THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Tuesday, September 14, 2010

Celoteh Yang Tertangguh

Salam semua readers aunty,
Moga semua enjoy Hari Raya
di mana jua..

Raya pertama tak pergi kemana2
rumah di kunjungi sahabat handai
Masakkan aunty 'kelisin' habis kesemua nya
Selepas makan yg penghabisan anak branak
Pukul 1:30 pagi aunty basuh segala periok2

Masakkan hari raya pertama
Daging Sambal 3 kilo
Rendang Hati dan Limpa 1 kilo
Kuah Kacang 1/2 kilo
Lodeh periok yg bersaiz (1 kaki x 1 kaki)
Rendang Ayam, aunty tak masak sebab dah kepenatan
Nasi Impit 3 peket

Sambil basuh periok tuh
Noy bertanya aunty
besok nak makan aper?

Aunty kata.... kan kita nak balik Melaka
Jadi tak payah lah masak aper2
Kenapa tanya macam tuh?

Jawab Noy..
Sorry mama..Noy, Peeja dan P G tak dapat balik kampung

Aunty : Kenapa pulak macam tuh??

Noy : Kawan2 Noy, yang cina2 semua nak datang besok
Kawan2 Peeja dan P G juga besok

Aunty : Kenapa tak datang hari nih..kan senang!

Noy : Dia orang semua nya fly mama, Noy jer yang dpt cuti

Aunty : Lahhhhh...padan lah kau tanya aper nak makan besok?
Kalau macam tuh kena masak lagi lah nih..

Noy : A'ah, dia orang semua nak makan rendang mama
Dia orang kata sedap sangat rendang mama,
masa dia orang makan last year.
Mama masak hidangan yg sama jer lah!
Cuma tambah chicken rendang, sebab cina tak makan daging

Aunty : Ahh! pandai lah kau bodek mama sebab mama
kena masak lagi kan..
Mama tak kuasa nak siang2 bahan lagi, kau orang siapkan
bahan2 mama tumis jer..paham!..mama dah penat
mama bukan nya sihat!

Anak dara dua orang tuh lah yg siapkan bahan2
masakkan yg sama macam menu hari pertama

Mentara dia orang siapkan bahan2,
Aunty blog hopping..ada juga bloggers
yg buat entry pada hari raya pertama tuh.

Hidangan hari raya kedua
Daging Sambal 2 kilo
Rendang Hati dan Limpa
(ada balance raya pertama)
Kuah Kacang 1/2 kilo
Lodeh periok yg sama
rendang ayam 1 ekor
Nasi impit 1 peket

Mentara dia orang siapkan bahan2,
Aunty blog hopping..ada juga blogger yang
buat entry pada hari raya pertama tuh.

Dia orang siap siang2 bahan dah pukul 3:30 pagi
Muka dua2 dah kerut2, mengantuk agak nya..
Mintak diri nak tidur

Aunty kedapur utk masak kul 4 pagi sensorang
berhenti tutup api untuk solat subuh
dah tuh sambung balik masak
Uncle teman tapi kat ruang tamu
dengan tennis US Open 2010 tournament

Aunty tak kejutkan anak dara dua orang tuh
sebab kedua2nya datang 'bulan' bercuti

Rasa nak pengsan aunty
siap masak kul 8:30 pagi.

Aunty kata kat uncle...

Bagi Nani tido jap..
Mentara tuh, you masukkan lah beg2
dan baju2 dalam kereta
kul 10 nanti kejut lah,
macam yg kita plan time nak bergerak ker Melaka
Nani dah penat sangat dah tergigil2 nih!
Rasa badan tak sedap jer!

Tapi bila aunty terjaga dari tidur, tengok jam
dah pukul 11++ pagi..

Badan dah demam..
Uncle kata aunty mengerang2 masa tido..
Dia tak sampai hati nak gerak aunty
Emm...dah berjangkit demam dari Peeja

Uncle kata tunda jer balik ker Melaka
Tak nak aunty penat dan tak selesa
dalam perjalanan nanti

So the whole day of second raya was in bed

Siapa yang datang pun aunty tak tahu..
Kawan2 mereka lah kesemua nya..
Yang tahu, makanan habis juga..

Hari raya ketiga
aunty masih demam tapi perut lapar
Masak nasi, bukak sardin, buat sambal
pecah telur 3 biji buat telur dadar
Ada acar limau, hiris bawang, hiris cili padi
Tu lah yg dimakan utk hari ketiga

Tak da visitors, sebab semua tahu aunty
balik ker Melaka sampai hari Selasa..
So tidur saja pada hari tuh..

Semalam pulak, bila adik aunty tahu
yang aunty tak jadi balik ke Melaka dia
datang dengan anak2 nya..

Yang paling terharu anak nya yang sulung
bagi aunty duit raya..tahun sudah pun dia bagi
Ya lah, agaknya sebab aunty dah pencen

Dah tuh bekas staff aunty pun bagi duit raya..

Syukur Alhamdulillah..Rezeki

Bila lah nak balik ker Melaka??, baju2 dan beg
masih dalam kereta lagi..he he he

Aunty belum dapat berjalan kemana2 lagi
Rasa nya besok nak berjalan ke Taman Melawati
rumah sepupu uncle, kalau sihat lah

Noy pulak demam hari nih..
Peeja batuk2..

Boleh lak tahun ni tak ambil gambar lansung
sebab rasa kehilangan anak sulung yg beraya
rumah isteri nya di Melaka
tapi ini bukan kali pertama dia
tak beraya dengan aunty
dulu2 dia pernah belayar masa raya
Sedih sangat..

Coloteh aunty terpaksa di hentikan sebab
badan masih tak kuat...
Dan tuh final tennis tournament dah start
Nadal vs Djokovic

Aunty suka Nadal menang he he he

7 comments:

  1. Salam Pn...

    kakcik juga tak jadi beraya ke Melaka dan NS. Raya kedua, sibongsu demam. Raya ketiga pun dia masih demam w/pun dah kurang, ayahnya kata jalan sesak sebab orang dah mula keluar/masuk KL. sudahnya tak ke mana2. Cuma raya pertama sahaja balik ke Tk Intan. Mungkin hujung minggu ni baru nak beraya semula.... :(

    ReplyDelete
  2. Slm,

    Nak rasa rendang ayam/daging leh. Berkilo2 masak tu. Mesti sodappp...

    ReplyDelete
  3. Kak nani siannya. Badan mesti penat sangatkan Ajarlah Noy dengan peeja masak rendang. Senanglah akak nanti...moga cepat sembuh ya kak

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum auntie,

    apa khabar?
    moga auntie cepat sembuh ye.
    if sy ada di area sana, boleh juga la singgah beraya menziarah auntie.
    insya Allah, one day one time kita jumpa ye.

    ReplyDelete
  5. salam kak nani...
    selamat beristirehat...
    nanti dah sihat kita beraya sama-sama pula....

    ReplyDelete
  6. Wsalam Kak Cik, Tulah nasib baik HRaya sebulan, sempat lah kita beraya lagi di kg. Hari ni, suami saya pulak demam, emm...tunggu minggu depan baru nak beraya kot..he he he

    mamawana : WSalam. Alah, rendang aunty biasa2 jer, memang selalu masak minimum 3 kilo itu pun raya pertama dah habis.

    NB : Anak dara akak belum terbuka hati nak belajar buat rendang, entah bila lah dia orang nak belajar tuh, kita dah tak da nanti baru terkebil2.

    cik syahira : WSalam. InshaAllah. one fine day kita bertemu...Sword Wedding aunty nak attend...he he he

    Rahmah : WSalam. InshaAllah kita bertemu dan beraya.

    ReplyDelete
  7. ya ampun..masing2 penat sangt kot auntie sampai demam2,.penat makan2.. ;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...