THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Wednesday, April 21, 2010

Halau Nyamok:??



Pernah dengar dan tahu tak ada pokok boleh halau nyamuk??

Petang Ahad yg lepas, aunty dan uncle pergi jalan2 ke rumah kawan dekat Ukay Perdana
selepas buat appointment. (tak berapa elok kalau redah2 sbab takut mengganggu privasy).

Lama aunty bersembang2 (bayangkan aunty yang tak boleh dengar bersembang, dengan lips reading and sign languages jer) dari pukul 5:30 ptg sampai kul 9:30 mlm.
Nak balik sebelum maghrib tapi di tahan oleh kawan aunty sebab hujan mencurah2..

Topic perbualan banyak kearah keagamaan lah..(dah tua2 mana ada gossip2)

Citer2 pasal hobby masa lapang, kak nani suka menanam pokok2 bunga.
Suami kawan bertanya ada tanam pokok halau nyamuk tak??

Aieee! tak pernah pun dengar sampai umur dah tua..ade ker??

Dia pun tunjuk pokok tuh..

Eh eh! betul ker boleh halau nyamuk..

Betul kata dia.sebab dulu2 rumah dia tak boleh lansung buka pintu atau tingkap lepas maghrib, nyamuk berebut2 masuk dlm rumah..

Kalau duduk kat porch pun kena gigit sana sini..

Sejak dia ada pokok tuh, dah tak de nyamuk lagi berkeliaran..

Memang betul pun sebab malam tuh seekor nyamuk pun tak ada walaupun kami berbual2 dan pintu depan terbuka luas.

Hmm..tapi pokok rumah kawan aunty tuh tak ada anak pokok.
(Jenis menegak lurus tak ada dahan dan ranting2 pun)
Dan yang sedih nya pokok tuh dia beli nun jauh dari Sabah.

Memang tak de chance lah aunty nak dpt kan pokok tuh..

Dah tuh semalam aunty google dan hasil nyer...

Ada tiga macam pokok yg aunty jumpa tapi tak ada pulak pokok macam kat rumah kawan aunty....


Kebetulan, Pokok nih aunty ada tanam dua pasu tapi masih kecil, belum nampak berkesan

Pokok ni pulak aunty ada lima pasu, juga rasa nya tak berkesan


Pokok nih kena cari kat nursery, aunty belum ada..

Adakah lagi pokok2 lain yang boleh halau lipas, semut, cicak dan tikus??

Tak payah kita beli insecticide lagi kannn....boleh juga save duit dan cancel pest control punya contract..

4 comments:

  1. mak kita panggil pokok jermin..
    tapi memaaaang boleh halau namuk...

    ReplyDelete
  2. kak nani,
    terima kaseh... nak cari nanti kat nursery.....
    sekarang kan musim denggi.... baguslah tanam di rumah....

    ReplyDelete
  3. auntie, hari tu saya pegi Cameron Highland ada beli pokok halau nyamuk macam gambar yang no. 3 tu. wangi pokoknya..ada bau.. hubby yang sibuk sangat nak beli, buat letak dalam rumah. tapi tulah skang pokok tu dah kering, mati dah dia..kesian dia. tak nak buang punya pasal hubby letak pulak kat luar rumah..hehehe

    ReplyDelete
  4. kalo tanam pokok tu kena penjagaan yg sepatutnya
    xle air terlebih n terkurang
    saya ade tanam.. letak kat depan rumah
    1 pokok je.. n memang berkesan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...