THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Wednesday, May 26, 2010

Peeja Jobless?

Entry kali ni, aunty nak cerita pasal anak ku Peeja.
Nama panggilan manja di rumah sejak dia kecil lagi..

Peeja anak ketiga pada aunty, selepas dua beradik laki2..
Bayangkan betapa seronok nya aunty dan uncle bila
dapat anak perempuan di kala itu

Emm..aunty imbas kembali ketika di Hospital Bersalin..
Selepas selamat melahirkan anak perempuan tuh
Aunty di nasihat utk tidur..
Aunty di gerakkan olih nurse setelah empat jam tertidur
Di hulur bayi perempuan tuh..
utk dinyusukan susu badan yg pertama..
Setelah di beri susuan badan...
yg sentiasa banyak setiap kali
bila menyusukan anak2..

Aunty membelek2 dari ubun2, telinga, hidung,
mulut, lengan, jari2 hingga lah ke tapak kaki..
utk memastikan kesempurnaan anggota nya

Alhamdullillah... tidak ada apa yang kurang dan terlebih..

Anak yg berkulit putih bersih..

Peeja sangat di sayangi olih uncle..
Sebelum Peeja, uncle tak reti nak memberi perhatian
pada anak2..
maksud aunty, dia tak reti nak salin lampin
tolong2 dukung bila anak menangis..
mungkin uncle masih muda kot..
belum tiga puluh tahun umur dia ketika tuh..

Tapi bila dapat Peeja..
mentang2 anak perempuan..
Dia mahu tolong segala nya
Lipat lampin, bangun tengah malam salin lampin
Dukung Peeja
Bila Peeja berumur tiga tahun
Uncle bawa Peeja tepi pantai tiap2 petang
lepas balik dari kerja
Masa tu aunty kat PD
Pernah uncle tadah tangan nya sendiri
bila Peeja nak muntah, angkut najis peeja bila tercicir
(he he he najis keras lah)

Memang di manjakan dan di sayangi sangat2..

Peeja jenis tak reti mengadu2 dari kecil sampai lah sekarang
Jenis berahsia..
Kalau bergaduh adik beradik
Tak kan dia cerita siapa punya angkara
Begitu juga anak2 yang lain
Sebab mereka bertiga sangat rapat

Kesudahan nya..
aunty kumpulkan dia orang bertiga
Berbaris
dan mulakan sessi soal jawab

Semua masih tak nak cakap
Last2 aunty ambil keputusan
Libas kesemua sekali
dengan tali pinggang kat bontot masing2..

Lepas tuh masing2 menangis
Tak puas hati
kenapa semua kena libas
Abis, tak nak cerita
Nak berpakat sangat kann..
Tuh lah semua kena libas he he he

Uncle jenis tak pernah jentik dan herdik anak2
TAK PERNAH LANSUNG SAMPAI SEKARANG

So aunty kena take the responsibilities
kena tegur anak2
Aunty jenis tak garang tapi
suka kumpul lemak (bidalan org2 tua dulu2)
Bila dah kumpul semua kesalahan
Emm..siap lah
aunty jerit suruh anak2 aunty berbaris..

sebagai contoh kesalahan yg di buat
Aunty : Kenapa rumah bersepah2 dengan kulit kuaci, kulit kacang,
tangkai ice cream bila mama balik kerja nih??
Tak reti kemas sampah sarap tuh??

Dulu2 aunty memang tak benarkan anak2 aunty
keluar rumah bila dah balik dari sekolah..
Jadi anak2 aunty dan anak2 jiran buat pot...
semua main dalam rumah aunty.
Bila aunty dah sampai rumah dari kerja
Baru lah anak2 boleh keluar rumah dari pukul 5 ptg sampai 6:30 ptg

Aunty : Kenapa pintu bilik mama ternganga tak tutup
Kau orang masuk bilik mama yea?

Aunty memang pantang bilik aunty anak2 masuk
Mereka akan masuk bilik jika dipanggil sahaja
Katil aunty... lagi lah, anak2 lansung tak boleh tidur baring
Memang anak2 tak berani..

Dah berbaris tuh..aunty dah leter kesalahan2 yg dibuat
aunty akan tanya pada anak pertama

Aunty : Tahukan apa sebab mama marah2 tadi
Berapa kali mama kena libas kau??

Anak pertama : Emm....3 kali mama..(Air mata dah meleleh)

Aunty : Kenapa 3 kali?? Kenapa belum kena libas dah menangis??

Anak pertama : Sebab Ayul abang

Aunty : Emmm....

Anak kedua belum aunty bertanya terus jawab

P G : Piji..Piji...2 kali mama

Aunty : Emmm....bagusss

Aunty terus pandang kat Peeja pulak

Peeja : Hu ah...Hu ah...Hu ahh...dah melalak lalak

Aunty : Peeja adik kan... mesti kena jugak sebab tak suruh abang kemas balik..

Aunty suruh P G dan Peeja naik tangga, (berdinding)
supaya dia orang x nampak abang pertama kena libas

Aunty mulakan dengan Bismillah..
Memang aunty libas bontot Khairul

Sudah libas aunty suruh dia masuk bilik dia
Turn P G pulak, sama kena libas..terus masuk bilik

Bila Turn Peeja..

Huah...Huah...Huah...melalak2

Aunty berdiri depan dia
Aunty libas lantai..
Dia takut... lagi lah kuat dia melalak
Aunty peluk dia...tak jadi libas..kesian..
anak perempuan kannn...
dah tuh baru berumur 5 tahun kot..

Tapi aunty ingatkan dia..
supaya lain kali ingatkan abang kemas rumah
selepas kawan2 balik..

Aunty memang macam tuh bila handle anak2
Tak kan pukul anak sebarangan sebelum
mereka tahu kesalahan yg mereka buat
Dan aunty akan mulakan dengan Bismillah
Bila nak libas
Sebab.....
~ segala2 nya adalah hak Allah~
Kena hormat individu

Aunty nih, kalau dah start menaip..dan imbas kembali
mula lah..cerita panjang lebar..

Balik pada citer peeja..
Okay lah..

Masa zaman persekolah rendah
Peeja memang anak yg cerdik dan pandai
Kalau ada apa2 pertandingan melukis
Dia mesti dapat Johan atau Naib Johan
Emm..
Dia akan buat latihan matematic
100 soalan sehari
Maka keputusan peperiksaan cermerlang
Dia terpilih masuk ker MRSM

Maka aunty dan uncle terpisah dgn dia
bila dia duduk asrama
Uncle punya lah rindu dia
tiap2 hujung minggu nak jumpa
Bayangkan lah,
sikit punya costly dan penat travel
Apa tak nyer, duit minyak, duit tol
duit barangan yg kami bawak
biskut, maggie, minuman dan dll
Emm....dia membesar kat asrama tuh

Yea...membesar *sideways jugak*
(Jangan marah mama yea Peeja)

Tapi wajah tetap manis..he he he

Lepas SPM, tak dpt tawaran di mana2 U
So, dia masuk tingkatan 6 utk dua tahun

Dah tuh sambung kat UNITAR
Degree in Business Studies
(dapat biasiswa)
Elok dia belajar 2 tahun,
terpaksalah dia menyambung belajar secara jarak jauh (PJJ)
di UITM di sebabkan terjadi nya....

Kejadian2 yang dah di Takdirkan berlaku pada family aunty...

Yang sebenar nya, Peeja memang bertalu2 mengorban diri
utk aunty dan uncle
apa tak nyer, aunty kan berkerja
Jadi bila uncle kena heart attack followed by
bypass operation, dia jaga papa nyer
Dah tuh uncle kena stroke for 2 years, dia juga jaga papa dia
followed by 3 years of health depression,
tak mahu keluar rumah dan bagai2 miserable conditions
peeja juga jaga papa nyer..
Bila uncle recover from the depression condition..
Aunty pulak admitted for a month and followed
by weakening of the nerves, 6 months on wheel chair
dah almost 1 1/2 years, auntie masih tak kuat
Peeja juga lah yang jaga
So...memang Peeja is the 'victim of the circumstances' of my happy family.

That is the main reason why she is not working till now..

For you Peeja.....
Mama love you for your sincere heart..

Mama pray that you will be happy in your life

Mama hope there will be a good man to take care of you

Mama know deep down in your heart, you are a wonderful girl

Only Allah will bless you for all your sacrifices to Papa and Mama

65 comments:

  1. pengorbanan sangat besar tu auntie.bkn semua sanggup buat macam tu.beruntong auntie n uncle.
    semoga peeja akan dapat balasan baik d dunia dan akhirat.

    :)

    fieza
    kuching

    ReplyDelete
  2. ai leb yu peejaaaaa!!!!!!

    hahaha tetibe

    i never asked her personally, but i can get the idea of why she is what she is right now. takpe aunty, for Allah has all the reason for what is happening right now. pekerjaan dan kelulusan di dunia tidak sepenting keredhaan Allah di akhirat kelak. dan untuk mendapat keredhaan Allah di akhirat maka keredhaan ibu bapa la yg paling penting di dunia ini bg anak perempuan yg belom berkahwin. peeja has done such a wonderful job as a daughter, and i believe both of u, aunty n uncle must be very proud of her. i never knew that she is father's daughter. sgt sweet rupenye 2 beranak nih =)

    skarang pon boleh nampak, peeja ni sgt syg kan family and sanggup berkorban apa saja untuk family. bukan senang tau nak dpt anak mcm tu zaman sekarang. i dont think i can do the same like she did n doing.

    p/s: saya pon membesar bagai johan di asrama. org masuk asrama kurus. kite makin lebar plak T_T

    ReplyDelete
  3. U have a very beautiful(inside out) daughter and after reading ur post aunty, i am not suprised. May Allah bless you and your whole family. Take care Aunty.

    ReplyDelete
  4. Salam Auntie,

    Sob.. be strong Peeja!
    InsyaAllah, akan ada rezeki bergolek nanti.

    ^__^ Auntie take care too

    ReplyDelete
  5. AnonymousMay 27, 2010

    Wow...pengorbanan yang sungguh besar. Bravo Peeja.
    And yet...lalat lalat tak tahu hujung pangkal nak buat komen celupar tak hingat.
    May Allah bless Auntie and family

    ReplyDelete
  6. This is simply beautiful.

    ReplyDelete
  7. salam buat kak nani...
    indah sungguh bila mendapat pujian dari ibu dan doa yang tulus dari ibu... terharu sungguh dan bergenang airmata saya membaca perngorbanan peeja terhadap kak nani dan suami dan juga sekeluarga...
    Tiap2 bahagian anak2 kita ni berbeza.. mungkin rezeki peeja bukan pada pekerjaan.. Allah ada memperuntukan sesuatu yang kita semua tak tahu di kemudian hari nanti. Insya'Allah.

    ReplyDelete
  8. sebak lak bc ni.. uhuks!
    its ok la peeja, jobless pun jobless laaa.. menjaga ibu bapa tu pekerjaan laaagi mulia.. nanti tuhan kc gaji di akhirat kelak..

    ReplyDelete
  9. Bukan sebak la ni. Dah meleleh air mata saye..doakan peeja murah rezeki

    ReplyDelete
  10. menitik air mata ai pepagi ni auntie.. :(

    lebiu peej! kau anak yg baek..

    ReplyDelete
  11. me, myself won't be able to do what peeja has done to you and uncle.

    you are such a great mother, and have done a great job here raising great daughter, auntie.

    i envy you for that.

    ;)

    ReplyDelete
  12. beruntung auntie dapat anak yg baik dan berhati mulia mcm peeja. Semoga allah lindungi dia dari segala musibah .Amin

    ReplyDelete
  13. besar sungguh pengorbanan anak menjaga ibu bapanya..

    ReplyDelete
  14. baru sy tau reaso di sebalikny akenapa peeja x bekerja skrg...semoga Peeja akan sentiasa menyanjungi keluarga nya ..beruntung aunty dpt anak mcm Peeja

    ReplyDelete
  15. tak terkata apa sya
    cuma setiap anak lain kisahnya

    hanya keluarga saja yang tahu kelebihan dan kekurangan setiap ahli keluarga kita kan aunty...

    ReplyDelete
  16. alamak.. meleleh pulak air mata baca entry nih..

    besar pahala jaga ibubapa ni.. biarla ape org nak kata.. janji kite tahu ape kite buat.

    XOXO for aunty n peeja!

    ReplyDelete
  17. alhamdulillah....

    auntie sgt beruntung dikurniakan anak yg sanggup berkorban utk ibu ayah ..di zaman sekarang kita boleh mendidik anak menjadi terpelajar tp bolehkah kita pasti anak yg terpelajar itu jgk berperkerti mulia...

    x perlu org luar utk judge peej,dialah angel di mata auntie n uncle...siapa pun dia di mata org luar,hanya family yang tahu pekerti sebenar dia...tahniah auntie...so lps ni auntie kongsilah lg cara auntie didik anak2 untie ok...

    to peeja doa ikhlas seorang ibu ,insyaallah mudah diperkenankan..amin

    ReplyDelete
  18. terharu baca..aunty ada anak yg baek.sanggup bekorban apa saje utk mama dan papa nya.moga dirahmati dan dilindunggi slalu

    ReplyDelete
  19. sedih la aunty.....ada hikmah yang tersembunyi disebalik semua ni....

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum,

    Besar sungguh pengorbanan Peeja untuk aunty & uncle. Meleleh air mata saya pagi ni. Saya doakan yang terbaik buat aunty sekeluarga.

    (^_^)

    ReplyDelete
  21. terharu baca entry ni di pagi hari.

    to uncle & aunty : semoga sentiasa sihat dan tabah .

    to peej : be strong. jangan risau peej, ramai kawan2 blog / alam maya ni yang menyokong anda.

    ReplyDelete
  22. Salam..Entry ni buat saya menangis.Saya sangat berharap saya dapat buat apa yang Peeja buat untuk aunty dan uncle.Besar pengorbanannya.May Allah bless your family always...stay strong...

    ReplyDelete
  23. salam aunty,
    tak tau nk komen aper... tetiba meleleh air mata baca doa aunty buat peeja...

    ReplyDelete
  24. AnonymousMay 27, 2010

    meleleh air mata....
    murninya hati peeja...
    peeja, aunty n family, smoga yg terbaek utk kamu semua...

    -silentreaderauntyd&peeja-

    ReplyDelete
  25. AnonymousMay 27, 2010

    Salam Auntie

    Sedihnya saya baca post aunty kali ini. Saya percaya Peeja akan bahagia di dunia dan juga akhirat.

    Lagi satu aunty, kalau tak dapat keredhaan orang tua duit menimbun, kerjaya yang baik pun tak boleh bagi hati tenang. Saya percaya sangat tu.

    ReplyDelete
  26. seronok dgr aunty bercerita, rasa mcm nak duduk bersila depan aunty smbl dgr cerita.
    saya selalu baca blog peej & blog aunty tp saya jarang bg comment kat aunty. kadang2 khusyuk baca cerita aunty sampai taktau nak comment ape.
    :) sepatutnye peej keje ke tak, org lain x berhak nak tahu. itu life die. harapnye org2 yg tak suka tu paham la bile baca cerita aunty ni. x perlu nak pertikaikan lg. :)

    ReplyDelete
  27. very beautiful..sebak je baca..huhu

    ReplyDelete
  28. sayu hati baca entry aunty harini..bertuah sungguh aunty n uncle ada anak mcm peej..biarlah dia jobless pun bkn menyusahkn sapa2..she still can go holiday n mkn sedap2 tanpa mintak duit org kan aunty..blajar tinggi n keje bagus2 pn blom tentu dpt membahagiakn kedua org tua..silap2 ada yg buang lagi spt yg slalu kluar news..

    to peej..smoga kamu sihat sejahtera n bahgia selamanyer..percaya la if kamu berhati mulia dlm hidup n ikhlas menjaga org tua maka ALLAH akan memberi balasan kemurahan rezeki yg tidak terhingga samada di dunia mahupun akhirat insyaAllah..

    ReplyDelete
  29. i am so proud of Peeja after reading this entry auntie. Although i never knew her closely (only via Ice, my ex-bf).

    huhuhu. terharu!
    peeja. kau memang kuat!!!!

    ReplyDelete
  30. Salam aunty,

    sy baru jek khatam blog peeja. amek masa 3 minggu gak lah nak habes baca semua. dan ternyata tiada cacat celanya blog peejburhan tu :D
    (start baca pun sejak kejadian itu..)

    blog aunty sy hanya amek masa seminggu je..sbb sy terbaca psl medical board tu. Jadi kalo nak kenal haruslah sy baca dari mula kan?

    Terharunya baca ntry ni..bergenang jek airmata. mesti peeja pun lagi laju airmatanya huhu

    Bersabarlah aunty n family..Baik dan buruk tu datang ada hikmahnya.

    ReplyDelete
  31. AnonymousMay 27, 2010

    terharu dgn entry Untie nih...meleleh air mata ni...

    What a bless to have a mother that openly praises her child...

    -Aliah-

    ReplyDelete
  32. Sedih dan terharu baca entry ni. Tak sangka Peeja byk berkorban untuk keluarga. Bertuah aunty dpt anak mcm dia. Didoakan semoga aunty berbahagia selalu dan Peeja dpt jodoh yg baik..Amin!

    ReplyDelete
  33. Untie be strong as always...
    Tuhan x akan aniaya kita bila kita xpernah aniaya org lain ... She's gud, lovely and wonderful as you.
    Salam syg dr sy yang sudah kehilangan ibu ...

    ReplyDelete
  34. Semoga keluarga aunty tabah menghadapi dugaan yang mendatang.syukurlah aunty dapat anak yang baik cam peej.jangan pedulikan kata orang , kalau kita susah pun bukan orang lain nak tolong.keluarga kita jugak yang tolong.

    ReplyDelete
  35. alhamdulillah auntie ada anak sebaik peeja. mudah2an murah rezeki dia.. Amin..

    ReplyDelete
  36. sejuk perut ibu mengandung dapat anak sebaik ni.
    anak hani nama pija jugak..

    ReplyDelete
  37. AnonymousMay 27, 2010

    salam auntie,

    sebak saya baca, betullah apa orang kata kan auntie, anak yang baik tak perlu pukul canang satu dunia mengatakan oh saya anak yang baik...sayang sgt syg mak saya..

    tp anak yang baik dia sentiasa buat yang terbaik tuk mak dan ayah nya dalam apa juga keadaan walaupun mengorbankan dirinya

    ReplyDelete
  38. AnonymousMay 27, 2010

    Salam auntie,

    Ingatkan sy sorang, rupanya ramai berjurai air mata; mesti entry ni datang dari hati yg ikhlas ...

    redha Allah bergantung pd redha ibu bapa, untung anak/2 yg diredhai ibu bapa ... moga auntie & keluarga terus diberi hidayah & dalam pemeliharaan & dirahmatiNya selalu

    wawj (sy pn org kg. baru)

    PS - anon sbb x ada acc google & blog

    ReplyDelete
  39. emo saya sekejap. saya nangis sampai terjurai air mata. sebak sungguh. saya doakan yg sama macam aunty doakan tuk Peeja. Amin.

    ReplyDelete
  40. sangat terharu dengan pengorbanan peeja.

    ReplyDelete
  41. this is too beautiful. may Allah bless Aunty, Peeja and the rest of the family

    ReplyDelete
  42. touching baca entri neh.

    ReplyDelete
  43. Terharu sungguh bila membaca cerita ttg peeja.Ingat dia seorang yang keras.Rupanya mempunyai rasa ttgjawab yg sangat tinggi terhadap keluarga.Pengorbanan peeja sepatutnya menjadi contoh pada anak muda yang lain.Menyenangkan ibubapa amalan mulia.Semoga hidup diberkati .

    ReplyDelete
  44. tak tahu nak cakap apa sebab air mata dah macam air terjun... kagum sgt dengan pelbagai ujian Allah pada hambanya dan bagaimana hambanya bersabar dan menjalankan tanggungjawab pada tempatnya. Tahniah untuk aunty & uncle dan untuk peeja u have such a great heart ... :)

    ReplyDelete
  45. untung aunty.

    ReplyDelete
  46. baru kini ku mengerti. pengorbanan yang sungguh besar :)..semoga mereka yg selalu underestimate tanpa hujung pangkal tu akan mengerti.

    ReplyDelete
  47. AnonymousMay 28, 2010

    *tacing*

    ReplyDelete
  48. AnonymousMay 28, 2010

    salam,

    bergenang air mata neh, hope the best for aunty n peej

    ReplyDelete
  49. salam aunty...

    ini 1st time Ain komen dekat cnh rasanya :)

    terharu betul Ain baca entry nh. Ain dah boleh agak dah yang Kak Peeja mesti tolong jaga Aunty and Uncle, sebab tuh dia tak bekerja. Congrats untuk Aunty and Uncle sebab dapat raised seorang anak macam Kak Peeja, dan jugak anak-anak yang lain sebab mereka rapat.

    Kak Peeja betul-betul mengingatkan Ain kepada makcik Ain. dia pun duduk rumah jaga nenek Ain di kampung. and adik-beradik dia pun baik kepada dia macam anak-anak Aunty dengan Kak Peeja :)

    best betul kalau dunia nh anak-anak semua tak berkira macam Kak Peeja, termasuk lah diri Ain. ihihiihihi.

    Selamat buat Aunty sekeluarga :)

    ReplyDelete
  50. selama ni baca blog peeja je...x sangka yg die ni pemendam org nye...semua pun nak tanggung sendiri...tetiba terfikir nak baca blog auntie....terus terharu dgn pengorbanana die....xtau la saya boleh jadi anak yg baik seperti peeja....saya doakan keluarga makcik sihat sejahtera dan dirahmati allah....harap2 saya pun boleh jadi cam peeja.... =)

    ReplyDelete
  51. Aduhai.. tersentuhnya hati saya membaca entry auntie kali ni.. hanya Allah yg dpt membalas segala jasa peeja.. sgt besar ganjarannya berbakti utk ibu bapa sendiri..

    ReplyDelete
  52. saya sanggup tahan kencing sebab nak habiskan membaca entry ni. =)
    peeja anak yang baik !

    ReplyDelete
  53. AnonymousMay 30, 2010

    tau peeja mmg anak yg baik bila baca her blog..

    sedih baca tulisan aunty nie..tp kalau anak x jaga mak bapanye, saper pulak nak jaga kan?

    semoga peeja dilindungi Allah selalu.

    Doll.

    ReplyDelete
  54. auntie..saya baca n3 auntie ni sambil menangis..anak sampai tanya napa ibu menangis..tak tau nak cakap pe..tacing sangat

    ReplyDelete
  55. AnonymousMay 31, 2010

    salam,

    teringgin nak tengok gambar anak2 auntie masa kecik2...if tak per la kan...emmm~

    ReplyDelete
  56. DasheilaMay 31, 2010

    Assalamualaikum Auntie, sebak saya baca entry auntie ni..mmg high time dah auntie buat special entry about peeja..bukak sikit mata2 org yg judgemental tak kena tempat ni..tak tahu hujung pangkal tp sibuk nak mengutuk/mengata org..mesti dah termalu sendiri org itu..
    auntie take care ya..jaga kesihatan, makan & minum k..

    ReplyDelete
  57. dear aunty nani,

    tina dh kawan dgn pija lama.. tahun ni rasanya genap la 13 tahun kami kawan kot.. ke lebih.. tina pun x sure.. tp sepanjang kami berkawan, even dah baper kali gaduh bagai, we always end up berkawan balik becos we have shared so much together.. rasanya takde org yg kenal tina mcmane pija kenal tina.. and vice versa..

    aunty pun tau, dulu tina lepak kat umah aunty mcm umah aunty tu umah mak ayah tina, haha..

    all in all, tina syg pija.. walapun mulut dia kdg2 laser, haha.. tapi hati dia sangat baikkkkkkk..

    :)

    and tian doakan aunty akan sembuh.. aunty sabar banyak2.. ni semua dugaan tuhan.. and whatever it is, aunty ada fam and kawan-kawan yg sayangkan aunty! :)

    ReplyDelete
  58. *touching*

    utngnye aunty n uncle..sy doakn smoga peeja bjaye ddunia n akhirat.. doa ibu tu sgt pnting..untg peeja ade ibu yg sgt memahami mcm aunty..

    ReplyDelete
  59. entry yg sedih....sob...sob...

    sampai tk tahu nk komen apa.....sob....sob....

    anyway, saya doakan yg terbaik utk untie dan family....utk peeja, semoga tabah menghadapi dugaan.....amin!!!

    ReplyDelete
  60. auntie..

    so touching :(
    pray to Allah tht everythg will be fine with ur family..

    ReplyDelete
  61. Kak,
    thank you for your comment.I always felt better after reading what you wrote.

    ReplyDelete
  62. untung pija dpt mama yang sayang sangat kat die..auntie pun untuk dpt anak yang baik macam pija...huhu..terharu saye baca citer auntie...interesting...

    ReplyDelete
  63. untungnya dapat anak yang sanggup berkorban kepada ibu dan bapa..semuga beliau berjaya juga nanti

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...