THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Thursday, November 18, 2010

Episod 75 - Tamat Kursus

Imbasan episod

Uncle berkursus di KL pada tahun 1987 selama setahun.

Isteri2 juga di beri tunjuk ajar persiapan diri..

Emm...auntie upload gambar jer kali ni..

Gambar auntie dan family bersukanika..

Nama auntie selalu jer naik utk jadi AJK

Auntie buat jer...janji berseronok2 dgn kawan2..


Auntie sedang mengambil nama utk acara sukan

Dalam sibuk2..kena panggil untuk permainan tarik tali..

Tak bagus lah acara tarik tali..
terasa nak putus urat perut masa tuh

Acara suami isteri..
bawa bola di dahi

Anak2 juga ada acara mereka..
Noy auntie tak bawa...sebab terlalu kecil lagi

Uncle dan auntie sedang berehat

Auntie selalu dijemput gathering bersosial di hotel2 dengan isteri2
menikmati session 'High Tea'

High Tea di Hotel Pan Pacific


Kawan berbangsa Cina..Annie

Yours Truly
spec sapa kat celah tu??
sebab spec auntie kat poket dada..

Pada akhir tahun tuh.. kami isteri2 di beri sijil
ada High Tea dan graduation nite..

Auntie bersama2 barisan isteri2 Directing Staff (lecturer)
Semua tuh, Pn Seri and Datins

Bergambar kenangan di depan backdrop

Zaman sedondon..
handbag and shoes


Selalu auntie di beri kesempatan jadi MC
dan berucap di rostrum
Jenuh auntie kena practice depan uncle untuk adjust suara
tinggi rendah dan bila nak tarik nafas
supaya jangan jadi monotonous all the way
jangan lupa angkat muka sambil senyum...pesan uncle
So auntie kena tanda kat text card tuh..
**** bintang2, supaya auntie angkat muka dan senyum..
Ohhhh...pengalaman yang amat indah..


Auntie di beri peluang untuk berucap
He he he text nya..uncle yang buat


Akhir tahun...
auntie di beri sijil..
Alhamdulillah..auntie menjadi wanita yang berkonfiden tinggi
ketika itu..

Kesian..ada juga isteri2 pegawai yang tak melalui kursus
di sebabkan mereka berkerja dan ada yang tinggal di luar bandar
memang mereka miss the fun and joy..
Rezeki masing2..



Setelah tamat pengajian uncle selama setahun
uncle di tugaskan di Mindef, KL
Selalu nya..tentera akan berkhidmat paling
cepat 2 tahun dan paling lama 3 tahun di satu2
tempat.

Uncle dan auntie menyuarakan pada arwah abah
nak pindah..nak duduk sendiri..nak cari rumah
dekat2 dengan rumah arwah abah..
supaya hubungan tak terputus..
maklum sajalah..atok dan cucu
sememangnya dah rapat..
tak nak lah kedua2 pihak..rindu merindui..
biar hari2 dpt berjumpa..he he he

Bukan aper, kalau di rumah arwah mak dan arwah abah
susah dan tak selesalah kalau auntie nak buat
gathering..morning coffee, afternoon tea dan dinner
sambil bersembang2 merapu dengan kawan2..

Cari2 punya cari...
auntie dapat sewa rumah yang below budget
housing allowance..so masih dapat kumpulkan duit..
he he he

Memang uncle dan auntie
aim untuk simpan duit..untuk beli rumah sendiri..

Auntie pun berpindahlah ker Taman Melawati
Taman yang dekat juga lah dengan taman arwah abah
lebih kurang setengah batu jer..

Emm...next episod nanti auntie citer kat rumah yang
auntie sewa pulak..

InshaAllah...

18 comments:

  1. amboi aunty, semangatnye tarik tali sampai terangkat2 kaki. hehe.

    lady pun pernah masuk tarik tali.mcm tersimpul simpul usus dibuatnya. pengsannn.hehe

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum auntie,

    apa khabar? harap auntie baik-baik disana. nak minta khidmat nasihat auntie boleh? 2minggu lagi saya perlu menemani sweetheart ke mess night bersama kerabat Diraja. tapi saya tak tau nak pakai macam mana. clutch dan heels bertutup pun tak beli lagi. ni kali kedua nak ke mess night. kali pertama tu pakai biasa-biasa je. malu pula. hu2x

    ReplyDelete
  3. suka tgk gmbr yg bawak bola guna dai tu, lenkali kalau ada family day, nak tiru lah aktiviti tu ;)

    ReplyDelete
  4. Salam Auntie,

    Cepat2 sambung ya..(tak sabar nie)...suka baca kisah lama auntie, dah baca dari episod 1 sampai skrg.. wpun saya takde blog..(kes malas nak berblog)...semuga auntie sihat selalu..

    -Alya-

    ReplyDelete
  5. Bestnya belajar soft skills tu ya aunty, may be you boleh buat satu kelas untuk anak-anak cyber nanti..

    ReplyDelete
  6. comei je gambo 3 beradik tu

    ReplyDelete
  7. auntie, nanti kongsilah rahsia cemana nak ilangkan gemuruh kalau kena public speaking & how to built up our confident level...ni asal kena bercakap je langsung gagap heee...tq auntie.

    ReplyDelete
  8. Hi Aunty, baca cerita and tengok gambar-gambar aunty ni, teringat juga pada my mum and dad...my dad dulu pun ex-army...lama juga la kami tinggal di Mindef Kl Jln Semarak tu...heheee

    ReplyDelete
  9. Aunty,

    Nak tanya, uncle sekarang masih dalam army ke lagi?

    Sebab uncle saya still dalam tentera darat lagi..manalah tau, kot kot diorg kenal sesama sendiri ke.Selalunya memang akan kenal la kan.

    ReplyDelete
  10. Hi Auntie,I simply luv yr blog.was intro by my sis.I pn anak army officer gak.dlm gambar tu i kenal auntie Dalilah.used to be my nbour sebelah umah kat mindef.

    ReplyDelete
  11. best la auntie.sume gambar2 lame still ader dlm simpanan. sentimental value tu.pas nie saya pun nk simpan sume gambar2 kami sefamily :-)

    ReplyDelete
  12. LSS : Tulah, tu lah pertama dan akhir auntie tarik tali..he he he

    cik syahira : Kalau ada kerabat di raja, tak boleh pakai purple dan kuning, punggung mesti cover, ie tak leh pakai blouse singkat, tak leh pakai terdedah nampak dada. Paling safe pakai baju kurung moden. Kalau tak bertudung, kena ada selendang. As per kasut dan hbags, yang auntie tahu no restriction. Auntie normally, carry an evening handbag and shoes yg berkilat2 'blink2' he he he

    ReplyDelete
  13. Yati : Bawa bola di dahi memang best

    Alya : Tima Kasih kerna membaca kisah2 auntie.

    Hazey : Siapa lah yang berminat dari auntie orang lama nihh..

    shuweet : Bertiga tuh memang rapat

    ReplyDelete
  14. Cik Jah : Semua orang ada gemuruh, walaupun dah berkali2 melaksanakan nya..tapi bila ada yakin..gemuruh akan hilang ketika melakukan nya.

    Yrs Truly : Oh..keluarga tentera jugak lah nih..

    Alia : He he he..uncle dah bersara awal sebab kena bypass and stroke..nanti akan auntie citer

    mama aiman : OIC, Emm..Datin Dalila yea..dah pencen juga mereka tuh

    Liz Hairie : Please keep all photographs sbab itu akan dpt mengimbau memory2

    ReplyDelete
  15. auntie kenapa tak boleh pakai purple kalau jumpa kerabat diraja???

    ReplyDelete
  16. Anon : Di nasihati tidak memakai warna unggu jika melibatkan Majlis2 di raja negeri perak dan juga tidak boleh memakai pakaian berasaskan songket dimajlis diraja negeri sembilan.
    Selalu nya penganjur akan memberitahu terlebih dahulu kpd tetamu/jemputan yg akan menghadiri sesuatu majlis diraja.

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum auntie,

    terima kasih bg tips ni. saya tak sempat nak bertanya dengan sweetheart. tu yang saya bertanya auntie. (=

    ReplyDelete
  18. wah klasiknya auntie
    and semangat bersukan yg bagus..
    comel je track bottom budak2 tu siap ada polka dot kat lutut
    ALL IN ONE

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...