Letih melampau lepas kenduri tempoh hari.
Asyik mengantuk jer dan badan sakit2.
Tak kesempatan lansung nak gi urut. Ada saja visitor datang pagi, petang dan juga malam.
Emm...semua nak dengar citer2 auntie, macam maner preparation dan apa pendapat auntie tentang buat kenduri di rumah.
Maklum saja lah dah jarang orang buat kenduri kat rumah, rata2 kawan2 auntie buat kenduri kawin kat dewan.
Yang pasti nya buat kenduri kat rumah amat memenatkan.
Rumah jadi kancah, dua hari sebelum kenduri, saudara mara dah sampai.
Kesian, ramai2 tuh, tido atas comforter jer di ruang tamu.
Rumah auntie hanya ada 4 bilik dan 3 bilik air, memang tak dapat lah nak accomodate 30++ org berserta anak2 mereka yang datang dari kampung utk keselesaan. Jadi berlambak2 dan bersusun2 lah cari pot masing2 utk tido. Bantal, comforter dan selimut cukup, tapi ada juga yang bawak selimut dan bantal nya sendiri.
Kalau nak masak utk sarapan, mkn tghhari dan makan malam dah tak leh guna dapur yg sedia ada, kena masak kat porch rumah. Periok, kuali besar dan ha ha ha senduk dan sudip pun yang besar.
Barang2 dalam cabinet semua keluar utk di gunakan. Pinggan, cawan, gelas dan sebagai nya.
Bila nak guna bilik air, emm...again beratur ambil giliran. Nak gosok baju dan tudung juga ambil giliran. Nasib baik auntie ada dua iron dan ironing board, kat atas dan bawah.
Rebus telur quantity yg banyak tak pernah auntie buat.
Kawan lama auntie yang auntie kenal 20 tahun yang lalu datang pada pagi Jumaat 5 hari bulan kul 11 pagi.
Auntie suruh uncle tipon dia...
Terima kasih pada Kak Hajah Ani yang amat cantas membuat kerja.
Hanya Allah saja yang dpt membalas budi nya.
Emm..dia bungkus telur2 tuh dalam plastik. 20 biji setiap satu. Air di didihkan dulu, campak beras segenggam, garam segenggam. Bila beras tuh dah kembang..makna nya telur2 tadi dah masak. Garam pula supaya telur tak retak dan mudah utk di kupas. Telur2 tuh di angkat dan masukkan dalam besin berisi air dan rendamkan sekejap.
Memang cantik dan tak banyak yg retak.
Telur dah sejuk, ramai2 (sedara dan juga jiran) memenuhi ruang tamu sama2 masukkan telur tadi di bunga pahar, (auntie beli bunga pahar 450 tangkai & bekas kotak kecil 100) sambil2 buat tuh..minuman dan makanan ringan ada di sediakan. Kopi dan kek pisang, Yong Tau Foo dan tempeyek.
Auntie tak lah renyah2, cuma memerhatikan dan turut rasa seronok bila dah ramai2..
Tapi persoalan yang timbul di benak hati auntie...
Best ker kenduri kat rumah yang status double storey link nih??
Rumah berkancah (bersepah2)
Tak dapat memberi keselesaan selama beberapa hari pada saudara mara yang dtg dari kampung.
Bila dah ramai tentu lah persedian makanan dan peralatan harus di urus
Bilik dah tak de privasi, orang keluar masuk....
Barang2 persendirian (guitar limited edition, PG yang amat di sayangi) dah di beritahu jangan usik, tapi tak paham....(auntie baru di beritahu perangai budak2 tuh)
Bukan apa...servis guitar tuh jer RM 300++
Ada dua biji guitar lain...taler lah tapi tak.... nak jugak yang tuh...he he he.. budak2 tuh pun gian tengok guitar tuh agak nyer..
Ohhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!! ..
Tapi yang best dapat berkumpul ramai2, jiran2 dan sedara2, masing2 dapat berkenalan..
Yang pasti no more kenduri kahwin di umah...tapi....
Feed back dari kawan yang buat kenduri di dewan pun penat juga kata nyer...
Berangkut barang2 goodies lah..persediaan pelamin kat dewan lah dan bagai2 lagi lah...
So...solution nya... yang wajib..akad nikah di masjid...
Ngee...mesti anak2 tak setuju kannn....