THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Friday, August 13, 2010

Ramadhan Kedua

Salam Sejahtera..

Hari ini hari ketiga kita berpuasa,
Alhamdulillah...
Badan masih rasa ringan dan sihat
Perut masih tak berlagu keroncong lagi
Tekak sedikit kering..
he he he

Semalam aunty masuk ke dapur awal
Aunty menyediakan masakkan..

Assam Pedas ikan duri
Ikan duri goreng
Tahu goreng
Sambal goreng (cili merah dan cili padi)
Sayur kacang panjang

Nasi putih

Selepas menunaikan solat Asar,
aunty ajak uncle pergi pasar malam
Taman Melawati. Dah bertahun2 lama nya
aunty berbelanja di situ, dari tahun 80'an lagi
Bukan apa, bagi aunty tak ada tempat lain yg
ikan2 nya se segar dari tempat tuh.
Kata budak tu ikan2 dia datang dari Kuala Selangor

Pasar tani Tmn Setiawangsa, Pasar Keramat,
JJ, Carefour...emm....merata aunty pergi
Tmn Melawati punya lah yg aunty paling gemar.
Entahlah..memang aunty cerewet sikit pasal ikan..

Dah melalut pasal ikan basah lah pulak..
Okay lah..

Beli Vaday, Masalodeh dan putu mayam
Sayur mayur sikit dan terus balik.

Jalan raya penuh sesak, cuaca pula hujan renyai2
tapi manusia yg berpuasa penuh membanjiri..
di kawasan pasar juadah yg aunty lalu

Sampai di rumah, Khairul dah balik dari pejabat.
Bagus betul boss department dia, (perempuan)
bersedekah tiap2 hari sampai lah penghujung nanti
1 lauk dan 1 pemanis untuk 30 org.
Kata Khairul dia tempah org masakkan
pukul 4 petang, org tuh hantar di pejabat nya
semalam, dpt sambal tumis sotong kering dan pengat pisang,

Minumam semalam masih lagi
Air sirap bandung cincau dan selasih..
Green Tea

Simple jer hidangan aunty..

Tahun ni, dah berazam tak mahu penuh meja
saperti tahun2 sebelum nih..

Tapi kalau balik anak2 perempuan tuh
(peeja dan noy)
mesti rosak azam aunty..
Dua2 tuh kaki membeli lauk pauk..


7 comments:

  1. pernah baca en3 peeja meja penuh dengan lauk dan kue

    ReplyDelete
  2. salam kak nani..
    wah... hari2 menu berbuka kak nani memang mengancam...
    banyak idea nak masak untuk berbuka...

    ReplyDelete
  3. Hi aunty how are u...just want to wish u selamat berpuasa and get well soon.take care;)

    ReplyDelete
  4. saya penah minum green tea..pastu campo daun pudina sikit. sedap gak aunty. cer try...

    ReplyDelete
  5. kak nani, aduh sedap sungguh ikan duri masak asamkan, kalau dah orang melaka. Saya suka kalau ada telurnya sekali, kalau balik melaka, pasti mak dgn kakak masakkan utk saya lauk tu. Saya masak sendiri entah macam mana tak sedap..ha ha

    ReplyDelete
  6. sayang2ibu : Aunty tak mau snap pic lah..terkecur2 tgk makanan, tapi tgklah rasa mcm tak menarik pulak n3 tanpa pic kann...

    Rahmah : Menu biasa2 je, ikut apa yg ada dlm peti sejuk

    Va Va Voom : TQVM

    Tij : Oh yea ker, nanti aunty cuba

    NB : Dulu2 kak nani pun masak Assam Pedas tak sedap macam mak masak, bila aunty perhatikan mak masak, baru tau rahsia kesedapan nya...
    he he he

    ReplyDelete
  7. aunty,nak tanya...peja & noy tk duduk ngan aunty ker?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...