THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Friday, July 9, 2010

Episod 68 - Cari Rumah

Imbasan episod 67

Uncle dapat arahan untuk berpindah dari Seremban
ke Port Dickson. Tugas yang tidak melibatkan masuk
operasi di hutan lagi.
Tugas baru ia itu Management and Ceremonial duties.

Ketika mendapat arahan tu, uncle pergi melaporkan
diri di PD tanpa aunty dan anak2. Uncle perlu pergi meninjau
mencari quarters utk kami untuk berpindah ke sana.

Malang nya tidak ada quarters kosong utk kami. Ada sebuah
rumah bangalo di Sungala Kem tapi amat jauh dari tempat
kerja uncle, jadi uncle turn down, tak jadi ambil quarters tuh.

Ada sabuah rumah bungalo kosong di kem tempat uncle kerja
tapi kata mereka rumah tuh keras..tak siapa berani duduk,
siapa saja yg duduk pasti kena kacau.
Konon nya ada saorang pegawai yg berani dan sanggup duduk,
sebab kedua2 suami isteri adalah pegawai Kor Agama..kira ustaz
dan ustazah lah.

Emm...tak lama mereka duduk 3 minggu dah pindah..
Apa tak nya...dengar cerita, malam2 lantai/tiles melantun2,
dah tuh terbakar2 berapi lantai tuh..di siram air pun tak padam2...
tapi bila siang hari tak de apa2 bekas terbakar pun
Perkara tuh berlaku tiap2 malam sampai mereka tak boleh tidur.

Uncle bertanya, betul ke memang tiada langsung quarters kosong,
mereka kata ada satu, memang betul2 bersebelahan dengan pejabat uncle
tapi rumah tuh di buat store simpan perabut2 kerajaan.
Tanpa ragu2 dan tengok, uncle terus bersetuju untuk ambil rumah tuh,
dan buat appointment utk keesokkan hari untuk aunty tinjau pula.

Jadi, aunty dan uncle pun pergi lah tengok rumah tuh keesokkan hari..
Anak2 aunty tak bawa bersama, leceh kan, banyak urusan nak di buat
jadi kalau tak silap aunty, Abah dan Mak datang jaga
mereka di rumah Seremban.

Urusan menengok rumah tuh, di temani oleh saorang pegawai dan 3 org
anggota tentera pangkat biasa.

Uncle dan aunty pun tour around the house..rumah yg sangat besar.
Rumah setingkat bangalo lama, mungkin masa yang sama ketika membina
Mess Pegawai pada tahun 1938.
Banyak tingkap2 dan sliding door kayu yang luas (8 daun)
di living hall, dining hall, bilik2 tidur, bilik2 air, dan terus ke dapur..

MashaAllah....keadaan rumah yg amat buruk, dinding kotor,
lantai terkopak2, sinki air bocor, bathtub yg dah retak, tingkap2 kaca
yang dah pecah2, itu pun aunty tak tahu..kalau2 bumbung tiris air
kalau hujan.
Ada 4 bilik, semua siap ada cabinet/wardrobe tapi cat yg dah tersiat2.
Kan rumah tuh di buat store, so banyak lah kerusi meja, almari dan lain2
barang yg di sumbat kat situ, tapi ada kemushkilan....
salah satu bilik di bahagian dapur, kosong tak ada lansung barang..
dinding penuh di conteng dengan nombor2, berbagai2 lukisan yg pelik2
bintang2 lah, binatang2 lah, dan entah apa2 lagi...

Emm...aunty pandang uncle, uncle pandang aunty...
Uncle terus tanya aunty..

Uncle : Macam mana? nak ke rumah nih?

Aunty : Nani suka rumah ni!, dapur mengadap laut..
very windy, ada pokok bunga yg besar di kiri kanan rumah nih
memang cantik, tapi....buruk sangat keadaan nya..

Uncle : Emm...tidak ada masaalah, I boleh arahkan mereka
perbaiki yg penting dulu, sementara nak masuk..
the basic requirement..

Aunty : The basic tuh apa pada you??

Uncle : You decide..I shall prepare the requirement with the officer
in charged.

Aunty : Ohhh!...first thing is...Paint the whole internal house with White Colour.
Secondly, replace all the floor tiles including the toilet. Thirdly...all the windows
glasses to be replaced and last please repair all the sinks...
The rest can be done later, such as the bathtub and other problems..
that might be encountered during our stay later on..

Uncle terus bercakap dengan pegawai berkenaan tentang apa yg aunty request.

Uncle : Emm...dapat catit apa yg isteri saya request tadi?

Pegawai : Dah..tuan, tapi kami memerlukan 3 minggu utk perbaiki dan siapkan,
apa yang puan minta.

Uncle : That is too long, I want you to complete
within 7 days. I give you one week only..use more manpower..
My family shall move in by then.

Uncle dan aunty kemudian nya pergi ke Mess Pegawai dan di jamu
makan tengahari di situ..
Ramai lah pegawai2 muda yg dpt di perkenalkan pada aunty ketika tuh.
Emm...handsome2 dan badan macho2 peeja..he he he

akan sambung...

13 comments:

  1. emm..
    aunty pn ada bakat jd pegawai tentera sbb arahan "loud n clear"..hehe

    camne kesihatan aunty skang? masih pening2 ke?

    ReplyDelete
  2. beraninya aunty, kalau sya terus rejek ...
    tak sanggup bermain bacak bacak ngan makhluk halus tu

    ReplyDelete
  3. lilred.farahJuly 09, 2010

    sempat lg abg mahcho peeja tu
    hahahhahha

    ReplyDelete
  4. peeja jugakkkk ;P

    sib bek leh request repair tu, repair ni..dah tu leh nk dapatkan cepat lak tu. senang sbb auncle berpangkat :)

    ReplyDelete
  5. salam kak nani...
    wow... dapur mengadap laut..
    Macam dalam cerita hollywood... bestnya... tapi banyaknya kerja nak kena buat sebelum boleh masuk... tapi berbaloi... dapur mengadap laut.... tak boleh nak imajin...

    ReplyDelete
  6. AnonymousJuly 09, 2010

    Mcm nampak auntie dgn uncle kat JJ tadi. Betul ke,

    ReplyDelete
  7. nyamm. mmg sedap. hahaha. tp mmg kawan2 pija yang tentera semua badan cantik. muka pecah. tp badan terbaik. aahhhhh. hahahaha. sempat ahhh. sepak plisss.

    ReplyDelete
  8. Aunty, since aunty mention pasal Mat teyrap (that's what my mom used to call them) yg macho-macho and handsome, that reminds me my zaman teen dulu. My dad is a retired komando and each year there'll be komando's reunion at Kem sungai Udang. Ade few times I followed them. Wawaweeewaaa... handsome and macho ok! Saye selalu berangan nak kawen dengan mat teyrap. And nak active in BAKAT etc. But then.. bile dah masuk university terlupe pulee pasal all this mat teyrap....eheh...

    Men in uniform will always have a special place in my heart. ngeeee... =)

    ReplyDelete
  9. Che Dah : Pening2 dah tak de, sebab badan dah mula serasi dengan ubat2 baru doktor prescribe..Alhamdulillah.
    Emm..tentang 'loud and clear' tuh, biasa lah..kita org perempuan lebih tahu ttg basic requirement rumah.

    sayang2ibu : Rumah tu jer yg ada yg di buat store pd masa tu.

    lilred : Abg2 macho peeja tuh, semua dah 50++ tahun sekarang..he he he sebab masu tuh peeja was a baby then.

    ReplyDelete
  10. Rahmah : Wsalam, kerja2 sebelum masuk rumah tak berat utk akak sebab semua nya di buat oleh anggota2, akak hanya unpack barang2 dapur dan kain baju jer. he he he Oh yea, memang cantik view dapur mengadap laut, tapi ada 2 bilik juga yg mengadap laut. Arwah Abah dan Arwah mak memang suka duduk bilik tuh..

    Ai : Memang cepat dia org repair rumah tuh, bukan kerana berpangkat memang tentera akan di beri keistimewaan bila dpt rumah.

    Anon : Betul lah..petang Jumaat tuh aunty gi JJ nak belikan Bisan buah tangan utk Khairul balik Melaka.
    Kenapa lah tak tegor aunty.

    ReplyDelete
  11. Peej : Muka pecah tuh macam maner erk?? Kau ni ada2 jer..Yg penting abg tentera memang terbaik..dari segi physical performance lah..he he he

    Daily Dose : Memang jodoh di tangan Allah, kita merancang tapi Allah menentukan, Mat teyrap?? thats cute terms for them, memamg dia org selalu kena menirap bila training menembak senapang..he he he..Good to know you too are frm Armed Forces Family. Aunty too love uniform men. ahaks..

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum auntie.

    hi auntie, apa khabar?
    ha ha. hari ni mood ceria lain macam.
    1st sbb spain menang.
    2nd baru jumpa sweetheart. *wink.
    maaf lama tak visit blog auntie.
    weekend sgt busy dengan kerja. hu hu.
    semalam baru balik dari pulada hantar sweetheart.
    phew.. luassssss sangat tempatnya. sedikit berbukit-bukit.
    jenuh juga tu nak lari keliling hari-hari. hu hu hu.

    ReplyDelete
  13. ibu saya pulak air-force dulu. selalu jgk pegi office die & selalu jugak jumpe abg2 askar ni. ramai jgk yg handsome! tp time tu kene sedar diri sbb budak sekolah lg. huhuh! ;p

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...