THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Friday, May 7, 2010

Bahagia Tak Terperi

Selagi bergelar Ibu dan Bapa.kpd anak2
Tak kira lah....

Anak tuh...

Soleh/Soleha atau pun sebalik nya,
memberikan kegembiraan atau pun kesedihan

Adakah Ibu Bapa mengharap 'Imbuhan' dari anak2 nya untuk membalas jasa??

Kalau 'Ya' then its not fair for the child..
Probably he or she needs to build their own life..

But if yr child is thoughtful, then you are lucky

Pernah aunty terdengar kata2 orang2 tua ketika dulu

'Dalam setandan pisang bukan semuanya elok'

Takutnya kalau lah betul perkara tuh boleh berlaku dalam kehidupan

Apa perlu kita lakukan utk menjadi Ibu Bapa yang bahagia di kemudian hari??

Kalau dari jawapan aunty yg dah berumur 55 tahun, banyak yg aunty encounter baik keluarga sendiri, keluarga terdekat dan juga kawan2 sekeliling..

Ibu Bapa kena mendidik anak2 agama
Fahamkan anak2 apa itu hidup di dunia dan akhirat

Kalau semua dah di lakukan....

Apakah itu boleh menjamin kejayaan??

Oh! pada aunty..Pergaulan juga memainkan peranan..

Aunty selalu juga dengar kata ungkapan di sekeliling kita...

Mesti Mak Bapak dia tak ajar dia..yakni 'KURANG AJAR'

Bapak borek anak rintek...

Yang paling worst, bapak kencing berdiri, anak kencing berlari..he he he

Kenapa pula terbabit pada Mak Bapak??

Kalau nak huraikan memang tak akan habis dengan entry ni..

Sempena satu dunia yg meraikan 'Hari Ibu'
jom kita sembang2 pasal peranan ibu dalam ertikata menjaga anak..

Aunty dah menjadi seorang ibu kepada anak2

pertama selama 32 tahun..(Khairul)

kedua 29 tahun..(Hafizi)

ketiga 27 tahun (Peeja)

keempat 24 tahun (Noy)

Apakah peranan saorang ibu??

Aunty tak nak citer kepayahan masa
mengandung..9 bulan 10 hari..
sakit bersalin 10 jam or more
dalam pantang 44 hari


Citer penjagaan anak selepas kelahiran..
dari kaki anak tuh sebesar 'dua jari hingga lah sebesar tapak tangan'...

Menyusukan anak2 nya dari hari pertama hinggalah putus susuan
(tak kiralah berapa lama..terpulang kpd rezeki anak itu - mungkin 40 hari dan mungkin 2 tahun, dan ada juga lebih dari itu)


Cerita pasal susuan pun tak habis kalau nak di catitkan di sini..

Bila anak merengek nak susu..

Bangun tengah malam lah, depan khalayak ramailah,
bagi ibu yg berkerja, kena memerah susu utk anak nya,
ibu juga terpaksa menjaga pemakanan supaya susu badan
tidak memudaratkan anak dan makan benda2 berkasiat utk
menambahkan susu utk anak nya..
Payu dara membengkak, puting terluka kerna kerap dan kuat hisapan anak..

Mandikan, pakaikan baju, salin lampin, susukan dan tidurkan...

Sekarang buaian dah menggunakan elekric, anak di tinggalkan membuai lena sendirian...

Dulu2 ibu membuai anak, sampai lena dengan ayunan kedua tangan
Suara ibu yg perlahan2, melagukan anak dengan ' La illa ha illah'
Kadang kala ibu juga sampai terlepas tangan dari buaian ...
tertidur di bawah buaian,
sampailah terjaga mendengar rengekkan anak nakkan susu lagi di pagi subuh...

Ibu juga tidak sanggup melihat walaupun seekor nyamuk menghinggap anak nya..
di buatkan kelambu atau pun menudung/menyangkut kain ketika dalam buaian..

Anak tak kan di biar dlm keadaan yg membahayakan,

bila anak mula merangkak, ibu akan turut mengesot2 ikut anak nyer..

bila anak mula bangun utk berdiri, ibu juga akan siap bersedia menghulur kedua tangan..takut anak jatuh..

bila anak mula berjalan, ibu juga turut membongkok2 berjalan mengikut pergerakkan anak

bila anak mula berlari2, ibu turut 'berlari2 anak' mengejar anak....

Sebelum anak pandai bercakap, ibu dah mula mengagah2 anak dengan perkataan2 manis..hingga anak kecil tuh tersenyum..

Emm...terbayang aunty ketika membelai dan berkata pada anak2 aunty ketika mereka masih bayi..yg masih belum faham aper2...

Sapalah yg tantik2 tuh?
Anak sapa yg bucuk2 tuh?
Anak sapa yg temek2 idung tuh?

Membelek2 telinga anak, tapak tangan anak, kedua2 kaki nya...

Emm.....Sungguh manis kenangan...

Semua ibu akan memberi ciuman utk anaknya tertalu2, tak kira waktu..dalam keadaan apa jua pun, jaga atau tidur, sihat atau sakit..

Tanya diri kita sendiri..
Ada kah kita cium ibu kita macam tuh sekarang??

Emm..sedihkan ...bila mengingati saat2 ibu meninggal dunia yang dah kaku terbujur ...
bergilir2 anak memberi ciuman terakhir di dahi ....

Jangan tunggu sampai 'ibu meninggal baru nak dicium'
Ciumlah ibu bila2 masa yg sesuai, setiap hari saperti mana ibu mencium anak nya ketika dulu..

PESANAN AUNTY KPD ANAK2 - BAIK YG DAH KAWIN ATAU BELUM DI LUAR SANA...

Bagi anak2 yang berjauhan dengan ibu, selalu2 lah menanya kabar berita..adakan masa, luangkan masa utk balik melawat

Bagi seorang ibu, mendengar suara dan apatah lagi bertentanggan mata dgn anak nya adalah 'Bahagia' yang tak terperi bagi nya..

25 comments:

  1. sayang pada mak tak terkata! (^_^)

    hepi mother's day to u auntie mama :)

    ReplyDelete
  2. Sedihnya, tak tahu apsal baca entry ni rasa sebak. Mungkin sebab dah tak ada masa nak manja-manja dengan emak :(

    Thank you aunty, for the reminder.

    ReplyDelete
  3. Can't wait to go back to hometown tomorrow to be with my mom...at the same time kesian kat isteri yang pasti merindui arwah ibunya.

    Thanks auntie for your advice and I really envy your strong spirit.

    Selamat hari ibu kepada semua ibu ibu.

    ReplyDelete
  4. Entry yang sangat bermakna untuk semua yang bergelar ibu dan anak..tq so much auntie.. Happy Mothers Day...

    ReplyDelete
  5. salam kak nani...
    satu peringatan yang baik untuk kita semua.. terima kaseh kak nani..
    (tapikan.. adab melayu kita ni, payahlah nak tiba2 datang kat mak dan cium mak... tapi syukurlah.. saya dgn anak2 sejak kecil2 lagi dah mulakan cium mereka walaupun dah besar panjang...)

    ReplyDelete
  6. happy mother's day auntie...

    alhamdulillah, sy pn dpt mak yg begitu sporting cam auntie...love my mum...n auntie too

    ReplyDelete
  7. sdihnye bace n3 aunty ni..tringt kat mak..thun ni 1st time smbut mothers' day tanpa mak..

    happy mothers' day aunty..smoga Allah mmberkati pngorbanan aunty sbg ibu.. amin..

    ReplyDelete
  8. Salam Aunty,

    Sob sob sob sedih baca n3 ni..
    Happy Mother's Day Aunty ^___^

    ReplyDelete
  9. dunno why but when I read this 'rasa sebak d dada...'

    ReplyDelete
  10. happy mother's day aunty..

    :D

    ReplyDelete
  11. happy mother's day aunty nani!

    betul cakap aunty about ciuman ibu... i never thought of it that way.. i kiss the cats more than i kiss mama.. thank you for sharing this with us!

    ReplyDelete
  12. Saya rasa nak nangis baca ni.. tq sangat2 auntie ingatkan kami semua

    ReplyDelete
  13. rasa sebak dgn en3 nih..
    terima kasih unty...
    selamat hari ibu juga.... ;)
    xoxo

    ReplyDelete
  14. Pengorbanan seorang ibu yang begitu tabah...... selamat hari ibu buat untie.

    ReplyDelete
  15. sedihlah aunty. tp terima kasih krn mengingatkan kami.

    selamat hari ibu juga kepada aunty.

    ReplyDelete
  16. sebak baca entry nie ...really touching and makes me re-think about my relationship with my mum....thank you aunty for this posting! Happy Mother's day to you ....

    ReplyDelete
  17. aunty selamat ari ibu.ari ibu adalah tiap ari kan coz jasa ibu tak terbalas.bila dah jadi ibu ni baru sedar mcm ni mak rasa masa kami kecik..betapa sabarnya mak didik kami dulu..tq aunty coz ingatkan kami...

    ReplyDelete
  18. terima kasih aunty utk pesanan ini :')

    slmt hari ibu juga, aunty!

    ReplyDelete
  19. AnonymousMay 09, 2010

    im u SR
    aunt.. sedihnya baca entry ni.. sy baru 4 bln jadi ibu, anak saya mak saya jaga, sbb saya keja. dah la dulu penat jaga anak, skang jaga cucu.. sgt teruk saya ni.. tp x de pilihan.. sedih, mak boleh wat yg terbaik utk anak, tapi bkn anak...

    ReplyDelete
  20. hehe....selalu rindu pada mak, kalau boleh nk kerja kat kampung. tapi mana ada kerja planner kat sana..huhu

    i miss my mom so much ~

    ReplyDelete
  21. Ass-Salam
    Anak anak yang sejahtera adalah anak anak yang sentiasa membahagiakan keduaibubapanya semasa hayat mereka...

    ReplyDelete
  22. sedih aa ati baca ni..huhuhuhu...mama kita jauuuhhh~ setahun sekali aa dpt ciummm..huhuhuuu~

    ReplyDelete
  23. salam kenal kak..
    semoga hani dapat belajar dari pengalaman akak..God bless u and hv a nice day ahead.

    ReplyDelete
  24. Rindu kat arwah ibu....sob...sob..sob...alfatihah

    ReplyDelete
  25. Happy Mother's Day...Kak Nani.
    Tersentuh bila baca entry Kak Nani. Saya tidak merasa kepayahan mengandung dan kesakitan melahirkan anak2 sepertimana Kak Nani dan ibu2 yang lain melaluinya. Allah shjlah yang mengetahui sebab2nya.

    Walaubagaimanapun saya menerima ucapan "Happy Mother's Day" dari 2 orang anak tiri saya, Adik dan Anan serta cucu2 saya. Terharu saya pada waktu itu...kerana sesungguhnya saya menerima ucapan itu dari anak2 Abg Bur yang bukan saya yang melahirkan mereka.... terharu, kerana masih ada anak2 yang menyayangi ibu tiri mereka. Terima kasih dgn kurniaan Mu, Ya Rabb.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...