THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Thursday, September 9, 2010

Silat atau Ronggeng

Ha ha ha tajuk kelakar..

Kalau banyak kerja, bahasa yang selalu digunakan ialah 'Bersilat'
tapi aunty nak guna Beronggeng...

Orang melaka kalau dalam keadaan happy2 sure nak menari ronggeng..
Nak berdongdang sayang
Aunty gembira nak sediakan sajian utk Hari Raya Besok..
Menu utk jamuan besok...

Rendang Ayam
Rendang Hati dan Limpa
Daging Sambal
Kuah Kacang
Timun dan Bawang
Lodeh
Nasi Impit
Lemang 3 batang (beli jer)

Ini lah menu bertahun2 sejak berkahwin dgn uncle
Itu lah sajian yang uncle nak di atas meja dipagi raya

Bawang dah di kupas
Lada dah di gunting
Bahan rendang belum lagi dihiris..masih dalam tangguk
Daging dan Ayam tergolek dalam singki

Aunty pulak bermood nak menulis dan blog hopping

Pukul brapa daging dan ayam nak naik atas api?
Budget siap masak sebelum berbuka nanti...

Tak per jangan panic tak yah bersilat
Relax jer.. buat pelan2 sambil beronggeng..
Nanti siap lah tuuuu....

Selamat Memasak ibu2 semua..


10 comments:

  1. Salam Pn..

    kakcik pun masih rileks.. petang nanti atau malam karang baru nak beronggeng kat dapur... :)

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya aunty.
    maaf zahir & batin

    mmm...
    sedap2 menu tuu...

    ReplyDelete
  3. sedapnye menu yg aunty nk masak ape utk raya.

    Selamat Hari Raya aunty :)

    ReplyDelete
  4. Aunty
    sya sedang membayangkan aunty beronggeng sambil memegang senduk
    heheheheh....

    seronoknya kalau sya berjiran
    harus ketuk pintu hulur pinggan kosong ;p

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum auntie.

    sedihnya nak tinggalkan ramadhan tahun ni. sob.

    ok, buka cerita gembira pula.
    if auntie berronggeng kat sana, saya berzapin kat sini.
    selamat hari raya auntie. maaf zahir dan batin salam peluk cium dari sy. *wink.

    ReplyDelete
  6. wah,, auntie.. sakan memasak..
    xpe.. setahun sekali je nak masak camni.. :)

    apepon, selamat hari raya..
    maaf zahir batin..

    ReplyDelete
  7. Selamat Hari Raya auntie. Meriahnya menu raya auntie.

    ReplyDelete
  8. Salam aidil fitri kak...anie rasa lebih selesa panggil akak dengan panggilan akak...sebab rasanya akak masih muda nak panggil aunty...hehehe

    Orang melaka memang suka beronggeng... kalau ada kerja kawin...ada majlis mesti meriah bila beronggeng...heheh

    ReplyDelete
  9. salam aidilfitri aunty ... singgah lah ke blog saya bagi duit rayer kerr ... erk .. tunggu nih ... huhuhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...