THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Wednesday, April 28, 2010

Otak Lemah

Pernah terlupa letak kat maner barang2 dalam rumah?

Kunci kereta ker, gunting ker, torch light ker, cermin mata ker atau lain2 lah?

Aunty jarang lupa bila letak2 barang2 sebab uncle organize barang2 dalam laci

Contoh nya : Almari yg ada empat laci

Laci pertama
Bateri, mentol, starter lampu, three pin plug, torch light & etc

Laci kedua
Barang2 Stationeries - Gam, double sides tape, cellophane tape, gunting, pisau, cutter, measuring tape and etc

Laci ketiga
Wrapping paper, ribbons, greeting card, envelopes & etc

Laci keempat
Peralatan kucing, ubat, vitamin, shampoo dan permainan nyer.

Tapi masaalah kalau ada orang pakai dah tuh tak letak balik kat tempat asal..

Contoh nyer bila black out di malam hari...electricity takda mesti nak cari torch light dan lilin kan..
(tapi sekarang noy dah pasang emergency light utk aunty)
Aunty selalu akan terjerit2 bertanya barang yg aunty nak pakai....

Kalau tanya anak2, semua akan angkat bahu menandakan tak tahu..

Dua tiga hari sudah, aunty nak guna gunting,

Semua kata tak tahu..

Tapi aunty tahu, last yg pakai adalah anak aunty Khairul, dia guna utk gunting 'koyok' sebab pening kepala.

Bila tanya the worst part dah lupa letak kat mana?

Uncle is a very organized person

Dia sendiri tahu mana nak letak kalau dia replenish barang2 baru.

Kalau pasal pakaian

Segan dan malu aunty kalau buka almari dia..

Tersusun rapi.

Semua T shirt dia terlipat sama ukuran ikut warna.

Stokin, sapu tangan, face towel dan spendar dalam laci.

Baju berkolar semua bergantung, dan hanger pulak mesti sejenis dan sewarna.

Sebelum pakai pakaian dia akan gosok lagi, pantang dia pakai pakaian berkedut.

Semua nih dia buat sendiri.

Aunty dari muda pemalas part pakaian, membasuh, melipat dan menggosok.

Memang syabas..dia memang rajin.

Baju2 linen aunty, dia punggut nak basuh tapi aunty selalu kata
" nani nak hantar dobi sebab bila ambil dah bergosok".

Walhal aunty tak sanggup tengok dia uruskan pakaian aunty.
Pernah uncle rendam baju sutera aunty, turun habis warna nya..from that on baju2 aunty dia tak berani basuhkan...
he he he semuanyer hantar dry clean.

Tapi bila aunty nak pakai baju2 yang dah pun bergosok olih dobi, dia akan gosok lagi..pilih tudung yg sesuai..dia gosok jugak..

Aunty tak pernah suruh dia urus pakaian aunty, memang dia dengan rela hati nak buat sendiri.

Terharu aunty..menaip nih, berkaca air mata aunty..

Hmm...bayangkan macam mana lah aunty tak sayang dia...

Kebersihan rumah tok sah kira lah..memang terlalu pembersih orang nya, tak leh ada habok, tangan nya asyik menggelap jer, walaupun sedang nonton tv, meja depan mata jadi sasaran nyer..

Ehh...misleading lah...aunty nak citer pasal 'terlupa' letak barang jadi citer lain pulak..

Emm.. jom berbalik pada citer pasal tajuk.

Ohh!! sob sob sob

Pagi2 aunty ker bilik air nak gosok gigi, dah tuh aunty tercegat berdiri terus jadi blurrrr

Bertanya dalam hati, Maner satu berus gigi aku??

Warna aper uhh??

Ada dua jer pun berus gigi kat situ

Dah tuh aunty menangis..memang tak tahu yg maner satu berus gigi aunty...

Aunty ambil jer salah satu dan start berus..sambil menangis..
(tak pernah aunty pakai berus gigi org lain, walaupun suami. Sebab nak bersolat subuh terpaksa juga pakai)

Masa sarapan aunty tanya uncle warna apa berus gigi dia..

Uncle : I punya hijau, You punya biru..

Uncle : Kenapa tanya warna berus gigi pulak??

Aunty : Nani terlupa yg mana satu...berus gigi nani...uh uh uh (aunty menangis)

Uncle : Nih! kes serious..sampai berus gigi pun boleh lupa...kena tanya doktor nih..

Aunty : Beli kan nani korma dan kismis lah, nani dah mula lupa2 nih! takut lah..
Belikan nani berus gigi yg ada penutup lah, at least lain dari you punya.

Pleaseeeeeeeee...........

Mudah2an korma dan kismis boleh pertahankan dan menguatkan ingatan aunty, sebelum aunty berjumpa doktor pakar next month

Dua tiga gambar aunty ambil, saja2 utk paparkan betapa tersusun orang nyer...

Paku2 lah, screw lah semua dlm kotak, ikut size kat closet di garage

Gunting, cutter dawai, all kind of tapes

Spec lama2 semua dia simpan, believe me ada yg dah 10 tahun pun dia simpan tapi masih elok cuma outdated.

Aunty really appreciate him and aunty really love him very much..

May Allah bless both of us and my family

Amin

Susahlah hati aunty sebab aunty dah mula lupa2..

Kadang2 vocabulary pun mula hilang, sedap2 bercakap terhenti..tak tahu apa perkataan nak sebut..

Aunty kena mula perbanyakkan membaca..makan korma, kismis dan madu..
Inshaallah...

Tuesday, April 27, 2010

Private Function

Malam Sabtu 25hb April, aunty dan uncle dpt invitation to a private function di Bora Ombak.

Tema malam tuh All in White, Majlis Perpisahan kawan aunty yg sangat aunty sayangi.

Aunty yg sebenar nya kurang sihat tapi di sebabkan kawan aunty akan bertolak ke France menjadi Duta di sana pada minggu depan.

Malam tuh jemputan lebih kurang 200 orang termasuk kanak2.
90% datang in White.

Meriah sambutan nyer, ada penyanyi dan iringi oleh band dan juga tarian poco2.

Since ada kanak2, badut dan juga face painting dijemput utk menceriakan malam tuh..

Makanan di hidang secara buffet, memang uncle ambilkan utk aunty sebab aunty tak kuat dan susah nak berjalan tambah2 lah tempat tuh banyak tangga.
So jadi mem besar lah aunty..uncle jadi waiter ...kesian dia... berapa kali ulang alik ambil kan utk aunty....he he he

Aunty nak citer kat sini, apakah rasa aunty ketika menghadiri majlis tersebut.

Emm....tak dengar apa2..sunyi

Meriah sambutan pada aunty hanya lah dengan pandangan sekeliling tanpa bunyi2an..

Terasa kekok juga sebab bila bersalaman dgn orang yg tak kenal, terpaksalah pegang telinga dan explain yg aunty tak boleh dengar lansung.

Memang sedih lah, tak dpt borak2 mcm orang lain. Ketawa dgn gurauan dan bertepuk tangan mendengar nyanyian dan tarian kumpulan pada mlm tuh..

Even bila ada orang membawa doa pun aunty tak tahu, nampak orang menadah tangan menandakan doa sedang di baca baru lah aunty turut menadah tangan.
Bila masa nak Aminkan pun tak tahu....,
Aunty hanya ikut perbuatan org ramai...
menekup muka menandakan doa dah habis di baca.

Tapi aunty amat gembira sebab dpt bersama berkumpul dalam majlis tuh..

Gambar2 semua nya uncle yg ambil..

Banyak makanan yg di sediakan


Group photo kawan2 nya yg terapat :
Yang tengah berbaju hitam dan kanan nyer ada lah host malam tuh
Tan Sri Aziz Zainal dan Isteri nya Puan Sri Rozee
Dari Kanan ke Kiri
Tan Sri Aziz Zainal, Datuk Zulkifli Zain dan Uncle

Puan Sri Rozee dan Aunty

Close up sikit

Budak2 ghalit dengan badut

Aunty menunggu makanan di serve olih 'waiter' peribadi..he he he

Muka kekenyangan

Kawan aunty nih baru bersara, sebelum nih dia berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia sebagai Panglima Angkatan Tentera.

Alhamdulillah, dia terpilih utk menjadi Duta di France selama 4 tahun..
Inshaallah kalau di izinkan Allah, aunty ke Paris lah hujung tahun nih atau awal tahun hadapan

To my beloved and dearest,
Tan Sri Aziz Zainal and Puan Sri Rozee
Good bye
Good Luck
You'll be missed
but the warmest wishes
for success and happiness are with you ...
wherever you go

Wednesday, April 21, 2010

Tukang Kapak, Mungkar dan Nakir

Again another email yg aunty nak kongsi..

Al-kisahnya seorang jutawan telah menulis satu wasiat barang siapa yang dapat menjaganya di dalam kubur setelah beliau mati nanti akan diwarisi separuh dari harta peninggalannya. Lalu ditanya pada anak-anak semua adakah mereka sanggup menjaganya di dalam kubur nanti. Lantas menjawab anak, mana mungkin kami sanggup menjagamu wahai ayah kerana pada masa itu ayah sudah pun menjadi mayat.

Selang keesokan dipanggil semua adik-beradiknya dan beliau berkata, "Wahai
adik-adikku sekalian sanggupkah kamu menjaga akan daku setelah aku mati
nanti bersama selama 40 hari di dalam kubur yang ku hias indah seperti banglo mewah ini dan aku juga akan memberi setengah daripada harta ku kepada di antara kamu yang sanggup bersamaku."

Adik-adiknya pun menjawab, "Wahai abangku, adakah engkau sudah gila mana
mungkin manusia sanggup bersama mayat selama itu di atas bumi inikan pula
di dalam tanah."

Lalu dengan sedih jutawan tersebut membawa diri ke kamarnya. Beliau masih
bertegas dengan hajatnya yang ingin ditemani di dalam kubur nanti apabila
beliau sudah mati nanti. Dipanggil setiausahanya supaya diuar-uarkan di
dalam akhbar dan media akan wasiatnya itu.

Akhirnya sampai jugalah hari di mana jutawan tersebut kembali ke rahmatullah. Kuburnya dihias indah dan digali seperti sebuah banglo di dalam tanah yang mempunyai kemudahan harian selama 40 hari.

Pada waktu yang sama seorang Tukang Kapak yang sangat miskin telah mendengar akan wasiat tersebut lalu diberitahu kepada isterinya apakah dia perlu mengambil kesempatan ini untuk menjadi kaya.

Isterinya berkata, Wahai suamiku, apalah sangat menjaga mayat tersebut selama 40 hari dibandingkan kerja-kerjamu di dalam hutan bertemu harimau dan hantu bajang ketika menebang kayu. Lagi pun makanan disediakan.

Tukang kayu tersebut dengan tergesa-gesalah ke rumah jutawan tersebut untuk memaklumkan kepada waris jutawan tersebut akan niatnya.

Keesokan harinya dikebumikanlah jenazah jutawan tersebut walaupun mendapat
bantahan dari orang-orang yang tahu akan agama. Si Tukang Kapak tu pun ikut sekali turun ke dalam tanah bersama kapaknya.

Setelah tujuh langkah para hadirin meninggalkan tanah perkuburan maka datanglah Mungkar dan Nakir ke dalam kubur tersebut.

Si Tukang Kapak yang tahu sedikit pasal agama menyedari akan siapa yang hadir itu pun menjauhkan diri dari mayat jutawan tersebut.

Terdetik di fikirannya bahawa sudah tiba masanya jutawan tersebut akan disoal oleh
Mungkar dan Nakir.

Tetapi sebaliknya yang berlaku, Mungkar dan Nakir telah menuju ke arahnya dan lalu berkata.

Apa yang kau buat di sini?
Aku menjaga mayat tersebut selama 40 hari untuk mendapat setengah harta wasiatnya.

Apa harta yang kau ada sekarang?
Aku cuma ada sebatang kapak ini sahaja untuk mencari rezeki.
Dari mana kau dapat kapak ni?
Aku membelinya.
Lalu hilanglah Mungkar dan Nakir di hari pertama di dalam kubur tersebut.

Hari kedua di tanya pula, apa yang kau buat dengan kapak ni?
Aku menebang pokok untuk dijadikan kayu api untuk dijual.

Hari ketiga di tanya lagi pasal kapak tersebut
pokok siapa yang kau tebang dengan kapak ni?
Kat hutan mana ada orang punya pokok.
Adakah kau pasti?
Lalu hilang lagi Mungkar dan Nakir hari ke empat.

Adakah kau potong pokok tersebut dengan kapak ini ukurannya dan beratnya sama untuk dijual?
Aku potong cincai-cincai je, mana boleh ukur sama rata

lalu hilang dan muncul Mungkar dan Nakir tersebut selama 39 hari dan soalannya tetap sama berkisarkan kapak tersebut.

Di hari terakhir yang ke 40, datanglah Mungkar dan Nakir
sekali lagi bertemu dengan Tukang Kapak tersebut.

Berkata Mungkar dan Nakir hari ini hari terakhir aku bersamamu buat seketika tapi aku akan bertanya pasal kapak ini. Belum sempat Mungkar dan Nakir menyoal beliau, si Tukang Kapak tersebut telah melarikan diri ke atas dan membuka pintu kubur tersebut. Lalu di perhatikannya begitu ramai orang sudah menantikan kehadirannya untuk keluar dari kubur tersebut.

Si Tukang Kapak tersebut dengan tergesa-gesa keluar dan meninggalkan mereka semua dan sambil berkata ambillah korang semua harta tersebut dan aku tidak menginginkannya lagi.

Sesampai di rumahnya lalu si isteri berkata wahai suami ku, di manakah setengah harta peninggalan jutawan tersebut.

Maka jawab si Tukang Kapak. Aku tidak mahukannya lagi. Sedangkan harta aku
yang ada kat dunia ini hanya kapak. Tapi apa yang di soal Mungkar dan Nakir selama 40 hari semuanya hanya pasal kapak ini. Apa akan jadi sekiranya harta aku begitu banyak. Bagaimana dapat aku menjawabnya.

Kalau lah benar apa yg terjadi dalam kubur tuh..Yang di soal ada lah harta apa yang kita tinggalkan, memang tak habis2 lah akan di soal oleh Mungkar dan Nakir.

Adakah harta yg di tinggalkan itu halal atau haram??


Halau Nyamok:??



Pernah dengar dan tahu tak ada pokok boleh halau nyamuk??

Petang Ahad yg lepas, aunty dan uncle pergi jalan2 ke rumah kawan dekat Ukay Perdana
selepas buat appointment. (tak berapa elok kalau redah2 sbab takut mengganggu privasy).

Lama aunty bersembang2 (bayangkan aunty yang tak boleh dengar bersembang, dengan lips reading and sign languages jer) dari pukul 5:30 ptg sampai kul 9:30 mlm.
Nak balik sebelum maghrib tapi di tahan oleh kawan aunty sebab hujan mencurah2..

Topic perbualan banyak kearah keagamaan lah..(dah tua2 mana ada gossip2)

Citer2 pasal hobby masa lapang, kak nani suka menanam pokok2 bunga.
Suami kawan bertanya ada tanam pokok halau nyamuk tak??

Aieee! tak pernah pun dengar sampai umur dah tua..ade ker??

Dia pun tunjuk pokok tuh..

Eh eh! betul ker boleh halau nyamuk..

Betul kata dia.sebab dulu2 rumah dia tak boleh lansung buka pintu atau tingkap lepas maghrib, nyamuk berebut2 masuk dlm rumah..

Kalau duduk kat porch pun kena gigit sana sini..

Sejak dia ada pokok tuh, dah tak de nyamuk lagi berkeliaran..

Memang betul pun sebab malam tuh seekor nyamuk pun tak ada walaupun kami berbual2 dan pintu depan terbuka luas.

Hmm..tapi pokok rumah kawan aunty tuh tak ada anak pokok.
(Jenis menegak lurus tak ada dahan dan ranting2 pun)
Dan yang sedih nya pokok tuh dia beli nun jauh dari Sabah.

Memang tak de chance lah aunty nak dpt kan pokok tuh..

Dah tuh semalam aunty google dan hasil nyer...

Ada tiga macam pokok yg aunty jumpa tapi tak ada pulak pokok macam kat rumah kawan aunty....


Kebetulan, Pokok nih aunty ada tanam dua pasu tapi masih kecil, belum nampak berkesan

Pokok ni pulak aunty ada lima pasu, juga rasa nya tak berkesan


Pokok nih kena cari kat nursery, aunty belum ada..

Adakah lagi pokok2 lain yang boleh halau lipas, semut, cicak dan tikus??

Tak payah kita beli insecticide lagi kannn....boleh juga save duit dan cancel pest control punya contract..

Tuesday, April 20, 2010

Terlebih Rajin

Hari ni terlebih rajin despite tak sihat..sebab selera nak makan nasi tomato..

Kul 11:30 pagi tadi aunty rebus daging ngan kacang dal. Buat lauk dalca.

Kul 1:30 selesai lah masak dan panas2 hidang utk uncle makan dengan aunty.


Acar timum ngan nenas

Dalca Daging

Nasi tomato

Aunty dah penat nak goreng papadum dan ayam masak merah.

Kalau ada lauk yg malas aunty masak dah macam gi kenduri kawin kann?

Emm....macam nih macam maner lah berdiet??

Petua Untuk Rohani

Email yg aunty dpt utk berkongsi bersama..

Petua untuk Muslimin dan Muslimat...

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sejadah, solat, berzikir, dan berdo'a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

4. Untuk punya bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

5· Agar tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS, selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6· Untuk mengembangkan diri , sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

~mari kita mengamalkan petua-petua yang bagus untuk diri kita...Sama2 kita jadikan diri kita sesuci embunan salji...

Sunday, April 18, 2010

Sekejap Jer Kan

18 hb April genap lah umur blog aunty setahun.

Kalau ikut pepatah melayu 'Baru setahun jagung' tapi aunty rasa okay lah followers pun quite ramai juga.

Semua nya muda2 belaka, pangkat anak2 dan adik2.

Aunty bertanya pada diri sendiri..apa kah tujuan aunty berblog??

Well....

Firstly, nak rakamkan citer2 kisah hidup sendiri dan keluarga. Aunty baru bercerita sampai umur aunty 24 tahun dalam episod2 yang sudah2.

Inshaallah kalau di izinkan aunty akan sambung..

Secondly, nak kongsi pengalaman dan pelajaran yang boleh di buat contoh sepanjang perjalanan kehidupan aunty selama 55 tahun. Moga ia nya ibadah

Thirdly, emm...menyelam sambil minum air, menulis di samping mendapat income from Naffnang. Walau pun seceput jer income (lepas utk beli seekor kambing) rezeki tuh..boleh di buat untuk tambahan berzakat pada tiap2 tahun. (bulan Ramadhan).

Berbalik pada tajuk..'Sekejap Jer Kan'

Namum....Aunty amat2 bersyukur..
Bila berblog, ramai yg mendoakan aunty sihat dan bahagia disamping keluarga.

Aunty mengucapkan ribuan terima kasih.

Hari2 auntie mengingati nyer...

Meniti hari demi hari untuk pulang ke pangkuan Allah
Belum cukup bekalan yang perlu di bawa pulang
Namun aku redha jika panggilan tiba
Selagi bernafas....Allah membuka pintu membuat ibadah dan bertaubat..
Aku tenggelam dalam rahmat mu 'Ya Allah'

Friday, April 16, 2010

Selamat Hari Jadi

Emm..Happy Birthday Sayanggg..

Today uncle nyer Birthday yg ker 57 tahun

Aunty tak beli aper2 utk dia sebab dah banyak sangat aunty hadiahkan dia seminggu sebelum harijadi.

Aunty belikan dia minyak wangi YSL, pen parker dan 2 tali pinggang masa gi shopping kat SOGO sebab ada sales menggila kat situ..
So aunty dah pesan yr birthday no more gifts okayy..

Tapi aunty rasa nak surprise kan dia nak buat party memang lah aunty tak larat..so aunty sms semua kawan2 dia suh wish dia..

Pagi tadi dia dpt sms wishes berlambak2..dia senyum meleret sampai ker telinga bila membaca all the wishes through his handphone..

Emm...dia kata hairan macam maner kawan2 dia tahu birthday dia??

Uncle kata you masukkan dlm blog ker pasal hari jadi I??

Mana ada kata aunty, kalau masuk dlm blog pun bukan kawan2 you jadi pembaca blog I.

So...mcm maner yer dia orang semua tahu??

Lah...nani bagi tahu dia orang lah through SMS suh dia org wish you...

Its a good thing lah..the cheapest way of wishing a friend on his birthday through SMS kann...

Its only cost them 10 to 20 cent jer kann...kalau beli kad dah sampai 5 hinggit...

Believe it or not there is a cake bought by noy this morning, which is still on the table...entah bila lah budak2 nih nak berkumpul suh papa dia blow the candle.

Semalam dia orang after twelve dah wished kissed dan peluk papa dia..masa tuh tak de cake lagi..

Lantak lah nih dah kul 10:45 mlm..PG pulak tak de..
Nampak nyer mkn gitu jer lah..
Nak kena jerit si Peeja dan Noy tuh..

Nanti auntie sambung okay...

Thursday, April 15, 2010

Geliga

Moh! kita sambung citer pasal pengalaman auntie ikut kawan opis pergi operasi cari batu permata dari alam ghaib.

Walaupun citer nih tak menarik pada pembaca sebab tak ramai yg comment...

Auntie nak juga citer..sebab nak catatkan pengalaman dalam blog.

Emm..kawan auntie nih lelaki tapi jauh lebih muda dari auntie. Umur dalam lingkungan lewat dua puluhan mungkin awal tiga puluhan. Sedangkan aunite dah pertengahan tiga puluhan.

Oh Ya! citer nih kira pertengahan tahun 90 an. Okay lah..jom sambung..... dia citer ada group yg akan menggali khazanah2 di alam ghaib pada malam tuh.

Kalau nak join dapatkan 'hasil misteri' dia kena collect RM200 saorang untuk di serahkan pada ketua group sebagai 'upah'.

Benda2 mcm nih, auntie cuma nak menyaksikan saja, bukan nak buat collection...so auntie tak involved dgn kutipan atau pembayaran duit.

Dia bagi clue kat mana tempat tuh dan bila masa nak berkumpul.

So..malam tuh auntie lepas solat Ishak, ajak hubby temankan.

Dia agak keberatan nak pergi tapi auntie pujuk dia.. sebab benda2 mcm nih maner kita dapat menyaksikan secara terbuka dan jarang kita jumpa dan dengar..

Emm.. tak silap auntie tempat tuh dekat Bukit Belacan, Ampang.

Sampai kat situ lebih kurang kul 9:00 mlm. Kawasan kampong, rumah2 tanah lot.
Kawasan nya dah ada lampu letrik.. so quite terang...
Banyak kereta2 parking kat kawasan tuh.
Di celah2 kereta yg banyak tuh, kami dapat parking yg sesuai...

Duduk dalam kereta dan tunggu saja, sambil melihat..
Ramai orang lalu lalang menuju ker sebuah rumah dan semua berkumpul di situ.

Lebih kurang setengah jam kemudian, orang2 tuh bergerak sambil lalu di tepi kereta auntie..
Auntie ternampak kawan auntie terus menyapa dia.
Suami auntie keluar dr kereta, bercakap2 dengan dia dan terus ajak auntie keluar
berjalan kaki tak jauh dari situ...

Ramai yang bawa lampu suluh.. kami tak bawak pun..

Oh!...Ada ladang serai...boleh tahan banyak juga pokok2 serai kat situ dan lapang tanah nyer..
Agak2 boleh di dirikan dua biji rumah bungalow kawasan tuh..

Group tuh nak start operasi nyer..
Dia orang bentang tikar, pasang ubat nyamok, padam lampu2 suluh dan start berzikir ramai2...kalau di bilang secara kasar lebih kurang 30 orang yang berzikir tuh..
Tak tahu lah auntie apa yang mereka bacakan..
Auntie cuma dengar macam 'Bees buzzing' jer..

Ramai juga yang tak join group tuh, macam auntie dan uncle
hanya kat tepi jalan..utk tunggu dan lihat apa hasil dan kesudahan nyer..

Eh! sekejap jer..lebih kurang setengah jam, yg berzikir2 tuh bangun, pasang lampu suluh.
Mereka berpecah kpd 5 ker 6 group dan start menggali dan menyodok pokok2 serai..

Ha!...kami yg menunggu di ajak bersama utk menyaksikan apa hasil yang akan mereka perolehi nanti..

Memang aneh..bila pokok serai tuh di bongkar dari tanah, berserta akar2 nya sekali, melekat2 batu2 tuh kat akar nya...mereka letak atas tikar dan goncang2kan pokok2 serai tuh..
Bertaburan jatuh batu2 permata..dan ada juga benda2 lain juga..

Benda2 lain yg di jumpai ialah Batu2 Geliga yang ada tertulis kalimah Allah.
Bentuk mcm telur puyuh...

Memang auntie hairan dan pelek..betul ker semua nih??

atau pun..... silap mata??

Wallahu alam...

Tuesday, April 13, 2010

KENA TENGKING

Uh...Uh....Uh....

Auntie tengah merajuk nih... dgn hubby...

Bawak diri kat meja computer dan terus masuk blog...
Curah kat sini jer lah...

Pagi tadi hubby nak keluar gi pejabat, tapi dia kata contractor Astro nak datang kul 10 pagi nak pasang Astro Beyond.

Auntie : Astro Beyond tuh aper ker benda tuh?? Dapat channel tambahan ker??

Uncle : Dengan tangan tunjuk 5 jari ...dah tuh ibu jari naik, menunjukkan best.
Bila contractor tuh pasang wire nanti dia provide 20 metre jer kalau lebih dia akan charge RM 3 hinggit semetre..

Auntie : Kena bayar berapa extra untuk Astor Beyond tuh??

Uncle : Dua puluh jer??

Auntie pun bertalu2 menanya uncle...

Auntie : Alah !! Macam maner nak communicate dgn contractor tuh?? Berapa orang yg datang?? Melayu ker Cina?? Contractor tuh kena naik atas masuk bilik ker?? (Sebab bilik auntie pun boleh dpt Astro)

Uncle pun hulur hphone dia..

Auntie : You nih, nani bertanya tapi suruh baca SMS buat aper..

Uncle : Bacalah..

Auntie pun baca lah SMS tuh..dari Astro ker hphone dia..detail org yg nak datang tuh..
Nama contractor tuh Yap Chee Koon.

Auntie : Oh!! malas jawab suruh baca yea..tapi soalan yg lain2 tuh tak berjawab lagi..
macam maner nani nak communicate dgn dia tuh..Masuk bilik ker tak??

Uncle terus, bukak baju dia dan lucutkan seluar slack dia..(Tak jadi ker pejabat)

Auntie : Emm..pandai pun....pegi lah pejabat lepas kerja2 tuh dah habis...dah tahu org nak datang suruh nani attend buat aper??

Tepat kul 10 cina tuh datang. Uncle attend to the contractor.

Auntie pun terus lah ke dapur memasak..
Lauk masak lomak cili api nenas dgn ikan kering kurau
Goreng sambal ikan senangin dan cincalok
Sayur malas nak sambung, simpan balik dlm peti ais. (Kobis bunga dgn karot)

Dah tuh auntie pun duduk kat living hall tuh tgk cina tuh habis kerja pemasangan.

Auntie : Ha...pasangkan nani channel baru tuh..

Uncle pun kata dah pasang lah..

nombor yg tertera kat screen tuh 431 HBO. HD

Auntie : Oh...HBO ada dua channel yea..411 dan 431 dpt dua citer yea...
(itu yg auntie faham ler)

Uncle : Bukannnnn..(dgn muka yg marah walaupun auntie tak dengar tapi auntie tahu itu adalah tengkingan)

Auntie pun menangis dan terus bangun dari tempat duduk dan gi kat komputer nih dan terus menangis2 menaip nih...

BERHENTI SEKEJAP ...SAVE AS DRAFT NANTI SAMBUNG BALIK...SEBAB...

Uncle datang dan tunjuk kertas dari Astro...sambil mencium pipi auntie yg basah dengan air mata..

Terteralah 5 channel yang dah memang jadi langganan tiap2 bulan.

Auntie : Pasal tak der channel yg baru??

Uncle explained lagi....ASTRO BEYOND IS for better sound system and sharper picture.

Auntie : Oh!....kata lah you are paying for 'MUTU'

Uncle : aper mutu2 pulak nih..

Auntie : Yea lah....qualityyyyyyy.... bahasa melayu nyer mutu..

Ha ha ha kedua2 gelak sampai sakit perut...uncle ingat ada Mutu org india maner pulak!!

Auntie memang susah orang nak communicate, bila sakit nih..(hilang pendengaran) selalu benar auntie salah faham.

Banyak yang auntie termiss citer2 dlm family dan keluarga terdekat...dah basi citer tuh baru sampai kat auntie.

Memang suami dan anak2 pun susah nak communicate dgn auntie. Orang2 tuh kena sabar sangat explain perlahan2 baru dpt auntie tangkap dan faham..
Kalau auntie tak faham jugak, terpaksalah uncle or siapa2 menulis utk auntie baca.

Yang rajin menulis Uncle dan Khairul anak auntie....tapi....auntie frust menunggu dia orang habis menulis sebab kandungan yg di tulis macam karangan, panjang lebar...

Ya Allah bila kah keadaan nih akan pulih...

Walaubagaimana pun, Aku redha Ya Allah..

Beri lah kesabaran kepada keluarga ku menerima ku saperti ini....

Monday, April 12, 2010

Permata - Batu Serai

Auntie teringat satu pengalaman auntie masa auntie sihat dan terang tang tang muda..

Betul ker ada batu2 permata yg boleh di perolehi dari alam ghaib??

Suatu ketika dulu masa auntie masih kerja, agak2 pada tahun awal 90'an..kat office auntie ada kawan laki2 auntie bawak batu permata serai wangi.

Siap citer yg batu tuh, nak kan auntie jadi tuan nyer..

Batu tuh sangat cantik, berkilat2 memang boleh buat cincin.

Citer nya bermula..

Kawan auntie tuh bermimpi beberapa kali yang belakang rumah kawan dia ada harta karun. Bertempat kat pokok serai wangi dan ada sungai kecil.

Bila kawan auntie telepon dan bertanya kawan nyer betul ker rumah dia ada tanam serai wangi dan ada sungai kecil.

Kawan dia kata memang ada..

So dia pegi dan mintak izin utk mengali kat situ..

Tapi hasil nyer hampa..tak de apa2

Dia pun bercerita kat auntie..

Yg hairan nya auntie tak semena2 menasihati dia cara macam mana nak jumpa apa yg dia mimpikan.

Pelik auntie macam maner auntie boleh menasihat benda yg auntie sendiri tak tahu menahu tentang perkara tuh..

Auntie kata, bila kau nak gali..siapkan tikar, kain kuning sebesar sapu tangan utk sambut benda yang kau ingin perolehi.

Dia pun pergi lah sekali lagi dan ikut apa yang auntie nasihatkan..

Terkejut dia, bila dia mencabut pokok serai wangi tuh ada batu2 permata sebanyak 7 biji yang jernih berwarna pink, hijau dan kuning yang melekat2 kat akar pokok tuh..

Dengan ghairah nya dia berkongsi permata2 tuh dengan kawan dia tuan rumah tuh..dan menyimpan permata tuh dalam kepok yg beralas kain kuning.

Malam tuh dia bermimpi yg salah satu batu tuh konon nyer harus dia bagi auntie.

Tapi dia tak ikut mimpi nya...

Dia bermimpi kali kedua dan ketiga..

So..akhir nya dia bagi auntie satu biji batu yg berwarna kuning.

Yang pelik nya batu serai wangi tuh boleh melekat kat cermin muka macam magnet.

Eee...seram auntie..

So...auntie kata dengan rela hati auntie serahkan batu tuh pada dia, auntie tak mahu simpan benda2 macam tuh..

Benda2 pelik juga berlaku pada kawan auntie tuh, kata nyer bila malam macam ada orang berjalan depan rumah dia mundar mandir, isteri dia pun nampak..

Akhirnya dia gi jumpa orang yang arif tentang batu2 permata ghaib dan dia buang kadam yg menjaga batu tuh..

Pelik kan...

Tak tahu lah benar ker citer kawan auntie tuh...

Tapi nanti auntie citer lagi tentang batu2 permata nih yg auntie sendiri tengok macam maner operasi untuk mendapatkan nyer. Ada group of people yang memang kerja cari makan dengan batu2 permata nih..

Tapi yang pasti batu2 murah jer harga nya, auntie pernah bertanya harga sebiji hanya RM 50 ker RM100 saja ketika tuh..sekarang wallahuallam..tak tahu auntie.



Gambar batu2 permata dari alam ghaib yang auntie google. Memang mcm yg kawan auntie punya.

Saturday, April 10, 2010

Resepi Ayam Karipulay

Entry before this auntie ada citer pasal auntie masakkan kat atas tuh..

Ada kwn blogger auntie mintak...He he he Rahmah. This is for you.

Resepi nih sedap, arwah mak yg ajar auntie.

Sangat lah simple preparation nyer.

Auntie bagi resepi utk 6 orang mkn

Ayam se ekor di potong 12

Santan 2 hinggit
2 atau 3 cawan air
Bawang Besar 3 biji
Bawang Kecil 5 biji
Bawang Putih 5 biji
Halia 2 ketul sebesar ibu jari
Cili kering paste 1 kotak kecil

Semua kat atas nih di blend dan masukkan dlm kuali atau periok
Masukkan ayam tadi dan masaklah selama 10 hingga 15 minit.

Dah nampak ayam nak masak tuh buh pula bahan2 kat bawah nih.

Kunyit serbuk 1 sudu teh
Garam 1 sudu makan
1 keping assam keping
15 batang daun karipulay (boleh ambil daun nyer saja atau batang2 sekali, kalau kak nani batang2 sekali akak masukkan)

Dah nampak pekat lebih kurang 10 minit.
Semasa msk nih, harum sangat bau nyer.
Tutup api dan boleh lah mkn dgn nasi putih atau ikut suka roti pun boleh.

Kalau nak masak Udang Galah pun sedap, akak selalu menjamu kawan2 berbuka puasa di bulan Ramadhan dengan resepi nih.

Semua kata best...cuba jangan tak cuba

Wednesday, April 7, 2010

Rindu terubat

Anak2 auntie selamat sampai rumah kul 2:30 pagi hari Selasa.

Auntie dah tido kat Living hall, tapi di gerak olih Peeja.

First2 sekali auntie makan buah salak..memang favourite auntie buah salak, Peeja tak beli banyak pun sekilo jer..tapi auntie mkn dan mkn..lemak..buah nyer.

Emm..dia orang belikan baju2 utk auntie..tiga pasang...from Uluwatu, hand made lace..so beautiful..It's my taste...Mama like it so much..TQVM.

2 pasang Polo T shirt utk papa and 2 pairs of knee length pants..suka sgt dier..he he he

Dah tuh barang2 rumah, decorative candle, place mat, magnetic tokens for refrigerators and 4 pieces of cushion covers. All are beautiful too... TQ

Untuk dia orang agak nya banyak baju2 lah, sampai beli luggage baru lah..

Peeja kata nak simpan duit...nak gi lagi..

I told you..Bali is so nice..

Tapi dia org tak gi Hard Rock Cafe..

Ohh!.. that place is so beautiful..

Kesian dia orang, mesti rindu masakkan home cooking mama dier kann....

So hari nih, auntie masak Pedal Ayam Karipulay dan Ikan senangin masak cuka

Perisa nya...
Sambal belacan, ulam nye rebus sayur kobis dan peria.
Ikan masin tenggiri jeruk..

Saturday, April 3, 2010

Sunyi

Emm...kedua2 anak pompuan tak de rumah dah tiga malam dah...

Sunyi pulak tak de dia orang nih..

Kalau ada menyampah..kalau tak de..emm sunyi pulak

Tak per lah dia orang gi bercuti ke Bali..

Enjoy yr self...

Bali memang best...

Tapi.....bila kau orang dah tak de kat umah...

Eeee.....Najis Hannan dan Lulu, mama dan papa pulak kena angkut..

First time buat pagi nih...

Well..not too bad though..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...