Followers

Monday, October 4, 2010

:: Adab ::

Emm...aunty blog walking dan aunty perasan
ramai yang buat 'open house' untuk raya.
Memang bagus, Alhamdulillah....jamu tamu makan
dengan ikhlas untuk sambut HRaya yang mulia
bersama2 saudara mara dan sahabat handai.

Alih2.... ada banyak rungutan tentang perangai
yg bermacam2 ragam dari tetamu yang datang.

Okaylah, aunty nak ngomong2 tentang tajuk
di atas :: Adab:: dari pengalaman yang
aunty lalui...

Adab terbahagi kepada dua perkara
melalui percakapan atau perlakuan

Kalau dua2 nih tak ada dlm diri sesaorang
atau salah satu tertinggal dlm diri sesaorang
emm....jadi lah mereka saorang
yang ::Biadap::

Kalau dua2 nih ada dlm diri
maka tinggilah budi perkerti nya

Adab datang dari keluarga
itu sendiri...

Ibu yg banyak masa dengan anak2 mereka
seharusnya mengajar anak2 mereka dari kecil

Orang2 yang merungut mengatakan
so and so tuh tak ada adab

Percayalah, so and so tuh
tak tahu yang dia tuh biadap.
Kita kena berani dan ikhlas utk
memberitahu tentang kebiadapan nya itu.
Terpulangkan kalau dia boleh terima atau tidak.

Jom kita huraikan, adab dari perlakuan

Emm..contoh jika kita pergi ke rumah sesaorang
berdiri depan gate,
memberi salam hingga lah
tuan rumah tuh keluar, atau kadang2 bibik nya
yang membuka gate, mereka akan menjawab salam
dan menjemput kita masuk.

Jangan sesekali masuk tanpa izin tuan rumah.
tak kiralah kita dah biasa atau sedara sendiri.

Duduklah di ruang tamu, jgn sesekali merayap2
ke dinning tablelah, buka saji, ratah2 makanan
dalam saji, kedapur lah bukak periuk, bukak fridge

Jika tuan rumah menjamu makan,
makanlah dengan tertib, jangan berlaku gelojoh
jangan sesekali, complain,
I tak makan ikanlah,
I tak makan ayam lah
I tak suka masin lah
I tak makan santan lah
bagai2 complain tapi melantak juga
dan nasi mintak tambah juga..

Perut dah kenyang, nak baring2 pulakkan
emm...sofa lah jadi sasaran..
sambil baring tengok TV sampai terlelap
apa nih!??? dah terlupa rumah orang ker??

Jangan lama2 kat rumah orang
paling lama 1 1/2 jam saja
dah tuh apa lagi balik lah..
tuan rumah pun nak rehat juga
yakni family privacy

Dah tuh, comparing rumah orang nih dengan
rumah orang tuh..

subject untuk merendahkan tuan rumah

Ohhhhh! perkara2 kat atas tuh memang kes biadap

Anak2 kecil seharus nya di jaga kelakuan nya bila di rumah orang
Melentur biarlah dari rebung, bila dah jadi buluh payah lah..
dah terlambat..
tuh yang jadi kes macam kat atas tuh..

contoh :
Kalau di rumah orang
Jangan biarkan anak2 sentuh perhiasan
juga anak2 jgn berlari2 dan memanjat2
Jangan biarkan anak2 makan dan minum sendiri,
suaplah anak2 supaya tak kotor dan bersepah,

Seharusnya ibu dan ayahnya kene 'alert'
akan kelakuan anak2 mereka di rumah orang

Cara mengajar anak adalah bukan pukul anak
Yang betul adalah bagi anak tuh faham
what are the do's and dont's

Kalau perlu dipukul..gunakan gulungan surat khabar
atau majallah dan pukul lah lantai kuat2

Reaksi nya mesti lah takut bila terdengar bunyi yang kuat
Kalau ada anak yang terlebih berani yakni tak takut
berani retaliate..
pukullah punggung nya, tapi jangan lupa memberitahu
apa kesalahan nya.

Anak2 aunty masa merangkak lagi dah communicate
the do's and dont's

memang kanak2 ingin tahu segala benda, nak pegang
segala benda, nak gigit segala benda..nak makan segala benda
So....
Gunakan mata yang terbeliak
suara yang agak kuat,
gunakan bahasa isharat tangan dan jari
No....No...No...

Kalau dia merangkak jugak kearah barang tuh
So tepuk lah lantai..
sure baby tuh takut..

Anak aunty paham dan pada umur setahun
dia dah boleh kata
No..No..No..
bila anak orang lain yang nakal datang rumah aunty

Dah tuh biarkan anak2 conteng2 dinding
Ohhhh! pantang Tok Nenek

Make yr children understand
Pencil, pen, crayons and chalks is to be used on paper not walls

Tuh, yang terdapat sekarang...
contengan di lif2lah, di bus stop lah, di public toilet
and etc..
tangan yang gatal dari kecil tak di perbetulkan

Ada yea, bukan tak de, ibu2 yang buat2 tak tahu akan
kenakalan anak2 mereka especially berkunjung rumah
orang

Ashyik leka berborak jer, ashyik tengok TV
anak di biarkan bebas tak berjaga

Hishhh...

Tapi pergaulan juga boleh jadi penyebab Biadap

Jadi hati2lah dengan siapa dia berkawan
kalau boleh..mengenalilah background kawan dia

Selalulah berinteraksi dengan anak2
dari kecil hinggalah remaja

Jangan di biarkan dia pandai menjawab dan biadap
Latih anak supaya menjadi penyayang,
mahu menolong (ringan tangan)
sharing (jgn kedekut, selfish)
kebersihan diri & sekeliling

InshaAllah....


18 comments:

  1. tertarik sangat tentang "adap" ni, auntie..

    amat tak paham, mcm mana budak2 skang kemain lintang pukang bila duk umh yg d lawati...- d maafkan klu kunjung umh adik/abg/kakak mak pak-

    dan paling tak syok, org besar p umh org lain, leh smpai tengok cadar bilik kt..huhhh..terjd oo kat kt..rs macam...adooiii...

    ReplyDelete
  2. yes saya setuju..neh x ...ada stgh mak bapak yg biar jer ank dia buat sesuka hati kat rumah org..saya pon ada ank tp bila dia buat benda yg x elok saya akan marah n bgtau dia jgn buat ..haishhh

    ReplyDelete
  3. betul la untie

    sy pun amalkan benda yang sama.

    sebelum pegi beraya, siap pesan pada anak, jgn sentuh barang orang :)

    ReplyDelete
  4. salam AUNTY,
    HAPPY B'DAY. sEMOGA SIHAT TUBUH BADAN DAN DIPANJANGKAN USIA. iNSYAAllah.

    yes I do agree with what you hv written in tis entry. For parents nowadays spoilling their kids like nobody business. Most of them only know to produce but in terms mendidik its actually zero.When duduk abroad,
    Talkg abt guests. We had guest came guna bilik air banjir. Yes we knw the req of bersuci beristinjak etc.. yet they flooded the bathroom floor(which is carpeted or other form that is not waterproof)whilst mencebok. So everyone had to step on wet, soiled carpet/surfaces of their ayer cebok.Then flush tuala mandi dlm lubg tandas. so imgaine the hardship we had for several months. The sad thing is the one that normally does tis a professional tahap tertinggi and they are not kids. Well heeled and well travel. if kids then we knw mak bapak dia org tak ajar =kurang ajar.

    masak- we knw some ppl nak travel, tapi nak accomodation free, makan free. Shopping takpe. So bila dtg , tak pernah pernah memasak, offer memasak.. sbb hari hari nak makan masakan msia dan tak nak kluar duit. Lepas tu kecah dapur lantai sink. sikit tak cuci sink, stove, lantai. Lepas tu order tuan rumah beli barang makan utk dia masak. Dah tu, help themselves buka freezer ambik lauk org shoppg utk kegunaan bulanan. Nak makan sedap tapi keluar duit tak nak.
    Kmudian telephone, just rumah org lengkap segala doesnt mean org tidak akan berjimat cermat. Time tu la sebuk nak call kawan dia sana sini. Tuan rumah pun tension. Lepas tu buka lampu sana sini tak tutup, dah lah electricity tariff mahal.
    tapi shoppg sakan branded head to toe. yes we have met so many if back home krg thy live in a million hse etc, bawa mercedes tapi sampai kluar negeri jadi pariah dan praak punya perangai.

    ReplyDelete
  5. Ada pula anak anak sampai jadi westernise nak berkepit dgn bf semanjang. dtg menumpang kat flat org bawa kawan yg lain bercouple,dah lah sedara mara lain org tu ada. bayangkan mana nak letak org ppuan tadi dan bf mereka? jadinya kena tumpangkan bf bebudak lelaki tadi ke flat kawan. Ini ibu bapa adalah org pangkat besar/director di badan kerajaan dsbnya. Esok harinya pukul satu tak datg berkumpul, ikut plan mereka. Pukul2tghari baru bebudak ini muncul. bayangkan mereka baru bangun tidur. Malunya kawan, kerana dahlah terpaksa menumpangkan sekumpulan budak lelaki dewasa, jadinya mereka tumpang tidur di ruang tamu si kawan tadi, mereka buat macam rumah sendiri.. tidur bangun sampai ptg.
    Kmudian si ibu kpd budak ppuan tadi dtg bercuti.. bershoppg branded bukan main. lepas tu bila sedar duit dah abis terlebih shoppg imposed pada tuan rumah dan hse mate tuan rumah. Demand nak lauk apa. Best of all, suruh singgah tesco, kmudian sampai di parking dia suruh hse mate tuan rumah tu turun dgn anak dara dia. dia duduk. Kmudian anak dia angkat segala benda letak dlm trolly. sampai kaunter, hsemate tuan rumah kena bayar. Member terkejutsbb dia pun shoppg ala kadar dan beli option yg budget. Ini bukan org susah. anak nya yg masih blajar pakai jam tag heuer. pakaian tak usah sebutlah.
    dapur dan ruang tamu, apa lagi bilik tuan rumah mereka kluar masuk belek barang. kmudian commented abt the hse. Ppuan ini kmudian dah habis duit so duduk lah rumah sampai nak balik. imagine disebabkan tuan rumah tidak memberi pinjam kereta etc, dan duit untuk travel around locally dah kerana kegilaan bershopping, dia duduk menanguk di ruang tamu rumah sampai 3 minggu. Kalau dibawa jalan, pura pura offer nak bayar. Tapi bila dirumah terlepas juga cakap oh duit dah abis. Dtg berlenggang tak bawa bekal barang kmudian habis kerjakan bahan makan org. kiriman ibu org tersebut dia bedal padahal dia datang dari msia. kalau tau tekak nak masakan msia, bawa bekalan. lepas tu balik msia bawa mulut.. ini bukan seorang. di malaysia ppuan ini rumah berjuta,rumah sewa berderet. gaji sebulan tidak kurang 18k. Tapi bila sampai perangai macam pariah.
    Complaint rumah kotor, manataknya dia duduk diruang tamu tak kluar kluar, dengan suitcase berderet setengah dari ruang tamu, melingkar kata nak tumpang tidur, lepas tu tak kluar kluar kalau tidak dibawa kluar. Kmudian tuan rumah nak sapu, lap, vaccuum lantai pun tidak boleh kerana sesak.

    Kita berikat perut berjimat cermat..dia dtg macam parasit....
    yes i agree with u auntie, it is all berbalik pada ibu bapa.
    Ibu bapa kena ajar anak anak macam mana nak menumpang rumah org bila berjalan terutama ketika merantau.

    kalau tumpang tidur maknanya tidur shj bukan tidur macam dirumah sendiri bangun sesuka hati. Bawa bekal makanan sendiri, kalau yg hidup mesti ada makanan melayu bawa bekal sendiri. Jangan impose on tuan rumah. bangun kluar pagi balik malam, makan lah diluar sblm pulang. terutama kalau tuan rumah bekerja dan belajar. Jgn harap semua nak dihidangkan. org pun ada had kemampuan, bolehlah, tapi sakitlah poket krn setiap org berbudgt. Jgn memandai2 buat dapur org macam dapur sendiri hanya semata mata nak ambil hati org.cuci tandas dan bilik air lepas guna terutama kalau duduk lebih dari 3 hari. ini patut diajar pada anak anak ppuan dan lelaki. Jgn ingat dirantauan nak berkepit dgn bf bawa skali tumpang tidur rumah org. tuan rumah wld not be happy and comfortable. kalau nak berjalan pastikan ada budget utk tempat tinggal juga. Tidak semua org suka menerima tetamu tinggal lama lama. Tetamu datang menjenangah takpa tapi bila mula nak menumpang tidur org kurang suka. dah tu bila datang pandai suka suka saja nak nak tumpang dgn imposing tanpa mengambil kira org serba salah nak terima. kalau mampu duduk lah hotel paling cekai skali pun asalkan jgn menyusahkan org.

    utk rujukan bersama..

    ReplyDelete
  6. salam aunty,
    that what exactly my parents, no make it our parents (my aunts n uncles to their children as well) has taught us. lg lg kalau dpt duit raya, jgn buka depan tuan rumah. kalau dulu kan, kite nakal je dekat rumah org, xtunggu2, terus tanpa sedar ade rasa berbisa di peha.

    tu belom kalau buat perangai, merasalah dlm kereta terusssss kene.

    saya betol2 xpaham mcm mana parents skarang boleh biarkan anak lri2 dlm rumah org, bukak lemari, bukak bilik, panjat tangga naik tingkat atas n yet the parents can just sit and do nothing. saya pergi rumah sedara sendiri pon tade bukak bukak lemari ok.

    semoga esok2 saya dapat la didik anak2 saya mcm mana saya telah di didik.

    ReplyDelete
  7. Haha, ada pernah 1 family ziarah rumah, anak anak dia, mashallahhhhhh, nakal sungguh!

    Boleh tak I found anak dia CONTENG dinding and when I snapped at him, he buat tantrum! Habis segala langsir rumah dia tarik! And the parents buat apa aunty tau??

    "Jgn la buat mcm tu..tak elok..." dengan suara yg semut pon tak takut!!!

    OMG!!!

    Kalau bukan anak orang, dah lama saya tempeleng!

    Parenting skills fail!!

    ReplyDelete
  8. kak nani..
    menarik sungguh entry kak nani mengenai adab...
    Alhamdulillah... sejak kecil arwah mak saya dah mengajar saya kalau kerumah orang jangan 'mengopes' barang orang...
    sampai sekarang saya ingat ayat 'jgn mengopes' tu.. luas rupanya pengertiannya....
    memang tugas mendidik anak-anak terletak pada ibu dan bapa mereka...

    ReplyDelete
  9. salam auntie...moga auntie sihat selalu..
    anak2 saya yg 2 org tu agak mudah.biasanya saya & suami berpesan the do's & dont's masa dalam kereta.kalau buat salah pun mereka akan ditegur dalam kereta @ di rumah.cuma yg kecik tu ja agak sukar...beeing special mmg dia agak lasak.tak boleh duduk diam.mmg akan menjelajah satu rumah tak kira rumah sapa pun.jangan @ tak boleh doesnt mean anything to her.sebab tu saya hanya bawa dia ke rumah rakan2 rapat saja.kalau kenduri we rather duduk kat table di luar.

    budak2 so called 'buas' & tantrum ni kadang2 bukan budak nakal.they are actually special needs kids tapi overlooked by parents atau org lain & dianggap anak2 nakal yg tak dengar kata.kalau jumpa budak2 mcm ni look carefully for any difference.at most of the time mmg boleh nampak.

    satu lg kalau tidur kat rumah orang pls do not stay more then 3 days...ajaran nabi kita ni..

    just wanna share.

    ReplyDelete
  10. saya baca mana 2 blog banyak parent tak reti nak ajar atau didik anak anak masa mereka ditahap rebunglagi. Tidak mereka segan silu menulis hal anak anak mereka pada mereka comel.
    saya rasa itu sbb manusia tersilap bila mereka tidak ingat/tahu/terlupa akan didikan asas etiquette, moral dan values pada anak mereka.

    Mereka bangga anak mereka boleh guna komputer dari bayi.. tapi mereka lupa mereka telah menandatangani kehidupan anak mereka didalam hidup bermasyarakat..

    kadang kala siibu bapa itu sendiri contradict didikan kepada anak mereka sendiri.. mungkin itulah cara mereka dibesarkan atau mereka sbg ibubapa terkejut masa kecik takdapat semua benda itu, bila hidup senang mereka lupa atau buat buat lupa kerana terlalu meninggi kan personal ego.

    salam
    sb

    ReplyDelete
  11. betui anty..everything comes back to the parenting skill aa..tak paham skang budak2 tak reti duk diam kat umah orang...

    time saya kekecik dulu..mak tak perlu menjerit pun..cukup aa jelingan maha dasat yg beerti "balik umah kang kena la ko" ahahhaha! takuitt! and hasilnya..adik bradik saya amat behave if kat umah orang..dudukkk je setempat tak nguit2..

    ReplyDelete
  12. salam..selamat hari raya antie..
    sy SR antie..
    tp terpanggil utk sy kongsi pengalaman sy pasal adab nie..

    sy bergelar guru tabika hampir 9thn.mcm2 karenah budak2 n parents sy dah tgk.paling mencabar 2 3 thn kebelakangan nie..

    kejadian adab nie terjadi pg td..
    betul2 menguji kesabaran sy sebgai guru.
    kan sekrg musim ry,so ada la ank murid kasi kuih utk kami(kami bertiga).tbk sy dibwh flat PPR(sekitar KL).so antara pintu masuk ke dapo tu kurang 10 kaki.kuih tu kami letakkan diatas meja berhampiran dpo.kiranya sape2 masuk mmg akan nampak kuih tersebut.

    ok ada sorang mak budak nie.ari jumaat lepas dah membungkus dah.ambek segala kuih yg ada dlm bekas tu.dari penuh hampir abes dia ambek.xpela niat ati kata sedekah lagipon ari jumaat.

    tp ari nie,bila sy sampai je sy tgk ANK DIA(ANK MURID SY)SEDAP TGH MAKAN SAKI BAKI KUIH DLM BEKAS TU.masa tu jugak saya sound tepet kat ank dia(pukul ank sindir menantu la nie)sy kata kat ank murid sy tu,

    EH,UDAH2 LA.ARI JUMAAT TU KAN DAH MEMBUNGKUS 2 PLASTIK.X KAN ARI NIE SAMBUNG BALIK?CIKGU PON X RS LAGI KUIH DLM TU..

    mak dia pandang je muka sy.rupa2nya mak dia dah mintak plastik kat sorang lagi cikgu utk bungkus lagi kuih yg hampir habis tu,utk licinkan terus.mujur sy sampai awal.kalu x..hurm x tau la..last2 sy ckp kat cikgu tu,better letak kat pat lain.bekas kuih tu leh nampak dlm.tp kami kira naseb baek jugak sbb ada mak budak bg kami kuih maruku.dan kuih maruku tu kami letak dlm tin biskut jacob.so org xleh nampak dlmnya..kalu x,hurm..x tau la.. hehehheee...

    mak sy dgt pentingkan adab bila berada di rumah org lain.mcm antie bgth td,jgn usik,jgn mkn etc..etc..
    masa sy kecik2 dlo,kalu pegi berya waima umah makcik pun,kalu time makan selagi x dega mak kata 'ok bole makan'mmg sy n adik2 akn duduk tegak.tgk la muka tu.bkn tgk makanan..ngehhhhngehhhhngehhhh..pastu kalu nk mengamuk,siapla.balik umah mak akn kerjakan cukup2.cth kalu tunjuk kebulur sgt mak akn masak makanan tu dgn kuantiti yg byk n suh kami abeskan dlm masa tu jgk..hahahha..naek biru muka.muntah ijau segala.pastu tobat la x buat lagi(mmg x buat pong..hahahhaa...)

    tp budak2 sekarang nie.x tahu la nk ckp.kadang2 tu mcm x diajar pon.sy kat tbk mmg selalu bising pasal adab.beradab masa makan,berckp ngan kawan2.pada sy,pengajaran pertama adalah dirumah..kalu dirumah x diajar x diasuh terus kesekolah dan diletakkan 100% dibwh jagaan guru x adil bukan..

    dari SR,
    ~Cikgu TBK~

    ReplyDelete
  13. ada tetamu datang rumah IM.

    lepas makan dia offer nak basuh pinggan walaupun IM kata tak usah sebab IM segan dengan dapur yang berselerak. Tapi beriya-iya dia nak basuh. rupanya memang dia sengaja nak tengok macam mana rupa dapur daan bilik air IM.

    pelik juga ya...

    ReplyDelete
  14. Hmmm....ada satu lagi pesanan. Yang ni Aunty lupa ye? Kalau menziarah rumah yang ada pets...macam saya nilah, tolonglah pesan kat anak-anak tu, janganlah pergi kerjakan kucing2 tuan rumah. Ada yang kejarlah dari luar ke dalam, ada yang tarik ekor, sampai ada yang nak gunting misai!!! Lama-lama, Mama tak tahan and tell the parents: Please leave. Your children are torturing my cats. Padan muka dia! purrr....meow!

    ReplyDelete
  15. To all commentators above..
    nasaoji @nnap,laloque, anon, anon, lilRed, Rahmah, ieda, sb, che sue, cikgu TBK, Insan Marhaen, cat in sydney....

    Semua pernah lalui kes2 orang biadap....

    Kalau kita dpt mengenali biadap terhadap perbuatan kawan2 kita
    so meaning...all of you are
    well discipline and good mannered.

    Thank you for yr sincere comments!

    ReplyDelete
  16. well said mak nani..

    happy bday

    sb

    ReplyDelete
  17. auntie,

    thank you for sharing. very useful tips. i take note for myself. anak saya baru sorang. umur 2 bulan. insya allah kalau boleh nak anak jadik orng yang beradab. ibu mana nak taknak anaknya jadik orang baik2 ye tak? :)

    ReplyDelete
  18. like this post so much...kini orang yang mengamalkan adab ni dah semakin pupus..maka sangatlah ramai yang biadap....susah nak campur masyarakat sekarang..kalau x campur nanti jadi macam kera sumbang..kalau campur pening kepala dgn perangai diaorang nih..-

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...