Followers

Sunday, August 8, 2010

Project Dusun

Aunty tak ada dusun, tapi setiap kali musim buah tempatan,
Aunty selalu membeli buah2 di pasar malam atau singgah
di mana2 untuk menjamu tekak yang sememang nya suka buah2an.

Tapi sejak Khairul anak aunty yg sulung berkahwin, aunty selalu
dapat menikmati buah2 tempatan. Keluarga isteri dia ada dusun
di Masjid Tanah, Melaka.

Dua Minggu sudah ada cempedak dan rambutan.
Cempedak nya amat terbaik, isi tebal dan buah nya
besar2. Bila di kupas dapat lah lebih kurang 50 ulas.
Cadang nak goreng, di sebabkan buah nya manis dan
tebal, aunty tak jadi lah goreng, makan gitu saja.
Sorry lah, aunty terlupa nak ambil gambar.

Minggu nih..rambutan sampai 3 ikat.
Anak2 aunty dan uncle memang jenis...
entah pemalas... buah2an kalau tak di kupas
kadang2 sampai kering atau busuk..



Nih, lepas selepas solat Isha tadi aunty pun kupas lah 2 ikat rambutan tu.
Emm..dah tu masukkan dalam peti sejuk..
Seikat lagi letak atas meja..


Emm...aunty tengok, kejap2 ada jer anak2 aunty buka peti sejuk..
makan buah moktan yang dah berkupas tu..he he he
Pipi masing2 kembong kiri, kembong kanan, sebab moktan dalam mulut..

Hairan, macam mana boleh jadi pemalas nak kupas buah..
Nampak nya..besok aunty kena kupas lagi moktan seikat tu..

Aunty rasa, nak start project dusun lah..kat tanah Alai, Melaka
Kalau aunty tak sempat makan pun, at least anak dan cucu2 nanti
ada lah jugak kebun/dusun buah..

Emm.. nak tanam buah2 an yg bermusim, Rambutan, Cempedak,
Duku, Mata Kucing dan Manggis.
Yang tak bermusim pula..Jambu batu, Betik, Pisang, durian belanda
dan buah nona.
Hati aunty teringin nak tanam pokok petai dan pokok gajus..he he he
Mungkin kalau nak start project tu..lepas raya ni..
InshaAllah..


12 comments:

  1. selamat berbudi pada tanah ... ;p

    ReplyDelete
  2. i've suddenly miss my mama la aunty...T_T

    Your children r so lucky to have u around....siap tolong kopek moktan lagi hehe....gud luck for the project ya aunty...

    ReplyDelete
  3. berbudi pada tanah, hasilnya sangat berbaloi.. :-)

    ReplyDelete
  4. salam kak nani...
    buah moktan... mmg org melaka panggil cenggitu....
    selamat memulakan projek dusun... (bila dah berbuah nanti bolehlah saya tumpang lalu.... kebetulan kalau nak ke pernu kena lalu Alai dulu.....

    ReplyDelete
  5. kat rumah pun sama, sekali mak tak kupas selagi tu la tak habis2 buah atas meja. Bila dah kupas, licin terus.

    ReplyDelete
  6. Salam Auntie,

    Wahh! Bestnya, di kupaskan..
    Senang .. mai hantaq sebesen.. hehehehe ;P

    Best tu Auntie.. berbudi pada tanah. Kalaulah Dayah ada sekeping tanah pun jadilah.. mcm2 dalam kepala nak buat.. ngeeee...

    Take care Auntie..

    ReplyDelete
  7. Kak Nani, saya silent reader je...tp slalu gak visit blog kak nani ni...first time nak comment, anak2 saya pun klu rambutan tu mmg nak tunggu kupas, baru nak mkn, klu tak, mmg kering camtu lah rambutan tu.. Sy suka baca blog kak nani pasal ada citer lama2. saya org Kluang tp masa kak nani kat kluang back in 1980s tu, saya dlm darjah 6 or 5. I pray taht you will always be blessed with good health, so that you can continue blogging :)

    ReplyDelete
  8. Sayang2ibu : Tu lah, kalau lah aunty start dari muda berbudi, dah lama dah dpt rasa buah2 tuh..

    ReplyDelete
  9. syntheare : Emm..aunty memang sayang kat anak2..tak sihat pun nak jugak berkhidmat utk anak2..
    Project Dusun inshaAllah..lepas raya..
    aunty berkebun.

    ReplyDelete
  10. Intan : InshaAllah

    Rahmah : He he he..apa salah nya..silakan lah, nanti akak bagi tahu tempat nya.

    ReplyDelete
  11. an15 : Yea ker, sama mcm rumah aunty ker, tak kupas tak mkn..he he he

    Dayah : Ha nak sebesen buah moktan, boleh2 tapi tunggu dusun aunty berbuah he he he
    Oh! Dayah pun suka nak ada sekeping tanah..emm..simpan duit..belilah dan berdusun juga.

    Nor : Glad to know yr r my reader..TQVM'
    U r from Kluang? Emm..tempat nostalgia aunty muda2..
    Yea ker, tak kupas tak makan? Rasa dah ramai budak2 pemalas lipas nih kan..manja sngat2.

    ReplyDelete
  12. Salam kenal auntie....lately ni, selalu terpanggil rasanya utk membaca blog auntie...seronok dengar cite org lama2...since majoriti di sini ramai yg muda2, i feel that there is a different in ur blog content...bahan cerita sgt seronok dibaca & berinformative...thanks again for sharing. bab buah rambutan tu...saya salah sorang yg mmg perangai mcm tu. emak saya pun mcm auntie jugak..akan kupas & letak kat dlm fridge. salam ramadhan 2 u & family.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...