Dapat belajar dari email nih..
Lepas nih jangan marah2 lagi..
Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.
Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: "Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?." Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.
Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: "Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga.
Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya."
Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT
salam aunty...how do u do? ;)
ReplyDeletememang kalau nak marah tu cepat jer...jarang kita fikir dulu patut ke tidak nak marah....saya orang yang paling x suka kena marah...sudahnyer terlalu berhati2 pon susah..gak..
SALAM,
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN. ADA MESEJ PENGAJARAN
hehehe selalunya bila mak saya beli buah & balik belah nampak tak elok, mak saya akan pi bagi balik kat penjual. & selalunya penjual tu akan ganti baru sebab dah kenal sangat dengan mak saya. nasib baik la boleh gitu :D
ReplyDeleteye tak ye jugak kan untie...
ReplyDeletelepas ni memang takleh marah kalau beli buah masam :)
IM pun selalu frust terutama bila beli buah durian atau terbaru beli lemang..
ReplyDeleteauntie.
ReplyDeleteso true.
nak marah siapa, kan?
haih.
ini betul2 kena batang hidung sendiri :)
thanks for sharing!
like so much this entry.. thats we called it the 'value of life'.. thanks for sharing.. :D
ReplyDelete