THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Wednesday, April 21, 2010

Tukang Kapak, Mungkar dan Nakir

Again another email yg aunty nak kongsi..

Al-kisahnya seorang jutawan telah menulis satu wasiat barang siapa yang dapat menjaganya di dalam kubur setelah beliau mati nanti akan diwarisi separuh dari harta peninggalannya. Lalu ditanya pada anak-anak semua adakah mereka sanggup menjaganya di dalam kubur nanti. Lantas menjawab anak, mana mungkin kami sanggup menjagamu wahai ayah kerana pada masa itu ayah sudah pun menjadi mayat.

Selang keesokan dipanggil semua adik-beradiknya dan beliau berkata, "Wahai
adik-adikku sekalian sanggupkah kamu menjaga akan daku setelah aku mati
nanti bersama selama 40 hari di dalam kubur yang ku hias indah seperti banglo mewah ini dan aku juga akan memberi setengah daripada harta ku kepada di antara kamu yang sanggup bersamaku."

Adik-adiknya pun menjawab, "Wahai abangku, adakah engkau sudah gila mana
mungkin manusia sanggup bersama mayat selama itu di atas bumi inikan pula
di dalam tanah."

Lalu dengan sedih jutawan tersebut membawa diri ke kamarnya. Beliau masih
bertegas dengan hajatnya yang ingin ditemani di dalam kubur nanti apabila
beliau sudah mati nanti. Dipanggil setiausahanya supaya diuar-uarkan di
dalam akhbar dan media akan wasiatnya itu.

Akhirnya sampai jugalah hari di mana jutawan tersebut kembali ke rahmatullah. Kuburnya dihias indah dan digali seperti sebuah banglo di dalam tanah yang mempunyai kemudahan harian selama 40 hari.

Pada waktu yang sama seorang Tukang Kapak yang sangat miskin telah mendengar akan wasiat tersebut lalu diberitahu kepada isterinya apakah dia perlu mengambil kesempatan ini untuk menjadi kaya.

Isterinya berkata, Wahai suamiku, apalah sangat menjaga mayat tersebut selama 40 hari dibandingkan kerja-kerjamu di dalam hutan bertemu harimau dan hantu bajang ketika menebang kayu. Lagi pun makanan disediakan.

Tukang kayu tersebut dengan tergesa-gesalah ke rumah jutawan tersebut untuk memaklumkan kepada waris jutawan tersebut akan niatnya.

Keesokan harinya dikebumikanlah jenazah jutawan tersebut walaupun mendapat
bantahan dari orang-orang yang tahu akan agama. Si Tukang Kapak tu pun ikut sekali turun ke dalam tanah bersama kapaknya.

Setelah tujuh langkah para hadirin meninggalkan tanah perkuburan maka datanglah Mungkar dan Nakir ke dalam kubur tersebut.

Si Tukang Kapak yang tahu sedikit pasal agama menyedari akan siapa yang hadir itu pun menjauhkan diri dari mayat jutawan tersebut.

Terdetik di fikirannya bahawa sudah tiba masanya jutawan tersebut akan disoal oleh
Mungkar dan Nakir.

Tetapi sebaliknya yang berlaku, Mungkar dan Nakir telah menuju ke arahnya dan lalu berkata.

Apa yang kau buat di sini?
Aku menjaga mayat tersebut selama 40 hari untuk mendapat setengah harta wasiatnya.

Apa harta yang kau ada sekarang?
Aku cuma ada sebatang kapak ini sahaja untuk mencari rezeki.
Dari mana kau dapat kapak ni?
Aku membelinya.
Lalu hilanglah Mungkar dan Nakir di hari pertama di dalam kubur tersebut.

Hari kedua di tanya pula, apa yang kau buat dengan kapak ni?
Aku menebang pokok untuk dijadikan kayu api untuk dijual.

Hari ketiga di tanya lagi pasal kapak tersebut
pokok siapa yang kau tebang dengan kapak ni?
Kat hutan mana ada orang punya pokok.
Adakah kau pasti?
Lalu hilang lagi Mungkar dan Nakir hari ke empat.

Adakah kau potong pokok tersebut dengan kapak ini ukurannya dan beratnya sama untuk dijual?
Aku potong cincai-cincai je, mana boleh ukur sama rata

lalu hilang dan muncul Mungkar dan Nakir tersebut selama 39 hari dan soalannya tetap sama berkisarkan kapak tersebut.

Di hari terakhir yang ke 40, datanglah Mungkar dan Nakir
sekali lagi bertemu dengan Tukang Kapak tersebut.

Berkata Mungkar dan Nakir hari ini hari terakhir aku bersamamu buat seketika tapi aku akan bertanya pasal kapak ini. Belum sempat Mungkar dan Nakir menyoal beliau, si Tukang Kapak tersebut telah melarikan diri ke atas dan membuka pintu kubur tersebut. Lalu di perhatikannya begitu ramai orang sudah menantikan kehadirannya untuk keluar dari kubur tersebut.

Si Tukang Kapak tersebut dengan tergesa-gesa keluar dan meninggalkan mereka semua dan sambil berkata ambillah korang semua harta tersebut dan aku tidak menginginkannya lagi.

Sesampai di rumahnya lalu si isteri berkata wahai suami ku, di manakah setengah harta peninggalan jutawan tersebut.

Maka jawab si Tukang Kapak. Aku tidak mahukannya lagi. Sedangkan harta aku
yang ada kat dunia ini hanya kapak. Tapi apa yang di soal Mungkar dan Nakir selama 40 hari semuanya hanya pasal kapak ini. Apa akan jadi sekiranya harta aku begitu banyak. Bagaimana dapat aku menjawabnya.

Kalau lah benar apa yg terjadi dalam kubur tuh..Yang di soal ada lah harta apa yang kita tinggalkan, memang tak habis2 lah akan di soal oleh Mungkar dan Nakir.

Adakah harta yg di tinggalkan itu halal atau haram??


2 comments:

  1. salam unty
    dah 2 hari berturut turut anak dara sya mintak sya semak
    senarai nama Malaikat dan tugas2nya

    tq unty kongsi ilmu bersama ;p

    ReplyDelete
  2. salam kak nani,
    terima kaseh kerana berkongsi carita untuk iktibar kita bersama-sama...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...