Followers

Thursday, October 7, 2010

Harga Setem utk Kad Kawin

Semalam aunty jalan2 ke rumah kawan lama
Kawan masa muda2
Noy ngan Peeja bawak
Emm...dia nak kahwin kan anak pompuan

Waduh! pengsan dengar dia citer
Pembelanjaan yang dia lalui
Entah lah...mungkin kami dari golongan sederhana

Wohh!
Kompang RM350
Orang Bersilat dan menari RM400
Cak lompang/muzik RM450
Khemah with chandelier @RM500 satu
kawan aunty tempah nak pakai 7 khemah
Kipas air @ RM280 satu

Goodies bag RM 0.60 satu
kawan aunty tempah 1,000 beg
Itu pun dia lipat dan gam sendiri

Kalau dah ada goodies bag
nak bubuh aper? tanya aunty
muffin and telur kata nya

Kedua2 nih pun perlu bekas kan?
Tak kan nak biarkan tergolek2
tanpa bekas dlm goodies bag tuh!..
Kawan Aunty tak tunjuk pulak
bekas telur dan muffin

Dah tuh, kad jemputan
Tak tahu berapa dan di mana dia tempah
Cantik...
dia tempah 400 saja
kalau jemputan datang suami isteri kan ker dah 800 org
Belum termasuk anak saudara dan jiran2
yang di jemput melalui SMS dan mulut

Pelamin, bunga pahar, langsir, katil & bedspread,
hantaran, makan2 sebelum dan masa nikah,
dalam 100 kepala.
Pakaian satu keluarga ikut tema, pakaian pengantin
untuk nikah..mak andam dan pakaian utk hari
bersanding..
Eee...mcm2 mak nenek yang perlu keluar duitttt..
Easily RM 35k hangussss.

( jangan compare dengan orang pendapatan
mewah, easily RM ratusan ribu..)
Aunty juga pernah pergi ke majlis kawin org mewah
pelamin sahaja, repeat pelamin sahaja RM60 ribu..

Kerja brapa tahun nak kumpul duit banyak tuh??
Emm...sebab majlis di KL kot
tapi kalau di kampung..dengar khabar tak sampai
RM10k
Entah! aunty tak tahulah pulak...

Leceh lagi timbul bila nak tulis alamat
kat jemputan kawin 400 keping tuh..
lengoh tangan dia menulis dah tuh kena pos

Kata nya..dia bertanya kat pejabat pos
berapa kos setem satu sampul
RM 0.60 sen so dia pun lekatlah setem RM0.60
dan poskan 50 keping minggu sudah

Alih2, semalam dia nak pos lagi lah
kad jemputan tuh, so dia lekat lah
setem RM0.60 tapi di tegur oleh
pegawai pejabat pos tuh..

P Pos : Puan..harga setem utk sampul macam tuh
RM0.80 sen..

kawan aunty : Eh! minggu sudah kata RM0.60 sen
P Pos : Salah tuh...memang RM0.80 sebab sampul tuh
ada printing2..


Dengan perasaan yang risau..
kawan aunty bertanya..

Kawan aunty : Saya dah pos 50 keping minggu sudah,
apa jadi dengan kad saya tuh?

P Pos : Ohh..surat tuh jadi surat mati

Kawan aunty : Apa tuh??

P Pos : Tak di hantar lah

Kawan aunty : Eh...boleh tak surat tuh patah balik kat saya
sebagai 'Return to sender'

P Pos : Ada alamat Pn ker kat belakang, surat tuh..
kalau ada mungkin surat tuh akan patah balik..

Memang tak de lah kann..

so...persoalan nya apa jadi dengan kad jemputan tuh??

Entah lah...macam2 hal yang di luar jangkaan..

kenapa informasi pegawai pos berbeza2?

Nak jimat 'Sila gunakan sampul yg kosong utk kad jemputan'




17 comments:

  1. Aduh.. dah la mahal.. kalau tak sampai.. naya je! :(

    ReplyDelete
  2. ala..kesiannye..

    ReplyDelete
  3. ya allah...
    semakin lama semakin mahal ye

    alahai.....

    ReplyDelete
  4. Ya Allah, banyaknya perbelanjaan for a day's (or a few) reception!

    Rasa tak berbaloi. Baik guna duit tu utk tanggung masa depan lepas nikah. beli kereta ke, rumah.

    That's why for my wedding, saya nak buat simple simple je, because I need that money for my visa/travel nanti :(

    ReplyDelete
  5. Pengsan mendengar.Takkan anaknyer tak membantu langsung, jangan la dibebani ibu bapa dengan benda sebegini?

    Saya kawen 3 tahun lepas, semua belanja saya keluar sendiri, Alhamdulillah juga saya kawen di Seremban. Tapi itu pun belanja catering RM11 satu kepala, all in - khemah and etc.

    Hantaran habis buat utk belanja kawen and saya pun keluarkan duit saya sendiri. Tunang (ketika itu)masukkan dalam akaun semalam, hari dah keluarkan bayar terus catering and mak andam.

    Semuanyer saya habis dalam RM15k jugak la, duit saya sendiri tak masuk duit hantaran yang sah-sah terpaksa guna and tak boleh simpan. Tetamu saya jemput 500 orang saje. Kad saya tempah 200 keping sahaja. Mostly kawan terdekat and saudara saya.

    Family saya bukan golongan senang, maka pandai-pandai saya la mencari duit utk kawen. And I'm very proud of it, sebab tak menyusahkan ibu bapa saya tanpa saya perlu berhutang pun.

    Pada pendapat saya, tak perlu belanja yang besar utk perkahwinan, kerana yang penting adalah selepas kawen, bukan semasa kawen.

    Rite, aunty?

    ReplyDelete
  6. sadly, we don't make the effort writing our own address in our envelope.

    Sadly too, the postal staff in the postal services did not probe in detail of what type of envelope etc. Tho general question get general answer.

    Sadly too, the customer did not communicate well to ask and get proper clarification, so the general question was given general answer.Their question a bit too general..

    Sadly too our people love to assume. I knw someone us educated, and the brother who were not highly educated.(No pun intended). Upon discovered that their mother are being referred to IJN, these 2 idiots were jumping and infact telling off the ill mother for not asking for normal hospital etc having worry the costs(they worry abt money than their own mother's life). With the assumption on general infos that it will costs a lot of money regardless she is entitle to her husband pension card. That ol' lady was so stress.. dah la tak boleh nafas, anak pulak macam ini.
    This 2 idiots kept on harping on mony(ni kes anak lupa diri). Reiterate on what thye heard...of the treatment is payable...despite hvg a government pension card.
    Instead of calling IJN for specific informations, they were nasty and scolding their ill mother.
    The anaks are IT celik esp the us educated, can designed the webpage wdvert etc.
    Yet blatantly quoting all the words they heard in general.

    Then came this friend of the mother, just check the internet and look for IJN details. Gave them a call asking for clarifications- with specific questions. These help clearing the confusions... That give that ol' lady sense of relief.

    The other one is we never bother to ask or do a proper research when doing something. Our people easily termakan atau mudah terima expalanation which sometimes very vague or unclear.
    That is why we mudah tertipu terpedaya, rugi dan sebagainya...

    Back to postal services:
    Lesson learnt: next time bring a sample for them to view and confirm the pricing. Perhaps they hv to weigh it first..
    General question get general reply.

    We must start writing our address as sender at the back of the envelope in all our postal correspondences.
    If it is important documents - send it register or special delivery for easy tracking or non deliver etc.
    Keep the evidence of posting.
    If using recycle envelope, make sure cover the previous sender/receivers'address. To avoid confusion.

    that's all..

    ReplyDelete
  7. fengsan ai dengoooo...

    2008 kt kawen, wat kat ipoh, bukan kg..hehhe...skali ngn kakak...12k sajo..tu pun, mak pulangkan masing2 1 k, katanya duit balance dr hantaran tu..

    uuu..mughoh perbelanjaan..

    mak kt ckp, buat mana yg perlu jer..klu nak tukar suma, mmg berutang le bg kami yg soheh gaji ciput tp gatai nak kawen nih...klu duit melambak...huhhhhh..tak yah pk ape, sebut ajer..kan...

    ReplyDelete
  8. usually, pos malaysia akan hantar satu kad kuning yg dinamakan SURAT DENDA. dia akan beritahu kat kad tu yg ada surat utk kita dan tertulis perkataan "SETEM TIDAK MENCUKUPI". lps tu terpulang pada kita samada nak ambil atau x. kalau ambil, kita kena bayar denda. kalau x, dia akan pulangkan pada pengirim selepas 7 hari. tp sbb kawan auntie x letak alamat kat blkg, jadi la surat mati. akan dilupuskan. sayang, terbuang duit

    ReplyDelete
  9. KakCik : Tu lah pasal

    Anon : Kesian dia kann..

    sayangsayangibu : Yg sebenarnya tak mahal, 'ukur baju di badan sendiri' jer..
    he he he

    Alia : u r on the right track there..
    hollywood wedding pun 70 -100 org jer jemputan..

    zie : Anak2 branak chip in lah tuh, it is the total cost kalau nak harap mak bapak jer..tak aci lah.. pengsan kalau cam tak share2 gitu..
    Anak2 mesti ada simpanan utk diri sendiri supaya boleh bantu $$$$$

    Anon : A general question was given a general answer. You are right, people always don't bother to know details..always take for granted..just knowing the surface..
    like seeing an 'iceberg' forgetting the huge giant underneath.
    Educated but being an idiotic sons was ashamed.
    Anyway, TQ for sharing yr stories and yr comments.

    nasaoji : Kat kampung catering murah RM7 hinggit jer cuba kat KL mana nak dpt? Serba serbi kat kg murah..
    Alhamdulillah, majlis perkahwinan yg tak ter/berhutang..syukur

    ReplyDelete
  10. hari tu saya hantar pos guna setem 50sen.. padahal yg harga setem sebenar 60 sen.. elok je sampai..

    tp pos skrg slow.. hantar surat biasa makan masa seminggu wpun satu negeri wpun harga setem mahal. huhuh

    ReplyDelete
  11. serba serbi mahal zaman skrg aunty..

    ReplyDelete
  12. auntie, kos kahwin mmg mahal skrg. wlu di kg pun ttp mahal. andaman,pelamin,goodies...semua skrg klu xde rm10k dlm tgn xsah. tu blm msuk menda lain lg. tp lebih baik bersederhana shj,dr membebankan pasangan yg nk berkahwin. after kahwin lg prlukan byk duit. erti kata lain,bfore kahwin,simpanlah duit dulu. tp org sekarang mudah je. buat personal loan. byr ansuran tiap bln..cm duit loan tu jgn lah melampau smpai nk 40k ker. baik buat loan utk beli rumah kan. biar sederhana wlu hnya sekali seumur hidup.

    ReplyDelete
  13. kak nani...
    besarnya belanja...
    tp.. buat sederhana pun boleh jugak... janji bahagia...
    setahu saya, pej pos tak sampai hati nak bekukan kad jemputan tu sebab baru ni kawan saya pun dah susah hati sebab dia antar kad raya guna setem 30 sen instead of 50 sen.. pejabat pos hantar jugak walaupun lambat sampai...

    ReplyDelete
  14. Misztake : Aunty dah lama tak pos mengepos, kurang arif tentang service nya.

    Intan : Betul, semuanya dah mahal sekarang..

    ReplyDelete
  15. aiyoyoyo pasal sampul surat pon hrga setem leh berbeza eh

    ReplyDelete
  16. Rahmah : Tu lah dgn setem 60 sen hrp2 kad jemputan tuh sampai juga, mungkin kawan akak tipon kawan2 dia takut x sampai kad2 tuh.

    Yatie : Tulah, mcm2 harga, tapi kalau dah kad sampai lepas hari perkahwinan apa jadah nya...

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum auntie.

    semalam saya dah peluh-peluh tengok numbers dalam calculator sebab mengira budget kenduri.
    hari ni baca entri auntie terus saya berdebar-debar.

    ya Allah, moga dimudahkan urusan hamba-hambaMu sekalian yang nawaitunya ingin menuju ke jalan Mu. amin.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...