THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Friday, June 11, 2010

Kunjungan umur penghujung dan remaja

Sejak balik dari Parit Raja,
Baru lah malam nih aunty rasa nak menulis..
Maklum saja lah..aunty kan tak sihat..
Perjalanan yang jauh dan tetamu
yang tak putus2 membuatkan aunty amat penat
Emm...walaubagaimana pun ia membuatkan
aunty gembira

Kelmarin, kawan2 lama aunty talipon uncle
nak datang rumah
dah tak jumpa almost 20 years
He is an Indian converted
Nama Islam nya Nizam
isteri nya Che Noh tak dpt join malam tuh
Yang sorang lagi Yusuf Shahibjan dan isteri nya Rabitah
Nizam tanya uncle masa dia talipon..

Nizam : Nani nak makan apa? boleh I bawak

Uncle sambil memegang talipon tanya aunty..

Uncle : You nak makan apa nizam nak bawak

Aunty : Hah! baru jer makan dinner, kenyang lah..tapi
kalau dia nak bawak suruh dia bawak kambing sekor..
Aunty nampak uncle tergelak2 bila menyampaikan
apa yg aunty nak..he he he

Bila mereka sampai, berpelukan aunty dengan
Rabitah isteri kpd Yusuf tuh..
Aunty kata kat mereka...
rasa nak peluk Nizam dan Yusuf juga
sebab terlalu rindu, gembira campur sedih bila mereka
membuat kunjungan kerumah

Kami berbual sampai pukul 2 pagi tak sedar..
Tapi aunty rasa tak puas bersembang
sebab tak dapat dengar
hanya through lips reading
Allahu Akbar
memang tak puas

Teringat aunty ketika masa muda
Kami terlalu rapat dan mesra
Bila hujung minggu
Kami rotate visit rumah masing2
Contoh kalau turn aunty
Aunty akan masak nasi lemak
dan lauk pauk
Mereka akan datang lepas magrib
dengan anak2..bersembang sampai
2 hingga 3 pagi..
Anak2 pula akan bermain sesama mereka
kadang2 sampai anak tertidur
Emm...kenangan yang amat manis


Aunty bersama Rabitah


Dari kiri : Uncle, cousin uncle, Nizam dan Yusof Shahibjan

Aunty di fahamkan, isteri Nizam baru jer balik dari London,
Rabitah pula nak pergi Paris for a month

Fuhyoo!...best dia orang semua nya dapat berjalan2 keluar negera
Dah tiba pula masa aunty..untuk berjalan2 keluar negara
Bila dah pencen nih..
Tapi aunty amat runsing sebab....
Boleh ker telinga aunty bertahan selama 10 jam
atau lebih dalam kapal terbang??
Takut berdarah, berdesing dan berdengung..
Emm...berdoa agar
Allah permudahkan urusan aunty untuk berjalan2
beribadah dan makan angin

Semalam pula kunjungan dari anak buah uncle
Emm..aunty dah nak tidur, apa tak nya dah pukul 1 pagi
tapi bila sepupu uncle bagi tahu yg anak nya nak datang
bawak kawan2, hilang lah ngantuk2 tuh..

Anak buah uncle tuh..
Masih muda dah glamour
Candidate finale AF8
Maulana

So..semalam sessi photography lah kat rumah aunty
He he he..aunty sebenar nya dah pakai baju tidur
tapi bila kata nak bergambar...
sanggup tukar ker jubah..
sebab nak cepat dan senang
terus sarung jer






Haziq dari AF4 juga hadir



6 comments:

  1. Salam Auntie,

    Wahh ramainya datang berkunjung.
    Sekarang ini budak-budak muda macam Dayah ini lebih banyak berkunjung ke shopping complex @ coffee house dari rumah sahabat handai @ family.. kekeke...

    Moga-moga kesihatan Auntie, sentiasa baik dan di permudah untuk berjalan2 sambil beribadat, Amin ^___^

    ReplyDelete
  2. seronok bila rumah kita ramai tetamu yg datang
    dan tetamu tu adalah sangat istimewa...

    ReplyDelete
  3. wah wah ada maulana and ain la...huhu sweet je mereka ni datang melawat aunty...

    saya doakan aunty sentiasa sihat dan ceria selalu..:)

    ReplyDelete
  4. salam kak nani...
    semuga tiada kemudharatan pd kak nani jika kak nani harus menaiki pesawat utk perjalanan jauh. bagaimana kalau kak nani tanyakan langkah2 yg perlu di ambil pd doktor ENT.
    selamt JJMA~jalan2 makan angin...

    ReplyDelete
  5. ewahhh..dah jadi cam seisi fotografi pulak. kalau umah ai dekat, kompom ai pon serbu umah auntie. ngeeeeee (^_^)

    ReplyDelete
  6. meriahnya rumah aunty selalu ada orang datang, kan!mak saya kata, tetamu yg datang tu membawak rezeki so jgn sesekali kita rasa terbeban nak buat air ke atau masak2..

    bagusnya aunty badar dtg siap bawak Maulana adik-beradik lagik..amboy..lawar jugak Maulana tu baru perasan..hehe..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...