THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Tuesday, June 29, 2010

Episod 65 - Konfius CO or OC

Imbasan episod 64

Uncle selamat pulang selepas bertugas
di perbatasan yg hampir 3 bulan lamanya.

Aunty di pelawa olih isteri kawan2 uncle ke
kelab isteri2 tentera.
Selalu nya setiap kem pasti ada kelab ni.
Badan Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT)
Aunty bertanya pada uncle, okay ke kalau
aunty nak jenguk2, apa kah activity2 mereka.

Uncle kata memang eloklah kalau
nak join kelab, sebab memang banyak pelajaran
munafaat yg boleh di ceduk..

Sebelum nih, memang aunty tak pernah ke BAKAT
Jadi aunty memang tak tahu lansung activity mereka

So the first time aunty pergi ke tempat tuh...
Uncle hantar..
Sebuah quarters kerajaan di hias dengan perbagai2
handicraft, sulaman2, pasu2 tanah liat dan bermacam2 lagi..
Kerusi2 di susun berbaris2, ada lah 10 kerusi dalam 15 baris
Dua baris kerusi berkusyen, dan yg selebih nya kerusi biasa.

Masa aunty sampai tuh, kawan2 aunty
(isteri2 pegawai) belum sampai lagi,
so aunty duduk lah kat kerusi biasa2
dan bersalaman dengan semua yg ada
mereka tanya, aunty isteri siapa?
Aunty pun memperkenalkan lah diri aunty

So, mereka kata..aunty kena duduk depan
tak boleh duduk kat belakang?
Emm..aunty kata tak per lah..
aunty selesa duduk belakang..
sebab aunty tengok kerusi sofa kat baris
depan masih kosong lagi..

Bila kawan2 aunty sampai, mereka menarik tangan aunty
suruh aunty duduk depan..dalam fikiran aunty..
kenapa isteri pegawai tak boleh duduk baris belakang??

Emm...rupa2 nya, aunty perlu di perkenalkan dengan
isteri Pegawai Memerintah kem tuh..
Kira nombor satu dalam kem
Terms singkatan yg di panggil C.O.

Bila isteri C.O. tuh sampai, semua isteri2 bangun
dan bersalaman..dan aunty di perkenalkan sebagai ahli baru

Emm..aunty adalah isteri kapada O.C. Company Bravo

Tak silap aunty hari tuh ada kelas masakkan..
Habis jer kelas tuh, isteri C.O tuh di jemput balik dengan
kereta kerjaaan..ada driver
di turuti olih kami..isteri2 pegawai lain, ada yg bawa kereta
sendiri, ada yg naik landrover, dan ada yg di jemput olih
suami masing2..

Oh! BAKAT juga tidak menghalang utk para isteri
membawa anak2 masing2..

Tapi kalau tak silap aunty, hari Rabu adalah hari separuh
hari berkerja utk para tentera, sebab bolih ambil alih jaga anak
untuk isteri2 ke kelab.

Aunty nampak uncle dah tunggu aunty kat kereta dia.
Dalam kereta uncle tanya..

Uncle : How was it? Okay ker..

Aunty : You lansung tak ajar nani pasal protokol

Uncle : You mesti lah tahu.....kan I ada boss, so pandai2 lah
you bawa diri..

Aunty : Emm..tadi ada kawan nani introduce pada isteri C.O
apa tuh C.O

Uncle : Ohhh! C.O tuh lah nombor satu dalam kem nih,
Commanding Officer..(Pegawai Memerintah, Batalian)

Aunty : Ohhh! Abis tuh O.C. tuh apa pulak..

Uncle : O.C tuh Officer Commanding (Ketua Company)

Aunty : Eeeee..konfius lah macam nih..

Uncle : Jgn konfius..jgn you ingat you isteri C.O, you hanya isteri O.C tau..

Uncle : Let me explain to you..supaya you tak silap nanti..
risau pulak I di buatnya..

Dalam satu Batalian ni ada lebih kurang 850 orang, so C. O lah boss nyer
Dah tuh, dalam setiap Batalian ada pecahan 5 company,
company Apha, Bravo, Charlie, Delta dan HQ company
So, tiap2 company ada 150 orang kalau full strength/kekuatan penuh
HQ company pulak dlm 250 orang, yg melibatkan MP (Military Police),
tukang masak, driver dan lain2 lagi.

Jadi...suami you ni incharge of a company jer..

Aunty : Eeeee whateverrrr lah..

Memang pening kannn...
C.O and O.C
Maklum saja lah...masa tuh aunty masih blurrr lagi tentang Army.

Anyway..tulah sikit2 yg aunty boleh terangkan tentang Tentera Darat
Berbalik pada activity BAKAT

Kerja2 Kebajikan di lakukan dan Ilmu yg dpt di ceduk
saperti lawatan ke Hospital jika ada yg sakit atau bersalin
Ilmu pulak, ceramah agama, memasak, menjahit, menyanyi,
menari, bersukan dan kraftangan.
He he he...ketika nih, aunty memang tak aktif sebab
aunty rasa kekok sangat utk bergaul, mungkin masa tuh
budaya berkelab belum aunty dapat mengamati.

akan sambung..

11 comments:

  1. Kak Nani...Abg Din ketua company/Officer Commanding company yang mana ekk? Apha, Bravo, Charlie, Delta or HQ? Love all the names.
    hehe CO or OC, lepas tu Kak Nani OK or KO dengan semua activities BAKTI?

    Sekarang ni Kak Nani dah jadi COOK (Chief Operating Officer for the kitchen - COOK) lah pulak kan? hehehe. Take care Kak Nani

    ReplyDelete
  2. Memang pening istilah tentera ni. Kalau tak betul2 pangkat pun boleh konfius.

    Nasib baik sejak terlibat dgn pembinaan Wisma Perwira Kementah tempoh hari saya tahulah sikit2 hehehe

    ReplyDelete
  3. oh..hari ni dpt ilmu baru
    C.O n O.C..never involve n heard any of that..yg sy tau kem tentera je..hehe

    thanks 4 sharing this..

    ReplyDelete
  4. Ungku Betty : He he he, betullah tuh..akak skrang dah dari full time COOK emm..I love to be in my kitchen, even though I am not well, Thank God I manage/able. Abd Din, masa tahun 1982 tuh dia, OC Bravo. Ketika tuh..kak nani KO dgn Persatuan kelab tuh..he he he

    ReplyDelete
  5. YB : Emm..memang nya konfius istilah2 pangkat dlm tentera. Akak dah lama kawin baru faham.
    YB pernah buat kontrak pembinaan dlm MINDEF yea, Oh!..susah nak dpt project di Kementah. Well Done..you mesti follow up with them coz di MINDEF tuh memang 'pool of gold mines' byk project kat situ. Syabas

    ReplyDelete
  6. Che Dah : TQ for appreciating. Emm..aunty saja2 jer nak share sikit2 tentang Army, mungkin satu hari nanti adik ker, anak ker akan masuk tentera nanti ..who knows..InshaAllah

    ReplyDelete
  7. AnonymousJune 30, 2010

    love reading ur blog aunty,anyway my dad an army officer n my mum full time house wife n selalu la join BAKAT nie then dari c2 la wat sy minat nk follow aunty punye blog



    ~farra Ros~

    ReplyDelete
  8. antara orang besar2 uncle dalam army..bestnya:)

    ReplyDelete
  9. my uncle pun keje dgn army..now he's in sarawak.tak tau pangkat apa..

    my dad used to work in TUDM but after saya lahir terus 'hijrah' ke KL from Kuantan.

    hijrah itu satu pengorbanan...gitewwwwwwww

    P.S May Allah bless you Auntie and i wish you good luck.Semoga dapat menyempurnakan umrah nanti.Amin

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum auntie,

    apa khabar?
    mula-mula kenal bf pening juga dia nak explain terms tu.
    lama-lama dah ok..
    setiap hari, ada je benda baru yang diperkenalkan.
    memang seronok berada sebahagian dalam hidup mereka.
    cuma.. kena banyak berkorban la. hihi..
    sy doakan auntie cepat sembuh yer.

    ReplyDelete
  11. Farra Ros : Oh yea ke Ayah Pegawai Tentera, emm..yr mum mesti lah aktif dlm bakat. TQ sebab suka baca blog aunty..aunty banyak citer lama2 jer..

    kerol : Alhamdulillah, uncle dlm tentera yg sentiasa patuh dengan ikrar nya..

    Shada : Hello to you, aunty suka baca blog shada juga. Take care you are a sweet girl.

    Cik Syahira : Emm..memang pening kalau baru2 dengan tentera, lama2 nanti akan faham lah..Jaga BF tuh, nasihat dia setiap kali kursus mesti score..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...