THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Tuesday, February 9, 2010

Kenduri Putera ku

Pengalaman membuat kenduri.

Kenduri tak besar mana pun hanya melibat kan 450 orang saja. Masih ramai juga yang tak di jemput, memang dpt panggilan dan sms bertanya kenapa tak jemput mereka, tapi kami explain yang kami akan jemput di kenduri yang akan datang. Kami hanya buat kenduri yang berbudget kecil.

Emm...pening juga pasal jemputan yang melibatkan VIP (setting tempat duduk), tapi Alhamdullillah yang di jemput semua hadir. (walaupun ada yang confirm an hour before the dinner).

Makanan catering @ RM 12 per person
7 lauk - Rendang daging, ayam masak merah, Dalca, Sambal Tumis udang petai, Pucuk2 masak tempoyak, Telur Itik cili padi dan papadom.

2 Nasi - Beriani dan putih

Air - Kopi O, Teh O dan sirap selasih.

Manisan - Kek pisang, Oren dan Tembikai.
Tapai, kueh bakar, tempeyek dan anggor (adik auntie Datin Rozi sponsor)

Kek Perkahwinan dan lauk pengantin di sponsor oleh caterer.

Auntie juga di bantu oleh 8 waiter yang berbaju hitam putih pada malam itu.

5 khemah @ RM 300 per khemah. Bertema Hitam Putih, amat tenang dan sedap mata memandang bila dah siap di pasang. Semua nya baru..sebab belum pernah ada orang buat tema warna tersebut...even kerusi2 putih pun baru.

Both the food and khemah are from the same source, our ex army officer yang dah bersara yg venture into food businesss. Yang sebenar nya caterer nih dah experience membuat jamuan2 yang besar melibatkan 10 ribu orang.

I would like to submit my sincere thanks to Excapt Services Sdn Bhd yang telah menghidangkan masakkan yang enak dan khemah yang amat kemas dan menarik.

Siapa2 yang ingin mendapatkan khidmat caterer nih boleh lah hubungi auntie nanti yea..memang class dan sedap.

Untuk halwa telinga (of coz auntie tak leh dengar) auntie dah minta tolong sepupu uncle dan pija untuk downloadkan lagu2 Dondang Sayang untuk malam tersebut.

Majlis di mulakan dengan paluan kompang (download juga) pengantin kedua2 keluar dari pintu rumah terus menuju ke meja high table.

Bacaan doa dan terus menjamu hidangan. Dah tu pengantin memotong kek yang di sponsor oleh caterer.

Pengantin kedua2 beramah mesra from table to table.

Auntie tak de gambar2 nak download kat blog nih, tapi pija will.

Auntie juga mengucapkan ribuan dan jutaan berterima kasih pada saudara mara dan kawan2 yang membantu utk menjayakan majlis.

Tidak ketinggalan jiran2 yang berkerjasama menyumbangkan tenaga dan dengan ikhlas memberi laluan mendirikan khemah di halaman rumah mereka..

Sungguh terharu....nikmat rasa nya bila kenduri dah selesai...

Alhamdulillah................


17 comments:

  1. kak nani,
    alhamdulillah...
    selesai sudah majlis perkahwinan anak sulung kak nani.... semuga berbahagia dan dirahmati hingga ke akhir hayat.

    ReplyDelete
  2. Syukur sumenya dah selesai. Dah bermenantu la auntie. Lps ni cucu pulak menyusul (^_^)

    class oo black + white theme..

    mudah-mudahan perkahwinan ayoi + zety akan kekal bahagia hingga ke hujung nyawa..amin.

    ReplyDelete
  3. Tahniah Auntie, dapat menantu... Semoga kekal abadi sehingga hujung nyawa..

    ReplyDelete
  4. yg pasti kenduri mmg penat giler.mcm saya last 2 years, ayah kakak ipar kena stroke lepas seminggu kenduri abg n akak ipar saya.sbb terlalu penat...hurm..but now he is quite ok dari stroke tu.dah leh jalan sikit2.

    ReplyDelete
  5. Congrats Auntie sebab dapat menantu .
    bertambah meriah lah keluarga auntie.

    P/s : tunggu auntie dapat cucu pulak :D

    ReplyDelete
  6. aunty nani the food was sooooo delicious!! And the black and white theme were veryy subtle and classy.

    Congratulation on getting a menantu :)

    ReplyDelete
  7. Salam Auntie,

    Black & white .. nice ^_^
    Congratulation Aunty ^_^

    ReplyDelete
  8. salam untie,
    tahniah yer dapat menantu..
    mesti xcited kan dapat menantu..

    selamat pengantin baru kepada pasangan pengantin, smoga hidup aman damai hingga akhir hayat..

    ReplyDelete
  9. salam,
    tahniah auntie.. dpt ahli baru dlm keluarga...

    ReplyDelete
  10. Tahniah Auntie, dapat ahli keluarga baru.. Semoga kekal abadi sehingga hujung nyawa..tunggu auntie teruja dapat cucu lah pulak.... ;p

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah...semuanya berjalan dengan lancar.....

    semoga kekal Ayol dan isteri kekal keakhir hayat dan dimurahkan rezeki...

    dan auntie semoga sihat selaluu...:)

    ReplyDelete
  12. salam
    auntie, i just follow your blog recently. Tertarik ngan cerita-cerita auntie ni..n would like to wish selamat menerima menantu, mudah2an jodoh mereka berkekalan. pasni bleh la auntie cite pengalaman jd nenek plak kn?

    ReplyDelete
  13. Tahniah dapat menantu semoga berbahagia hingga keanak cucu.

    ReplyDelete
  14. Tahniah Auntie, dah dapat menantu ye skarang :)

    ReplyDelete
  15. Salam auntie,

    I have send message thru your email and I do hope you manage to read it.

    Anyway, I do hope that you will get better. See ya!

    ReplyDelete
  16. Seronoknyer dapat menantu...nanti dapat cucu.

    ReplyDelete
  17. Hi Marina, wow! Looks really exciting, but lots of work. And you a good planner too.
    Noticed no iced coffee? Ha ha.
    I love your menu....ayam masak merah....itu best!
    Lee.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...