THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Thursday, July 15, 2010

Episod 69 - Aneh2 berlaku

Imbasan episod 68

Rumah peruntukkan utk diduduki oleh kami
anak beranak di PD, akan di perbaiki dan siap dalam masa seminggu.
Repair dan maintainance lain2, akan di buat secara
berperingkat2 nanti.

Berkemas dan berpacking lah aunty di S'ban.
Sedih gak meninggalkan rumah yg amat selesa tu dan Lake Garden
yg memberikan ketenangan dan lansung tiada
apa2 masaalah dan gangguan.
Bertambah sedih lagi bila mengenangkan, Mak Cik2 dan Pak Cik2
pasar S'ban yg dah jadi kawan bila membeli barang2 basah
di pasar dengan harga yg amat berpatutan..
Jiran dan sepupu juga akan aunty tinggalkan....
Anyway, life has to go on..
Berkawan baru ada lah part and parcel in our life....
so kawan dan jiran baru lah nampak nya di Port Dickson nanti.

Bila tiba hari utk berpindah, Uncle dpt truck 3 ton utk barang2
di bawa dari S'ban ke P Dickson.
Anak2 tak ikut, kesemuanya balik KL dulu, sementara aunty
berkemas rumah di S'ban dan PD.

Emm..sesampai jer di rumah tuh.. anggota2 tentera yg terlibat
utk menolong angkut barang2 dari truck ke dlm rumah hanya menunggu
arahan seterusnya.

Bila semua nya dah beres...mereka di sediakan makanan
nasi bungkus, minuman ringan dan rokok.
Emm..aunty ada dua orang anggota yg stay back
untuk menolong aunty unpacked barang2.

Alhamdulillah, mereka jadi 'Batman' uncle.
Private Suhaimi, uncle bawa dari S'ban ikut kami transfer
dan Private Mat dari Mess PD, dua2 masih bujang.
Suhaimi berbadan besar dan
Mat berbadan kecil, di gelar Mat Kancil.
Memang kekal panggilan tu di antara anggota tentera
tempat mereka berkerja.

Oh! Yea, sebelum kami sampai ke rumah tuh, kata Batman uncle
rumah dah di basuh dan di cuci lantai keseluruhan nya.
Memang bersih dan dinding2 pun telah di cat.
Rumput2 kawasan keliling rumah juga telah bermesin.
Aunty amat gembira, dengan keadaan rumah tersebut.

Uncle dan aunty tak balik KL menjemput anak2 petang tuh,
Arwah Abah aunty kata biar dia datang dengan Arwah Mak
bawa cucu2 nya..mereka juga nak berjalan2 ke PD.

Jadi Aunty dan Uncle lah yg merasmikan tidur pada malam tuh.
Kami tidur amat lena, sebab terlalu penat, tak sedar lansung..tahu2
dah pagi.

Aunty pun tak berapa perasan hari keberapa Arwah Abah dan
Arwah Mak bawa anak2 aunty ke PD.

Sesampai jer Arwah Abah dan Arwah Mak dengan cucu2 nya..
Dia terus bertanya...

Rumah atas bukit..cantik dan nampak laut..
tapi tempat kurang bagus, sebab rumah kau mengadap
simpang tiga.
Dah tuh di belakang rumah, ada hutan simpan.

Arwah : Apa nama Jalan Bukit yg mengadap rumah kau ni??

Auntie : Bukit Haji...

Arwah : Kau tahu ker di kaki bukit tuh ada Kuil Hindu??

Auntie : Tahu...

Arwah : Emm...tak per lah..

Arwah Abah pilih bilik yang mengadap laut
kat dapur, bilik yg pernah aunty citer
bilik kosong yg penuh dengan contengan2 gambar pelik2 dan
banyak nombor2 di dinding.

Aunty : Kenapa Abah nak bilik nih? Bilik nih kecik sikit, dah
lah semua cucu2 nak tidur dengan Abah.

Arwah : Tak per, boleh nampak laut dan berangin sepoi2..

Aunty : Suka Abah lah..tapi kalau nak tidur bilik lain, Abah
masuk jer lah, nani dah siapkan.

Keesokkan hari nya, semasa sarapan pagi, Abah bercerita..

Arwah : Nani kau tidur selama nih, tak de apa2 gangguan ke?

Auntie : Gangguan apa Abah?

Arwah : Abah tak nak takutkan kau, tapi Abah dengar boot askar
berjalan keliling rumah nih..bila tengah malam..

Uncle : Ohh! tak de apa2 Abah, kem nih terlalu besar memang
ada anggota buat rounding malam2.
Abah jangan risau lah, itu perkara biasa jer..

Arwah : Tapi rasa pelik, bunyi tapak boot tuh berhenti kat
depan tingkap dan pintu..dah tuh senyap, tak dengar dia orang berjalan lagi..
Dia orang tidur depan pintu Abah ker?

Uncle : Tak per lah Abah, nanti saya bertanya nanti..

Uncle di tempat kerja baru dgn tugasan baru lupa nak
bertanya tentang kawalan guard yg buat rondaan di quarters.

Perkara tuh berlaku berkali2, malah aunty sendiri pun pernah dengar
Bunyi tapak boot berjalan.. bunyi tuh mengelilingi rumah aunty.

Arwah Abah dan Arwah Mak dah nak balik ke KL dengan
saorang cucu yg di bawa nya, anak adik aunty.

Aunty berpesan pada Abah dan Mak, datang lah lagi, sebab PD kan
tempat perkelahan bolehlah bawa anak2 buah lain juga
utk berpantai/picnic.

Pembantu rumah aunty terpaksa berhenti kerja sebab
dia mengadu sakit dada dan dia nak balik ke kampung duduk dgn
keluarga dia.

Jadi aunty tinggallah anak beranak sahaja di rumah tuh, Batman hanya
datang siang hari saja.

Kerja uncle kat tempat baru nih pulak selalu nya pulang
lewat malam, sebab banyak keramaian rasmi dan tak rasmi
di Mess tuh.
Rumah aunty memang terlalu dekat dengan Mess tuh,
lebih kurang 150 meter sahaja, kalau ada apa2
majlis, aunty boleh dengar lagu2 yang di mainkan.

Selalu nya, bila anak semua dah tidur, aunty akan layan
video yang uncle sewa dari pekan PD.
Suatu malam, ketika aunty sedang tengok TV sorang2, aunty dengar ada
bunyi orang naik basikal dan sandarkan basikal di dinding porch.
Bunyi basikal yg tali nya dah berkarat...berbunyi ....krek..krek...krek..
tapi kenapa parking di porch aunty?

Aunty memang tak berani nak buka tingkap atau pintu sebab rumah
tuh memang tak bergrill.
Aunty sangkakan Batman untie lah, kot2 uncle suruh jengok aunty malam
tuh..

Tunggu seketika..tapi tak de siapa pun yg memberi salam..
Jadi aunty pun bersuara memanggil nama Mat..

Aunty : Mat Kancil...kau ker tuh??

Senyap tak de jawapan..

Aunty : Mat jgn buat macam nih, cakap lah... kau ker tuh??

Senyap lagi..

Aunty dah meremang bulu tengkok..

Tiba2 jer tingkap aunty dan pintu depan bergegar2...

Aunty terus tinggal kan TV tak bertutup, lari masuk bilik anak2 dan
menguncikan diri..

Bau kemenyan semerbak...

Memang tak de siapa2, aunty tak boleh tidur..
tunggu uncle balik pd malam tuh...
Takut nya tak terkira...

Sehingga lah aunty terdengar kereta dan suara uncle
memanggil2 nama aunty..

Aunty terus buka pintu dan memeluk uncle sambil
menangis2 ketakutan..

Aunty menceritakan, apa yg berlaku tadi, tapi uncle
kata mesti budak2 askar yg ganggu..sebab di Kem PD
memang popular kes mengintai..

So..aunty pun percayalah apa yang di katakan olih uncle.

Gambar rumah ni, aunty ambil pada awal tahun 2008 masa
aunty berjalan2 di PD

Aunty segan nak singgah, sebab tak kenal nama pegawai
di papan tanda rumah tuh.

Tengok lah pokok2 hutan simpan kat belakang rumah..
memang gelap pada malam hari..walaupun ada
street lights.


Nih gambar pada tahun 1984, anak2 aunty bersama sepupu mereka.

Nih gambar bilik anak2 aunty, ada tiga katil..
Katil cat merah Khairul, (tepi tingkap) Cat Putih Peeja, (Tengah)
Cat Kuning P G, (Tepi dinding nak masuk ke bilik)
Katil merah dlm gambar nih, peeja yg tertidur, ni memang
kena buli olih abang2, masing2 tak nak tidur tepi tingkap.

Bilik nih juga ada cerita...
tapi next episod..InshaAllah


akan sambung...

23 comments:

  1. wahhh. aunty ni bikin saspen saja. hehehe

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum auntie.

    apa khabar?
    seram pula baca cerita auntie malam-malam ni. dah macam belog peej la. hu hu.

    cerita-cerita auntie baik untuk panduan sy. sedikit sebanyak beri pendedahan pada sy juga.

    tak ada pengalaman duduk kuarters. kalau lah baru-baru kahwin, boleh nangis ni kena tinggal sorang-sorang dalam rumah.

    >_<"

    ReplyDelete
  3. cepat sambung auntie..tak sabar ni...walhal penakut giler sebenarnya...

    ReplyDelete
  4. Opss..
    sedang syok baca bersambunglah pulak...... ;p

    ReplyDelete
  5. auntie,,best kan dok kem,,saye kem sungala dulu=)=)

    ReplyDelete
  6. salam pagi jumaat kak nani...
    saya pun puas berpindah randah sejak berkahwin... mmg kita berat nak meninggalkan kawan2 dan juga penjual2 di pasar yg dah mesra dgn kita... tapi alhamdulillah lah.. tiapkali berpindah.. dapat semula kawan2 baru yg sama baik dan rapat dgn kawan yg kita terpaksa tinggalkan dulu...

    ReplyDelete
  7. saya pun sempat merasa hidup berpindah randah ni sebab abah saya polis..... cantik rumah tu .... suka bacan citer aunty walaupun seram....

    ReplyDelete
  8. lilred.farahJuly 16, 2010

    eh. sarung belang2 tu kitorg pon ada. mmg oldies. simpan dr zaman dahulu. hahahha kelakar betol

    ReplyDelete
  9. AnonymousJuly 16, 2010

    Aunty - banyak kan baca ayat2 Al-Quran seperti Fatiha and Al-Kursi. InsyaAllah rumah kita dilindungi Allah dan syaitan2 atau jin2 akan lari dari rumah yang penghuninya selalu membaca ayat2 Al-Quran.

    Salam
    Rafiah (from Singapore)

    ReplyDelete
  10. salam.

    wah..kali ni jadik cite seram plak la..hehe..

    duk tunggu la lps ni...

    ReplyDelete
  11. bes bes ... nak tau lagiiii

    ReplyDelete
  12. mesti byk yg pelik2 kan aunty... seram la plak...

    ReplyDelete
  13. Anty
    Cam pernah nampak pulak rumah ni..
    Memang rumah camni seram kan?
    Rumah lama dulu dulu..

    ReplyDelete
  14. AnonymousJuly 17, 2010

    tepi tingkap PG la mama... sebab saya x penakot kot..yang lain semua penakut hantu..hehehehe..


    -PG-

    ReplyDelete
  15. kak Nani seronok juga baca kisah ni, mesti seriau masa tu ya.
    Tapi kem askar biasalah, macam2 yang kita dengar..takutkan..

    ReplyDelete
  16. alamak aunty..bikin suspens jek la...saya da berdebar2 nih.....erm...takutla bile baca kisah aunty nih.kalau kt kg masa kecik2 dulu,saya pun biasa gak dengar bunyik org kayuh beskal pastu mesti berenti kat depan pagar umah.tp ntah nape mase tu berani plak pi tinjau.mak saya selalu marah cakap...berani x bertempat..heheheh...yelah pelik kan,nape mesti berenti kat depan umah kita.pi la berenti kat umah jiran ke....

    hehhehe...sonok baca kisah aunty nih.semoga sentiasa sihat ye...:)

    ReplyDelete
  17. Tijah : Saspen...baru lah trill sikit he he he

    Cik Syahira : Sekarang dah banyak quaters baru. Emm..selalulah kena tinggal kalau kawin dgn pegawai askar, sebab mereka banyak hadir kursus.

    NenekPenne: Sabar baby..aunty akan sambung part serem2 dulu yek..

    ReplyDelete
  18. sayang2ibu : Kena lah bagi suspen sikit..kalau tak berjela2 pula citer aunty..he he he

    arina : memang best duduk kem, kemudahan semua ada, sekolah, hospital dan kedai serbaguna.

    T@sh : InshaAllah aunty sambung..

    ReplyDelete
  19. Rahmah: Betul lah tuh, setiap kali hberpindah kita akan bertemu kawan2 baru

    kumican : Terima Kasih sebab minat baca citer lama2 aunty..hehehe
    Memang polis dgn tentera paling lama duduk satu tempat 2 tahun, dah tuh berpindah lagi.

    ReplyDelete
  20. lilred : Memang sampai sekarang aunty ada lagi cadar tuh, masih elok lagi..cotton imported ada quality tahan lama.

    Rafiah : Memang betul..tapi'jin2' nih dah berkampung di tempat tuh bertahun2 bukan mudah utk diusir..

    Che Dah : Continuation pun masih lagi citer seram..

    ReplyDelete
  21. Intan ~ : Memang banyak benda2 pelik kat rumah tuh..nanti aunty citer InshaAllah..

    kakakdegil : Memang rumah lama2 seram, mungkin banyak benda berlaku yg kita tak tahu..

    PG : Memamg selepas apa yg barlaku pada Ayul, PG saja yg berani tido kat tingkap tuh..mama akan citer nanti..

    NB : Memamg seram duduk kat kem PD sebab, di PD ada lah tempat jepun berlabuh pada tahun 1943, jadi british dan jepun berperang kat situ, mayat berterabur dan bergelempangan..memang banyak..'unrest soul' merayap2 malam2

    ReplyDelete
  22. azma : Berani nya, nak investigate yg pelik2 tuh, aunty memang tak beranilah...takut nampak yg bukan2 buat kacau minda teringat2 nanti..eeee..

    Terima Kasih, Azma selalu doakan aunty sihat. Syukur.

    ReplyDelete
  23. Auntie, this is exactly how the house look like. With a sliding door kat belakang.. My unit ada bilik amah which was so scary, nak masuk pun takut. Rindu pulak zaman ni

    ReplyDelete

Pada yang terbuka hati utk tinggalkan komen disini..
Didahului dengan ucapan Ribuan Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...