THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Tuesday, February 23, 2010

Pilihan Allah

Nak update pasal kawan auntie lah..
Ramai nak tahu citer kawan auntie yang masuk Islam.

Emm..auntie sebenarnya keberatan untuk bercerita sebab dah lama...mungkin tak berapa tepat tapi tak per lah...benda baik kan..auntie cuba lah susun bagaimana bermula dia memeluk islam.

Macam auntie citer, dia dah mula berpuasa dua tahun berturut2 pada bulan Ramadhan.

Kawan auntie nih...ah! susah nyer.... meh kita nama kan nyer Sally (samaran lah)

Macam auntie citer, Sally dah mula berpuasa dua tahun berturut2 pada bulan Ramadhan.
Dia juga memakai baju kurung setiap hari Isnin dan Jumaat, tapi tak bertudung lagi lah ketika tuh..

Berbangsa Punjabi berkahwin dengan Eurasian dan bertukar agama ikut agama suami nyer, ketika itu dia masih muda...lepas sekolah 18 tahun kalau tak silap.

Perkahwinan tuh dia dapat 2 orang anak, Yang sulung pompuan dan yg kedua lelaki.

Auntie mengenali nya, bila anak dia dah besar..satu darjah 5 dan satu lagi darjah 6.

Emm..pada awal perkenallan, auntie selalu mendengar rintihan2 dia, pasal ibu mertua nyer yang tinggal bersama2 mereka.

Auntie yang sebenarnya tak berapa gemar untuk mendengar problem2 personal life orang, tapi pasal dia trust auntie so she dump all her sorrows to auntie.

Dia selalu di kasari oleh suami nya, lebam2 tangan dan badan dia kena belasah. Suami dia jenis yang mengikut ajaran agama secara terlalu extreme.
Bayangkan no TV no Radio at home. (tak leh ada entertainment at all). Gaji di serahkan pada persatuan. Bawak balik yang minima sahaja utk keperluan makan dan minum.

So Sally decide to work for extra money for her children and herself. Tempat kerja yang dekat kat umah, di situ lah auntie berkenalan.
Kami berdua sama2 jalan kaki balik umah bila lunch time, utk jengok anak2 kat umah.

Suatu hari, kawan auntie nih, nangis2...berdenyut2 kepala..sakit kata nyer..
dia selak rambut dia...auntie nampak lah lebam kat kepala, lengan dan peha..

Auntie kata meh jumpa doktor, minta doktor buatkan mengesahan dan selepas tuh buat laporan polis.
Dia keberatan tapi auntie kata kalau suami dia nak pukul lagi, mungkin dia akan teragak2 bila dah ada laporan polis. Tak kan nak kena bedal jer sepanjang hidup dengan orang yang tak belas kasihan pada dia dan anak2.
Auntie juga kata kalau dah ada 3 laporan polis boleh bawa suami dia ke Mahkamah utk filekan penceraian.

Rupa2 nya.. memang dia buat laporan, terperanjat auntie bila dah ada 3 laporan, dia kata nak buat apa pulak??

Ohhh!! engage lawyer..process cepat sikit.

So...gedebab gedeboob, process penceraian dalam masa setahun setengah..beres.

Ha....di situlah bermulanya episod dia...

Bila title dah jadi janda..emm..ramai lah balak2 nak himpit. Dia sememang nyer lawa dan menarik, kulit halus bagai telur di kupas..auntie sendiri suka tengok dia.

Okay, ramai2 balak yg menghimpit tuh, siapa kah jadi pilihan??

Emm..tentunya orang yang banyak duit, yang sanggup beli hadiah2 mahal2..
Bayangkan setiap hari Rabu, bunga fresh sampai kat office...sedepa besar nyer...belum sempat kering datang lagi dan lagi...

Ada sekali tuh kawan auntie tunjuk kat auntie barang kemas bertatah berlian berharga RM 30 ribu hadiah hari jadi dia.

Auntie, bukan jealous tapi auntie nasihat dia, jgnlah termakan budi nanti boleh tergadai body. He... he... he... itu kan selalu terjadi.. Nasihat auntie juga normally, cinta tak boleh di jual beli dengan benda2 mewah, it wont last....tapi tak di ambil peduli, dia teruskan juga kawan dengan SI DIA.

Emm..SI DIA yang membawa kawan auntie tuh gi memelok islam. Alhamdullillah.

SI DIA juga membayar tuition fee dia utk mengaji dan belajar sembahyang dan mula bertudung.

Memang sungguh tertib bila dia bersolat di surau kat office auntie. Cara dia duduk berdoa selepas solat sungguh terharu auntie tengok.

Akhirnya dia kawin dgn SI DIA.....isteri yang ketiga. SI DIA belikan kereta baru, rumah baru dan tanggung anak2 kawan auntie. Gi sekolah private.
Rumah juga di penuhi dengan perabot2 import. Pergi luar negeri berhoneymoon.
Emm...selepas setahun berkahwin, bermula lah citer2 kurang enak dari kawan auntie.

Isteri pertamanyer asyik mengganggu dia, anak2 tiri dia dah besar2 juga mengganggu dia, seringkali di maki hamun bila berjumpa. Kesemua nya tukar kereta baru..juga terpaksa SI DIA tanggung.

Isteri kedua pula tak pernah ganggu. Dia tak de anak dengan isteri kedua, tapi SI DIA juga di pujuk utk mengambil anak angkat lelaki berbin kan SI DIA supaya dpt harta kelak.

Kesemua isteri2nya ada agenda tersendiri berebut2 utk memiliki harta SI DIA.

Emm...akhirnya SI DIA datang berjumpa auntie untuk nasihat..sebab kawan auntie dah mula minta penceraian.

Pertemuan auntie dgn SI DIA dan kawan auntie tuh dpt sedikit sebanyak meredakan keadaan..

he he he ....auntie dah penat nih!!!

sambung di lain masa..

10 comments:

  1. uhhh gigih sy baca kisah ni sampai habis untie... Macam2 dugaan yang diterima sally.. kesian dia,, orang2 mmg tak boleh tgk kte hidup senang n bahagia sikit,, ada jer yang sakit hati.. sy tak suka suami yang jenis pukul isteri,, apapun sy bersyukur dgn dikurniakan keluarga yang bahagia.. insyallah.. :)

    ReplyDelete
  2. salam kak nani,
    part meninggalkan pembaca tertanya-tanya.. memang bidang kak nani...
    tak per... saya setia menanti....(kak nani... buat novellah...bakat memang ada... citer pun banyak yg best2...)

    ReplyDelete
  3. Hehe, saspen betul nak tunggu sambungan ni

    ReplyDelete
  4. hohoho..auntie mama dah stat!

    ai suke...ai suke (^_^)

    ReplyDelete
  5. saya tunggu sambungan akan datang ! sambung jangan tak sambung...

    ReplyDelete
  6. oh suspen la auntie...
    tgh feel2 trus bersambung huhu..

    cant wait... :)

    ReplyDelete
  7. Salam Aunty Nani,
    Gigih Dayah baca sampai bawah.. kekeke.. tak pa tak pa..

    Take ur time Aunty x sabar ni .. nak taw cerita seterusnya..

    Take Care Aunty & moga sihat2 selalu :D

    ReplyDelete
  8. bila nak buat citer kelahiran peeja n noy...suka baca

    ReplyDelete
  9. huhuhu .. auty seronok saya membaca cerita ni .. gigih sungguh menghabiskannya ... tggu lama ni ...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...