THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Wednesday, January 6, 2010

Episod 59 - BADI MAYAT

Imbasan episod 58

Kelahiran anak kedua, di Hospital Besar Kuala Lumpur.

Anak laki2 9 paun, sangat besar, auntie deman tiga hari, kata jururawat bentan sebab meneran terlalu lama.

Auntie discharged selepas baik demam.

Pengalaman yang sama juga, suami auntie beli kad tahniah dan fresh flowers,
Macam first delivery dulu, dia tak tahan bau badan auntie ketika dlm pantang, so dia minta off ker Johore Baru kali ni untuk booking kereta baru.

Emm..auntie dah tahu, tak lah jadi issue lagi..biarkan jer..janji auntie jaga badan. Berat badan mesti kembali macam sediakala.

Anak kedua nih, ambil alih tidur di baby cot abang dia. Abang nya tidur dengan Atok. Kali ini auntie memang jaga anak nih, walaupun dalam hari, auntie yang mandikan baby, boleh dikatakan auntie baru nak mula belajar menjaga anak sepenuhnya.

Tapi baby nih terlalu baik, tak lansung bangun tengah malam/nangis utk minum susu, kenapa erk??
Bila subuh, Abah auntie akan jengok baby tuh, (baby cot kat luar, ruang TV bersebelahan bilik auntie) terus Abah bising2, auntie tido mati sebab napkin baby dah 'lencun' basah.

Anak auntie yang kedua nih, lambat berjalan. Dah 18 bulan pun masih 'mengesot' (hanya menggunakan bontot bergerak) tak nak berdiri lansung. Sampai mengejar bola pun dia mengesot.

Kalau bercakap petah tak pelat. Cuma perangai suka menyendiri, main sorang2, cakap sorang2, permainan dia tak bagi abang nyer sentuh, dia akan mengamuk2..

Auntie risau, bawa jumpa specialist tapi tak de apa2 kecacatan kata doktor.
Semua normal tapi kenapa tak mau berjalan? Pelik dan mula lah risau.

Bila auntie balik ker kampung, risau auntie ngadukan pada mak mertua, terus dia suruh jumpa 'doktor kanak2 perubatan traditional' Tok Bibah nama nya.

Kata mak mertua auntie, Tok Bibah nih amat serasi untuk kanak2 yang bermcm penyakit sembuh, so auntie pun cuba lah jumpa Tok Bibah nih..dengan suami auntie.

Pagi2 auntie dah ker rumah nya, rumah kampung, tua orang nya lebih kurang enam puluhan. Ramah dan selesa kita dengan suasana rumah luar dan dalam yang amat bersih.
Macam doktor dia check anak auntie, pegang2 badan dan kaki anak auntie tuh.

Dah tuh dia bakar tawas dengan bara api, tawas bila di bakar akan jadi lah berbentuk2.
Tawas anak auntie tak berbentuk lurus jer macam aper erk nak bandingkan...tak leh fikir..nanti jap...emm...macam ibu jari tangan lah... lebih kurang.
Kata nya selalu kalau kena badi binatang, tawas tadi akan terbentuk mcm binatang...spt tikus ker, monyet ker, ular ker, burung ker dll.

So....bila lurus tak berbentuk kata nya anak auntie kena badi mayat...
Tok Bibah tuh tanya ada ker auntie gi melawat/ziarah rumah kematian ketika mengandung?
Setahu auntie tak der lah pulak.

Entahlah...tak kan lah, kalau auntie dalam kereta, dah tuh kereta mayat cina lalu dengan perarakkan nyer..boleh kena juga..sebab auntie ada perasan auntie terperangkap dengan jamm perarakkan mcm tuh ketika mengandung tapi tak ingat lah kandungan masa tuh berapa bulan..

Kata Tok Bibah tuh, tak per lah...apa pun harus lah ikhtiar berubatkan anak tuh!.
So...kena bawa...1 ekor ayam jantan hidup dan 3 helai daun betik dan jangan buang batang nyer.

Di sebabkan rumah Tok Bibah tuh dekat dengan Pasar, suami auntie pergi beli ayam jantan sekor, dan daun betik pula Tok Bibah tuh ambil kat halaman nyer.

Bila suami auntie pulang dengan sekor ayam jantan bermula lah perubatan traditional nyer...

Tok Bibah pegang kepala ayam jantan tuh, paruh ayam di patuk2kan kat kaki anak auntie.
Daun betik di libas2 nya kaki anak auntie...Dah selesai.

Emm..pengeras nya, ayam tadi Tok Bibah punya. Duit dah tak ingat berapa..Tok Bibah tak demand pun..ikhlas yang penting.

Balik lah, petang nya auntie dukung anak auntie ker halaman rumah...auntie cuba turunkan anak auntie ker tanah..

Selalu nya, anak auntie akan bengkokkan kaki tak nak sentuh tanah..tapi kali nih, dia menjulurkan kaki dia.

Auntie lepaskan dia....Ya Allah....Dia terus berlari ke arah suami auntie yang berdekatan kat situ yang sedang mencuci kereta.

Auntie menangis gembira dan kami biarkan dia berlari2 di halaman tuh..

akan sambung...

12 comments:

  1. kak nani,
    lama dah tak baca sambungan kisah kak nani.. terima kaseh kerana berkongsi cerita dgn kami...:-)

    ReplyDelete
  2. Mak aiiii...terus lari??!! Kebesaran Allah!! tuler, kengkadang kita pon kene berusaha gak kan? syukur la. ibubapa mana yg tak riso kalau perkembangan anak x sama cam bebudak lain. Anak2 ai pon ms dlm pantang mlm tak jaga. elok je tido smp ai plak yg paksa2 baby bangun minum susu sbb (.)(.) dah bengkak.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak, syukur yer, kadang2 petua orang kampung ni berguna juga, kerana mereka tu semua berikhtiar dan meminta pada Allah jua...

    ReplyDelete
  4. Salam Aunty,
    woww!! Ajaib memang.

    ReplyDelete
  5. teringat masa anak sulung sya pertama kali berjalan, bukan berjalan
    tp terus berlari... ;p

    ReplyDelete
  6. akhirnya auntie sambung gak kisah hidup auntie.
    tk sangka yer, kena badi mayat.

    ReplyDelete
  7. lama tunggu anty sambung citer..akhirnyer berbaloi tunggu...
    miracle sungguh kan..tup2 berlari terus!

    ReplyDelete
  8. hello auntie nani, thanks for sharing your experience with us. Happy New Year 2010..:)

    ReplyDelete
  9. Oh, org yg mengandung x elok gi ziarah mayat ke??

    ReplyDelete
  10. oohh, kita tak tahu kan, itulah orang2 tua selalu pesan, kalau pregnant, sentiasa hati2

    ReplyDelete
  11. syukur alhamdulillah..ibu bapa mana tak gembira kalau melihat anak-anak diorang sihat membesar:)

    ReplyDelete
  12. Pak Karamu visiting your blog

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...