THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Monday, April 12, 2010

Permata - Batu Serai

Auntie teringat satu pengalaman auntie masa auntie sihat dan terang tang tang muda..

Betul ker ada batu2 permata yg boleh di perolehi dari alam ghaib??

Suatu ketika dulu masa auntie masih kerja, agak2 pada tahun awal 90'an..kat office auntie ada kawan laki2 auntie bawak batu permata serai wangi.

Siap citer yg batu tuh, nak kan auntie jadi tuan nyer..

Batu tuh sangat cantik, berkilat2 memang boleh buat cincin.

Citer nya bermula..

Kawan auntie tuh bermimpi beberapa kali yang belakang rumah kawan dia ada harta karun. Bertempat kat pokok serai wangi dan ada sungai kecil.

Bila kawan auntie telepon dan bertanya kawan nyer betul ker rumah dia ada tanam serai wangi dan ada sungai kecil.

Kawan dia kata memang ada..

So dia pegi dan mintak izin utk mengali kat situ..

Tapi hasil nyer hampa..tak de apa2

Dia pun bercerita kat auntie..

Yg hairan nya auntie tak semena2 menasihati dia cara macam mana nak jumpa apa yg dia mimpikan.

Pelik auntie macam maner auntie boleh menasihat benda yg auntie sendiri tak tahu menahu tentang perkara tuh..

Auntie kata, bila kau nak gali..siapkan tikar, kain kuning sebesar sapu tangan utk sambut benda yang kau ingin perolehi.

Dia pun pergi lah sekali lagi dan ikut apa yang auntie nasihatkan..

Terkejut dia, bila dia mencabut pokok serai wangi tuh ada batu2 permata sebanyak 7 biji yang jernih berwarna pink, hijau dan kuning yang melekat2 kat akar pokok tuh..

Dengan ghairah nya dia berkongsi permata2 tuh dengan kawan dia tuan rumah tuh..dan menyimpan permata tuh dalam kepok yg beralas kain kuning.

Malam tuh dia bermimpi yg salah satu batu tuh konon nyer harus dia bagi auntie.

Tapi dia tak ikut mimpi nya...

Dia bermimpi kali kedua dan ketiga..

So..akhir nya dia bagi auntie satu biji batu yg berwarna kuning.

Yang pelik nya batu serai wangi tuh boleh melekat kat cermin muka macam magnet.

Eee...seram auntie..

So...auntie kata dengan rela hati auntie serahkan batu tuh pada dia, auntie tak mahu simpan benda2 macam tuh..

Benda2 pelik juga berlaku pada kawan auntie tuh, kata nyer bila malam macam ada orang berjalan depan rumah dia mundar mandir, isteri dia pun nampak..

Akhirnya dia gi jumpa orang yang arif tentang batu2 permata ghaib dan dia buang kadam yg menjaga batu tuh..

Pelik kan...

Tak tahu lah benar ker citer kawan auntie tuh...

Tapi nanti auntie citer lagi tentang batu2 permata nih yg auntie sendiri tengok macam maner operasi untuk mendapatkan nyer. Ada group of people yang memang kerja cari makan dengan batu2 permata nih..

Tapi yang pasti batu2 murah jer harga nya, auntie pernah bertanya harga sebiji hanya RM 50 ker RM100 saja ketika tuh..sekarang wallahuallam..tak tahu auntie.



Gambar batu2 permata dari alam ghaib yang auntie google. Memang mcm yg kawan auntie punya.

5 comments:

  1. my bunda pun ada batu ni dalam laci dia..haih...tak buat cincin pun..tetap encik habib menjadi pilihan.

    ReplyDelete
  2. salam auntie...
    lama x datang sini..membizii diri je heheh....

    harap auntie sihat selalu..:)

    ReplyDelete
  3. aunt, mak saya ada byk batu2 neh..
    batu yg mmg benar2 ditarik dari dlm tanah mmg melekat kat cermin..
    mak saya kata batu neh kalau buat subang, ramai org lelaki akan mudah jatuh kasih kat kite...
    kalo pompuan2 yg da bernikah, elok jgn buat...
    kalo org yg jenis hati tak betul pun tak elok simpan atau buat perhiasan batu2 neh..
    panas nanti..
    dekat bagan serai ada satu org yg selalu tarik batu2 neh...
    depends on rezeki kite la..
    kdg kalo niat kite baik, memancut2 batu tu kuar dari tanah..
    kalo tak, ada la seketul dua x pun takde langsung...hikzzz..

    saya rasa aunt neh ada penjaga laa..

    -suri-

    ReplyDelete
  4. Permata batu serai ini ditebus dan dapatkan dari aktiviti menarik serai berbunga. Pelbagai kelebihan yang telah dipercayai oleh sesetengah orang apabila memakai batu ini (didapati dari alam ghaib). Batu ini tergolong dalam batu jenis topaz. Ia memang sangat sesuai dijadikan batu cincin, loket atau apa sahaja perhiasan wanita.

    Namun bagi kami ia adalah semata-mata perhiasan sahaja (kristal). Antara kelebihan yang dipercayai oleh sesetengah orang seperti yang saya petik dari blog ini ialah:

    - membawa rezeki dan keuntungan bagi yang memakainya.
    - amat bagus dan baik untuk kesihatan tubuh.
    - ia dapat membangkitkan aura dalam tubuh malah meneutralkan aura
    - sebagai daya penarik pada diri.

    Sekali lagi kami nyatakan pendirian kami bahawa kami hanya SAUDAGAR MENJUAL permata-permata ini sebagai perhiasan sahaja. Hihi...

    ReplyDelete
  5. auntie saya nak nmbor telefon org yg boleh kuarkan batu serai tu boleh tak? sebab pokok serai rumah saya dah byk kuarkan bunga tuu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...