Followers

Thursday, June 3, 2010

Episod 61 - Kunci Kebahagiaan

Imbasan episod 60

Aunty berpindah dari Kluang ker Seremban,
beberapa bulan kemudian
terus mengandungkan Peeja.
episod yg lalu..aunty bercerita
tentang perangai aunty yang
penuh ego siap warning2 uncle..
pada hal, aunty dah tak kerja, tak de saving..
aunty cuma boleh harap
ada rupa sikit...(perasan lah pulak)
dan masih muda..
ada pengalaman kerja
so..konon2 ada assetlah tuh..
Kalau apa2 berlaku, so what?
Aunty yakin diri aunty boleh survive
Aunty yakin boleh dapat orang baru.
He he he...

Aunty pernah ugut uncle
kalau tahu dia bergirlfriend
Nak kawin lagi, nanti I potong you punya '****'
Uncle marah kat aunty,
apa lah asyik pandang mcm tu kat dia
kalau aunty buat perangai, mcm maner??
Dia nak bagi aunty makan racun tikus..
Ha ha ha..ni masa kami muda2 dululah
Kami selalu bergurau,
Ada kala juga kami bergaduh
tapi kami amat sayang menyayangi
sampai lah sekarang..

Aunty selalu tengok sekeliling..
Kadang2 susah nak faham dunia lelaki
Aunty bukan refer pada semua
nanti ada pembaca lelaki marah pulak kat aunty

Emm..ada yang beristeri yg lawa dan muda
tapi gantikan dengan janda dan kurang menarik
Ada juga yg gantikan isteri yg tak berkerja
pada yang berprofession
Ada pula isteri yg baik dan alim
tukar isteri pada perempuan 'sosial escort'

Perempuan pun ada juga tak sayang suami
main kayu tiga..

Macam2 ragam manusia
Dalam Islam memang lelaki boleh berpoligami
Tapi ramai perempuan tak boleh terima
Selalu minta cerai atau di ceraikan bila
suami bercinta dan nak kawin lagi..

Harus ingat..
Allah benci dan marah dengan penceraian

Kena lah 'belajar' dan memahami
untuk menerima hukum Allah yang memberi jalan
lelaki berkahwin empat.
Jangan sesekali mempersoalkan nya..
Pada auntylah
Suami yg berani kawin lebih dari satu..
maka dekatlah neraka utk nya
jika tidak ada ujud 'adil' dlm rumah tangga
Isteri pula tempahan syurga utk nya
jika ada redha dan ikhlas

Aunty pernah suruh uncle isi borang kawin
Pada hal dia tak buat hal pun..
Bila aunty dah tahu dan belajar apakah erti 'madu'
Nanti2 lah aunty citerkan...InshaAllah

Moh! citer pasal suami kalau tak reti duduk rumah,
through aunty punya pengalaman sekeliling dengan kawan2

Kalau suami suka berpoya2 kat luar
Selalu isteri2 suka bergaduh tapi
ini takkan dapat selesaikan masaalah
Jangan asyik nak gaduh sampai lupa
Kena selalu ingat..
Go back to the problem
Look at the positive point
Kenapa dia suka berpoya2
Apa yg membosankan dia?
Adakah isteri ambil tak endah?
Kebersihan rumah
Kecantikkan dan kebersihan diri
Memasak dan melayan suami
baik dari segi makan atau atas katil?
communicate dan layan lah
suami dengan kasih sayang
dan dengan penuh hormat
bukan membebel2
bertempik2 dgn suara tinggi
sambil cekak pinggang
membeliak kan
biji mata takutkan suami
Jangan ketawa tau..memang ada
isteri macam nih..

KUNCI RUMAH TANGGA DAN KEBAHAGIAAN

1) Hormat menghormati - Diri nya dan keluarga nya
2) Bersalaman setiap pagi dan malam - membentuk dan menundukkan ego
3) Bersyukur dengan rezeki - Tidak meminta2 benda2 yang luar kemampuan
4) Kebersihan hati - tidak berburuk sangka
5) Kebersihan rumah - amat penting utk keselesaan
6) Tidak menyimpan rahsia - luahan hati utk memperbetulkan keadaan
7) Tolong menolong - berkongsi tentang kerja2 rumah dan wang ringgit

Cukup lah dengan fakta2 di atas
Semua ni adalah dasar pengalaman aunty
dengan kawan2 dan diri aunty sendiri

Okay ada satu kes nih..

Isteri cantik tapi gemuk..
tak kerja, surirumah tangga sepenuh masa
Jgn ketawa lah..citer betul nih
Hee hee hee aunty pun nak ketawa juga
Husband asyik gila golf, balik kerja terpa
padang golf dulu..dah gelap baru balik rumah
begitu juga hari sabtu dan ahad, asyik ker padang golf
Isteri sampai ikut husband sekali sekala
nak check betul ker dia ari2 ker padang golf
Memang betul suami dia main golf
Isteri pandai jaga rumah
Masak bagai utk suami
So satu hari, kawan aunty nih citer kat aunty

Kawan aunty : Nani aku geram lah..laki aku asyik main golf jer hari2 pulak tuh!
Aku dah check dia memang main golf tapi kenapa dia selalu tinggalkan aku?

Aunty : Okay lah tuh, dah hobby dia

Kawan : Aku risau lah sebab laki aku dah tak bercakap seminggu dgn aku

Aunty : Pasal kau bergaduh ker..

Kawan : Tak bergaduh lah, agak nya dia kecik hati aku tak masak masa
dia balik rumah

Aunty : Tak kan pasal tak masak boleh tak bercakap sampai seminggu..

Kawan : Emm..laki aku mintak nak makan, selalu aku hidangkan
tapi malam tuh aku dah tak kuasa nak layan dia dah..
Aku suruh dia ambil sendiri kat dapor..aku buat donno jer..aku buat2 tengok tv
Dah tuh laki aku menjerit..
Kurang ajar punya bini..tak hormat aku lansung!!

Aunty : Kenapa??

Kawan : Aku letak 5 biji bola golf dalam periuk, biar dia makan bola golf tuh!

Aunty : Kau ni pun satu, dia bagus tau, sanggup berlapar nak makan kat rumah
kau buat dia macam tuh pulak..kalau dia makan kat golf club lagi lambat dia balik
(aunty sampai tergelak mendengar citer kawan)

Kawan : Kau gelak kan aku pulak..

Aunty : Yea lah..kalau aku tak sanggup buat macam tuh..
sekurang2 nya kau katalah kau tak de mood nak masak

Kawan : Eh..kau nih menyebelahi laki aku pulak

Aunty : Bukan menyebelahi dia tapi tindakan kau tuh tak respect nama nya..

Kawan : Abis macam maner nak buat nih??

Aunty : Senang jer..minta maaf dan janji tak buat lagi..

Kawan : Maaf tuh okay lah..tapi perangai gila golf tak kan berubah..

Aunty : La tanya lah dia boleh ker..take alternate days, supaya dia dpt tumpukan
masa untuk family..

Selepas seminggu kawan aunty datang lagi jumpa aunty

Kawan : Kau tahu kenapa dia gila golf? Dia kata aku gemuk..konon masa dia kawin
dengan aku..aku slim kenapa sekarang aku gemuk

Aunty senyum jer..

Kawan : Kau perli aku juga yea..

Aunty : Tu lah kau, laki kau bersukan maka dia still slim and handsome
Kau biarkan diri kau gemuk...pasal??

Kawan : Eh..kau nih...nampak tak anak aku berapa?
dah empat ekor keluar dari perut nih tau..
Pasal dia lah..maka dah jadi gemuk macam nih..

Aunty : Tak de nye...kau take for granted dgn keadaan kau macam tuh
Tell him, you too nak bersukan..take up aerobic ker, dancing class ker
Tengok apa dia kata..

Emm..memang betul, husband kawan aunty galakkan isteri dia beraerobic,
lepas tuh dia slim, tak der lah macam anak dara balik tapi better than
no exercise at all..

Both of them are happily married till now..with less golf activity of coz

See, apa yang kita belajar dari sini??
Applikasi fakta no : 1, 2, 4 dan 6 dpt membahgiakan...

akan sambung...

10 comments:

  1. Salam Auntie,

    Wahhhh.. makan bola golf.. wahahahahahaha.. gle nak gelak guling2..
    Syabaslah buat Auntie tu.. kekekeke

    Tapikan tak baik *walaupun x kawin lagi.. heee* kalau suami tak redha habislah dilaknat malaikat sepanjang malam. Sehingga suami maafkan. PPl learn from mistake kan auntie.

    ReplyDelete
  2. kak nani..
    untuk pasangan2 yg dahlama berumahtangga, banyak terkandung nasihat dari entry kak nani ini... kadang kita merasakan tak perlu nak menjaga rumah bila dirumah... tapi suami perhatikan semua itu dan boleh menjadi kudis pulak dalam rumahtangga. Mudah-mudahan akan ada banyak lagi nasihat dari kak nani buat kami...

    ReplyDelete
  3. Salam Auntie,

    heheheh.. makan bola golf :-)

    ReplyDelete
  4. Salam Auntie,

    Lawak betul cerita makan bola golf ni. Macam iklan kat TV.

    rgds

    ReplyDelete
  5. Salam aunty...
    Heheehe saja nak share citer jugak. i baru setahun kawen and ada anak sorang. husband i dari mula2 kawen lagi, selalu citer pasal isteri kena sentiasa melawa supaya suami tak cari lain. supaya suami sentiasa sayang. now, lepas dah kawen ni mmg badan i dah gemok sikit. suami selalu jugak tegur tak pakai bengkung ke, tak makan jamu ke. i buat tak endah aje.
    tapi sekarang rasa takut juga. takut kasih suami beralih arah.

    huhuhu...
    aunty, lelaki ni cuma pandang kecantikkan je ke? kebaikkan hati isteri dia tak pandang ke?

    suami i selalu cakap, 'abang doakan you masuk syurga' atau 'you ni memang masuk syurga la'.
    sebabnya walopun i makin berisi, tapi i jaga makan minum dia, pakaian dia dan kadang2 i tolong juga dari segi kewangan. so, tiap kali i buat benda2 ni dia mesti cakap i masuk syurga. jadi, i ingat takpelah kalau i tak cantik pun. janji hati i baik.

    huhuhuhu.... tapi sejak akhir2 ni dah lama suami tak ungkap perkataan syurga tu? yg selalu dia sebut adalah bengkung dan jamu. huhuhu.... adakah kehodohan i telah mengatasi kebaikkan hati i?

    hihihihi panjang pulak tulis. sorry yer aunty. bye

    ReplyDelete
  6. Aunty,

    Your entry kali nie memang membuka my eyes. I sejak kawen and beranak satu nie dah besar almari (bak kata Peej)....Tapi saya lalai sebab suami jenis tak kisah, tapi bila baca entry Aunty nie, saya bertekad (chewaahhhh) nak slim down and take up exercising.

    Thanks for the advice Auntie...

    ReplyDelete
  7. kena sentiasa cantik wpon hanya duduk di rumah.. =)

    Itu la yang selalu saya cuba buat..

    harap2 bertahan sampai ke tuaaaa...

    ReplyDelete
  8. mak saya pn ckp camtu..pompuan kene sentiasa cantik, bersih n wangi even duk umah..bkn semestinya menggunakn produk mahal n mewah..smpi dh tua ni dia still jaga kebersihan n kecantikan diri luar dlm..body pun maintain jer..dr muda dia bgun awal pukul 6am memulakn harinye..katanya dgn membuat keje2 rmh pn dh dikira exercise juga..saya sgt kagum dgn mak saya..harap saya bleh jadi mcm dia..insyaAllah..

    ReplyDelete
  9. Hi Auntie..best sgt baca cerita2 auntie ni.. :-) nnti auntie sambung la cerita pasal erti 'madu' tu ya..

    ReplyDelete
  10. hahaha..diletaknya bola golf. ekekeke..thanks for all the tips aunty :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...