berdiri dan berjalan lebih kurang 150 meter dari dewan dan mereka di sambut dengan kompang.

Uncle hantar aunty duduk kat depan dewan..ha ha ha
Aunty duduk sorang2..
Dah tuh uncle tinggalkan aunty sorang 2 utk join group pengantin lelaki..

Nasib baik ada kerusi2 kat situ. muka dah senget2 sebab panas terik

Agak nya Pak Man (Bapak saudara uncle yg bungsu) kesian kan aunty .. dia join sekali

Berbual bukan main lagi... macam faham, yg sebenar nya, aunty tak leh baca from his lips reading sebab misai dia tebal sangat menutupi bibir.. he he he

Dah tuh sampai lah rombongan pengantin lelaki dan di sambut olih pengantin perempuan





Nampak tak bunga manggar dah togel, belum lagi pengantin lelaki sampai..budak2 dah cabut buat main..aunty kan duduk tepi dewan tuh...nak tegur, takut org tak suka pulak..biarkan jer lahhh...

Dah tuh baru lah uncle join aunty utk masuk ker dewan..

Dalam dewan, duduk dulu....dan tunggu upacara bersanding dan merinjis

Uncle (anak Sulung) ngan adik (bongsu)










Ramai nya saudara mara belah pengantin lelaki dan pengantin perempuan nak merinjis,
kawan2 lagi..mahu dekat 40 orang kot..
First time aunty experience, ramai ingin merinjis sampai que que lah..he he he

Aunty memang dah lapar tapi sabar jer lah..apa tak nya dah pukul 2:30 ptg tak makan2 lagi..

Dah tuh kami di jemput ker meja khas, uncle ajak duduk di high table dgn pengantin tapi aunty tak suka sebab tak puas lah makan beradap/berdepan ..Uncle duduk dgn adik beradik dia

Meja aunty ada makanan dan lauk siap terhidang so tak perlu 'waiter peribadi' ngee..

Puas nya makan bila perut lapar kann...tak ingat ada penyakit kencing manis..
air mineral memang ada dlm handbag tapi air buah cocktail aunty bedal..haus sangat..
Dah tuh tapai ubi, emm...makan jugak..bukan sikit..banyakkkkk...

Selesai mkn upacara potong cake pulak..

Eh Eh! ada minah lentik, sedang cekak pinggang kat situ?? Tak kenal pun mesti belah pengantin perempuan..he he he

Kenapa ada dua kek?? Mesti ada yg sponsor kot..

Tiba2 jer uncle nak suap aunty cake yg di hulur olih pengantin



Malu nyer...tak per lah ambik berkat


Aunty pulak suap uncle, apasal besar nya nganga tuh??


Semeja dgn menantu dan anak aunty

Tak mau tanya kenapa aunty pakai kaca mata hitam tak bukak2??..
jadi minah pergrak kejap
minah keret
minah poyo

mesti orang sangka aunty buta sebab bila auntie jalan kan kena berpimpin..ha ha ha

Yang sebenar uncle belikan ...aper lagi melaram ler..


Ending citer...

Majlis Perkahwinan yg amat sederhana

Nanti aunty citer lagi, majlis belah lelaki pulak..

Sayonara...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...