THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Wednesday, May 12, 2010

Kenduri Kendara

Aunty janji nak citer pasal kenduri kahwin anak buah ari tuh,
ada sikit2 gambar yang di ambil oleh uncle
bolehlah aunty selitkan kan sini.

Sebelah pihak lelaki hanya buat doa selamat, jemputan 250 orang.
Persiapan kenduri sama macam kenduri kahwin...ada pasang khemah,
ada goodies bag, ada meja utama utk pengantin..
Hanya tak de pelamin utk persandingan..

Aunty tak bertanya pulak kenapa tak bersanding..

Aunty tak sihat hari tuh, sebab makan tapai ubi banyak sangat kat
kenduri di sebelah perempuan (dewan Bkt Beruang)
Aunty terbaring jer dalam bilik, jengok2 sikit2..
tapi tak keluar dari rumah..

Banyak lah pulak jemputan2 masuk bilik
Melawat aunty
Bila dengar aunty kurang sihat..


Nih persiapan membersih ayam 60 ekor,
menantu aunty (yang berbaju hijau) pun ada menolong,
kesian pulak kat dia..
sebab diakan 'anak orang senang' tapi jiwa dia ikhlas nak menolong..

Bila dah habis menolong tuh, dia masuk bilik aunty,
Dia spray minyak wangi..
Aunty cuma senyum dan tegur dia..

Aunty : Emm...bau ayam yer??

Menantu : Aah aah mama, zeity dah basuh tangan dan lengan bersih2
pun masih rasa lekat bau ayam lah..

Auntie : Memang lah..dah duduk berjam2 mengadap ayam tuh..
bau tu dah ada dlm fikiran..
Nanti okay lah tuh..


Gambar nih pulak, tukang masak suami isteri pada hari tuh..
Bukan orang lain pun..
Dia orang tuh adalah ipar duai pada adik aunty
Aunty kurang pasti pulak, apa yg tertenggek diatas api tuh..



Gambar nih pulak, Adik2 ipar aunty sedang makan awal,
Kul 11 : 30 pagi...Sebelum jemputan datang
Emm..makan penanggah ker apa orang sebut..

Nih gambar pasangan pengantin

Makan beradap dengan saudara mara pengantin perempuan
Aunty tak tahu lah apa hidangan mereka

Tapi aunty amat terharu..
Sebab dalam kesibukkan tuh
Anak aunty Khairul menghantar aunty makanan dalam bilek..

Khairul : Mama tak bangun2, mama makan lah sikit, ayul (nama timangan) dah bawak nih..
nanti mama hypo pulak..
Apa yang dia bawak utk aunty makan??
Nasi putih
Assam pedas ikan tenggiri
Daging masak kari dan ubi kentang
Sayur goreng kobis dan karot
Ikan kering goreng

Air sarsi
Agar2 kosong (warna merah)
Tapai
Bubur kacang durian

Ooi..banyak nyer..
Tapi aunty memang makan dengan sudu sampai habis..

Dah tuh terbaring balik..kekeyanggan dalam kesakitan..

Nih pulak pengantin bergambar dengan saudara mara pihak pengantin lelaki,
Mana aunty??
Memang tak der sebab kan dah aunty kata
Aunty terbaring dalam bilik..


Gambar pengantin dengan pihak keluarga perempuan



Keluarga belah perempuan dan keluarga lelaki
Menghantar mereka pulang

Anak aunty membasuh pinggan di bilik air luar rumah..
Pernah x auntie citer..
Rumah uncle kat kampung nih besar sangat..
Arwah bapa mertua aunty bina rumah besar nih
utk kesenangan anak2 nya berkumpul nanti
Bilik tido ada sepuluh, bilik air ada tiga..
Tapi kami masih lagi beratur2
tunggu giliran bila nak ke bilik air
Sebab cucu dah hampir 40 orang kesemua nyer..
Hampir semua dah berkahwin pun

Gambar nih pulak
Mereka berkaraoke bila kerja2 dah selesai..

Aunty tak der gambar..
Mereka bersiram2 air dan calet2 arang kat muka
Tradisi melaka yg masih ada di praktikkan setelah selesai majlis..

Majlis kahwin yg amat sederhana..
Alhamdulillah..
Sempurnalah perkahwinan anak buah aunty dan isterinya
Moga mereka bahagia menempuh alam perkahwinan.
Amin

5 comments:

  1. salam unty
    bagus anak menantu unty
    teringgat mak masa kenduri kwen anak saudaranya
    gtu gak terbaring tak sihat..

    unty pasal siram siram air tu, sya pernah kena, tak sempat nak selamatkan diri
    kuyup...
    dekat tampin pun ada gak g2, mungkin sebab sempadan dgn melaka kot.. ;o
    disitulah kemeriahannya betul tak?

    ReplyDelete
  2. salam kak nani...
    kalau ikutkan memang meriah kenduri kawin kat melaka...
    siap dengan main mercun/bunga api masa menyambut pengantin.. masa lepas kenduri.. main air.. siram2 dan calit arang...
    tapikan.. makin lama.. semakin dah kurang buat itu semua...

    ReplyDelete
  3. Salam.

    Bergotong royong buat kerja kahwin ni seronok sbb dpt merapatkan hubungan kekeluargaan. Kalau tak berat tulang, semua org suka.

    ReplyDelete
  4. lembut jer warna pilihan pengantin

    ReplyDelete
  5. sekarang nih time kenduri cam ni la nk jumpa sedara mara...best sangat bila dapat berkumpul tuh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...