Followers

Friday, October 1, 2010

Episod 72 - Kelahiran Anak Keempat

Imbasan episod 71

Rumah quaters yg diduduki di PD, emm...keras dgn gangguan
makhluk halus tapi since tidak ada pilihan lain dan rumah kosong,
ketika itu, aunty teruskan tinggal di situ buat beberapa bulan...

Yang sangat sedihnya, aunty banyak kali
keguguran awal, mahu tiga kali kot..
bila mengandung jer, mesti bleeding..
puas aunty bawa berubat secara kampung
dan juga cara moden tapi tetap keguguran.

Akhirnya...
aunty ngandung anak yg keempat..
tapi pelik, hati lansung tak terbuka nak check
dengan doktor.

Fikir aunty...
Ahhh! ketiga2 anak, tidak ada apa2 complication

Boleh percaya tak aunty mengandung sampai
8 bulan, baru aunty nak balik KL
untuk pergi buka fail di HBKL, tempat yg sama
ketiga2 anak aunty yg dah dilahirkan disitu..

Uncle pun terlalu sibuk agak nya, dia pun
tak pula risau akan keadaan aunty yg
terboyot2 dengan tak check medical lansung.

Keadaan physical aunty ketiga tuh,
Makan selera sangat, kalau makan kat luar
sampai 2 serving, contoh
satu pinggan nasi goreng, habis jer makan yg tuh
nak tambah pulak 1 mangkok mee pulak
di sebabkan ngandung, uncle tak pulak menahan
aunty dari makan berlebihan.

So badan aunty kus semangat..
Gemuk sangat kalau di bandingkan mengandung
ketiga2 anak yang sebelumnya..
Perut amat lah besar..
Muka pun jadi sembab..

Gambar kat umah Arwah Mak kat KL
ketika nih lah aunty balik KL, dah lapan
bulan mengandung

Masa aunty balik KL tujuan untuk pergi medical checked up
keesokkan hari tuh terbantut sebab...

Pada malam tuh, aunty rasa amat gelisah, dah pergi bilik air
berkali2 terasa nak buang air besar lah, nak buang air kecil lah
sampai penat lah..
Last sekali, dalam pukul 5:30 pagi dah dekat subuh,
aunty terasa nak kebilik air lagi
tapi kali nih, bila aunty menyangkung kat lantai bilik air tuh..
tumpah darah...banyak sangat..aunty terjerit2 menangis kat bilik air
Uncle, arwah abah dan arwah mak juga bergegas ker bilik air,
aunty berdiri, darah masih mengalir2,
Arwah mak bagi kain batik, habis kuyup dgn darah beberapa helai
aunty tak tahulah..
Abah suruh bawa jer ker hospital, aunty di papah dan di bawa terus
ke hospital. Kesian uncle, habis seat kereta basah dengan darah

Sesampai jer kat hospital, nasib baik, nurse yang bertugas kenal
aunty..Ohhhh! rezeki aunty ketika tuh!
Kalau lah, tak de yang kenal, agak nya..
tentu melambatkan process utk masuk
Kata nurse tuh!..dulu pompuan nih pernah branak kat sini
dia nih patience 'first class' I pernah handle kes dia,
bukak kan fail dia, through her I/C
mesti ada file dia kat sini.

Aunty terus di bawa ker labour room..
sebab aunty dah rasa.... ada contraction awal.
emm..threatened abortion kata nurse berkali2..

Aduh! kan belum cukup bulan lagi..
Fikiran aunty asyik teringat boleh ker baby ni
selamat?? Aunty okay ker sebab dah banyak sangat
darah tertumpah..

Aunty selamat melahirkan anak kembar
sorang lelaki dan sorang lagi perempuan

tapi lepas tuh uri sangkut tak mau keluar pulak
so aunty di hantar ker OT

Apa jadi lepas tuh, aunty dah tak sedar

Yang aunty tahu bila terjaga setelah beberapa
jam kemudian....

Aunty masih di Wad

Emm....sedih sangat

Berita di beritahu oleh uncle sambil
mengalir air mata

Kedua2 anak tuh telah selamat di kebumikan

Perkebumian yg sempurna dilakukan di rumah
arwah abah, semua kaum keluarga uncle datang
dari Melaka ketika tuh

tapi yang paling aunty kesal ialah aunty tak
menjaga kandungan aunty pada masa tuh..

Rupa2 nya aunty mengandungkan anak kembar..

Ya Allah..peliharalah kedua2 roh anak2 ku di sana


akan sambung..

10 comments:

  1. Mereka menunggu Puan di Jannah. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. ya allah, ye ke auntie,,,...ad hikmah kan d sbalik tu...klu tak, noy dah dpt kakak/abg kembar dah kan... ;)

    pas ni, auntie crite tang berpantang tp tida bayi, buley?...

    ReplyDelete
  3. Patut la selera sgt masa mengandung, rupanya kembar... sedih gak sebab umur mereka tak panjang! If not sure comel2 dan 'nakal' macam Peej & yg lain2.. :)

    ReplyDelete
  4. saya pun pernah mengandung anak kembar tapi salah satu kembar tu hilang dalam kandungan waktu kandungan berusia 8 bulan ..
    Tapi tak apa auntie anak-anak auntie tunggu auntie kat sana =)
    Take care

    ReplyDelete
  5. kak nani...
    sudah tersurat tiada rezeki untuk membesarkan mereka.... Allah lebih mengetahui...

    ReplyDelete
  6. sedih saya aunty..dh 8 bln baby2 tu diambil tuhan..klu x aunty dh ada sepasang kembar..mst cantik/hensem mcm anak2 yg lain..apa pun aunty tetap bertuah sbb diorg tunggu kat syurga..

    ReplyDelete
  7. sedeynyer... :(
    ni yg wat tak sabar nak tunggu sambungan....

    ReplyDelete
  8. Ni cerita sedih daripada aunty...
    Tapi cerita gembiranya, anak-anak itu akan menunggu aunty dan uncle di sana. Mereka adalah anak-anak yang tidak berbuat apa2 dosa dan kesalahan dan dibenarkan terus masuk ke syurga, namun mereka masih di pintu syurga, apabila malaikat bertanya kenapa tidak mahu masuk? Mereka akan berkata mereka tidak mahu masuk selagi tidak bersama ibu dan bapa mereka. Maka ketika itu ALLAH akan perintahkan membawa masuk bersama ibu dan bapa mereka walaupun belum sempat dihisap.

    Berbahagialah aunty dan uncle dengan rahmat ALLAH ini...

    Tapi, bagi masyarakat sekarang yang 'membunuh' anak sendiri, hal di atas tidak di kira ok!

    ReplyDelete
  9. kakcik : Ada rezeki, InshaAllah

    nasaoji : Emm..citer dlm pantang? InshaAllah

    Hazey : A'ah, umur mereka tak panjang, Allah lebih menyayangi mereka

    cybermummy : Hilang? Eh yea ker? InshaAllah, mereka tunggu ibu dan bapanya di sana

    Rahmah : Betullah tu

    Rina277 : Memang sedih,InshaAllah mereka tunggu aunty disana

    CL : Tunggguuuuu

    Kuasai MInda : INshaAllah, aunty dan uncle juga berharap begitu lah hendak nya.

    ReplyDelete
  10. sangat sedih...

    tp bak kata kak cik
    menunggu ayah dan ibu di pintu syurga...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...