THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Tuesday, June 29, 2010

Ulangan Medical Check up


Pagi2 lagi aunty dan uncle bersiap utk
appointment medical check up aunty dengan doktor pakar.

Aunty masa berkerja dulu, Hospital Pakar Ampang Putri
tempat aunty berulang alik, pada setiap bulan sejak 10 tahun
yang lalu sebab kencing manis.

Bila dah berhenti kerja, kes aunty di referkan ke
Hospital Pakar Angkatan Tentera Tunku Mizan
di Wangsa Maju, hospital baru di buka pada awal tahun sudah.

Hospital yang amat cantik dan di lengkapi dengan peralatan
yang tercanggih. Kata Doktor Jonet, kawan Peeja.

Alhamdulillah...aunty tak perlu risau sebab aunty masih
di awasi olih doktor pakar.

Selalu nya kalau ada medical check up, aunty akan berpuasa
dari pukul 10 malam hingga lah selesai check up pada hari tu.

Emm...sesampai jer di Hospital, uncle menghulurkan card
appointment di counter utk mendapatkan no giliran.

Bila tiba giliran aunty, saorang medical assistant yg berpakaian
tentera akan mengambil darah, timbang berat badan dan
tekanan darah sebelum berjumpa dengan doktor pakar.

Sementara menunggu, giliran utk berjumpa doktor pula
aunty dan uncle di bawa ker bilik menunggu.

Walaupun uncle dah bersara, tapi mereka masih memberi
perhormatan pada uncle utk menunggu di bilik VIP

Uncle sempat pula dia bawa kamera..
Aunty sendiri tak pun teringat..

Ya Allah..
Terima Kasih lah sebab uncle suka aunty berblogging
Kata nya ada lah cerita utk hari ni..
Alhamdulillah..



Sempat uncle snap gambar pintu VIP he he he


Gambar aunty sedang rehat di bilik VIP tuh

Gambar dari dekat..tapi bergegar sikit.

Tak puas hati, nak juga dia bergambar dengan aunty..tapi tengok lah... gambar dekat sangat
gambar tuh, uncle snap sendiri, sebab tak ada sapa2 nak tolong ambil kan gambar kami

Di bilik tuh boleh nampak doktor sedang memeriksa pesakit yg lain..aunty punya
giliran selepas orang tuh..

Result pemeriksaan tadi...
Tekanan darah 140/68
Gula 4
Berat badan 70 kg

Bila dapat berdepan dengan doktor pakar tuh, dia menasihatkan aunty :

1) Jangan depress dan stress, mesti cukup tidur dan rehat
2) Banyakkan berjalan2 supaya saraf2 aktif
3) Rendam kan kaki dan tangan dengan air panas utk saraf juga

Aunty pula, menanyakan dua tiga perkara dengan doktor

1) Boleh doktor prescribe utk saya Vitamin utk saraf?
2) Boleh kah saya naik kapal terbang dengan masaalah telinga?
3) Boleh kah saya dapatkan pemeriksaan telinga utk alat
pendengaran sekali lagi, setelah setahun lebih, saya macam ni ?

Doktor Pakar tuh, menunjuk kan jari 'thumps up'
Sudah tentu boleh kata nya
Dia pun buatkan surat refer utk Pakar ENT
dan Physio Therapy.

Tentang penerbangan, kalau boleh aunty pergi Umrah dulu,
kalau okay baru lah mengerjakan Ibadah Haji.
Nasihat nya supaya aunty pergi Umrah trip pertama selepas
Ibadah Haji tahun ni, sebab tak ramai orang kata nya..
InshaAllah..
Tapi apa hal pun referlah dengan doktor pakar ENT nanti...
kata nyer..

Keluar dari bilik doktor, uncle pergi pula di Pharmacy uuntuk collect
ubat2 yang di prescribed..


Gambar aunty, sedang menunggu uncle ambil ubat..
Uncle sempat bergurau dengan aunty..

Uncle : Perut tuh..perut tuh..tarik nafas sikit..

Aunty : Hishhhh...sibuk jer..tangkap jer lah..sambil tahan nafas..tapi tgklah
buncit jugak.tapi..... baju tuh besar lah (alasan concrete) he he he..

Gambar ubat2tan aunty utk dua bulan.
Dalam gambar nih, aunty dah simpan insulin dalam peti ais.






21 comments:

  1. Assalamualaikum kak, ziarah akak malam nih, semuga sihat selalu...dan dapat pergu umrah, insyaAllah...

    ReplyDelete
  2. Suka tgk auntie n uncle.Very loving couple. hehe

    ReplyDelete
  3. Mejar : Salam Tuan, emm..saya dah went through yr blog, suka saya bertemu blog ex TUDM, emm..suami saya Tentera Darat. Wondeer.. Tuan kenal tak Arwah LT KOL (B) Abdul Rahman bin Hassan.(Ex Pilot Nuri) Isteri nya Juwita,(Sarawakian) kami berjiran.

    ReplyDelete
  4. hehe. comel je korang ni la. jalan sama2. mama nak pergi umrah lagi ke? dah berapa kali pergi. mama jalan2 dekat2 la. indon ke apa. if ok. nanti terus haji la.

    ReplyDelete
  5. salam kak nani..
    saya suka nak tengok sekitar hospital angkatan tentera ni, tp belum ada kesempatan... tunggu bila2 ada kawan(isteri tentera) masuk wad, boleh ziarah dan melawat... suami kak nani sporting sungguh, siap sediakan kamera biar kak nani ada bahan nak masukkan dlm blog..

    ReplyDelete
  6. salam aunty..

    husband aunty being supportive utk xtvt blogging aunty..

    another thing, support peej supaya aunty jgn travel jauh2 dulu..aunty pn still kena wat check up kn..

    pray aunty bleh cpt kerjakn haji dgn kesihatan yg baik. amin

    ReplyDelete
  7. Hi auntie, sronot blogging ni, macam suatu terapi untuk kita berkata2 dan berbicara :D

    salam sejahtera :)

    ReplyDelete
  8. salam aunty...
    smoga aunty diberikan kesihatan yg baik..nanti boleh la g jln²..
    sporting nyer uncle..siap bg support brblogging...

    ReplyDelete
  9. aunty
    banyaknya ubat
    ada sediakan jadual makan tak?
    takut tak teringgat..
    mak sya siap jadual dan tampal dipeti ais.. ;p

    ReplyDelete
  10. AnonymousJune 30, 2010

    asalamualaikum, auntie, pls sambung the story that from jumaat to jumaat.

    hope both u and uncle sihat sejahtera dan diberi kekuatan untuk terus sihat.

    tq.

    hp

    ReplyDelete
  11. salam aunty..moga sentiasa sihat dan dapat pi umrah then pi haji..moga allah swt permudahkan...

    ReplyDelete
  12. lipislady : Wsalam, Terima Kasih atas ziarah ke blog akak, InshaAllah, mengerjakan umrah jika di jemput olih Allah nanti.

    SiDai : Dah tua2 pun kenalah loving2 jugak..he he he

    ReplyDelete
  13. Rahmah : Aah, suami akak memang dari dulu2 di memang sporting dan selalu bagi sokongan ttg apa yg akak suka.

    Che Dah: InshaAllah,moga uncle terus sokong aunty utk berblog, dan ttg mengerjakan umrah jika di benarkan olih doktor lah..

    Mak su : Memang seronok berblog jika tiada yg memberi tekanan.

    Zara : TKasih atas doa kesihatan aunty, setakat ni, memang uncle bagi sokongan yg penuh

    sayang2ibu: memang ada buku nota kecil aunty sediakan utk pengambil ubat2.

    Anon : InshaAllah, citer2 yang aunty tulis berdasarkan ingatan aunty dan mood pd ari tu.

    ReplyDelete
  14. wah..uncle masih dapat penghormatan as pegawai bersara..syukur alhamdulillah. selain tu, lawak pulak aunty & uncle, sempat bergurau b4 bergambar,loving couple..hihi

    ReplyDelete
  15. byk ubat tu.... jgn lupa makan

    .
    .
    ;D

    ReplyDelete
  16. salam

    smg auntie selalu dlm lindunganNya.

    sy nak bgtau auntie,blog sy dh tkr url..blog lama akn dihapuskn ats sebab2 tertntu..

    sudi2 la jenguk blog sy ye..

    http://rimie4350.blogspot.com/

    tenkiu.

    ReplyDelete
  17. tadi dah komen, tapi lps tu dc pulak..
    Auntie dan Uncle sooo sweeeeett la...
    ishkkk jeles aiiii tauuuu

    apa pun moga Auntie sihat selalu, dan happy-happy...

    p/s hubby saya jgn harap dia nak amek-amek pic cenggitu... no la...

    ReplyDelete
  18. AnonymousJuly 03, 2010

    Aunty,

    aunty tak sihat ke aunty? Dah 3 hari jengah blog aunty tak ada update?

    Semoga aunty berada dalam condition terbaik buat masa ni ya.

    =)

    ReplyDelete
  19. AnonymousJuly 03, 2010

    Aunty,

    aunty tak sihat ke aunty? Dah 3 hari jengah blog aunty tak ada update?

    Semoga aunty berada dalam condition terbaik buat masa ni ya.

    =)

    ReplyDelete
  20. kerol : Memang selalu uncle bergurau kasar dgn aunty, tapi aunty take it as caring comments..he he he

    ku tak sempurna : Memang banyak ubat, emm..inshaAllah x pernah lupa tiap2 hari kena ambil kalau x sakit satu badan.

    rimielya : Dah tukar url?, okay nanti aunty jengok..

    Pnut : uncle memang suka bergambar dengan aunty, berlambak2 dlm album he he he buat kenangan

    Anon : Memang aunty kurang sihat..inshaAllah aunty akan sambung..

    ReplyDelete

Pada yang terbuka hati utk tinggalkan komen disini..
Didahului dengan ucapan Ribuan Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...