THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Saturday, February 20, 2010

Tertawa di Dunia, Menangis di Akhirat...

Jumpa lagi article untuk dikongsi bersama..
Emm...bila ada rancangan kat TV : R*** L**** control2 lah sikit
Dalam satu hadith, Nabi saw bersabda 'Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati'.

Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati tidak berfungsi lagi.

Nabi Muhammad melarang ummatnya darigelak-ketawa yang melampuai batas. Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu. Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu.

Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media. Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi.Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada berbahagia atau menderita. Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapi di akhirat berpanjangan tanpa had. Penderitaan di dunia hanya seketika tetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kita tentang bahaya yang akan ditempuh.

"Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur". Demikian ditegaskan oleh Nabi saw. Kita sedia maklum, kuburi alah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.

Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turun menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun. Nabi saw pernah bersabda: "Barangsiapa tertawa-tawa nescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat."

Saidina Ali sentiasa mengeluh '....jauhnya perjalanan ... sedikitnya bekalan ....' Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam.

Dalam hadith lain, Nabi saw bersabda "Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka. "Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka.

Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah sepertiyang dicontohkan oleh Nabi saw. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.

Para sahabat pernah berkata "Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak. "


5 comments:

  1. RL tu rancangan paling b*d*h...tak lawak langsung...sesekali tertengok bila tukar2 siaran..

    tingat ayah cakap masa kecik2 dulu...besar dosa org yg dok buat lawak hingga melalaikan org lain...

    ReplyDelete
  2. salam Kak nani,
    satu peringatan yang baik untujk kita semua... terima kaseh kak nani... semuga kita tidak termasuk dalam golongan orang yang rugi...amin.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih banyak2..sungguh menginsafkan..

    ReplyDelete
  4. sya selalu pesan dgn anak2..tak muo ketawa banyak2,kuat2..nanti ILMU keluar
    boleh g2?
    ada satu lagi T*****H x suka betul dengar wartawan tu gelak, hiss..hiss..hiss....
    takut pun ada dengar bunyi dia gelak.

    ReplyDelete
  5. lagi banyak kita gelak. lagi banyak hilang ilmu. kadang2 nadia pun terbabas gelak kuat2 bila dengan kawan2. ya allah. kene selalu muhasabah diri lagi ni =D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...