Followers

Friday, August 20, 2010

Zikir Itu Solat. Solat Yang Daim (sentiasa)


Petikkan email yg aunty nak share bersama
utk amalan di bulan ramadhan yg mulia ini..
hingga ke akhir hayat..

Sementara ada denyutan jantung
dan ada nafas yang turun dan naik...


Belum sampaikah lagi masanya orang beriman
kusyuk kalbu mereka mengingati ALLAH?
seperti orang sebelum mereka yang telah keras hatinya,
mereka itu lah orang fasiq" (al-hadid:16)
teguran kepada orang yang berzikir..
tetapi tidak kusyuk.. zikir itu solat. solat yang daim (sentiasa)..
bezanya tiada kauli dan feeli tapi ada rukun kalbinya.
Ditutup mata jasad, dibuka mata hati melihat kalimah di kalbi
(mencari kalimah Allah).

Ditutup telinga jasad, dibuka telinga hati
mendengar sebutan Allah..Allah..
ditutup mulut jasad, (tongkat lidah kelangit macam bayi)
dibuka mulut hati menyebut ALLAH..ALLAH..

Inilah perbuatan yang paling mulia...
malaikat dilangit melihat cahaya orang yang buat zikir ini
(Ikut amal rasullullah*)

"Sesungguhnya solat itu mencegah dari kemungkaran,
dan MENGINGATI ALLAH
(ZIKRULLAH DI HATI) itu lebih besar fadhilatnya.
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan..
(jangan risau amal dihati..Allah tau) angkabut : 45

Zikrullah yang kusyuk membawa kepada
solat yang kusyuk.(hati yg bersih)..
bukan solat baru nak cari kusyuk..

Jadi fikirlah sendiri..nak menghiburkan nafsu kotor dalam diri,
atau nak menghiburkan nafsu mutmainnah (bersih suci) dengan zikrullah..
dimuliakan Allah, dimuliakan malaikat..
kerana sudah terpancar cahaya kalimah
tersebut nampak sampai kelangit.

Inilah orang yang terlepas soalan mungkar nangkir didalam kubur..
kerana apa?
kerana malaikat nak tanya pun malu
sebab hatinya dah bercahaya dengan kalimah Allah..
dari jauh dah nampak kalimah..
cahaya kalimahnya dah cukup memberi jawapannya...
dan kalimah itu tanda ini orang yang dimuliakan Allah..

cari kalimah dalam diri tu...

* Amalan rasullullah yang bermula di gua hiraq sampai ke hari ini
dan selamanya tidak putus zikir tersebut tanda kemuliaan Allah.

Ahli syurga semua nya kalbi bercahaya kalimah Allah..
Zikrullah itu amalan yang paling panjang.. (tak terhenti)

Solat itu didunia sahaja, puasa pun didunia sahaja..
Nafas terhenti lah segala ibadah
tetapi hati yg berzikrullah didalam kubur pun berzikir,
dipadang masyar pun berzikir,
didalam syurga lagi lah berzikir

~hati yg tidak lalai~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...