THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Friday, January 22, 2010

Hadiah utk mu..

Anak pertama auntie Khairul Zairie akan melansungkan perkahwinan nya pada hujung bulan ni.

Emm....auntie berdoa utk dpt gadis Melaka. Allah telah perkenankan doa auntie selepas tiga bulan.

Kenapa orang Melaka?? Auntie tak nak putus siratulrahim anak2 auntie dengan keluarga2 uncle di Melaka.

Biarlah nanti anak2 auntie dapat jengok saudara mara nyer jika auntie dan uncle meninggal kelak..

Citer sikit macam mana bermula nya perkenalan mereka.

Anak auntie tuh jadi pengapit pada sepupunya di Melaka pada bulan June tahun 2008.

Pada malam berinai besar di rumah pengantin perempuan, ramai kawan2 perempuan pengantin bergambar. Dalam ramai2 tuh, anak auntie ternampak lah saorang gadis yang sedang bergambar..

Di sudut hati nya dia berkenan utk berkenalan, tapi anak auntie tidak approach pd mlm tuh.

Setelah selesai majlis perkahwinan, gambar2 di masukkan dalam PC untuk review...so dia bertanya kat sepupu dia siapakah gadis tuh..

Classmate wife dia. Anak auntie bertanya kot2 ada talipon no..nak approach melalui phone dulu.

Dpt phone no, anak auntie firstly introduce diri dia sebagai pengapit pada kenduri tempoh hari.

Bertanya samaada dia dah ada yg punya. Masih available. So mereka berkawan hanya melalui SMS selama tiga bulan. Anak auntie kat KL dan gadis tuh di Melaka.

Menjelang Hari Raya Puasa..pada tahun tuh, kami dijemput kerumah nya. Itulah second time anak auntie berjumpa selepas majlis perkahwinan sepupunya.

Auntie juga dapatlah berkenalan dengan kedua ibu bapa nya. Masa ni, auntie masih belum sakit lagi..so auntie dapat lah communicate..

Emm...gadis tuh anak pertama, hanya ada adik lelaki saorang saja yang masih belajar..tingkatan lima.

Kami di sambut dengan penuh rasa selesa dan mesra. Bermula lah episod cinta mereka....tapi masih melalui SMS sajer..

No dating at all..

Pada awal tahun 2009 anak auntie menyuarakan hasrat nya.... nak mengikat tali pertunangan..

Auntie risau juga betul ker...gadis tuh dah suka anak auntie?? Bagaimana pula Ibu dan Bapa nya, setuju ker dengan anak auntie??

Jadi pada bulan Januari tahun 2009, auntie bersama uncle, adik perempuan uncle dan anak auntie.... Kami pergi lah kerumah gadis tuh dengan membawa harapan dan hasrat untuk merisek.

Dengan berbekalkan cincin belah rotan yang di beli oleh anak auntie...kami berbincang..

Tarikh, hantaran dulang dari pihak kami dan juga hajat hantaran kahwin nanti. Tak nak lah pada majlis pertunangan akan terkejut pula dengan permintaan/harga hantaran yang akan di tetapkan.

Alhamdulillah...kami bersetuju dengan syarat2 yang di tetapkan maka anak auntie bertunanglah dengan gadis tuh pada 29 March 2009.

Sembilan dulang dari kami dan 11 dulang dari pihak perempuan. Perkahwinan nya nanti akan berlansung dalam tempoh setahun.

Emm..auntie sebenar nya dah tak boleh mendengar masa risek dan majlis pertunangan.
Semua perbincangan dilakukan oleh uncle.

Alhamdulillah...percintaan dah di ikat dengan pertunangan..

Oh Ya! tak sampai setahun pun mereka bertunang..pihak perempuan minta di percepatkan majlis perkahwinan. (9 bulan saja)

Bukan aper, bakal mak mentua anak auntie tuh ada dua boutique andaman di Melaka, so schedule nya amat penuh sepanjang tahun 2010. Jadi mereka minta supaya majlis perkahwinan di adakan pada hujung bulan January 2010.

Auntie doakan anak auntie akan bahagia di samping isteri nyer nanti....

Honeymoon ??

Auntie hadiahkan mereka berdua... 2 tickets to Bali and a four star hotel accommodation for their honeymoon....

Itu sajer yang mama boleh hadiahkan utk mu....anak ku..

13 comments:

  1. walau jarang jumpa still jadik jugak :D.. jodoh...

    ReplyDelete
  2. smooth je kan perjalanan if dah namanyer jodoh..bertambah laa 'anak perempuan' anty lepas ni..

    ReplyDelete
  3. kak nani,
    baiknya mak mertua....siap bg tiket lg...
    Semuga jodoh mereka kekal hingga ke akhir hayat...lovey dovey mcm kak nani dan suami...

    ReplyDelete
  4. so sweet la aunty ni...selamat menerima menantu :))

    ReplyDelete
  5. salam kak nani,
    harap-harap pagi ini kak nani bertambah sihat dan ceria..AMIN, wah..nak dapat menantu da ye? Melaka di mana kak nani, yatie di Bukit katil. Moga-moga majlis berjalan dgn lancar dan dipermudahkan ALLAH..

    ReplyDelete
  6. Sweetnye..cinta sms jelah ni kiranya kan?

    Wedding ni nnt musti malatop. Bakal Mak Mentuanya ada butik andaman lagik. hihihi...

    Beruntung ayoi dpt hadiah hanimun dari mama. (^_^)

    ReplyDelete
  7. salam auntie,
    ade jawatan kosong tak jadi anak angkat auntie.. hehehehe
    bole dpt honeymoon free..
    hee~

    ReplyDelete
  8. salam untie,
    tahniah, selamat terima menantu untie. I'ALLAH june percaya untie akan jadi ibu mertua moden alaf ini...

    Selamat Pengantin Baru buat anak untie & pasangannya. semoga semua urusan walimah dipermudahkan

    ReplyDelete
  9. congratulations auntie.....and best la hadiah tuh....

    ReplyDelete
  10. tahniah auntie menerima menantu pertama
    semoga segala urusan dipermudahkanNya
    Amin...

    ReplyDelete
  11. sob sob..tetiba sedih (bergenang airmate la pulak) bile bace entry auntie yg nih....(tetiba teringat kat arwah mak)

    ibu akan melakukan ape sahaja yg terbaik untuk anaknya.....walau ape pun yg seorg ibu bagi as adiah.....tak mampu dinilai.....

    ps:selama ni silent reader je..terpanggil tuk komen plak....hehehe............

    tahniah auntie n family.....

    ReplyDelete
  12. salam auntie..semoga sihat selalu...

    saya ikut juga kisah cinta Ayol ni kat blog Peej dulu...dah nk kawin...kami doakan semua berjalan dengan lancar...InsyaAllah....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...