THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Thursday, April 15, 2010

Geliga

Moh! kita sambung citer pasal pengalaman auntie ikut kawan opis pergi operasi cari batu permata dari alam ghaib.

Walaupun citer nih tak menarik pada pembaca sebab tak ramai yg comment...

Auntie nak juga citer..sebab nak catatkan pengalaman dalam blog.

Emm..kawan auntie nih lelaki tapi jauh lebih muda dari auntie. Umur dalam lingkungan lewat dua puluhan mungkin awal tiga puluhan. Sedangkan aunite dah pertengahan tiga puluhan.

Oh Ya! citer nih kira pertengahan tahun 90 an. Okay lah..jom sambung..... dia citer ada group yg akan menggali khazanah2 di alam ghaib pada malam tuh.

Kalau nak join dapatkan 'hasil misteri' dia kena collect RM200 saorang untuk di serahkan pada ketua group sebagai 'upah'.

Benda2 mcm nih, auntie cuma nak menyaksikan saja, bukan nak buat collection...so auntie tak involved dgn kutipan atau pembayaran duit.

Dia bagi clue kat mana tempat tuh dan bila masa nak berkumpul.

So..malam tuh auntie lepas solat Ishak, ajak hubby temankan.

Dia agak keberatan nak pergi tapi auntie pujuk dia.. sebab benda2 mcm nih maner kita dapat menyaksikan secara terbuka dan jarang kita jumpa dan dengar..

Emm.. tak silap auntie tempat tuh dekat Bukit Belacan, Ampang.

Sampai kat situ lebih kurang kul 9:00 mlm. Kawasan kampong, rumah2 tanah lot.
Kawasan nya dah ada lampu letrik.. so quite terang...
Banyak kereta2 parking kat kawasan tuh.
Di celah2 kereta yg banyak tuh, kami dapat parking yg sesuai...

Duduk dalam kereta dan tunggu saja, sambil melihat..
Ramai orang lalu lalang menuju ker sebuah rumah dan semua berkumpul di situ.

Lebih kurang setengah jam kemudian, orang2 tuh bergerak sambil lalu di tepi kereta auntie..
Auntie ternampak kawan auntie terus menyapa dia.
Suami auntie keluar dr kereta, bercakap2 dengan dia dan terus ajak auntie keluar
berjalan kaki tak jauh dari situ...

Ramai yang bawa lampu suluh.. kami tak bawak pun..

Oh!...Ada ladang serai...boleh tahan banyak juga pokok2 serai kat situ dan lapang tanah nyer..
Agak2 boleh di dirikan dua biji rumah bungalow kawasan tuh..

Group tuh nak start operasi nyer..
Dia orang bentang tikar, pasang ubat nyamok, padam lampu2 suluh dan start berzikir ramai2...kalau di bilang secara kasar lebih kurang 30 orang yang berzikir tuh..
Tak tahu lah auntie apa yang mereka bacakan..
Auntie cuma dengar macam 'Bees buzzing' jer..

Ramai juga yang tak join group tuh, macam auntie dan uncle
hanya kat tepi jalan..utk tunggu dan lihat apa hasil dan kesudahan nyer..

Eh! sekejap jer..lebih kurang setengah jam, yg berzikir2 tuh bangun, pasang lampu suluh.
Mereka berpecah kpd 5 ker 6 group dan start menggali dan menyodok pokok2 serai..

Ha!...kami yg menunggu di ajak bersama utk menyaksikan apa hasil yang akan mereka perolehi nanti..

Memang aneh..bila pokok serai tuh di bongkar dari tanah, berserta akar2 nya sekali, melekat2 batu2 tuh kat akar nya...mereka letak atas tikar dan goncang2kan pokok2 serai tuh..
Bertaburan jatuh batu2 permata..dan ada juga benda2 lain juga..

Benda2 lain yg di jumpai ialah Batu2 Geliga yang ada tertulis kalimah Allah.
Bentuk mcm telur puyuh...

Memang auntie hairan dan pelek..betul ker semua nih??

atau pun..... silap mata??

Wallahu alam...

7 comments:

  1. misteri betul la auntie. Odah sure tak berani nak buat macam auntie tu..

    ReplyDelete
  2. unty, sya memang tak suka alam misteri, sbb sya pernah dimasuki oleh 7 puteri semasa di pulau tenggol, ada masa nanti sya akaan buat en3 tu..tpkan unty masa tulis ni pun meremang bulu roma sya :(

    ReplyDelete
  3. kak nani,
    saya masa duduk kat penang, pernah dengar cerita mengenai batu delima keluar dari rumpun pokok serai..
    bila kak nani cerita ni... dapatlah saya faham cerita ni.
    memang misteri.

    ReplyDelete
  4. sama macam sayangsayang ibu
    saya juga pernah dirasuk oleh seorang nenek tua semasa operasi mencari harta karun yang dibuat dibahagian dapur rumah lama kami. mak sedara yang beria-ria kononnya dia dapat mimpi kat dapur kami tu ada harta karun ada emas. so dia panggil bomoh harta karun suruh scan bahagian mana harta karun tu tersimpan.
    saya tak involve duduk tengok je tp entah macam mana terkena rasukan bomoh tu. akhirnya secara tak sengaja saya terinvolve jadi scanner dorang. saya dpt rasakan yg ketika itu saya berusia 100tahun. saya nampak tangan saya kedut seribu. uh seram bila diingat semula kejadian tu.

    ReplyDelete
  5. best aa anty dpt saksikan benda2 gini..sy suka toi citer2 misteri mcm ni...ada lagi tak citer2 gini anty? citer2 antu laagi best! hehehe..

    ReplyDelete
  6. aunty..saya pn ada tgk batu2 camni..mmg btul klu nk tau yg asli mak ckp dia lekat kt cermin..tkejut gak la masa tgk tue..mak saya citer cara amik batu nie sama mcm yg aunty citer tue..tp mak ckp klu ada batu nie jgn salah gunakn nnt jd benda2 x elok..wallahuallam..

    ReplyDelete
  7. bertuah auntie dpt experience camni. bukan semua org dpt peluang camni. klu saya pn pegi jek. best betul.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...