THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Friday, June 25, 2010

Perlancaran Album

Semalam anak aunty yang kedua Hasrul Hafizi ada lah salah satu
anggota Band Private Whizz. Mereka telah mengadakan Pelancaran
Album mereka - KEPONG GARDEN SETIAWANGSA CITY
di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur

Semua agensi media cetak dan electronic hadir untuk pelancaran
tersebut.

Tak tahu lah aunty bila, media cetak (surat khabar) dan media electronic
(TV) akan mengeluarkan articles mengenai pelancaran tersebut.

Anak auntie tuh ada lah pemain guitar utama dalam band tersebut.
Dia bermula minat memetik guitar sejak dia berumur 13 tahun lagi.
Dia meminta untuk dapat kan personal tuition guitar dari salah saorang
staff aunty yang berpengalaman bermain muzik.
Belajar dengan hanya menggunakan guitar kapuk.

Bila dah tamat tinggkatan lima, pertama kali nya dia meminta guitar karan.
Aunty membeli guitar karan berharga RM 700 sahaja
untuk dia meneruskan/menyambung belajar di
International College of Muzik dan kemudian di Akademi Seni Kebangsaan.
Guru guitar dia tak lain dan tak bukan adalah Sham Kamikaze.
Sekarang nih dia dah ada 3 biji guitar nya sendiri..
Kata nya kalau di jual guitar, dia dah boleh beli kereta sebiji.
Kereta apa tak tahu lah aunty..he he he

Dia ada mengajak aunty ke pelancaran tersebut tapi
apalah guna aunty kesitu, kan aunty tak dapat menghayati
muzik sejak dah hilang pendengaran
Jadi, uncle saja lah yang pergi menonton anak nya
Uncle juga convince mengajak aunty tapi aunty tak mahu,
takut merosakkan majlis...
sepatut nya gembira tapi menangis sedih..
Ah! tak payah lah..cukup untuk mendoakan dari rumah saja

Berbalik pada launching semalam, aunty paparkan gambar2 utk kenang2an



Hasrul Hafizi yang kanan - berambut panjang

Yang bertopi pulak

Sessi Soal Jawab (Q&A) dengan media

Suasana di Hard Rock dengan jamuan yg di sediakan

Kolaborasi bersama bintang R & B tempatan, Ruffedge

Penyanyi utama nya- Ahmad Hamidi


Uncle bersama kawan2 Hafizi

Cover Album

Album ni akan berada di pasaran pada 28 June 2010 dengan harga
menarik dan berpatutan RM 15.90 sahaja. Manakala Life Records menjadi
pengedar rasmi mereka.

Antara yang menarik dan keunikan album mereka, adalah kolaborasi bersama bintang R&B tempatan, Ruffedge, untuk lagu selitan. Lagu yang amat menarik dan juga memuatkan suara
latar kanak2 di bahagian korusnya.
Antara yg menarik lagi apabila karya P Ramlee & S Sudarmaji,
Lagu 'Manusia' telah di jadikan cover version oleh Private Whizz dengan versi yang lebih keras.

Aunty juga di fahamkan, walaupun karya mereka 100% bahasa ibunda, Private Whizz lebih di pengaruhi muzik rock dari luar negara, daripada Alice in Chains dan Soundgarden ke Led Zeppelin dan eleman dari The Beatles, berbanding dengan kumpulan tempatan ataupun dari Indonesia. Trio Australia, Silverchair, dan perintis alternatif tanahair, Butterfingers juga menjadi inspirasi mereka.

Lagu2 Album boleh juga di dapati sebagai caller ring tone saperti berikut :




Caller ring tone hanya RM 2 sebulan.

Aunty rasa amat bersyukur ke hadrat Illahi di atas kejayaan mereka kerana dpt
melancarkan album ini.
Aunty berdoa agar perjuangan mereka berjaya di persada seni.
Amin..

8 comments:

  1. InsyaAllah doa ibu tu makbul. Semoga mereka berjaya dan menjadi kumpulan terkenal tak lama lagi.

    ReplyDelete
  2. semoga anak aunty berjaya...
    dan menjadi kumpulan yg dikenali dan diminati.. ;p

    ReplyDelete
  3. oooo..ank aunty rupenye whizz ni..salu je nmpk die kt Ali Bistro Setiawangsa tu..xtau plak die ex-ASWARA(Akademi Seni Kbgsaan).huhu.kak peej ex Terendak same cam saye..yg ni ASK plak.hihi.best2..smoge berjaya!!!

    ReplyDelete
  4. tahniah PG..semoga sukses sokmo..

    ReplyDelete
  5. tahniah utk PG....
    saya kagum dgn aunty and uncle, parent yg sentiasa memberi sokongan utk anak dlm apa jua bidang yg mereka minati.....

    ReplyDelete
  6. congrats to PG and bandmates.setelah lama gak dalam industri akhirnya dapat buat album.auntie nani, nanti esok Galaksi akan keluarkan tentang Private Whizz tau..kol 9mlm kat TV9.hehe.PG ada bagi komen tu.hehe. :) promote kazen.

    ReplyDelete
  7. Congrats to PG & Private Whizz. Saya ada buat entry khas kat my FB's wall. Wah dalam GALAKSI mlm tu...PG dah pandai komen...OK now ni kenalah belajar menjawab soalan cepumas pulak kan? Sorang lagi artis dalam keluarga kita kan Kak Nani?

    All the best to PRIVATE WHIZZ!

    ReplyDelete

Pada yang terbuka hati utk tinggalkan komen disini..
Didahului dengan ucapan Ribuan Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...