THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Thursday, July 8, 2010

Episod 67 - Hijrah ke Port Dickson

Imbasan episod 66

Aunty masih di Seremban, Abg2 dan Peeja membesar
di rumah tuh hingga lah pada pertengahan tahun 1984.

Kemudian nya, aunty berpindah pula ke Port Dickson,
Pusat Latihan Rekrut terletak di batu empat.
Di situ uncle telah di beri tugasan yg pertama dlm tentera
sebagai Mess Manager di Wisma Perwira RAMD
(Regiment Askar Melayu DiRaja).
Belum pernah tugas ni di lakukan oleh mana2 pegawai.

Sebelum aunty cerita pasal kerja uncle, jom aunty cerita tentang
bangunan yang perlu uncle uruskan.
Mess (bangunan) yg di bina pada tahun 1938 ia itu pada zaman British.
Peninggalan yg sangat Colonial, di atas bukit dengan pemandangan
laut membiru seluas mata memandang.
Di tepi bukit juga di bina 'summer hut' utk pegawai2 minum petang.
Ruang makan atau dining hall boleh memuatkan 80 orang pegawai
setiap hari.
Tetapi jika ada keramaian rasmi melibatkan lawatan Agong
atau Sultan, tempat ini boleh memuatkan 400 orang.

Yang sebenarnya, tugas uncle di situ amat lah berat, sebab..
keadaan bangunan yg amat lama dimana uncle di tugaskan utk
upgrade, bilik2 pegawai bujang ada 40 bilik.
Bilik persinggahan Agong atau Sultan juga perlu uncle
upgrade, perlu di lengkapi dengan peralatan2 keperluan
(pingan mangkok, perabut) dan perlu juga serba kuning.
Bilik air, lantai kayu, tangga kayu dan railing tangga yg semua nya
adalah kayu jati, juga perlu di berbaiki dengan varnish kena berkilat.
Mess perlu di perbaiki/upgrade tapi budget terlalu limited, so uncle
upgrade mess tuh berperingkat peringkat.

Sungguh mencabar tugas uncle ketika itu..
Uncle juga perlu menguruskan keramaian rasmi, lawatan2 Pegawai Tertinggi
Tentera, Agong dan Sultan yang melibatkan jemputan sehingga 400 ratus orang
Bayangkan kena urus, tempat tidur, makanan, hiburan dan protokol2.

Aunty sebenarnya, sebelum sakit..amat2 teringin berjalan tempat2
masa muda2..bayangkan pada awal tahun 2008, aunty merengek2
pada uncle untuk berjalan jalan..hingga aunty sanggup pergi ke
Taiping, nak tengok sangat sekolah aunty masa aunty
tingkatan 1 hingga 3, tidur semalam kat Seri Malaysia Hotel.
Dah tuh sempatlah pergi ke Stesen Keretapi, tempat Abah aunty kerja dulu2,
tapi sedih, keadaan amat buruk dan sungguh memalukan utk tourist2 kesana.
YB jom kita buat proposal betulkan semua stesen keretapi berperingkat2.
Dari Perlis hingga ke Johor..amacam..okay tak idea? he he he
Sambil menyanyi rentak lagu 'Saya anak Malaysia' tapi ubah lirik sikit
'Saya anak KTM'

Nih Gambar2 yg aunty pada tahun 2008 juga sebelum sakit
di ambil dari simpanan komputer aunty dulu, kemudian nanti..
InshaAllah aunty cari gambar2 dalam album pulak utk di Scan.



Pemandangan dari atas bukit





Dari belakang bangunan, nampak juga laut


Aunty bergambar dengan uncle depan Mess

Gambar Close up sikit

Daun2 berterabur, tak si sapu dan di jaga, kalau uncle,
habis clear semua daun2 tuh


Mesti uncle rasa terharu bila bergambar depan Mess Pengawai
yang pernah dia jaga dulu

Episod akan datang aunty akan sambung, InshaAllah....kisah rumah/quarters yg aunty duduk
yang penuh misteri dan gangguan2 makhluk2 halus..

akan sambung..


10 comments:

  1. salam aunty
    lama sya tak melawat blog ni, tak sempat urusan enariq yg bertuah tu di hospital

    tak nak komen en3 tp nak komen wajah wajah yg cantik dan ceria dlm blog ni,sangat suka
    ceriaaaa......

    ReplyDelete
  2. chantek nyer view dr atas bukit..sronok ek dpt dok situ...

    ReplyDelete
  3. Norul YusoffJuly 08, 2010

    Salam Aunty....
    Harap aunty sihat arini n esok n esok n esok esoknye jgk......

    sukakan nk p tgk tmpt jatuh lg dikenang ni kan aunty....sy pun sama.dulu masa ngan bf lama, siap tunjuk ni sekolah sy dulu, ni flet sy duduk dulu...bf skrg belum tunjuk lg, sbb rasa terkenang plak ngan bf dulu...

    apa2 pun aunty, harap aunty byk2 la update,suka bc entry2 aunty....

    xoxo
    Norul Yusoff

    ReplyDelete
  4. Anty
    Saya dulu tinggal di Garisson Camp, Port Dickson
    Ayah saya askar juga di Kem Si Rusa, Batu 4
    Saya sekolah pun kat sana...

    Anty tinggal mana?
    Ayah saya JLJ :D

    ReplyDelete
  5. salam anty...
    beso bley tahan gak mess tu ek...
    hohoho..tak sabo tunggu citer umah lak sb penuh ngan misteri2 tuu...!

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum auntie.

    apa khabar? harap dah kembali pulih.
    auntie good news. he he.
    esok bf sy dapat weekend. happy nya. dah hampir 4 bulan tak jumpa esok sebelum dia balik kl, dia singgah di home town sy dulu.
    alhamdulillah.. dapat jumpa sekejap pun tak apa la. lepas ni tak tau lagi bila boleh jumpa..

    ReplyDelete
  7. sayang2ibu : TQ

    zara : Memang cantik view dan memang seronok duduk kat PD

    Norul : Aisheh men, bf ramai ker? he he he aunty bergurau jer..memang betul tempat jatuh lagi di kenang, ini kan pula tempat bersuka.
    Terima Kasih ribu riban sebab doakan aunty sihat esok dan esok dan esok..

    ReplyDelete
  8. Salam auntie..

    harap auntie semakin sihat.

    ReplyDelete
  9. kakak degil : Aunty duduk kat Pusat Latihan Rekrut di PD. Tak silap tempat yg sama lah tuh.
    Anak aunty yg pertama sekolah tadika tak sempat sekolah kerajaan lagi.
    Quarters yg aunty duduk kat Bkt Haji.

    Che Sue : Aunty seram juga nak citer pasal rumah tuh..he he he

    Cik Syahira : Jaga diri bila dpt jumpa sweet heart tuh, kim salam aunty pada nya..ngee

    ReplyDelete
  10. Anty..
    Saya tau tu
    Saya tinggal di Port Dickson dari kecik sampai umur 12 thn :D
    Seronok betul tinggal dalam kem ni..
    Pergi sekolah naik trak

    Rumah saya yang terakhir di Jalan Raja Chulan (kalau tak salah)
    Dekat atas bukit dan bawah tu ada tadika askar
    Dekat juga dengan mess

    Bertentangan tu tanah perkuburan askar

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...