yang bukan aunty order tapi dibawa oleh kawan2
yang datang beraya
Amboi! rezeki tahun nih amat mewah
Rasa nya tak termakan aunty..
Jeruk Buah Pala
Assam Boi dua jenis
Halwa Kiwi dah aunty gunting2
Halwa Betik
Rupa2 nya Halwa dan jeruk2 pulak yang kawan2 aunty makan
sambil bersembang2..
Bekas biskut raya aunty yg air tight (kedap udara)
pesen dah berzaman..orang dah tak pakai kot
he he he
tak air tight, biskut asyik lemau (masuk angin)
Biskut raya yang aunty order, sepatutnya di bawa balik ker
Melaka pun masih dalam kabinet.
Noy juga order, masih belum termakan lagi
Emm...kita merancang, Allah menentukan
Di sebabkan demam melanda, tak berjalan kemana2
biskut2 sepatutnya dibawa sebagai buah tangan
masih tersimpan rapi
aunty tak sampai nak ambil gambar
Tak per, rayakan sebulan, InshaAllah minggu
hadapan aunty balik kampung..aunty dpt distributekan
Jemputan Rumah Terbuka juga boleh diberi
pada tuan rumah sebagai buah tangan.
Memang aunty practice tiap2 tahun memberi
buah tangan bila berkunjung ke rumah sedara dan
kawan2 jadi tak hairanlah bila mereka juga bawa
buah tangan bila datang ke rumah aunty..

Salam Pn Nani...
ReplyDeletebolehlah kakcik datang tumpang makan biskut2 tu... :)
SALAM AUNTY,
ReplyDeleteHOI, BANYAKNYA KUIH-MUIH. BERBULAN2 NAK HABISKAN ! BUAT OPEN HOUSE JE AUNTY. TAPI MASALAHNYA, BILA OPEN HOUSE, TETAMU TAK MAKAN SANGAT BISKUT2 NI. MEREKA MINAT BENDA2 YG LAIN (SEPERTI LEMANG, KETUPAT DAN MACAM2 MEE).
Oh,halwa kiwi!Sedappppp!
ReplyDeleteHalwa Strawberry pun best jugak tau..But my fave is always peach tu..I thought jeruk kurang masam!Don't know to halwa rupanya!Heeeeeeeee~~
Selamat hari raya auntie!
assalamualaikum auntie,
ReplyDeletetangan yang memberi, lebih baik dari yang menerima.
pelajaran pertama yang saya dapat pagi ni.
insya Allah, akan saya amalkan sampai bila-bila.
moga murah rezki auntie sekeluarga.
amin.
Selamat Hari Raya Auntie
ReplyDeleteSemoga Auntie sihat dan kuat :)
hihi... teringin betul la kat tart nenas Auntie tu. Meleleh ayaq liur....hihi. Saya nak beli tart tu boleh? :)... tak pun kat maner Auntie order tart tu yer?
sedapnya kuih tart nenas tu auntie... meh la jual kat saya huhu..
ReplyDeletewow sedapnyeeee..
ReplyDeletenak praktis jugalah mcm unty.bagi buah tangan..
sedap nampak halwa halwa tu.Tentu laku masa hari raya .
ReplyDeleteJadi selain ketupat,biskut,asam asam ni pun boleh jadi hidangan.
Kak cik : Wsalam. Sudi ker dtg umah saya?
ReplyDeleteluahfikiran : Tak per nanti aunty bagi2 kan kat org yg dtang di rumah atau aunty menziarah nanti
Shada : Oh yea ker Halwa Strawberry pun ada..nakkkkk...
cik syahira : Wsalam. Eloklah kalau mahu cedok pengajaran/contoh yg baik.
Anon : Aunty belum mahu berniaga lagi tart nenas tuh..tgk2lah tahun depan.
Cik puan kasih : he he he tart tuh memang sedap, sekali mkn mahu lagi.
Sophie : Tulah yg bagus kalau dpt praktikkan memberi buah tangan especially rumah sedara2 yg tua.
mokjadeandell : Memang halwa2 tuh yg dimakan, biskut2 dimana2 rumah pun ada
banyaknya auntie..alhamdulillah, rezki kann.. ;)
ReplyDelete