THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Saturday, January 23, 2010

Love You My Friend



REMEMBER :

'stressed' spelled backwards is 'desserts'

Be careful you may gain 10 kg with 'deserts'

*************************************

Auntie received this email from a friend..my long lost friend. Kind of miss her..

Well...she has been my friend since early 90's..both of us were employed in the same company on the same day...

So much sweet memories with her...

She is younger than me by four years..

She is a Kaur (bengali) very beautiful lady with skin smooth as silk.

She had two lovely children, boy and girl.

After being a friend for more than 10 years..she always asked me about fasting whenever Ramadhan comes.
How auntie managed to fast without taking a drop of waterrrr.....
She also do fasting... but in her religion they are allowed to drink only pure milk..

Auntie always explained how fasting is done from muslim teachings.

Often she followed me to 'Pasar Juadah' during fasting month, after our office hrs.
She will also buy some kuih muih for herself...

So one day she was crying and said..

My friend : Nani, yesterday I bought three kind of kueh, but my mother in law and my children ate all for their tea.

Auntie : So...okay lah..what is the problem till you tears..

My friend : Nani, I bought those kuih for my breaking fast.

Auntie : What?? you are fasting??

My friend : I have been fasting since early Ramadhan, and do my fasting like muslim..no food nor drinks..

Auntie : OMG why??

My friend : I love to know how muslim managed to fast..and I think I want to know more about Islam.

Auntie : So sorry dear..so how do you break yr fast yesterday??

My friend : I do not want my mother in law to suspect me...I did not scold my children for not leaving any piece of the kuih, so..I prepare a mug of milo and took some biscuits in front of our TV. Pretending...watching TV while eating the biscuits and milo hungrily.

Auntie : So sorry again dear...but you can always come to my place, I dont mind, surely Bob (nama panggilan hubby auntie) dont mind too..

My friend : No..I dont think its right to do that yet coz I am not converted.

Auntie : OMG...you are thingking of converting??

My friend : I know within me..one day I will be a muslim.

Auntie : May Allah Bless you.

Auntie tak nak tulis kat sini macam mana Allah menjemput kawan auntie nih, memelok Islam..sungguh sedih dan terharu.

But She is a muslim until now....

Auntie terpisah dengan nya bila dia sign contract kerja dengan company lain.

But she always contact auntie through emails and SMS..

Wohhhhhh..........gambar kat atas tuh!!!!!

Sorry lah..gambar tuh tak penuh..auntie tak reti nak adjust bagi kecik....

Emm...process yg bakal di tempoh oleh wanita2 of late forties and early fifties.....

Ada kena mengena dengan auntie ker?? maka kawan auntie hantar gambar2 tuh!!

Lu fikir lah sendiri ( Kata Nabil Raja Lawak)

Ngeeeeeee.................


Friday, January 22, 2010

Hadiah utk mu..

Anak pertama auntie Khairul Zairie akan melansungkan perkahwinan nya pada hujung bulan ni.

Emm....auntie berdoa utk dpt gadis Melaka. Allah telah perkenankan doa auntie selepas tiga bulan.

Kenapa orang Melaka?? Auntie tak nak putus siratulrahim anak2 auntie dengan keluarga2 uncle di Melaka.

Biarlah nanti anak2 auntie dapat jengok saudara mara nyer jika auntie dan uncle meninggal kelak..

Citer sikit macam mana bermula nya perkenalan mereka.

Anak auntie tuh jadi pengapit pada sepupunya di Melaka pada bulan June tahun 2008.

Pada malam berinai besar di rumah pengantin perempuan, ramai kawan2 perempuan pengantin bergambar. Dalam ramai2 tuh, anak auntie ternampak lah saorang gadis yang sedang bergambar..

Di sudut hati nya dia berkenan utk berkenalan, tapi anak auntie tidak approach pd mlm tuh.

Setelah selesai majlis perkahwinan, gambar2 di masukkan dalam PC untuk review...so dia bertanya kat sepupu dia siapakah gadis tuh..

Classmate wife dia. Anak auntie bertanya kot2 ada talipon no..nak approach melalui phone dulu.

Dpt phone no, anak auntie firstly introduce diri dia sebagai pengapit pada kenduri tempoh hari.

Bertanya samaada dia dah ada yg punya. Masih available. So mereka berkawan hanya melalui SMS selama tiga bulan. Anak auntie kat KL dan gadis tuh di Melaka.

Menjelang Hari Raya Puasa..pada tahun tuh, kami dijemput kerumah nya. Itulah second time anak auntie berjumpa selepas majlis perkahwinan sepupunya.

Auntie juga dapatlah berkenalan dengan kedua ibu bapa nya. Masa ni, auntie masih belum sakit lagi..so auntie dapat lah communicate..

Emm...gadis tuh anak pertama, hanya ada adik lelaki saorang saja yang masih belajar..tingkatan lima.

Kami di sambut dengan penuh rasa selesa dan mesra. Bermula lah episod cinta mereka....tapi masih melalui SMS sajer..

No dating at all..

Pada awal tahun 2009 anak auntie menyuarakan hasrat nya.... nak mengikat tali pertunangan..

Auntie risau juga betul ker...gadis tuh dah suka anak auntie?? Bagaimana pula Ibu dan Bapa nya, setuju ker dengan anak auntie??

Jadi pada bulan Januari tahun 2009, auntie bersama uncle, adik perempuan uncle dan anak auntie.... Kami pergi lah kerumah gadis tuh dengan membawa harapan dan hasrat untuk merisek.

Dengan berbekalkan cincin belah rotan yang di beli oleh anak auntie...kami berbincang..

Tarikh, hantaran dulang dari pihak kami dan juga hajat hantaran kahwin nanti. Tak nak lah pada majlis pertunangan akan terkejut pula dengan permintaan/harga hantaran yang akan di tetapkan.

Alhamdulillah...kami bersetuju dengan syarat2 yang di tetapkan maka anak auntie bertunanglah dengan gadis tuh pada 29 March 2009.

Sembilan dulang dari kami dan 11 dulang dari pihak perempuan. Perkahwinan nya nanti akan berlansung dalam tempoh setahun.

Emm..auntie sebenar nya dah tak boleh mendengar masa risek dan majlis pertunangan.
Semua perbincangan dilakukan oleh uncle.

Alhamdulillah...percintaan dah di ikat dengan pertunangan..

Oh Ya! tak sampai setahun pun mereka bertunang..pihak perempuan minta di percepatkan majlis perkahwinan. (9 bulan saja)

Bukan aper, bakal mak mentua anak auntie tuh ada dua boutique andaman di Melaka, so schedule nya amat penuh sepanjang tahun 2010. Jadi mereka minta supaya majlis perkahwinan di adakan pada hujung bulan January 2010.

Auntie doakan anak auntie akan bahagia di samping isteri nyer nanti....

Honeymoon ??

Auntie hadiahkan mereka berdua... 2 tickets to Bali and a four star hotel accommodation for their honeymoon....

Itu sajer yang mama boleh hadiahkan utk mu....anak ku..

Thursday, January 21, 2010

Tangga Oh! Tangga

Emm...semalam cina elektric datang umah auntie nak pasang aircond kat bilik Peeja dan auntie.

Sebenar nyer auntie suh tambah 1 lagi aircond dlm bilik auntie sebab tak cukup sejuk. Bilik tidur auntie agak besar tapi dulu2 bubuh 1.5 jer so auntie tambah 1.0 horsepower lagi.

Sejak sakit, pernah sekali dua auntie cuba naik keatas tapi lepas tuh demam.
Dah hampir setahun auntie tak naik dah......

Selama nih...auntie hanya tido di ruang tamu, uncle pun join auntie.. (Bila nak tido baru bentang tilam)

Tapi uncle selalu lah naik keatas....

Bila auntie nak pakai baju untuk ke kenduri atau jemputan2 dia kena ambil kan. Uncle juga kena pilih tudung yang matching.

Kesian kat dia, kadang2 dia bawak tiga pasang utk auntie pilih.

Pakaian auntie sekarang nih, ikut pilihan dia jer lah...

Tapi dari muda memang uncle yg tentukan baju2 auntie untuk gi kerja.
(Percaya tak? dari muda uncle yang gosok baju dan tudung auntie)

Kebanyakkan baju2 auntie, uncle yang pilih masa nak beli. Dari muda sampai lah sekarang.

Pada auntie ni sangat penting sebab yang dia yang nak tengok auntie lawa.
Jadi auntie mesti ikut kegemaran warna dan corak dia. Banyak kali, kawan2 tegor suka corak dan warna kain yang auntie pakai, so from that on, auntie thrust his choice.

Okay citer cina elektrik tadi , bila kedua2 aircond siap di pasang, teringin nak naik atas...nak nengok bilik.

Auntie cubalah naik tangga tuh....menapak pelan2 sambil memegang dan berpaut di railing tangga. Half way sakit dada...rehat sambil berdiri...sambung balik...

Akhirnya sampai juga ker bilik auntie...

Uncle sedang menukar curtain sebab berhabuk (cina tuh drill dinding)

Uncle : Eh..boleh ker sayang panjat tangga2 tuh??

Auntie : Nak pengsan jugak lah..

Uncle : Ha...bilik dah tambah aircond, sejup...sejup...sedap ohh....sayang boleh lah tidur kat dlm bilik yea...

Auntie : Alamak macam maner nih...kena naik dan turun tangga hari2...

Uncle : Okay lah tuh...its an exercise for you...

Auntie : Inshaallah..nanti nani cuba...selang seli kot..takut deman urat nanti..

Uncle : Tak per lah..kalau deman urat..kita panggil tukang urut kat umah

Terharu tengok keadaan bilik...katil yg dah lama di tinggalkan......

Auntie buka wardrobe, tengok baju2 tergantung dah lama tak pakai..

Ya Allah..Ya Rahman...sembuhkan lah sakit ku ini...

Auntie duduk dan mula melipat tudung2 yang auntie beli , masa auntie kerja dulu..

Terlampau banyak..ada yang belum pakai masih dalam plastic lagi...tak per simpan lah..kot2 anak2 dara auntie suatu hari nanti tergerak nak menutup aurat nya..boleh lah pakai.. (separuh dah bagi adik2 ipar kat kampung)

Sejak turun semalam, hari ini sampai lah sekarang...auntie belum lagi naik ke atas..sebab malam tadi sakit kaki dan badan.

Mungkin besok saja...

Tuesday, January 19, 2010

Dua jiwa satu kepala

Auntie dpt dua post dated cheque dari Pekeso. Alhamdulillah.

Dah seminggu tak sempat nak banked in or withdraw, jadi semalam uncle ajak gi bank. Tengok salah satu cheque tu...Maybank Jalan.......kat Kampung Baru.

Lepas solat Dzohor, kami ke situ. Menyampah....tak de parking tempat tu....dua kali pusing, ada dalam compound bank jer, betul2 depan bangunan. Ada cone merah terletak kat situ, mungkin staff bank punya, tapi bagi tahu security guard yang auntie perlukan parking kat situ sebab auntie tak leh berjalan jauh, so guard tu benarkan uncle parking.

Emm...bukan semua bangunan sediakan parking untuk 'disable'. 1Malaysia belum perihatin lagi nampak nya.

Dulu2 auntie tak pernah perasan atau ambil kisah pasal parking2, maklum lah sihat, pusing banyak kali ker, parking jauh ker..tak hal...tapi bila dah macam nih, auntie suruh uncle cari parking yang terdekat dengan entrance..

Berbalik citer cheque yang auntie terima, auntie serahkan pada counter cheque tuh....boleh tak perasan...dua cheque dari branch yang berlainan..

Siapa biul??..auntie ker.... xxx?? .. ha ha ha dua2 biul...... betul2 menyusahkan..

Terbantut nak withdraw, terus bank in jer lah..

Dah selesai tugas, uncle tanya nak kemana??

Biul nak jawap........ sebab tak der plan nak kemana2.....nak makan dah kenyang, nak tengok wayang dah tak enjoy macam dulu sebab dah tak leh dengar sound system...........shopping??....takutttt.....dah banyak sangat berbelanja bulan nih!!

Oh! tolong singgah kedai elektrik kat taman rumah kita lah, nak beli aircond bilik atas dah rosak.

Tengok2..pusing2 memang sangkut dengan 2 biji aircond dan lain2 barang....emm....tak per lah.... apa yang di beli memang menjadi idaman sejak dua tahun yang lalu.

Dah kata dah...kalau tengok2 mesti nak beliiii............. ishhhh..............

Dua2....uncle dan auntie memang sekepala.......

Monday, January 18, 2010

Assam Rebus Tempoyak

Semalam pergi kenduri kahwin kat Putra Jaya.

Emm..makanan nyer best2. Pencuci mulut cendol dgn buah2an.

Adui, auntie teringin sangat tengok cendul semangkok depan auntie yg di ambil oleh kawan auntie.

Selalu nyer auntie takut nak makan cendul sebab manis kannn....

Tapi dah depan mata......tibaiii jer....

Malam.....satu badan bisa2...mengerang sakit...reading gula pasti tinggi...

Pagi nih lemah..nak jalan pun sakit....

So hari nih dah takut nak makan....tapi lapar..

Dah kul 11.45 pagi anak dara dua2 tak bangun lagi..

Gi dapur, ambil cili masak 5 biji, cili padi 5 biji, bawang besar 3 biji, 1 biji tomato, belacan sebesar ibu jari, masuk air tiga suku balang blender tuh, Blend semua.

Emm ...tuang dalam periok masukkan assam keping 2, last tempoyak 3 sudu...ikan jeket (cencaru dua ekor). Masuk kan Timun (potong tebal2) . Garam secukup nyer.

Makan dgn nasi panas...

Dah kenyang perut...

Baring balik...

Jumpa lagi di next entry bila auntie sihat sikit okayyyyy.........

Thursday, January 14, 2010

Kari Ayam Melaka

Entah hari apa tah auntie masak Kari Melaka.
Auntie terbaca salah sorang followers Peeja nak kan resepi. Sian pulak.

Emm..auntie dpt resepi ni dr Arwah Mak Mertua auntie di Melaka.
Memang 'kick' and 'Kow' lawan dengan acar timum.

Peeja selalu marah, bila auntie kata.... makanan ni lawan nya ni..

Kenapa kena pakai perkataan lawan?

Entahlah.....selalu kita kata macam tuh kan??

Pelik lah kau Peeja, abis nak kata macam maner..??

Kata lah sesuai dengan makanan nih!

Whateverrrrrrr........................

Anyway, please try to cook this dish, its really delicious.


Simple jer dan mudah.....

Kari Ayam Melaka.

1. 1 ekor ayam di potong 12
(Kalau tak ramai dlm family, boleh lah guna 4 ker 5 ketul ayam)

2. 3 biji bawang besar

3. 3 bawang kecil

4. 5 biji/ulas bawang putih

5. 3/5 biji cili merah (ikut pedas masing2)

6. 3 batang serai (di potong2 kecil)

7. Halia sebesar ibu jari

8. Belacan sebesar ibu jari

9. 2 keping Assam Keping

10. 1 bungkus Santan RM1.99 jual kat giant.
(Boleh pakai susu segar Dutch lady kalau tak nak santan)

11. 5 sudu Rempah kari Ayam/Daging
(Di bancuh pekat dgn air)

12. 3 biji Kentang dipotong empat


Cara persiapan utk menumis...

Dari no: 2 sampai 8, blend jer semua.
Panaskan minyak tumis sampai berbau, masukkan rempah kari, sampai nampak garing sikit. Masukkan santan, masukkan ayam, kentang dan assam keping.
Garam secukupnyer.

Masak sampai ayam dan kentang empok..kalau pekat tambah air secawan atau dua.

Emm.... gambar refer kan blog Peeja

Sila lah mencuba...memang best..


Gubahan

Hari Selasa auntie gie Nilai 3, nak tempah jendela dan beli cadar utk bilik.
Saja2 jer nak menjamu mata, auntie beli bunga2 kering dan pasu.

Malam tadi duduk2..... auntie gubah dan cucuk2 bunga2 yang auntie beli...
Suami auntie tepok tangan dan mengangkat kedua2 ibu jari...(agak nya best dan cantik)

Bila dah siap, Peeja tanya nak bubuh kat mana??

Entah belum memikirkan nya....






Wednesday, January 6, 2010

Episod 59 - BADI MAYAT

Imbasan episod 58

Kelahiran anak kedua, di Hospital Besar Kuala Lumpur.

Anak laki2 9 paun, sangat besar, auntie deman tiga hari, kata jururawat bentan sebab meneran terlalu lama.

Auntie discharged selepas baik demam.

Pengalaman yang sama juga, suami auntie beli kad tahniah dan fresh flowers,
Macam first delivery dulu, dia tak tahan bau badan auntie ketika dlm pantang, so dia minta off ker Johore Baru kali ni untuk booking kereta baru.

Emm..auntie dah tahu, tak lah jadi issue lagi..biarkan jer..janji auntie jaga badan. Berat badan mesti kembali macam sediakala.

Anak kedua nih, ambil alih tidur di baby cot abang dia. Abang nya tidur dengan Atok. Kali ini auntie memang jaga anak nih, walaupun dalam hari, auntie yang mandikan baby, boleh dikatakan auntie baru nak mula belajar menjaga anak sepenuhnya.

Tapi baby nih terlalu baik, tak lansung bangun tengah malam/nangis utk minum susu, kenapa erk??
Bila subuh, Abah auntie akan jengok baby tuh, (baby cot kat luar, ruang TV bersebelahan bilik auntie) terus Abah bising2, auntie tido mati sebab napkin baby dah 'lencun' basah.

Anak auntie yang kedua nih, lambat berjalan. Dah 18 bulan pun masih 'mengesot' (hanya menggunakan bontot bergerak) tak nak berdiri lansung. Sampai mengejar bola pun dia mengesot.

Kalau bercakap petah tak pelat. Cuma perangai suka menyendiri, main sorang2, cakap sorang2, permainan dia tak bagi abang nyer sentuh, dia akan mengamuk2..

Auntie risau, bawa jumpa specialist tapi tak de apa2 kecacatan kata doktor.
Semua normal tapi kenapa tak mau berjalan? Pelik dan mula lah risau.

Bila auntie balik ker kampung, risau auntie ngadukan pada mak mertua, terus dia suruh jumpa 'doktor kanak2 perubatan traditional' Tok Bibah nama nya.

Kata mak mertua auntie, Tok Bibah nih amat serasi untuk kanak2 yang bermcm penyakit sembuh, so auntie pun cuba lah jumpa Tok Bibah nih..dengan suami auntie.

Pagi2 auntie dah ker rumah nya, rumah kampung, tua orang nya lebih kurang enam puluhan. Ramah dan selesa kita dengan suasana rumah luar dan dalam yang amat bersih.
Macam doktor dia check anak auntie, pegang2 badan dan kaki anak auntie tuh.

Dah tuh dia bakar tawas dengan bara api, tawas bila di bakar akan jadi lah berbentuk2.
Tawas anak auntie tak berbentuk lurus jer macam aper erk nak bandingkan...tak leh fikir..nanti jap...emm...macam ibu jari tangan lah... lebih kurang.
Kata nya selalu kalau kena badi binatang, tawas tadi akan terbentuk mcm binatang...spt tikus ker, monyet ker, ular ker, burung ker dll.

So....bila lurus tak berbentuk kata nya anak auntie kena badi mayat...
Tok Bibah tuh tanya ada ker auntie gi melawat/ziarah rumah kematian ketika mengandung?
Setahu auntie tak der lah pulak.

Entahlah...tak kan lah, kalau auntie dalam kereta, dah tuh kereta mayat cina lalu dengan perarakkan nyer..boleh kena juga..sebab auntie ada perasan auntie terperangkap dengan jamm perarakkan mcm tuh ketika mengandung tapi tak ingat lah kandungan masa tuh berapa bulan..

Kata Tok Bibah tuh, tak per lah...apa pun harus lah ikhtiar berubatkan anak tuh!.
So...kena bawa...1 ekor ayam jantan hidup dan 3 helai daun betik dan jangan buang batang nyer.

Di sebabkan rumah Tok Bibah tuh dekat dengan Pasar, suami auntie pergi beli ayam jantan sekor, dan daun betik pula Tok Bibah tuh ambil kat halaman nyer.

Bila suami auntie pulang dengan sekor ayam jantan bermula lah perubatan traditional nyer...

Tok Bibah pegang kepala ayam jantan tuh, paruh ayam di patuk2kan kat kaki anak auntie.
Daun betik di libas2 nya kaki anak auntie...Dah selesai.

Emm..pengeras nya, ayam tadi Tok Bibah punya. Duit dah tak ingat berapa..Tok Bibah tak demand pun..ikhlas yang penting.

Balik lah, petang nya auntie dukung anak auntie ker halaman rumah...auntie cuba turunkan anak auntie ker tanah..

Selalu nya, anak auntie akan bengkokkan kaki tak nak sentuh tanah..tapi kali nih, dia menjulurkan kaki dia.

Auntie lepaskan dia....Ya Allah....Dia terus berlari ke arah suami auntie yang berdekatan kat situ yang sedang mencuci kereta.

Auntie menangis gembira dan kami biarkan dia berlari2 di halaman tuh..

akan sambung...

Friday, January 1, 2010

RINDU NAK GI LAGI


Masjid kedua tertua dan ketiga tersuci di dunia adalah Masjidil Aqsa (Masjid Al-Aqsa). Masjid itu dibangunkan di atas lokasi Kenisah Sulaiman atau Haykal Sulaiman dan termasuk di antara tiga masjid yang perlu dikunjungi oleh kaum Muslim sesuai dengan anjuran Nabi Muhammad s.a.w. Keutamaan Masjidil Aqsa ini didasarkan daripada sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Janganlah kamu merasa berat untuk mengadakan perjalanan ke tiga masjid: Masjidil Haram, Masjidku ( Masjid Nabawi ) dan Masjidil Aqsa. Solat di Masjidil Haram lebih utama dari 100,000 kali di tempat lain kecuali di Masjidil Aqsa.” ( Riwayat ad-Darimi, an- Nasa’i, dan Ahmad)

Masjidil Aqsa disebut di dalam al-Quran yang berkaitan dengan peristiwa Israk Mikraj (Q.17:1). Nabi s.a.w. melakukan Israk (perjalanan malam hari) dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa sebelum bermikraj ke Sidratulmuntaha, sebagaimana dalam firman-Nya: “Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami…” (Q.17:1).

Kalangan ulama berbeza pendapat mengenai istilah “aqsa”. Sebahagian berpendapat bahawa masjid ini disebut Aqsa (Jauh) kerana memang jauh dari Masjidil Haram di Mekah. Menurut pendapat lain, masjid ini disebut Aqsa kerana ia merupakan tempat yang bebas daripada segala jenis kotoran, tempat turunnya malaikat serta wahyu, dan kiblat para nabi sebelum Nabi Muhammad s.a.w. Pendapat lain lagi mengatakan bahawa Masjidil Aqsa bukan di Baitulmaqdis tetapi di Sidratulmuntaha. Alasan ini didasarkan pada fakta bahawa Haykal Sulaiman sudah dihancurkan pada tahun 70 SM oleh Kaisar Titus dari Rom.


Masjidil Aqsa berada dalam sebuah kompleks di kota Baitulmaqdis (rumah, tempat suci atau yang disucikan). Baitulmaqdis adalah sebutan bagi Jerusalem yang juga disebut al-Quds. Masjidil Aqsa didirikan di atas tanah bekas Haykal Sulaiman. Di dalam kompleks itu, Masjidil Aqsa terletak di selatan Kubah as-Sakhrah yang juga dikenali dengan nama Masjid Umar atau The Dome of the Rock. Masjid itu didirikan seperti di atas sakhrah (batu hitam yang menjadi landasan mikraj Nabi s.a.w) oleh Abdul Malik bin Marwan pada tahun 72 H/691 M.

Nabi Sulaiman a.s membangun tempat ibadah Yahudi (kenisah) di Jerusalem yang disebut Haykal Sulaiman. Bangunan yang terletak di Haram asy-Syarif itu lalu dihancurkan oleh Kaisar Titus pada tahun 70 SM. Khalifah Umar membina sebuah masjid (Masjidil Aqsa) di bekas lokasi Haykal Sulaiman itu. Kubah masjid itu berwarna perak. Masjidil Aqsa telah diperbaiki beberapa kali, namun bentuknya tetap tidak berubah.

Ketika menerima penyerahan Jerusalem (dahulu bernama Aelia) daripada penguasa Nasrani, Umar al-Khattab mendapati tompokan sampah di atas sakhrah. Beliau dan kaum Muslim membersihkan tempat itu. Lalu beliau berkata kepada Ka’b bin Ahbar (seorang Yahudi yang memeluk Islam), ”Menurut pendapat kamumu, di mana saya dapat mendirikan sembahyang untuk kaum Muslim?” Dia (Ka’b) menjawab, ”Dirikanlah di belakang(sebelah utara) sakhrah.” Umar pun membalas, ”Hai kau anak perempuan Yahudi, kau masih terpengaruh dengan kefahaman Yahudi! Sebaliknya, saya akan mendirikan masjid tempat di pusat lokasi Haykal Sulaiman kerana kami menguasai seluruh pusat kenisah itu.” Lalu, sebuah Masjid dibina di sebelah selatan sakhrah seperti yang dapat disaksikan sekarang ini. Masjid itulah yang dinamakan Masjidil Aqsa.

Auntie pertama kali nya pada tahun 1995 telah ke sini. Emm.. tido semalam di Jerusalem.
Pengalaman yang amat indah tetapi sangat takut sebab negeri ini tidak pernah aman berperang dah dekat setengah abad.

Nanti2 auntie citer pengalaman semasa berada di sana dalam episod2 auntie seterus nya. Inshaallah.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...