Followers

Friday, December 31, 2010

Hati dan Lidah

Untuk Renungan ..

Seorang ibu yang dermawan telah menghadiah seekor kambing kepada Loqman Al-Hakim
seraya berpesan: “Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan.”
Setelah disembelih,dikirimkan kepada ibu tersebut hati dan lidah kambing itu.

Beberapa hari kemudian, ibu itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing dan berpesan agar sesudah disembelih dikirimkan juga kepadanya sebahagian daripadanya.
Pada kali yang kedua ini, bukan lagi bahagian yang terburuk yang dipesankannya, tetapi dimintanya bahagian yang terbaik daripada kambing itu.

Setelah kambing disembelih, Loqman mengirim hati dan lidah juga kepada ibu yang dermawan itu. “Kenapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati ketika saya meminta bahagian yang terburuk, dan kenapakah yang itu juga dikirimkan ketika saya memesankan bahagian yang terbaik daripadanya?” tanya ibu tersebut kepada Loqman. Loqman menjawab:

“Hati dan lidah amatlah baik ketika baiknya dan apabila keduanya buruk maka amatlah pula buruknya.” Mendengar jawapan itu, mengertilah ibu itu akan maksud Loqman, kerana hati dan lidah itu adalah pokok segala kebaikan; begitu juga sebaliknya dari hati dan lidah itu terbit segala kejahatan dan keburukan.

Wednesday, December 29, 2010

Buah2an

Situasi di Hypermarket

Lokasi di tempat buah2an..

Tersenyum meleret auntie tengok gara2 orang
memilih buah2an..

Senario 1

Bila pilih buah durian..
Angkat, letak kan tepi telinga sambil goyang2 durian tuh
Lepas tuh, Letak pula kat hidung, hidu2..
He he he boleh dengar ker buah tuh??
Ada bau ker durian siam tuh??

Senario 2

Bila pilih buah tembikai
Angkat dgn kedua belah tangan
Placing buah di tangan kiri
Adjust kedudukkan buah kat telinga
sambil tangan kanan lempang2/ketuk2 buah dengan tapak
tangan..
He he he masa ketuk2 tuk, dengar aper yek??
nasib lah buah tembikai tak de bau kalau berbau
mesti bubuh kan hidung juga..
Kalau ada sepuluh orang kat situ, kesemua nya buat
benda yang sama..cara nak pilih tembikai..

Senario 3

Bila pilih buah pisang..
Angkat sesisih
Picit2 sikit nak rasa keranuman buah pisang..
Kalau keras letak balik..
Pilih yang lain pulak sampai dapat yg memuaskan hati...
Emm..bayangkan kalau berpuluh orang picit pisang2 tuh..
Lembik bukan kerana ranum tapi kena picit2..he he he

Senario 4

Bila pilih buah apple merah...
yang hijau biasa nya ranggup kann..
tak de masaalah..cuma tengokkan kelicinan kulit nya saja
Itu pun yang auntie tahu, kulit nya dah di waxkan utk kelihatan cantik..
Hati2 bila makan buah epal, sebaik2 nya basuh lah bersih2 dan
kikis2kan sikit dengan belakang pisau..

Ha...siapa boleh cerita kat auntie
macam maner cara pilih buah apple merah..

Auntie dah tahu, cuma nak tahu aper kata readers auntie
Dulu2 dah banyak kali auntie terkena,
terbeli apple yang dah tak ranggup
Quality yang sesuai bagi kuda makan kat zoo..
he he he

Senario 5

Bila pilih mangga, oranges, limau mandarin
selalu nya ada potongan kecil2 utk pembeli rasa
so no problem..

Senario 6

Buah Strawberries dan kiwis
He he he nasib lah..
Kadang2 manis, kadang2 masam
Kadang2 bercampur ada yang manis di selitkan yang masam

Senario 7

Nak pilih buah Duku Langsat
Nih..auntie sendiri terkena..
di Pasar Port Dickson
Penjual nya berbangsa cina..yang berumur 50 ++ tahun
He he he .. memang lucu

Auntie berdiri depan kedai nya

Penjual : Nya..beeli buah?? Apa buah mau??
Luku langsat ala, lambutan ala, lulian ala, apa mau??

Auntie : Nih..buah duku langsat..
(sambil menunjuk buah langsat)
sekilo brapa??

Penjual : Ohhh..mulah2..santik2 manyak manis..
Sekilo ampat ringgit..

Auntie : Boleh rasa ker??

Penjual : Boleh2.

Auntie pun nak ambil sebiji tapi di halang nya..

Penjual : Tadi kata mau lasa, tapi apa pasat mau ambik
tu buah??

Auntie : Ye lah mau rasa lah..
(auntie dah naikkan suara)

Penjual cina tuh sambil tersenyum2 berkata..
Ohhhh...mau lasa...
mau lasa ka?? ni macam lah..
Sambil mnutup mata dia memegang2 dan meraba2 timbunan duku langsat tuh..
(macam orang buta keadah nya)

Auntie : Oiii! apek..itu bukan rasa lah..
Itu pegang lah..

Penjual : Cakap Melayu manyak susah lah Nyonya..
Nyonya mesti cakap sama gua..
Mau makan lah..
Nyonya jangan marah, saya kacau2 saja..
He he he ...
(sambil buat muka cheeky2)

Auntie : Apek, cakap melayu tatak susah...
Sikalang saya mau lasa, mau makan boleh kah??
(Auntie juga dah tergelak2)

Penjual : Boleh2..

Persoalan nya : Kenapa mereka tak reti adjust lidah 'telo'/loghat bahasa melayu
yang betul??

Emm..rata2 auntie tengok ramai akan berkomunicate cara 'mereka'

dam mungkin mereka rasa 'amat mesra' bila kita bercakap gaya 'mereka'

Mereka lahir pun di sini,, dah bertahun2 lama nya
kenapa masih mewarisi bahasa pendatang??

Siapa yang kena perbetul kan mereka nih!!.

Ahhhh...auntie dah merepek2 pulak..

Kita 1 Malaysia ..

nota kaki : Berbilang kaum bersatu hati..mercu kejayaan

Tuesday, December 28, 2010

Settled Sudah

Hishhhhh....

Merata2 dewan pilihan dah penuh booking
pada hari yang di rancangkan untuk
mengadakan majlis kawin..

Bukan cuti sekolah pun penuh??

Alternatif??
Mesti cari jalan keluar..
Mesti ada cara lain




Salah satu Wedding Planner's Office yang auntie pergi..


Ya Allah
Permudahkan lah urusan ku

Monday, December 27, 2010

Undangan

Di sebabkan tak sihat
Tiga undangan auntie tak dapat pergi
Tapi uncle pergi sensorang

kenduri kawin anak kawan



Cenderahati nya berisi wajik

Pengantin Perempuan nya Doktor
Super Senior Peeja kat MRSM Trendak

Khemah2 di pasang di padang bola depan rumah kata uncle




Siap ada kumpulan silat lagi


Emmm...satu lagi majlis berkhatan dan beraqiqah jiran auntie
Buat di Dewan berdekatan rumah, pun tak dapat auntie pergi
Mewah sambutan nyer


Tempat mengaji


Jemputan yang hadir

Persiapan yang mewah
Uncle ada bawak balik cenderahati untuk majlis ni
Cantik tapi auntie tak lak snap
Dah masuk dlm almari..




Uncle (tengah) bersama2 jiran auntie

Satu lagi majlis kawin
Anak kawan auntie
Majlis di adakan di Grand Dorsett Subang
Di sebabkan kenduri tuh kawan auntie
yang uncle tak kenal..
maka uncle segan nak pergi
so tak de gambar kenangan

Bila lah auntie nak kuat dan sihat
banyak undangan menanti lagi..

Auntie harap kesihatan auntie sihat
bila kenduri anak sendiri nanti

Parcel

Dua tiga hari sudah,
ada parcel yang di sign olih uncle.

Nama tercatit utk Peeja.
Jadi amanah utk Peeja buka..

Bila dia balik, dia tak kenal siapa yang bagi..

Hishhh...takutlah..
Maner tau, bom ker??

Auntie kata kalau nak bukak juga
Kau bukak kat luar rumah..
He he he

So..Peeja sms pada no yang tercatit kat parcel tuh...
Ohh...makanan..

Ishhhh...siapa yang baik hati nak pos makanan??
Jgn makan lah Peeja takut lah..
Entah2 orang hantar 'santau'
macam2 otak auntie boleh terpikir..

Yealah, zaman sekarang bukan boleh percaya kan..

Peeja pun buka lah parcel tuh..
Empat macam kek yang di hantar..
Ohhhh...rupa2 nya
Rohaya...pernah dia add di blog Peeja masa HRaya

Auntie ke dapur dan ambil pisau..
Potong kecil2..
Auntie ngapp dulu..
Sedapppp...Wangi kek tuh..

Peeja kata..
Tadi takut nak makan??
Tapi mama yang ngapp dulu..
He he he



Satu jenis dah habis di ngapp olih uncle
kalau tak silap perisa coffee
tiap2 malam di makan dgn teh tarik
masa dia layan ESPN channel sukan.

Memang sedap..
Nanti2 auntie nak orderlah..

Siapa2 yang teringin order lah..
untuk bawa balik kampur ker
Buah tangan ker..

Ada gambar bermacam2 jenis..


Alamat email nyer :

rohaya.m@gmail.com


Thank you Rohaya




Thursday, December 23, 2010

Buah Dari Syurga

Duduk2 sensorang tiba2 teringat...

Terasa nak makan buah nih..

Yang kering belambak2..
Senang dapat di M'sia



Yang fresh nak cari kat maner??
Last sekali auntie makan yang fresh tahun 1995



Daun nya adalah pakaian Nabi Adam di Syurga

Monday, December 20, 2010

SMS Tipu

Ohhh....memang auntie patut excited
sebab menang RM19,000
dari no sim card..kata sms tuh..
Hadiah dari Shell..
pembelian minyak Helix

Tapi auntie tahu ia adalah satu penipuan
Sebab auntie tak pernah isi minyak Shell
selama ni, kami sekeluarga guna Petronas

Fed up orang2 yang buat penipuan macam nih
Modal dia hanya satu SMS sajer
mereka2 yang tak expose akan tertipu dan terpedaya

Pernah satu ketika dulu..
Rumah auntie di datangi oleh kerani auntie
anak beranak masih bersekolah di angkut
bersama2...
nak pinjam duit kata nya..
Auntie tahu dia selalunya terputus duit
memang dah biasa kalau meminjam setakat
lima puluh atau seratus
tapi masa tuh dia buka mulut RM700

Auntie pun bertanyalah kenapa banyak sangat!
Adakah dia dalam kesusahan??
Ada kah mak nya sakit??
Ada kematian ahli keluarga kah??

So,dia kata dia menang certain amount
tak ingat auntie..pulak..
Dia dah berhubung dengan nombor yang
tertera..
mereka suruh ada duit minimum RM1000 dalam bank
'duit hadiah yang di menangi' akan mereka bank in kemudian nanti..

Memang kena sedut lah duit tuh
kalau kau bagi account no kau..kata auntie

Jadi dia terasa hampa..
Memang nampak air muka hampa dan sedihnya
Kesian auntie pada nya..

Auntie kata biar hampa tak dapat duit 'hadiah tuh'
Jangan hampa kena tipu..lagi lah parah..

Barwa!!! orang2 yang mainkan perasaan orang..
Macam2 penipuan yang mereka boleh terpikir..

Bagi orang2 yang beragama Islam
Kan lebih baik cari kehidupan yang halal
Cari rezeki yang halal..
Ini tidak nak cari jalan 'short cut' memanjang


tanpa ambil kira

Pembalasan dunia dan akhirat nanti...






Saturday, December 18, 2010

Tak Appreciate Ker??

Hadiah jam untuk uncle dari auntie
Murah jer, pakai utk harian nyer..
Sejak Bertahun2 yang lalu
ini lah brand yang auntie selalu beli



Hilang

Tiga hari yang lalu, jatuh terhempas
Nak repair, kena hantar kat agent

Hilang

Semalam hilang satu lagi, kata nya missed placed

Uncle memang terlalu careless

Semua nya hilang..

Lighter Dupont

Dua2 Lighter Dupond sebijik macam ni pun hilang juga

Pen tak usah cerita lah..
Berbatang2..semuanya hilang

auntie terpikir..
Uncle tak appreciate ker pemberian auntie??
Atau uncle tak serik, sebab auntie sentiasa
belikan nya..walaupun berkali2 hilang..

Or dia nak yang mahal lagi dari tuh??

Emm...auntie dah tak kerja..
Macam maner nak beli hadiah untuk nya??
Anniversary dan birthday, memang kami selalu
tidak pernah melupakan nya..

Tak per tahun nih...auntie buat2 lupa
Ha ha ha...

Friday, December 17, 2010

Nak Marah Siapa??


Dapat belajar dari email nih..

Lepas nih jangan marah2 lagi..


Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: "Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?." Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.

Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: "Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga.

Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya."

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT

Wednesday, December 15, 2010

Terharu Dgn anak2 Cyber Ku

Terima Kasih di atas doa2...
supaya auntie kembali pulih

Amat Terharu ....
ramai yang sudi meninggalkan komen
ramai yang perihatin akan kesihatan auntie
ada juga yg menasihati auntie supaya jangan
lupa makan ubat..

Alhamdulillah bersyukur
Auntie dah beransur pulih..
tapi masih belum berapa kuat lagi..

Auntie perasan auntie tidak boleh bersusah hati..
Kalau dengar berita yang tak berapa elok..
Badan Auntie akan terus terketar2 dan kepala tergeleng2
tanpa henti..
Contoh masa dapat sms dari noy..
Anak Kucing nya..bernama puteh..
mati sebab terjun dari balcony..
Auntie yang beri nama kat kucing tuh dan
auntie amat sayang kat puteh


Puteh yang comot dengan tahi hidung dan tahi mata

Bila sudah membaca sms tuh..
Auntie terus menangis2..
Malu auntie nak tulis sini
sebenar nya auntie meraung2 menangis..
Badan terketar2, kepala tergeling2
agak lama juga lah..nak tenang kembali

Auntie bertenang bila faham
Allah hanya pinjamkan Puteh hanya
sekejap ...hanya sebulan saja..

Abis tuh semalam..
Ada orang hantar console table
yang noy beli..auntie ada temankan noy
masa dia beli..
Dua bulan yang lalu, baru semalam dia orang
hantar..

Perasan auntie table yang di hantar
tak sama model yang noy beli..

Aduh..memang terketar2 dan tergeleng2 kepala auntie
auntie kata kat uncle dan budak delivery tuh..
Kenapa model tak sama macam noy pilih..
Budak tuh terus talipon noy..
Noy cakap dengan papa nya,
papa sign jer delivery order tuh
tapi tulis remarks, kalau tak sama model
akan di tukar balik..

Memang auntie susah hati..
kenapalah hantar tak sama model nya..
Noy memang mempunyai 'high end' taste
Kayu merbau..Berat meja nya..
Harga meja tuh bukan nya murah...

Tapi bila noy balik,
kata nya betul lah mama,
model sama macam coffee table noy..
mama dah lupa kot..kata noy

Baru lah auntie lega..
Bila nak angkut ke rumah kau??
Huish! bulan tiga??
Dah menyemak kat rumah mama..






Walaupun tak larat auntie gi kedapur
Goreng kedapan utk petang tuh..
Di makan dengan teh tarik..

Inang inang dari Melaka

Pada sesiapa yang berpuasa sunat 9 Muharram..Alhamdulillah..
Besok 10 Muharram..cuba lagi..

Auntie jadi budak2, puasa setengah hari sajer..
Sebab kepala berpinar2.. mata dah gelap2..takut2 hypo
Terpaksa lah buka..


Monday, December 13, 2010

Ketar2

Maaf tak dapat nak sambung episod2 auntie

Tak berapa sihat pulak..

Badan letih..ketar2 lemah

Nanti2 lah..kalau auntie sihat..

InshaAllah.. auntie sambung

Rindu tapi tak terdaya..


Friday, December 10, 2010

Memang Sedap - Ikan Patin

Citer pasal ikan patin semalam..
Lepas auntie publish entry tuh..
Auntie ke dapur..
Cadang nak masak lemak cili padi..

Aduhai..santan tak de lah pulak..
Tak nak lah ganggu dan gerak uncle dari tidur
Just to buy santan..

Aper yang ada cili kering
Bawang besar, bawang kecil dan bawang putih
halia, daun limau perut dan air assam

Jadi lah Assam Pedas yang pekat..
Emm....harum semerbak bila auntie
gunting2 daun limau perut
dalam didihan masakkan..
Ada terung panjang auntie masukkan

Sambal belacan,
Ulam jering, timun dan bendi celur
2 biji telur assin...

Itulah lauk tengahari semalam

Kepala ikan maner??

Panas2 lagi..auntie keluarkan kepala ikan
Makan sensorang..dah tak sabar..
Sedap nya kemain lagi..
Ishhh....sampai sedut2 tulang kepala ikan
v
v
v
v
v
v
Hah..tengok tuh..
Licin auntie sedut..he he he




Bila uncle bangun dari tidur..
mintak auntie tolong sendukkan nasi
dia nak makan..
Buka jer tudung saji..
Dia bertanya..
Mana kepala ikan nyer??

Auntie senyum...
Dah di makan oleh kucing kepala hitam..
You tidur tadi..kucing dah tak sabar...
he he he
(auntie sambil menunjuk diri auntie)

Uncle dan auntie sajer yang gemar makan kepala ikan
anak2 tak reti.,

Alah! You makan jer isi.. kan banyak tuhhh...
kata auntie

Ohhh..mama dah kebas makan the best part of the fish yea!
sampai dah tak sempat tunggu I...
kata uncle..

Emm...kalau tunggu you..
memang nani tak dapat sedut kepala ikan tu..
selalu jer you yang dapat..
kata auntie..

Tak per makan lah..
kata uncle..

Ada bahagian ekor ikan patin nanti you masak
tempoyak cili padi yea..

Emm...InshaAllah...


Thursday, December 9, 2010

Ikan Patin

Badan auntie kurang sihat,
Nak update jadi terganggu..
Hilang mood..

Pagi tadi sarapan sekeping roti
dengan telur mata
satu mug teh susu
Itu jer..

Nih dah tengahhari dah lapar...
Tak tahu nak masak apa
bila badan kurang sihat..

Teringat ada ikan patin
yang di bawa oleh anak buah
pada hari Sabtu yang lalu..
Katanya dia sendiri memancing di Sungaiiii..
entah aper nama sungai tuh, auntie terlupa

Mewah tul rezeki dia..
setiap kali dia memancing dapat yang besar2..

Auntie pastikan dengan bertanya..
Kolam ker Sungai??
Sungai..Mak Long kata nya..

Sebab Mak Long tak suka makan ikan kolam
Ada pernah orang bagi ikan dari kolam2 peliharaan
Ishhh...penat2 mak long siang, masak, dah tuh
isi nya rasa tanah.. tak boleh nak makan
Buang saja..

Mak Long masak lah, sedappp
manis isi nya..
Mak kat kampung masak assam pedas..
Habis sebelanga sekali makan..kata nya

Anak buah nih dah kawin
tapi duduk bujang kat Negeri Sembilan, Air Itam
so hobby memancing lah..




Auntie tarik keluar ikan dari peti ais
dan rendam dulu, sebab dah beku....


Gambar kepala ikan,
ekor nya auntie tak keluarkan lagi

Tak tahu nak masak aper??
Auntie biasa beli masak tompoyak
tapi rumah ni, banyak songel..ada yang
tak makan tempoyak...Ishhh..
malas lah nak masak dua tiga macam kannn..
entahlah..first time nak handle ikan patin

Silap2 kang masuk dalam peti ais balik

Tuesday, December 7, 2010

Untuk diri Sendiri


Hari ni..tak kemana2..
Walaupun cuti, anak2 pergi kerja..
Yang ada hanya uncle dan auntie..

Ohhh...kucing2 liar depan rumah
yang setia..
Belang, Cholomon dan Choporeng
Semuanya belengkau lengkau..
kat depan rumah..

Auntie dan uncle pun sama
tidur saja..seharian
rehat..
Cuaca pula redupp..

Tengah hari lapar..
bangun siapkan makan tengah hari
Sambal tumis telur rebus
sayur sawi + karot goreng
Paru goreng
Ikan kembong masak kicap

Dahhhhh...lah tuh..

Emm...selitkan kata2 hikmah
untuk diri sendiri..

Pembukaan helaian buku baru tahun 1432 Hijrah



Photo from mr googles


Moga tahun ini, Allah perkenankan rezeki yang mewah
Kesihatan yang sihat dan umur yang panjang
bahagia bersama2 keluarga tersayang..

Moga kembali nya daku sebersih kain putih
Sesuci anak yang baru lahir

Ya Allah permudahkanlah urusan ku dunia dan akhirat

Amin


Monday, December 6, 2010

Insaf dan Syukur

Hari Sabtu lebih kurang pukul 5 petang
saperti biasa, auntie dan uncle pergi
ker Pasar malam Melawati..
nak beli ikan2 dan daging

Dalam kereta, auntie bersuara pada uncle

Nani rasa nak makan mee rebus lah..
Dah lama tak makan tempat yang selalu
kita makan dulu2..dekat Food Court tuh

(dah tak kesitu sejak sakit, lebih kurang
2 tahun lebih dah)

Ohhh...okay...kita beli ikan dulu
dah tuh nanti kita makan..kata uncle

Parking kat pasar malam tuh sentiasa penuh
tapi Allah tetapkan utk auntie dan uncle sentiasa
dapat tempat....berdepan betul2 depan tangga
menuju ker pasar malam...syukur

So..saperti biasa auntie akan pilih ikan2
Tak banyak choice..mentang2 awal bulan
semua ikan2 cepat habis..
semalam auntie beli ikan kembong 5 ekor
Ikan pari sekeping (lebar 2 tapak tangan)
Ikan bawal 2 ekor
Sotong putih 5 ekor
Kesemua total RM44 ringgit tapi bayar RM40 dpt discount

Dah tuh bergerak kat tempat daging..
Emm..daging biasa tak sampai sekilo
Tulang rusuk 3 keping
Paru setengah kilo
Total RM47 ringgit

Habis membeli dua perkara tuh..
Kami menuju ker food court

Turun dan naik tangga adalah
satu penyiksaan bagi auntie
Auntie perlu railing..
kalau tak de memang kena pimpin

emm..kedai tuh nampak penuh
tapi masih ada lagi meja kosong untuk
auntie dan uncle duduk..

Lebih kurang 15 minit baru
datang perempuan yang lanjut usia
late 50's.
Kesian sakit lutut gamak nya..
berjalan terhinjut2 dan menyeret kaki

Uncle order 2 mee rebus
Teh O ais limau dan air suam utk auntie.

Kedai tuh..hanya di kendalikan oleh
perempuan tuh dan suami nya..
early 60's kot..
Kedua2 dah nampak uzur..

Bila perempuan tuh beredar..

Auntie menundukkan kepala dan mulalah
air mata mengalir... menangis..

Uncle hairan dan bertanya..

Kenapa??

Nani kesian kat suami isteri tuh..
Mesti kah dia orang berniaga lagi??
sedangkan kedua2 mereka dah berumur
dan dah nampak uzur sangat..
Dah tuh..tak de ker anak atau pembantu
nak tolong??
Sedih lah..

Entahlah..duduk kat KL kena ada income..
mungkin dia ada rumah yang belum settle
mungkin dia ada kenderaan yang masih dalam loan
mungkin anak2 dia masih lagi belajar..
macam2 mungkin lah..
hanya Allah yang maha mengetahui..
kata uncle..

Sampai bila kena berniaga macam tuh??
umur mereka bukan nya muda lagi..
kata auntie..

Emmm....itulah kehidupan
rezeki masing2..

Usaha dari kita
Bekalan hari tua dan akhirat juga dari kita
Kita harus merancang, dan
Ketentuan dari Allah..
kata uncle

Nani amat2 bersyukur atas nasib kita berdua
You dan nani ada pencen,
cukup lah utk berdua..
tak perlu berniaga dan berkerja lagi..
Kita pun berdua bukan nya sihat..kata auntie

Sampai lah mee rebus yang di order..


Terketar2 pinggan di hidangkan depan kami..
Air muka perempuan tuh amat keruh..
tiada seri kegembiraan..tiada senyuman..
mungkin terlalu penat ..
auntie mengucapkan terima kasih pada nya

Air pula di hantar oleh suami nya..

kami mulakan dengan doa yang di baca oleh uncle
dan kami makan mee rebus tuh ..
memang terbaik..masih saperti dulu2..

Lepas jer makan, kami balik kerumah..

Bila memandang keadaan orang2 kaya dan berduit..
kita akan kata kenapa nasib aku tak sekaya mcm tuh..
tak sesenang macam tuh??

Tapi bila Allah tontonkan..

keadaan orang yang lebih susah..

rasa amat insaf bila tengok keadaan
yang sedemikian..

Ya Allah...
Ilhamkan lah daku supaya tetap bersyukur
akan nikmat Mu
yang Engkau kurniakan kepada ku..
Jadikanlah sifat2 kebaikan yang meresap ke dalam jiwa ku
dan juga zuriat keturunan ku
Sesungguhnya..aku daripada orang orang islam
yang tunduk dan patuh kepada Mu



Saturday, December 4, 2010

Lenggang Perut

Setiap hari Jumaat pukul 8 malam...

Anak auntie akan mencium pipi
kiri, kanan dan dahi auntie..
dah tuh, cium tangan

Mulalah auntie sedih, sedih bukan aper
auntie rasa takut atas kejadian yang berlaku
baru2 ni...trajedi tumpah darah di H'way...
yang bas berlanggar dan terbalik tuh..

Dia akan ke Melaka berjumpa isteri nya
yang di sayangi,..

Begitu lah keadaan nya sejak dia berkahwin
berulang alik setiap hujung minggu..
Dah setahun macam gitu..

Anak auntie tak drive ker Melaka..
Naik bas express..
Economi lah sikit dari drive kereta..
Duit Tol dan duit minyak..
dan sekurang2nya dapat dia
berihat atau tidur dalam bas..

Kat Melaka isteri dia ada kereta..
so mereka tak lah patah kaki..

auntie pernah bertanya pada Khairul..

Selain dari mengadap isteri kau di Melaka
Kau buat aper tiap2 minggu..
(kepo kannn dgn soklan tuh)

Jalan2lah mama..bawa isteri ker komplex2
Shopping dan Makan2

Macam minggu sudah..
Kesian dia..
Dia nak makan Ayam Penyet
sebab dia baca kat blog peeja

Abis tuh...macam maner, dapat
tak ayam penyet kat Melaka? tanya auntie

Nasib baik ada..kat Tesco
Ohhh...Alhamdulillah
elok lah..tahu2 jer lah..
orang mengandung memang
teringin itu dan ini..

Pedas mama, zeity sampai
meleleh2 air mata..kata anak auntie

Macam gambar peeja tuh..
A'ah..

kata nya lagi..
Ayul kadang2 tolong juga
Bapa mertua pergi pasang pelamin..
Kalau banyak tempat lah..
Dah tak menang tangan mama
walaupun ada pekerja2..

Mashyukkk jer,,, duit mak mertua..
Package utk make up, pelamin
dan baju2 kahwin..
Tambah2 lagi bulan ni cuti sekolah
memang bapak dan mak mertua
tak lekat kat rumah..
kadang2 sampai tiga, empat tempat
setiap hujung minggu.

Mama pernah bertanya dengan Mak mertua
kau tuh, bila dia start berniaga mengandam..
Dah tujuh belas tahun dahhhh...
sekarang dah ada dua boutique..

Tahun depan..InshaAllah anak auntie akan dapat anak..
(auntie pula akan bergelar nenek ketika itu)

Emm..Sampai bilalah dia kena travel
macam tuh..
Pandai2 lah dia orang berbincang suami isteri..
bila ada anak nanti..

Auntie sendiri pun dah rindu kat
menantu auntie tuh..
Last sekali berjumpa time raya lepas
dah tuh sampai sekarang belum berjumpa lagi..


Gambar Raya tahun ni
Tahun depan hujung bulan
Jan setahun dah mereka berkahwin

Memang lah menantu nak datang ker KL, tapi auntie
melarangnya, sebab keadaan dia sekarang
sedang mengandung, auntie tak nak dia travel
jauh2..

Kata uncle dia plan nak balik Melaka
pada pertengah bulan ni..
InshaAllah bertemu lah kami nanti..

Dengar kabar mak mentua nya nak buatkan
majlis lenggang perut..
tapi anak auntie tak tahu bila tarikhnya..

Teringat pula auntie majlis lenggang perut..
Auntie pernah lalui nya masa mengandungkan
Khairul..

Selalunya majlis lenggang perut di lakukan untuk
kandungan anak pertama/sulung
adat ni dilakukan beriringan dengan marhaban
dan doa selamat untuk ibu dan baby supaya
selamat di lahirkan nanti.

Lain tempat lain cara nya..
Masa auntie dulu..simple jer..

Jemputan membaca yassin,
selesai membaca yassin dan doa
kaum ibu pulak mengambil peranan

Dalam bilik, atas lantai..
Kain batik lepas/panjang di tebarkan..
Bidan tuh suruh auntie baring,
posisi melintangkan kain..
Kain tuh di perbetulkan di bawah
paras punggung auntie sahaja..
sorang satu pegang hujung kain..
seakan2 macam bayi duduk dalam buaian
kain batik..

Kaum2 wanita tadi pun mulalah marhaban
sambil kedua2 mak cik tuh menghayunkan
kain tadi..
terangkat2 punggung auntie..

Nanti jap..

v

v

v

v

v

v

v

Cuba buat sekarang

Kalau sedang duduk depan PC, okay betullah positi tuh...
Kalau sedang meniarap , telentang dulu..
goyang2kan badan
Berjalan macam mak limah berlenggang..
Kiri kanan, kiri kanan
Dahhhh....buat..??

Ha...macam gitu lah auntie rasa..
He he he

Rupa2 nya..mereka lakukan untuk
memperbetulkan kedudukan baby dalam perut.
Itu sajer..Alhamdulillah..

Tidak lansung guna air dan bunga2an untuk mandian
Tidak lansung menggunakan telur yang dialinkan
di perut..
Syukurlah..takut terjadi activity kurafat..

Heran pula..auntie tak de lansung gambar..
dalam album untuk majlis auntie tuh.
tapi yang auntie ingat..uncle memang tak de
masa tuh..

Alhamdulillah...
Suatu kenangan manis dalam hidup auntie

Emm...sebelum mengakhiri..
Auntie tersenyum sendirian..

Auntie nampak followers auntie..
menghayun badan
kiri kanan, kiri kanan

pada yang buat lah..

pada yang tak buat tuh...
buat lah sekarang..

Sekurang2 nya...
dapat lah rasa macam maner
Lenggang Perut atas kerusi..
He he he

Thursday, December 2, 2010

Bunga dan Riben

Semalam gi Balakong, Cheras
kawan kata ada barang2 wholesale
kat situ..

Keluar rumah pukul 3:30 ptg
hujan lebat..to and fro
Bayar tol dua kali..RM 4.00 pulang balik
Tu kecik punya hal..

Tapi yang tak tahinnnnn tuh..
(guna ayat peeja)
jemm giler pergi dan balik..
walaupun melalui H'way..

Ishh...kul 7:45 pm masih di jalan raya..
Masih jemmm....di Jalan Ampang..
sebelum belok ker Jalan Jelatek
Emm...singgah ke Kopitiam di Great Eastern Mall
pekena makan2..

Tak seronokkk
sebab...
barang2 nya..emmm...
not to auntie's taste
kalau minat pun...
out of stock..
Beli jugak lah aper yang perlu sebab..
auntie tak kan dtg kedua kali lagi
kat tempat nih..
walau pun kedai tuh bagi membership card
selepas memborong hampir RM400 ringgit.

Aper yang di borong??
Bunga2 dan riben2
Malas nak snap photo
Nanti dah siap nanti auntie
buat n3..

Ishhh...no good..

Semalaman sakit kaki sebab terpaksa paut
railing tangga, untuk ker tingkat dua

Nasib badan...
Auntie tak kuat saperti kawan2 yang sebaya dengan ku..

Redho...dan bersyukur
masih mampu berjalan walaupun tertatih2..


Wednesday, December 1, 2010

Saman

Terima Surat dari Jabatan KDN/KA
Polis DiRaja Malaysia
Bukit Aman, KL

Nama pulak nama auntie...
Ishhh...aper pulak kes nih..

Bukak2..
Ohhh...lega..
surat saman kete

Susah hati auntie dengan surat2 saman
setelah kes Peeja dulu..
Tak pernah kena sebelum nih..
Kami ada lah keluarga yg jarang buat kesilapan

Bagi kat uncle surat saman tuh
sebab dia yang bawak kete
Auntie dah tak drive...2 tahun

Uncle pun check on line
Amboiiiii....ada tiga saman utk tiga kete
Totalling to RM220..kesemua nama auntie
1) Parking menghalang kete
2) Speeding
3) Chit terlebih masa..expired time
Ishh...
tapi dengar kabar kalau bayar befor 15 Dec nih..
50% off..

Anak2 yang bawak kete
Mama pulak yg kena bayar
Aper hal??

Nak kena leter lah..
Nanti kau orang..

Harap2..
tak de saman dari Bandaraya Pulak
semua nya duittttt....

Tuesday, November 30, 2010

Kawan Baru

Hari ni hari Selasa
Saperti hari2 biasa, pagi2 lagi
auntie jengok blog, jengok FB dan
jengok emails...

La la la la ~~~~
Rasa happy sangat bila tengok komen
kat entry auntie on Double Happiness
auntie dapat satu lagi award from
me suya..so sweet


Award yang Suya dapat dari kawan dia
masih ada watermark

Ribuan Terima Kasih di atas perhargaan yang di beri pada auntie..
Suya, auntie dah follow your link...he he he..
ada tambahan bacaan..
so menulis rajin2 yea..

Moga persahabatan alam maya kita berterusan..
dan moga kita bertemu di alam nyata suatu hari nanti..

So.... kalau auntie dapat lagi award dari saper2.
(kalau auntie layak lah)
boleh lah auntie susun2 award tuh..
macam susun pingat dalam almari..
he he he


Monday, November 29, 2010

Double Happiness

Ohhh...suka sangat semalam..
hari minggu..

Auntie di bawa berjalan2 dan makan
oleh Peeja dan Noy..

Lepas jer solat Zohor..
Keluar rumah gi PWTC
tengok Pamiran

Ada orang tegur auntie..
Memang tak kenal..

Auntieee..kata nya..
sambil menghulur tangan nak bersalam

Auntie sambil memandang kearah nya
lalu bertanya..

Siapa ya??

Saya Salwa ....kata nya

Auntie dapat tangkap nama itu..walaupun
tak pakai hearing aid..paras rupa nya mengingatkan
sesaorang yang auntie hanya mengenal dari gambar nya...

Salwaredzuan! jawab auntie sambil menyambut tangannya
dan bersalaman..

Punya lah auntie suka dapat berjumpa dengan nya
sebab dia salah sorang yang terawal membaca blog auntie,
selalu dia meninggalkan komen2 utk auntie.

Sekarang dah jarang dia muncul tinggalkan
komen di blog auntie..

mungkin dia terlalu sibuk..
sebab kerjanya..

Lawyer tuh..
Tinggi orang nya..
Kulit...fulamak..licin dah halus..
masih single kannn??

Salwa bertanyakan sesuatu pada auntie..
tapi auntie tak leh dengar..

So Peeja dan Noy tolong jawabkan..
Dah lah meleleh air mata auntie
sebab tak dapat bermesra lebih lanjut..
tak dapat dengar suara nya..

Hishhh...menyesal tak pakai hearing aid tuh..
Terlupa sebenar nya..nak pakai

Auntie minta diri darinya..sebab kami berjumpa tuh
kat basement carpark.

So..siapa2 followers atau reader auntie..
kalau terserempak dengan auntie...
tegur yea..

Itu membuatkan auntie rasa....

Double Happiness

Saturday, November 27, 2010

Dulu dan Sekarang

Teringat kisah jaga anak2..
Masa anak2 masih kecil..

Zaman auntie kecil2..
kalau makan nasi tak habis..
Arwah abah dan mak akan marah..
Dia orang akan kata..

Habiskan nasi tuh..
Tak baik...
Nasi tuh menangis..
kalau tak habisssss

Auntie tak bantah dan tak menjawab
ikut perintah..
Habis kan nasi walau pun dah kenyang..

Time anak2 auntie, auntie lakukan
ayat yang sama..
Gitu juga anak2 auntie
mereka akan habiskan nasi dalam pinggan..

Tapi time sekarang..
He he he

zaman budak2 sekarang..

Dia orang lebih bijak menjawab..

Nasi mana ada mata
maner boleh nanges..

Ishhh...

Kalau dulu2 anak tak pandai menjawab
Panggg!! kena sepak kat mulut..kalau menjawab

Sebagai ibu dan bapa zaman sekarang
Kena prepare with a quick answer not a quick slap

Kalau tak..
anak2 pula tak de mata
tengok mak bapak terkedu..
he he he

Gitu juga time auntie kecik2
Ikut arwah abah gi kedai..
Kalau ada permainan tergantung2..
berani tengok2..pengang2..
cuba2 kecek/minta, kalau nasib baik dapat
kalau tak dapat..abah kata nanti lain kali..
abah belikan..
tak de pula rasa hampa ker..
nak merajuk ker..

Tapi auntie tengok zaman sekarang..
budak2 siap bergolek2 kat lantai
menangis..hentak2 kaki..
kalau mak ayah nya, tak nak beli..
sampai terpaksa belikan utk anak
sebab malu dengan orang2 di sekeliling..

Kat maner silap nya..
Bila anak2 dah tak tahu takut
dan hormat pada mak ayah??

Ohhh...tak tahu lah..
macam maner nak adap cucu nanti nih..

Kena banyak guna mata terbeliak kott..
He he he

Keperibadian Palsu

Kenapa auntie berblog??

Emm..Peeja kata..
boleh mengisi masa lapang dan yang terluang

Kesiankan mama, sejak dah berhenti kerja
mama dah tak de apa2 activity..
so mama bukaklah blog..
mama boleh tulis
kisah hidup mama..
boleh juga mengisi masa..

From there auntie dah dua tahun berblogging

Auntie sedar...blog auntie blog orang tua..
cerita, penulisan pun cara orang tua
auntie sedar diri..
so auntie banyak cool and relaxxxxx..

Alhamdulillah..
Pelan2 dah bertambah pembaca dan followers auntie
it takes 2 years to reach one thousand readers per day..
auntie syukur dan gembira..

rupa2 nya..dunia blogging
orang berlumba2 dan berlawan2
berebut2 aim nak buat duit..
berebut2 nak forfular..

macam2 taktik
cara baik..atau cara kotor

Saperti 'Miaeng Kam' naik junjung

Pada auntie jangan lah berlaku sedemikian ruper...


tempat kau kat bawah tapak kaki aku jer...

Aduh!! sedihlah kalau berlaku macam tuh..

Allahu Akbar...

Jauhi lah 'Syirik' dalam pakaian harian...

Rezeki datang dari Allah..

Amanah Allah...
Manusia ialah Kalifatullah di muka bumi ini

Kalau kucing jangan pula jadi harimau..


Kalau anjing jangan jadi serigala..

Manusia jangan lah perangai macam Haiwan

Berdoalah..


Tuntun dan Bimbinglah aku ker jalanMU
yang lurus..

YA ALLAH..



Thursday, November 25, 2010

Episod 78 - Jelmaan Harimau

Imbasan episod 77

Adik ipar auntie dah pun berkawin
dengan gadis tuh..
dah ada anak 6 dan masih tinggal di Melaka..

Auntie lalui masa duduk dirumah sewa
selama 2 tahun di Taman Melawati..
macam2
salah satu nya..adik ipar bertemu jodoh..

episod nih pulak auntie nak citer misteri sikit
Huishh..okay ker? malam nih, malammmmm....
jumaat??
Nak cepat2 habis dan publish, supaya
sebelum pukul 12 mlm..auntie dah boleh
tinggal kan PC nih..
takuittttt..

Rumah auntie di tumpangi oleh adik ipar yang
bongsu sekali dalam keluarga uncle..
baru habis SPM..tunggu result..tujuan ker KL
nak cari kerja sementara..

Adik ipar nih..berbadan besar, bukan gemuk,
tapi tegap dan tinggi. Jenis lemah semangat
nak kata dia penakut...tidak pula.

Uncle ramai kenalan yang ada company security
so jadi lah dia Pak Guard di PWTC..
memang thumps up dia ni..boleh kerja kadang2
dua shift sekali jika kawan dia EL.
Pandai simpan duit..
Bahasa pun baik, tiap2 bulan bila dia dpt gaji
dia belanja makan auntie sekeluarga.
Kesian..gaji tak banyak mana tapi dia tetap
nak belanja.

"Abg Long dan kak nani tak nak ambil duit
belanja makan bulan2, jadi biarlah
saya belanja sebulan sekali untuk anak2 buah
saya"...kata nya..

"Alhamdulillah lah..kalau kau ingat macam tuh"..
kata uncle..

Adik auntie memang suka bercerita tentang
tempat kerja nya di PWTC

Kata nya bangunan tuh berhantu..
selalu saja kena usik2..

Salah satu citer nya..
Bila dia meronda..tingkat ker tingkat
menggunakan lif..

Setiap malam, Lif tu akan berhenti pada tingkat yg sama
memang seram lah, sementara menunggu
lif tuh tertutup kata nya..

Bila sampai di level yang patut di catit waktu ronda
dia rasa macam ada orang yang ikut dia dari belakang..
Toleh..tak de pulak..kata nya

Pernah juga dia terserempak dgn kawan dia
orang yang sama..tapi di level yang berlainan
Siapa mereka??
memang seram lah..

Mereka juga ada port tempat tidur,
jika terlalu mengantuk..nak take a nap
tapi kena bagi tahu pada kawan
kata nya..
Port nya di atas meja, di bilik meeting..
tapi bila tersedar..dia berada di bawah meja..
Ishhh...ramai kawan dah terkena macam tuh..

Di bilik meeting tuh..
bersusun gambar potrait PM pertama sampai lah
PM yang keempat..di dinding (masa tuh lah)

Katanya..pernah gambar2 tuh kenyit mata
kat dia..
bila dia ceritakan kat kawan2 dia..
mereka pun pernah kena macam tuh..
Semua tuh berlaku kalau dia shift dari
11 malam sampai 7 pagi

Adik ipar auntie kalau shift petang dia habis kerja
pukul 11 malam, kedebak kedebuk..hand over
duty kat kawan, naik bas dan sampai di
rumah auntie selalu nya dah lewat malam.

So uncle lah selalu buka pintu bila dia balik..
TV dan PC kat bawah..uncle memang jenis
tidur lewat..

Auntie jenis suka tidur awal..
Auntie selalunya tak kunci pintu bilik kalau tidur
sebab uncle kan tidur lewat...
jadi tak payah terketuk2 pintu..bila nak masuk

Emm...pada suatu malam, auntie dah tidur nyenyak..
tiba2 auntie terjaga..rasa nak buang air kecil
Agaknya dah dua tiga jam auntie tidur..
dalam samar2..cahaya dari lampu bilik air..
yang pintu nya memang auntie renggangkan..
toleh sebelah..uncle belum masuk tidur lagi..
auntie terdengar..keypad..ketak ketuk ketak ketuk
oh..masih dengan komputer..bisikkan hati auntie

Auntie pun bangun, duduk atas katil jap..
hilangkan pisat2 mata..dah tuh auntie pun pusingkan
badan nak berdiri...
sekali terpijak sesuatu terasa macam sebiji bola
di tepi katil..
Auntie tengok dalam samar2 tuh..
apa yang auntie pijak..
Ternampak macam sesaorang sedang
melakukan posisi bersujud

Tiba2 jer..

berdiri saekor harimau yang besar..sambil mengaum2
betul2 depan auntie yang masih duduk di tepi katil..

Auntie menjerit2 panggil uncle..sambil menutup mata
dan menangis2..
Terdengar uncle berlari2 memanjat tangga kayu
menuju bilik auntie..

Sambil memetik suis lampu..

Uncle terus terpekik..
"Apa kau buat kat sini Hafiz"..

Hafiz yang juga.. baru tersedar
dan terus menangis..

"Hafiz tak tahu...Hafiz tak tahu abg long"
"Hafiz tak sedar" kata nya..

Auntie sambil menangis2 menjawab
"Tadi tuh bukan Hafiz...Nani nampak Rimauu...Rimau...
besar sangattttt".....

Uncle terus memeluk auntie dan menyuruh adiknya
mengambil segelas air sejuk..

"Dah...Dah..you ngigau tuh..kata uncle..

"Apa pulak ngigau..nani dah bangun tadi..
Nani terpijak badan Rimau tuh tadi"...kata auntie
sambil menangis2 lagi..

Auntie minum air sejuk yang dah di tawarkan
oleh uncle..auntie terus tertidur balik..

Keesokkan hari..Hafiz meminta maaf pada
auntie dan abang nya..

Dia benar2 tak tahu apa2 yang berlaku..
yang di ingat..kata nya..
malam tadi, dia sampai jer rumah, dia salin
baju, dan terus tidur..
kerana keletihan...dia tak mandi saperti biasa..

Uncle berpesan pada nya..lain kali..kalau balik
jangan terus masuk dalam rumah..
duduk kat luar dulu..takut2 ada 'benda' mengikut..

Auntie rasa tak sedap hati..
sebab yang auntie nampak ada lah saekor Harimau..
Tak kan lah auntie nak berdiam diri pulak..
takut berulang lagi..dah lah anak2 auntie masih
budak2 lagi..

Auntie menceritakan pada arwah abah..

Arwah abah pulak, mulalah menceritakan
benda2 tahyul di zaman nya..

"Memang ada Rimau belaan manusia...
Tempat asal abah kat Kg Baru..dulu2
memang ada banyak rimau2 orang bela
untuk jaga rumah halaman"..kata nya

"Rasa2 abah, Rimau2 tuh nak kan kau
jadi tuan nya...kan kau pun di lahirkan
di sana" kata nya

"Ah...sudah lah Abah nih"..kata auntie..

Mana ada orang bela rimau abah..
kat Zoo ada lah..

Ishhh...kau nih, bukan rimau macam tuh..
Rimau 'ghaib' lah..

Kalau dah ghaib, maner nya orang takut
dah tak nampak..

Hahhh...tak takut yea sebab tak nampak?? kata abah
kalau dia megaum tengah2 malam
tapi tak nampak takut tak??

Betul..Abah tahu lah..Ada dua ekor
Satu nama nya Kundur sekor lagi Labi..kata Abah..

Memang ada kat Kg Baru tuh..
cerita2 orang2 lama kat Kg Baru..

Kau kena mandi nih, tak kalau
Rimau tuh nanti akan ikut kau lagi..kata arwah abah

Hu...hu...hu...

Auntie di mandikan di kajang.. Alhamdulillah..

Susah nak percaya tapi memang berlaku...
Serammmm....

Episod 77 - Sakit Ganjil

Imbasan episod 76

Auntie dapat sekeping gambar
gadis yang amat cantik
untuk adik ipar auntie.

Dia terkedu melihat gambar tuh
dan minta auntie arrange
untuk ziarah kerumah kawan auntie..

Auntie setkan appointment..
kami bertiga, auntie, uncle dan adik ipar pun pergi lah
kerumah nya pada suatu petang..

Kami di layan berbual oleh suami isteri
kawan auntie...

Sebentar kemudian..
Gadis tuh keluar dari dapur
Sambil memegang dulang
yang berisi cawan2, teko dan
kuih2..
ingat lagi auntie kuih koci dan kaswi

Gadis tuh menundukkan kepala
pemalu orang nya..
dia meletakkan dulang di atas coffee table..
dan terus nak beredar..

tanpa melihat adik ipar auntie disitu..

Kakak nya dengan sporting berkata..
Ehhh...tuangkan kopi tuh dulu..
dan hulurkan lah satu persatu
pada kawan2 akak nih..

Gadis tuh..
nampak dia gugup dan malu..
sebab piring dan cawan yang di hulur
bergegar2..

Sekejap sajer, ..adik ipar auntie dapat nengok..
kami balik kerumah
dan auntie bertanya dengan adik ipar auntie

Hahh..macam maner tadi??
okay tak?? suka tak??

Saya memang lah suka..
tapi saya risau... dia tak sukakan saya
sebab saya cik gu jer..
dia boleh dapat lebih dari saya kak nani..
kata adik ipar..

Hisshhh...nanti akak tanya lah kawan akak tuh..
Dont worry...ada jodoh..InshaAllah

Kesokkan hari nya auntie ulang
pergi rumah kawan auntie..

Macam maner Wan??
Adik Wan suker ker bila tengok adik ipar kak nani??

Entah lah kak nani, saya bertanya dengan dia tapi
dia diam tak berkata2..

Wan tanya tak pada dia, dah ada boyfriend ker??
setahu saya....Dia tak de boyfriend..
tapi kawan suami saya a fotographer dah mula
usar2 dia..
Budak tuh dah mula nak ketengahkan dia, untuk buat
photographic model..

Berdebar2 hati auntie bila mendengar jawapan
dari kawan auntie tuh..

emm...apa kata akak minta izin untuk adik ipar
akak bawa dia keluar..
biar dia tanya sendiri kat dia

Elok jugak kak..
biar dia sendiri bagi kata putus..
Kalau adik akak dah serius..nak memperisterikan dia..

So mereka keluar..
mereka pergi rumah adik ipar perempuan
auntie di Gombak (dah arwah)





Beberapa hari kemudian auntie pula
ajak mereka kerumah auntie..


Auntie tengok paras wajah gadis tuh
berseri2...asyik tersenyum2..

Nampak positif..he he he..

Tak silap auntie..
tiga bulan selepas tuh..
mereka bertunang..
macam2 ujian yang adik ipar akak lalui
masa tempoh bertunang..
tak ingat pulak auntie berapa lama..

Susahlah saya kak nani..kata adik ipar

Pasal lak.??.

Kak nani bayangkan lah..kalau saya berjalan dgn dia
semua orang toleh2 kat dia..
sampai ada motor tergolek pun ada..
masa kami nak melintas jalan..

Ishhh...serius?? sampai macam tuh..
Kau mesti lah rasa bangga dpt tunang
yang cantik macam tuh..
pasal lak susah..kata auntie

adik tak jawab..dia hanya mengeluh..

Auntie bertanya lagi..
Okay ker kau nih??
macam ada masaalah jer??

Entahlah kak nani, mungkin dia terlalu muda lagi
Mungkin dia baru tahu yang dia ada 'value'

Tak per lah..biarkan..kalau dia sayang kau
dia tak kemana..

Saya tak suka macam tuh..
Saya dah plan nak kawin hujung tahun nih..
tapi kak nani..dia dah pun berada di JB..

Saya baru jumpa dia..kat JB
Dia minta kerja..
dapat kerja kat JB sebagai model
Jadi saya tak suka lah..
Bila saya membantah..
dia pulangkan cincin..kat saya

Lahhhh...aper jadi nih??

mudah sajer..air mata adik ipar auntie mengalir
depan auntie..

Tak per sabar, nanti akak bertanyakan pada kawan akak
yang adik nya pulangkan cincin..
kakak dia tak tahu menahu lagi..
mesti nanti kakak dia malu..

Biarlah kak nani...
Dari awal2 lagi, kalau ikut firasat abah..(arwah bapa mertua auntie)
tunang saya tuh susah nak di kawal..
keras hati..

Ishhhh...abah nih..ada2 jer
kau yang sepatut nya..mesti tahu macam maner nak
didik dia..kata auntie..

Tak payah kak nani bertanyakan pada kakak dia
biar saya sendiri pujuk dia..bila dia dah reda nanti..
tak per lah..dia nak rasa berkerja dulu..

Nanti saya sendiri akan pergi rumah Kak Wan
nak adukan perkara nih..

Okaylah suker kau lah...

beberapa bulan berlalu...

Tahu2 jer..adik ipar auntie kata..

mereka nak kahwin..
dia berhenti sebagai model

Alhamdulillah...

mereka pun berkahwin..

mereka duduk di Marang, Trengganu


Menyarung cincin kahwin

Auntie mengucap tahniah kpd kakak nya
selepas selesai akad nikah..

Kenduri Kawin..rombongan dari Melaka
anak auntie Khairul berbaju merah dan Hafizi berbaju biru
memegang bunga manggar

Adik ipar bergambar dengan hantaran dari kedua2 pihak
di rumah pengantin perempuan

Gambar Bersanding

Selepas kahwin...
Isteri nya sakit teruk..
sakit yang ganjil..

Kulitnya dari kepala sampai ker kaki
jadi menggelupas macam ular salin kulit..
Puas adik ipar akak bawa berubat..
dengan specialist dan secara traditional..
Hampa...
penyakitnya tak hilang
sampai lah sekarang..
tapi tak seteruk masa mula2 kawin

Konon nya..ada orang suka dia
masa dia di kampung nya..
sebab tuh..kakak nya bawa lari ker KL

Dua tahun kemudian..adik ipar auntie
minta bertukar ker Melaka
Adik ipar auntie bawa isteri nya
berubat di Muar, Johor

Imam tuh berpesan...
Isteri nya tidak boleh makan benda yang berduri..
kulit nya akan menggupas balik..

Sekarang mereka dah ada enam orang anak..
3 lelaki dan 3 perempuan
Kesemua anak2 nya
Hensem2 dan cantik2, ikut macam mak nya..

InshaAllah..

auntie akan sambung citer pasal keadaan rumah
auntie yang ada gangguan misteri..

di episod seterus nya..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...