THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Tuesday, April 27, 2010

Private Function

Malam Sabtu 25hb April, aunty dan uncle dpt invitation to a private function di Bora Ombak.

Tema malam tuh All in White, Majlis Perpisahan kawan aunty yg sangat aunty sayangi.

Aunty yg sebenar nya kurang sihat tapi di sebabkan kawan aunty akan bertolak ke France menjadi Duta di sana pada minggu depan.

Malam tuh jemputan lebih kurang 200 orang termasuk kanak2.
90% datang in White.

Meriah sambutan nyer, ada penyanyi dan iringi oleh band dan juga tarian poco2.

Since ada kanak2, badut dan juga face painting dijemput utk menceriakan malam tuh..

Makanan di hidang secara buffet, memang uncle ambilkan utk aunty sebab aunty tak kuat dan susah nak berjalan tambah2 lah tempat tuh banyak tangga.
So jadi mem besar lah aunty..uncle jadi waiter ...kesian dia... berapa kali ulang alik ambil kan utk aunty....he he he

Aunty nak citer kat sini, apakah rasa aunty ketika menghadiri majlis tersebut.

Emm....tak dengar apa2..sunyi

Meriah sambutan pada aunty hanya lah dengan pandangan sekeliling tanpa bunyi2an..

Terasa kekok juga sebab bila bersalaman dgn orang yg tak kenal, terpaksalah pegang telinga dan explain yg aunty tak boleh dengar lansung.

Memang sedih lah, tak dpt borak2 mcm orang lain. Ketawa dgn gurauan dan bertepuk tangan mendengar nyanyian dan tarian kumpulan pada mlm tuh..

Even bila ada orang membawa doa pun aunty tak tahu, nampak orang menadah tangan menandakan doa sedang di baca baru lah aunty turut menadah tangan.
Bila masa nak Aminkan pun tak tahu....,
Aunty hanya ikut perbuatan org ramai...
menekup muka menandakan doa dah habis di baca.

Tapi aunty amat gembira sebab dpt bersama berkumpul dalam majlis tuh..

Gambar2 semua nya uncle yg ambil..

Banyak makanan yg di sediakan


Group photo kawan2 nya yg terapat :
Yang tengah berbaju hitam dan kanan nyer ada lah host malam tuh
Tan Sri Aziz Zainal dan Isteri nya Puan Sri Rozee
Dari Kanan ke Kiri
Tan Sri Aziz Zainal, Datuk Zulkifli Zain dan Uncle

Puan Sri Rozee dan Aunty

Close up sikit

Budak2 ghalit dengan badut

Aunty menunggu makanan di serve olih 'waiter' peribadi..he he he

Muka kekenyangan

Kawan aunty nih baru bersara, sebelum nih dia berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia sebagai Panglima Angkatan Tentera.

Alhamdulillah, dia terpilih utk menjadi Duta di France selama 4 tahun..
Inshaallah kalau di izinkan Allah, aunty ke Paris lah hujung tahun nih atau awal tahun hadapan

To my beloved and dearest,
Tan Sri Aziz Zainal and Puan Sri Rozee
Good bye
Good Luck
You'll be missed
but the warmest wishes
for success and happiness are with you ...
wherever you go

9 comments:

  1. wahhhhhhhhhh..auntie nk ke Paris?? sronoknya la hai (^_^)

    ReplyDelete
  2. waiter peribadi tu uncle ek..huhuhu

    ReplyDelete
  3. Salam Aunty,

    Wohooo.. best tu Paris, Dayah miss betul moment2 dkt sana.

    Although people dia tak best, but the scenery best.. hehehehe

    ReplyDelete
  4. Aunty, salam ziarah :)

    ReplyDelete
  5. wah bestnya aunty nak pi paris.... nti leh beli LV murah skit dr sini kan aunty :)



    kasih8953

    ReplyDelete
  6. aunty...!!
    nk dtg France singgah la UK skali.. Dyla bw aunty jenjalan UK... hehe

    ReplyDelete
  7. Salaam Aunty,

    Menitis airmata saya bila baca entry ni part yg x dengar tuh. Itu adalah ujian Allah, insya ALLAH saya sentiasa mendoakan kesihatan aunty semakin pulih, keajaiban dari ALLAH dan aunty tabah sabar menerima ujian ini.

    wahh aunty nak gi Paris yek..seronoknyeee.......

    ReplyDelete
  8. Ai : Inshallah kalau di izin Allah

    Lolipop : Dah bnyk kali uncle jadi waiter utk aunty especially gi kenduri kahwin.

    Dayah : Pasal ada kawan maka nak gi

    Mak Su : Tima kasih

    e.t.t.y : Tq sebab perihatin

    kasih8953: LV?? Tak payah gi Paris kalau nak beli, kat Malaysia pun dah ada cuma siap duit jer kann...

    Lady Dyla : TQ for the offer

    Azma : Tima Kasih doakan aunty semoga sembuh cepat. Tima Kasih sekali lagi.

    ReplyDelete

Pada yang terbuka hati utk tinggalkan komen disini..
Didahului dengan ucapan Ribuan Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...