THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Saturday, June 26, 2010

Episod 64 - Jumaat bertemu Jumaat

Imbasan episod 63

Aunty kesaorangan di rumah S'ban menunggu kepulangan
suami dari bertugas di perbatasan, tugas yang agak lama
dah 3 bulan lebih lama nya di tinggalkan

Tapi malang nya, uncle tidak dapat pulang pada
tarikh yang di tetapkan, tertunda
mengapa dan bila masih belum di ketahui lagi

Kawan uncle mengajak aunty bermalam di rumah nya
tapi aunty lebih selesa menunggu kepulangan uncle
di rumah aunty sendiri, cuma aunty kesaorangan tanpa
anak2 utk menemani kesunyian..

Aunty rasa nak rebah maghrib tuh bila Samad datang
di hadapan pintu, mengatakan uncle masih belum boleh
balik..

Jadi aunty ambil keputusan utk balik ker KL dan memberi
nombor talipon rumah di KL jika ada apa2 berita dari uncle.

Bertolak lah aunty ke KL pada malam tu juga
Di KL lebih kurang 6 hari lama nya, aunty menunggu
memang tidak ada apa2 panggilan dari Samad

Satu pagi hari Jumaat, aunty dapat panggilan dari Samad
mengatakan uncle on the way to S'ban dan akan sampai petang.

So, aunty pun bersiap2, tapi kali ini aunty bawa
ketiga tiga anak dan juga pembantu rumah sekali.

Sesampai di S'ban, aunty tinggalkan anak2 dan
pembantu rumah aunty di rumah, dan kemudian aunty
terus ke kem, sebab Samad kata.. uncle suruh tunggu
di kem.

Semasa sampai di depan guard house, aunty memberhentikan
kereta, untuk pemeriksaan masuk ke kem tapi tak jadi
masaalah, aunty di beri laluan tanpa meninggalkan IC di situ
sebab rupa2 nya Samad dah beritahu guard house tu yang
aunty ada lah isteri pada uncle.

Itulah kali pertama aunty masuk kem tanpa uncle bersama.
Selalu nya aunty ke kem bersama uncle untuk majlis rasmi
sahaja di Wisma Perwira.

Aunty di ajukan menunggu di pejabat uncle.
Pertama kalinya aunty masuk bilik pejabat uncle sejak
berkahwin dengan pegawai tentera. Emm..bilik yg kesemuanya
menggunakan perabot2 kerajaan, kerusi, meja di perbuat dari kayu
dan sofa dari rotan.

Yang tak boleh aunty lupa, ada suatu sudut di dinding dlm pejabat
uncle tu di penuhi olih gambar2 athelic wanita..
Athelic dalam negeri dan juga luar negara..
Ooi!..dengan pakaian sukan sedang beraksi di track....
sungguh sexy mereka
sebab otot2 mereka nampak sungguh mantap..
Athelic dalam negeri masa tuh , Marina Chin dan Zaiton Othman
Emm.. tak sangka aunty, uncle minat gambar2 minah sukan
Terus aunty terpikir, tak boleh jadi nih, aunty mesti buat sesuatu
selepas ni, macam mana nak memantapkan badan dan stamina aunty..
he he he

Tak lama kemudian, aunty terdengar bunyi kenderaan2 dan sorakkan
dan jeritan perajurit2 beramai2, aunty pun keluar dari pejabat uncle
dan nampak lah truck2 yang di penuhi olih tentera sedang melompat
keluar dari kenderaan mereka.
Punya lah berdebar2 dan laju jantung aunty, entah tak reti aunty nak
describe macam mana perasaan rindu yg teramat tapi masih ada terselit
perasaan malu..
Mata aunty liar, mencari2 kelibat uncle..masih belum nampak
Bila aunty ternampak jer kelibat nya..
Ya Allah...
Sungguh indah perasaan itu..
Aunty rasa hanya orang2 yang di situasi saperti aunty jer
yg faham maksud aunty..
yakni berpisah dengan suami pada jangka masa yg lama..

Ya Allah...
Bila aunty nampak uncle dan bertentangan mata
memang rasa nak berlari mendakap nya..
tapi aunty hanya terpaku di depan pejabat nya
rasa nak berlari tuh hanya dlm fikiran saja, tak berdaya lansung..

Tapi yang paling manis, uncle terus datang ke arah aunty
lalu terus mendakap dan mencium
aunty depan budak2 nya. Uncle juga sempat bisik
di telinga aunty yang dia amat merindui aunty.
Aunty hanya menitiskan air mata dalam dakapan uncle dan
bersyukur, aunty masih dapat bersamanya.

Kami pun pulang lah kerumah..

~~~~@$%^&*(*&^)

#@#@!!$%^&(^@)~~~~~~

Dua perenggan lagi...tak usahlah aunty cerita.. aksi
suami isteri yang dah lama tak bertemu.
mana boleh cerita..he he he

Okay..serius nih, citer balik sebab apa uncle tak dpt balik
pada tarikh yg sepatutnya, 7 hari lewat

Uncle pun bercerita...

Masa mula2 uncle dan para perajuritnya (company Bravo)
sampai di tempat operasi,di puncak gunung hutan Grik,
selalu nya mereka akan buat base, kawasan akan di buat
layout, di mana nak pasang ponco dan sebagai nya.

Bila masa dah sampai untuk balik, mereka akan menyediakan
tempat helikopter landing.
Tempat ni di buat untuk mengangkut mereka
balik bila operasi berakhir.

Ada perkara aneh yang berlaku di situ, dimana mereka
terpaksa menebang sebatang pokok yang besar,
mereka menggunakan kapak dan parang tapi pokok tu masih
tidak boleh tumbang..hingga akhirnya mereka terpaksa
menggunakan bahan letupan (explosives)
untuk menumbangkan pokok besar itu..

Pada pagi Jumaat, masa helikopter sampai untuk angkut mereka..
Mereka nampak helikopter, dah di atas kepala, dah sebesar rumah
tapi mereka hairan dan pelik
helikopter tu tak nampak base, helikopter tu berlegar2
di kawasan tuh tapi heli
terus meninggalkan mereka terpingga2..
Kata uncle, hari2 heli datang tapi pergi begitu saja..

Mereka tension dan risau, sebab bekalan makanan dah habis,
sampai budak2 terpaksa memburu rusa utk makanan harian

5 hari berlalu dengan perasaan hampa, akhir nya mereka
buat solat hajat dan berdoa agar urusan mereka
di permudahkan untuk pulang menemui keluarga..

Jumaat bertemu Jumaat baru lah heli tuh nampak base mereka dan baru lah
mereka di angkut keluar sebanyak 3 trip seramai 70 para perajurit.


Rusa yang menjadi makanan harian mereka selama 7 hari terperangkap dlm hutan

Gambar mereka bersandarkan pokok besar tuh
Uncle no : 3 dari kanan (barisan depan)

Uncle no: 4 dari kanan
Kesemua budak2 uncle dah moyok tapi uncle
boleh lagi tersenyum bila bergambar..he he he




Gambar uncle memakai uniform celoreng di rumah S'ban

Ada perkara2 aneh berlaku setelah mereka selamat pulang..
nanti aunty ceritakan dalam episod2 yang lain..

akan sambung

13 comments:

  1. kak nani, mesti sedap dan risau masa tukan, tak macam skrg dalam hutan pun kadangkala boleh SMS lagi, aduhai.
    Tapi askar2 ni dah terlatih, apa2 pun berlaku di dalam hutan boleh mereka hadapi, kalau kita sesat dalam hutan tak tahulah.

    ReplyDelete
  2. salam aunty
    sya baca dipagi hari ni meremabg bulu roma....
    selain dari berdepan dgn musuh, komunis mereka berdepan dengan benda halus juga...

    ReplyDelete
  3. opss lupa nak kongsi
    masa sya ,mengandung enariq tahun lepas, sya dapat daging rusa segar dari hutan
    kawan sekerja bagi, dia kata teringgat pd sya tu yg dapat daging rusa tu
    sedap jugak tp sya buat masak kicap saja, tak tahu nak masak apa.

    ReplyDelete
  4. salam kak nani...
    kena rebus kacang kuda semula nampaknya... bestlah cerita kak nani kongsikan sama kami... kami pun tak tahu para tentera yg masuk hutan diuji sampai macam tu... sampai heli tak nampak depa.. macam2 dugaan...

    ReplyDelete
  5. Makhluk halus ni suke permainkan kita kan?hmm..alhamdulillah takde ape2 perkara buruk yg jd..

    ReplyDelete
  6. Norul YusoffJune 26, 2010

    salam aunty...

    suspend betul bc entry kali ni....
    harap2 aunty cepat publish sambungan episod ni.....

    luv,
    NY

    ReplyDelete
  7. tak sabar nk tau sambungan citer aunty

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum auntie,

    apa khabar?
    besarnya dugaan auntie bila uncle masuk hutan waktu dulu..
    minggu depan bf sy habis operasi.
    tak sempat nak happy-happy dah kena hantar training ke pulada, jb.
    hu hu..
    maklumla pegawai muda memang macam tu agaknya..
    auntie.. teruskan menulis yer.

    ReplyDelete
  9. NB : Tak tahu pulak akak dlm hutan s'kang ni boleh SMS, training kot..

    sayang2ibu : Biasa lah benda2 halus, hutan yg tebal (virgin jungle), memang tempat nya lah
    Daging rusa di salai dan sedap buat masak lemak cili api

    ReplyDelete
  10. Rahmah : Yg sebenar bnyk lagi gangguan yg di citer olih suami akak tapi tak nak lah citer bab tuh..takuit..

    ReplyDelete
  11. ujie : Emm..Alhamdulillah, uncle selamat, tak jadi apa2

    Norul : Memang nak sambung tapi PC aunty buat hal, lembab dan asyik tercrash jer..

    scha : Sabar yea..PC buat hal lak..

    cik syahira : Emm..bf army yea..okay kalau di gi pulada, suruh dia belajar sungguh2..mesti dptkan result top 10 kalau boleh top 3..sebab utk dptkan kursus luar negeri di masa akan dtg.

    ReplyDelete
  12. hensem dan macho dlm last pic tu..hehe

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum auntie.

    terima kasih atas pesanan tu.
    kebetulan dia berangkat isnin pagi, sempat la sy nak berpesan-pesan pada dia.. ^_____^

    ReplyDelete

Pada yang terbuka hati utk tinggalkan komen disini..
Didahului dengan ucapan Ribuan Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...