THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Tuesday, February 16, 2010

Apa Faedah??

Sila bagi pendapat...

Kenapa kenduri kawin rata2 auntie dengar jemputan 1 ribu hingga 1500 orang??

Baik di kampung mahu pun di bandar??

1. Adakah untuk beramah mesra ketika kenduri tuh di lakukan?

2. Adakah untuk mendapat pulangan duit collection??

Biar mati anak jangan mati adat??

Yang pasti kedua2 yang pengsan separuh mati, mak bapak, pengantin berhabis2 duit ringgit...

Kad kawin yang mahal, bilik pengantin yang mewah, pelamin yang mahal, bunga telur, persalinan pakaian dan sebagai nya.

Rasullullah berpesan supaya bersikap sederhana!

Tapi masih ramai yang tak ambil peduli...

26 comments:

  1. pendapat sya sebagai anak kampung...
    masa dulu2lah

    kemesraan yg terjalin, usikan, gurau senda
    ikatan kekeluargaan terjalin yang dekat di rapatkan, yg jauh di dekatkan

    tp itu dulu
    sekarang...
    sya tidak terasa sangat suasana tu

    mungkin juga sbb faktor usia mereka , kesihatan mereka terutamanya saudara mara dan jiran taulan.... :(

    ReplyDelete
  2. sokong artikel aunty ni...yang pengsan family pengantin ngan pengantin2 sekali...

    ReplyDelete
  3. saja nak menunjuk-nunjuk..atau dah terlalu gembira anak diorang akan kahwin..maybe betul jugak pasal nak collect balik duit belanja kahwin..

    kenapa auntie?apakah yang terjadi?

    ReplyDelete
  4. Salam... boleh collect duit belanja kahwin balik ker? Heeee....tak tau plak. Kalu kat kampung, jiran tetangga bawak kelapa, tolor, bogheh, rebung dan ramai2 berkampung tolong masak. 3-4 tahun dulu masih praktikal gotong royong berkampung dan berkawah. Kat KL katering ajeler.

    ReplyDelete
  5. tapi auntie...kalau kawan2 and sedara nye mmg seramai itu...mcmane?majlis mmg sederhana sgt..cume tetamu ramai sbb klu xdijemput, akan ade yg terasa..?

    ReplyDelete
  6. kak nani,
    nilah yang saya bincangkan dgn kenkawan rapat... buat apa?.. macam2 pendapat... apapun saya setuju jika bersederhana dan tak harapkan pulangan...(angpow)

    ReplyDelete
  7. sayangsayangibu : Class gitu... TQ

    ReplyDelete
  8. Riez : Emm..kalau dah bertahun2 kumpul duit tapi di habiskan utk 1 majlis sajer...memang pembaziran..

    ReplyDelete
  9. kerol : Betul lah kedua2 pendapat kerol tuh..tapi rasa auntie lah..jgn terlalu mengharap collection dari tetamu yang hadir..

    ReplyDelete
  10. salam kak...kalau adik beradik saudara mara ramai terpaksalah jemput juga esp kalau semua duduk dekat2.tak jemput nanti kecik hati..kawan2 pun kena jemput juga.mcm saya dulu..budget 1500 jer tp yg dtg lebih kurang 3 ribu org..mmg terkejut..nasib baik lauk masak ikut pakat org kg..boleh masak semula..mak sedara saya mmg pengsan keletihan esoknya..
    bab collection duit tu mmg tak difikirkan langsung.
    pada saya apa yg penting niat hati masing2..

    ReplyDelete
  11. Allahu Akbar, macam mana boleh jadi 3000 org? Tak jemput pun dtg juga ker? Ini kes haram makan kenduri tanpa di jemput. Tapi bila dah datang kita sbagai tuan rumah halal kan saja lah..tapi nasib lah ada bahan2 untuk masak dan menjamu tetamu.
    Bab collection duit mmg tak patut di fikirkan yang penting majlis selamat dgn penuh kesempurnaan.

    ReplyDelete
  12. mamawarna : betul lah kalau kat kampong memang praktis 'bertanam' yakni memberi atau menghulur telor, gula, beras dan sbagainyer. Bila anak mereka kawin nanti kita pula menghulur membalas apa yg telah di 'tanam tuh'. Kat KL pula dgn duit ringgit. Kalau kat KL jumlah duit yg besar. contohnyer duit telor, duit beras da lain2.

    ReplyDelete
  13. amyerinaimie : Emm..amy tau tak kalau auntie kata auntie ada lebih dari 10 ribu kawan, kalau nak jemput semua memang pengsan. apa tak nyer uncle service dalam tentera selama 25 tahun. tiap2 satu kem ada 3 ribu orang, mcm maner tuh?? Jadi hanya kawan terapat saja lah yg di jemput.
    auntie ada 3 lagi yg belum kawin, mungkin dijemput para tetamu yang tak di jemput ari tuh..emm...subhanallah

    ReplyDelete
  14. Rahmah : Emm..rahmah ada tiga ker empat gadis nak di kawinkan. Ngee...tunggu masa tuh baru rahmah pening owhhh...apa tak nyer, kawan suami, kawan rahmah, kawan blogger plus kawan anak2. Tapi yang mesti kita lakukan ada lah yang berkemampuan dan dengan penuh keserhanaan. Ang Pow is a bonus..org sekarang memang bagi ang pow bila attend kenduri..dah kurang org membeli hadiah.

    ReplyDelete
  15. kadang2 kerana nak mengikut adat...banyak pembaziran berlaku..yg penting life after marriage..yg tu lagi mencabar dari ari akad nikah n persandingan =p

    ReplyDelete
  16. Eisha : Very true and the best spoken for this subject.

    ReplyDelete
  17. Salam Aunty Nani,

    La ni tak sah orang tak jemput ramai2.. Dayah perhatikan kebanyak client mama semua tetamu 1000++ ke atas & bila munculnya hari Majlis yang datang lebih dari jemputan. hehehe..

    Kampung @ Bandar
    Pada Dayah la kan.. kedua2nya ada pro n cons. Kalau org tu mai dr kg eloklah di kg sahaja. Kerana ahli keluarga ramai yang mahu meraikan. Kalau di bandar menetapnya buat sahajalah di bandar, memudahkan kenalan datang & meraikan majlis. Duit collection ini di mana2 di amalkan, hatta waktu Dayah meraikan perkahwinan seorang sahabat di Tawau baru-baru ini. Tabung duit sebesar pasu tinggi budak darjah 6 di sediakan di pelamin. Penuh sahaja mereka akan ganti dengan pasu yang lain. Ini lebih kepada adat, collection ini turut di amalkan di Indonesia.

    Lepas majlis memang keluarga yang pengsan hehehehe.. nak buat lagi lagi pengsan.. sederhana pun pengsan.. yang kecik pun pengsan.. hahahaha.. tapi kalau ada perancangan & penagihan kerja yang teratur insyaAllah semuanya akan berakhir dengan gembira kan Aunty ^_^

    ReplyDelete
  18. salam,
    nak tumpang bagi komenlah...

    selalunya dalam kenduri ni, akan berlaku banyak pembaziran. keyword dia, `sekali dalam hidup'.

    walaupun mungkin ramai yang mampu, tapi pembaziran tak digalakkan. Tentang jumlah tetamu tu, payah sikit nak cerita, kadang2 memang dia tersangat ramai kenalan. tup-tup ribu-ribu.

    hubby and I pernah berangan kalau anak we all kawin, it will be very simple. No bersanding of course. Jemputan pulak, jemputlah seramai mana yang ingat, lauk pauk mesti best biar tetamu puashati, anak ada 4 orang yang besar2, so, buat sekali gus je!!! hehehehe jimaaaatttt....

    ReplyDelete
  19. salam aunty, mase kawen sy dl jemputan dlm 800 org jer maksud nye suami isteri & anak beranak da sah² kt kad tu tulis seisi keluarga huhu..duit colection x harap sgt pon sbb kite jmput org mkn kn..tp kalo yg 'b'tanam' tu mmg kena balas blk la..

    kalo x jmput kang kecik ati pas tu siap perli² kalo t'jmpa..tu pon ade gak x jmput he²..

    ReplyDelete
  20. kata-kata auntie membuatkan saya terfikir, iya ler, saya ada 4 anak perempuan ni...

    tapi saya kawin dulu hadirin yg datang dalam 1000 gaks, di kampung, gotong royong, sedara2 pun 1/3 dari jumlah tu kot. kawan2 saya, kawan2 adik-beradik pun datang....

    ReplyDelete
  21. Kak nani,
    kalau dikampung kenduri keluarga saya, kalau tidak dijemput mereka akan telefon atau bertanya, kenapa mereka tidak dijemput? Apa salah mereka..natijahnya kena jemput satu kampung dan kampung2 berdekatan..
    Bahkan kenduri2 biasa ni pun, jemputan pun biasanya melebihi 200 orang.
    Biasanya kami bergotong royong, menjalankan kenduri. Tuan rumah penat, saudara mara dan jiran juga penat. Tetapi syukur, semuanya gembira dan tidak ada yang berbunyi kerana tidak dijemput. Collection memang langsung tidak difikirkan dan tidak ada dalam senarai..
    Bahkan kadangkala kalau orang kampung yang agak susah menghulur, kami akan menolak sebab awal-awal ayah dah ingatkan kita buat kenduri bagi orang makan, bukan mahukan duit orang..

    ReplyDelete
  22. Mak Nani,
    Susah ya nak buat keputusan apa yang perlu kita lakukan masa nak buat majlis kahwin...Mak nak buat sederhana, anak nak buat besar2an, bila mak nak buat besar2an, anak nak buat seadanya
    Apapun, secara peribadi, Kita perlu lihat dan ukur baju kat badan kita sendiri....
    Buat serba sederhana, sebab yang sakit kelak, pengantin tu jugakkan...
    Kalau berhutang, anak dah sekolah, hutang belum habis bayar
    Kalau kumpul and guna duit sendiri, alhamdulilah....

    ReplyDelete
  23. Salam auntie,

    I must say it's something IN these days.I mean ramai buat besar-besaran maybe dua-dua belah pihak share satu kenduri (which is goodlah kan?)ada plak katanya kawen sekali saje and time ni lah all out but I think I want a small ceremony,takde duit byk habis..very simple but lepas kawen hopefully takde makan mee segera je byr hutang hehehe.

    But ada je nnt mulut jahat berkicau..kalau buat small ceremony macam2 fitnah keluar..payah juga yea.

    tapi yang penting akad nikahnya.
    dan kehidupan selepas kawen.
    klu besar-besaran tp lepas kawen makan megi je,tak gah manalah.
    pokoknya benda yg harus diutamakan itulah yg sepatutnya.

    ReplyDelete
  24. Ni dari apa yang ayah saya cakap masa buat kenduri kahwin kakak2 saya.. Yang kita jemput ramai2 tu sebab memang kita perlu hebah2kan pasal perkahwinan ni kan, sebab tu la jemput ramai2. Lagipun memang niat nye nak bersedekah.

    Tapi bab belanja mahal2 tu memang pembaziran la.

    ReplyDelete
  25. buat je majlis ikot kemampuan. ni biasanya org buat majlis takot jadi bahan molot org keliling. ala..pedulik je ngan org2 tu. kang tak psl2, lepas kawen sibok nk bayar utang...hohoho

    ReplyDelete
  26. Seronok auntie bila baca semua2 pendapat2 di atas..at least kita boleh lah refer2 bila nak buat kenduri lagi kannnn....

    TQ semuaaaaa.........

    ReplyDelete

Pada yang terbuka hati utk tinggalkan komen disini..
Didahului dengan ucapan Ribuan Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...