Followers

Sunday, October 3, 2010

Open House Adikku

Hari ni aunty pergi beraya 'Open House' rumah adik.
Waktu jemputan dari pukul 11:00 pagi hingga 4:00 petang
Gambar aunty ngan uncle dan P G sebelum bertolak
pukul 11:30 pagi tadi.
Kamera uncle pegang, so dia lah aunty's official photographer
kalau harap aunty memang bergegar2 lah gambar
macam kepala aunty yg tergeleng2..


Emm..sampai jer, parking tak jadi problem, sebab ada parking
attendance..

MashaAllah, meriah sangat, Kus semangat 10 khemah
Makanan semua nya lazat2, ada kambing golek,
nasi beriani dan lauk pauknya, gerai satay
gerai char kuey teow, gerai popia, gerai kebab
gerai mee kari dan entah apa lagi tak tahu lah
tak larat aunty nak sampai ke hujung khemah

Minuman juga di geraikan juga
Cendol, air kopi, teh tarik, fruit punch dan ice cream

Buah2an, emm...anggor merah, anggor hijau
Dragon fruit, mata kucing, nangka, duku langsat
jambu batu, jambu air, apples and oranges
sampaikan durian pun ada
itu yang aunty nampak, masa sambil lalu di luar
rumah nya..

Aunty tak duduk di khemah, anak aunty hantar
terus dalam rumah..
sebab lutut aunty buat trouble pulak
sakit berdenyut dah dua hari..

Dalam rumah, nyaman closed door, air cond on..
Tapi makanan hanya biskut2 raya, cakes
and varieties of chocolates.

Ohhhh! geramnya, tak de kamera lah pulak
so tak dapat lah aunty snap gambar2.

Kakak aunty yg sulung dalam rumah,
kami berpeluk sebab sejak raya belum
berjumpa lagi...

Kakak aunty risau tengok keadaan aunty
Dia bertanya kenapalah nani jadi macam nih?
Dulu2 nani cantik, stylo, sexy dan bergaya
sekarang dah pekak dan kepala tergeleng2
Fight and always be positif, jgn fikir sakit
memang sakitlah...

Kakak aunty nih, pernah ngidap cancer
payu dara masa dia berumur 30 an, kata doktor
dia hanya ada 10 tahun saja, tapi umur dia panjang
Allah yang menentukan..now she is 63 yrs old
Alhamdulillah..

Ha ha ha, aunty tak sedih malah aunty ketawa
Alah! itu masa muda2, Allah dah tarik
kesihatan nani, itu pun nani bersyukur..masih boleh
makan dan berjalan, walaupun tertatih tatih

Kalau kak ton kata nani cantik, kak ton lagi lah
cantik sebab kak ton ratu telekom...
nani tak dapat title ratu...tapi sekarang
kak ton pun dah tua, dah berkeduts, dah ada 12 cucu..
semua yang ada ketawa....

Sambil2 berborak tuh, kakak aunty hulur segala
biskut2 yang ada..
memang sedap dan unik, biskut kecil2, cute2 dan kenit2
semua biskut2 tuh sebesar 1/3 jari kelingking
kakak aunty hulur biskut tart nenas gulung dalam paper cups

Nani rasalah biskut tart nenas nih, sedap tau..
aunty tersenyum dan ambil satu
Kakak aunty tanya kenapa aunty senyum?

He he he...nih bukan 'tat' lah
ini 'tit'
(yg sebenar nya aunty dah berotak kotor masa ni)

Kah kah kah..semua ketawa
mereka dapat tangkap apa maksud aunty

Tiba2 jer, anak buah aunty datang hulur
Tart nenas yang besar tapak tangan pulak

So...aunty nani, this is 'tot' kata nya
Dahsatlah rumah Datin ni, ada biskut
Tat, Tit, Tot
Kami semua pecah perut ketawa

(Hope my readers catch the joke)

Sekejap jer makanan untuk aunty di hidangkan
so aunty makan lah kat dalam rumah..
sambil berbual mesra..dengan anak2 buah
mana sedara2 aunty kat luar, masuk dalam
rumah untuk bersalaman dengan aunty
sebelum mereka berundur diri

Adik aunty, rezeki nya mewah
Dia berkahwin dengan pegawai beruniform juga
Arwah Mak pernah berkata masa kami berkahwin dulu,
kami lalu di bawah barisan pedang..
Emm...InshaAllah, masa depan nanti, Mak ada dua
menantu Dato'

Allah Hu Akbar...dan AlFatihah utk Arwah Mak
Sebelum Arwah meninggal, menantu nya dapat
gelaran Datuk daripada Agong (Federal)

Alhamdulillah...

Emm....di bawah khemah tuh,
aunty nampak jemputannya terdiri
dari berbagai2 bangsa, cina, india dan mat saleh
siap ada kamera dan VTR
sebab ramai orang2 kedutaan datang

Aunty tanya kakak aunty, ramai ker jemputan
adik aunty?

Lebih kurang dua ribu orang..
Mak Aii! pengsan lah adik aunty dan suaminya kehulu kehilir

Allah Maha Besar,
Allah memberi kesihatan yang sihat pada
pembesar2 dan pemimpin2 untuk menjalankan
amanah negara.

Untuk halwa telinga ada Live band mendendangkan irama lagu2???
entah! aunty tak dapat dengar...he he he

Dah pukul 3:30 aunty dah gelisah nak balik, sebab badan dah
lesu dan letih...aunty nak baring...

Aunty minta diri nak berundur
Aunty di pimpin keluar ke khemah uncle
Bersalam2, berpeluk2 dengan adik dan kakak
Datuk juga meninggalkan tetamu dia, datang
bersalaman dengan aunty
Panggilan hormat Datuk untuk aunty ialah
(sedangkan sebaya/seumur dgn aunty)

"Mak Nani dah nak balik?, tunggu lah dulu!"

Memang sejak mula berkahwin lagi, Datuk
panggil aunty macam tuh..
sebab dia dah tak da ibu.
Kami pun beredar setelah explained
yang aunty perlu berihat.

Sesampai jer rumah, cepat2 solat penghujung masa
Dah tuh aunty tanya uncle...

Dapat banyak gambar??
Dia hulur kamera kat aunty..

Aunty pun apa lagi??
Pergi ker PC, masukkan dalam komputer

Emm...aunty terus ketawa..
sebab nya...........
gambar2 yang di ambil nya.....


Gambar kampung mate dia dari Melaka
Mr Low juga di jemput sebab dia berkahwin
dengan Priscilla, jiran aunty dulu2 masa kami kecik2
(Aunty pernah bercerita kat episod2 yang lalu)

Sebahagian tetamu, bukan VIP

Anak2 aunty, Mana gi gambar Khairul, Isteri dan Bisan aunty??
Dari Melaka dia orang datang tuh??
Emm...betul2 lah uncle nih...



Tengoklah tuh, ada ker gambar kasut dia yang dia snap!


Gambar kasut lagi??
Dah boring lah tuh!
Kasut yang dah enam bulan dalam kotak,
Noy hadiah untuk dia, baru first time dia
pakai kasut ni..he he he
Itu pun aunty tanya kenapa tak pakai
kasut yang Noy belikan..pakai lah..
Sayang dan baru punya pasal..
Itu lah dia tangkap gambar nih agak nya
he he he


Aunty kata...macam maner nak citer nih!
Gambar macam nih!
Eeeee...dah tahu nani nak citer, nani nak berblog
Tangkaplah gambar makanan ker, live band ker,
sedara2 kita ker...eeeee...apalah!

Alah! you citer jer lahhhhh...
You kan pandai citer tanpa gambar pun boleh aper!
A good blogger should be able to do so...

Emmm.....tak paham aunty kenapa hari nih
dia tak de mood nak tangkap gambar

19 comments:

  1. HEPI BESDAY AUNTY...
    tau dr blog sis peej... =)
    semoga sentiasa makin sihat..
    makin kuat...

    ReplyDelete
  2. happy birthday mummy..tat, tit. tot. haha. xoxo

    ReplyDelete
  3. Saya pun nak ucap juga lah...

    Happy birthday aunty,
    Saya doakan ALLAH terus berikan kekuatan kepada aunty, dimurahkan rezeki, dan dikurniakan segala yang dihajati.

    Meriah betol open house tu...
    Mesti best...
    Rugi tak dapat tngok tat tit tot tu...

    ReplyDelete
  4. happy birthday Auntie. Semoga kesihatan Auntie makin baik dari hari ke hari.

    ReplyDelete
  5. SELAMAT HARI JADI AUNTIE (^_^) Semoga hidup sentiasa diberkati Allah + dimurahkan rezeki + diberi kesihatan yg baik, amin...muahhhhhh

    mak aii, murah betol rezeki adik auntie. buat open house betol2 macam org nak kawenkan anak! 10 khemah..isk. makanan pulak memacam ada. (kalau ai, takmo dok dlm umah. nak duduk kt bawah khemah ratah kambeng & makan sume makanan yg ada tu termasok tat tit tot) hehe...

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari Lahir auntie.

    Moga panjang umur, murah rezeki, semoga semakin sihat dan sentiasa didalam keberkatan & kerahmatan Nya.

    ReplyDelete
  7. Happy Birthday Auntie..Semoga Sentiasa Dipanjangkan Umur, Dimurahkan Rezeki, Berbahagia Bersama Keluarga dan Semoga Semakin Sihat Sejahtera Selalu.

    ReplyDelete
  8. selamat hari lahir untie
    semoga untie diberi Allah kesihatan yang baik sentiasa dan dimurahkan rezeki

    ReplyDelete
  9. Happy Birthday Aunty!! Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.. semoga kesihatan aunty bertambah baik..

    Aunty cerita tak ada gambar pun dah boleh imagine kan macam mana meriah nye majlis tu.. coz ur a good writer... as uncle told u.. :)

    take care..

    ReplyDelete
  10. hahahha...gambar kasut yg last tu comel la aunty...bole imagine rupa uncle angkat kaki sambil amik gambar kasut baru dia tuh...

    ReplyDelete
  11. selamat ulang tahun aunty. sentisa mendoakan kesihatan aunty bertambah baik.

    ReplyDelete
  12. heheh..

    tat tit tot

    comel je uncle dengan kasut barunya.
    aunty, u're gorgeous as always

    ReplyDelete
  13. talkwithmykeyboard : Emm..panjangnya identity..
    Anyway, TQ for the wish

    Peej : TQ dear

    kuasai minda : TQ. Emm...biskut TAT, TIT, TOT?? faham yea??

    Dils : TQ

    Ai : TQ. Alah, orang kerajaan buat besar2 boleh claim keraian.

    Intan : Tima Kasih atas doa2 tuh

    ReplyDelete
  14. happy birthday aunty yang gorjes :)

    ReplyDelete
  15. Insan : Two in ONe

    Erni : TQ for the wish

    nino : TQ

    pepari : TQ to you too..
    Aunty jadi mak nenek bila bercerita he he he

    shasha : Tu yg aunty gelak tuh, cara dia angkat kaki he he he

    Anon : TQ

    SJ : Tahun depan aunty gek nak TAT TIT TOT lagi..
    Aunty gorgeous? Malu nyer! TQ anyway..

    ReplyDelete
  16. welcome aunty...
    identity pnjg x suma org ada kn...
    sbb tu sy bt pnjg2..hihih...

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum auntie.

    selamat panjang umur dan murah rezkinya.
    semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan hidup dilimpahi dengan kegembiraan bersama keluarga yang tersayang.

    ReplyDelete
  18. Salam auntie :),

    lucu lak cerita pasal kasut tu.. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...