THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Thursday, December 31, 2009

2009/2010

Good bye 2009 and Hello 2010

A very beautiful morning today to end the year of 2009, sunny and bright.

What can I remember sometime in April 2009, my daughter's Peeja advised me to kill my time with blogging.

I had to leave my career/work due to my prolong illness, ever since then, I have been at home with no activities at all.

Reading her writings almost everyday, but never thought that I could ever have my own blog.

Thank you Peeja for the encouragement, mama could spend my remaining life, writing my thoughts and lay out my feelings daily in this white screen.

For mama this is a healthy activity knowing lots of cyber friends though they are much younger than mama.

I thank all my followers and bloggers friends.

" Thank You from the bottom of my heart, YOU have given me laughter, tears of happiness with all the comments, or even reading your articles, makes me knowing YOU and feel you close to my heart. Thank You...I could not have made it through the year of 2009 without YOU".

Pasal lak pagi2 nih, nak cakap omputih pulak? Apa breakfast western ker aper nih, sampai lidah ber omputih ...

Em..memang pun breakfast pagi ni, keju kraft, scramble eggs fried with butter, baked beans with green chilies pickles and 2 slices of wholemeat bread. Classic English Breakfast Tea by Twinings of London (Noy beli) to complete the morning breakfast.

Did my insulin injection of 40 iu before the breakfast, and hopefully the sugar level reading will be as good as any normal people without diabeties.

Actually year 2009 is a new beginning of my leftover life.

A new experience.....

World without sound and voices.......Lost the beauty of Hearing,

Missing you .......

The voices of Al quran,
The voices of my husband and children,
The sound of my favourite muzik,
and even worst

I could not even hear my own voice.
I could speak though....

but I......dont know whether my voice peach is too loud or low.

At times my daughter would give a sign to reduce my voice as it was like too loud

Also sometimes, my fork and spoon where making loud creaking when I have my meals, again I will be warned to slow down with the cutleries.

It is so embarrassing and shameful to be in public, attending official dinner, I need to be extra cautious all the time.

I am happy though....

Happy that I am still alive, able to spend my time with God, family and friends

May 2010 be a better year for all of us...Amen

Wednesday, December 30, 2009

AZAM??

Tiap2 tahun baru, ramai yang pasang azam. Ada yang dpt dibereskan dan ada yang tertunggak.

Pada auntie azam adalah sesuatu misi yang kita target utk melunaskan/menunaikan nya sampai dapat. (Bermohonlah pada Allah dgn izinnya untuk mencapai segala apa yang di hajati)

Kalau tak dapat capai tahun itu, carry forward ke tahun hadapan, jgn pula saja2 hilangkan dr list tahun berikut nya, sebab setiap azam adalah perkara yang baik, rasanya rata2 tak de orang pasang azam yang tak elok.

Emm...auntie masa berkerja dulu, list azam terbahagi kepada dua kategory.

Kerjaya dan Agama.

Auntie akan list down semua yang auntie nak lakukan. Memang mesti list down.
Bahasa Arab nya 'Dhobit' (Kalau tak silap).
Bila kita dah tulis, disitu nanti kita dapat refer, ada peringatan.

Bukan setakat dalam fikiran saja, sebab kalau dlm fikiran, auntie pasti ia hanya akan tinggal sebagai impian yang terbiar, melular tanpa reminder, manusia kan pelupa.

Tulis lah dlm journal or planner, photostat sebelas helai dan masukkan sebagai separator pada setiap bulan list tu, supaya setiap bulan baru tiba, kita akan nampak azam kita yang masih belum dilakukan.

Contoh list Azam auntie pada tahun 1994

  • AGAMA
  1. Bertudung *
  2. Menunaikan Umrah *
  3. Mempelajari mengenal diri dan mengenal Allah *
  4. Mendalami mengaji Al Quran **
  5. Memulakan memberi salam instead of good morning wish to all muslim, dalam pejabat dan luar * (sambil memberi senyuman bila bertembung)
  6. Kawal diri dari emosi bosan dan amarah *
Notakaki : * Alhamdullillah Berjaya menunaikan nya.

** Terhenti separuh jalan.
  • KERJAYA
  1. Koleksi pakaian yang sedap mata memandang, Islamic. (bukan mcm nak gi rumah org kawin, kilat milat, pilihan warna yang sesuai). Barangan Kulit Asli -Kasut 2 pasang dan dua handbag, brown and black khas untuk pejabat. *
  2. Meeting deadline for all workloads. *
  3. Attend kursus utk kenaikan pangkat. (At least 3 courses in a year). Dengan kenaikan pangkat dapat membetulkan kedudukkan financial.
  4. Saving monthly without fail. *
  5. Active dalam activity2 social di pejabat (sebelum nyer auntie saorang yang menyendiri) *
Notakaki : * Alhamdullillah Berjaya menunaikan nya.

Pada tahun 1995 dan seterusnya, tuah auntie sangat2 murah rezeki, bila auntie focus pada list azam.

Apa azam auntie untuk tahun 2010?

Walaupun auntie dah tak berkerja lagi list auntie masih terbahagi kepada dua kategory.

  • Agama
  1. Melunas kan semua hutang2 credit card to zero (at the moment holding 4 gold cards, nak maintain 2 shj).
  2. Membayar zakat pada setiap tahun yang akan datang
  3. Memperbanyakkan segala2 yang sunat (puasa dan solat)
  4. Menziarahi sanak saudara dengan menghadiri majlis2 jemputan (dulu2 memang tak dapat, selalu pentingkan kerja. Menghadiri yang dekat surrounding KL jer).
  5. Menunaikan rukun islam yang kelima 'Haji'
  • Business
  1. Link with Government agencies (selama ini dengan swasta shj)
Moga auntie dapat melaksanakan azam auntie....Amin

Tuesday, December 29, 2009

PEDAS BEST

Emmm.....best tak makanan pedas2??

Auntie sukaaaaa............boleh sampai panas dada dan panas perut!!!.

Pertama masak lomak cili api, kedua sambal tumis ketiga tom yam dan keempat sambal belacan.

Ari ni masak sambal tumis sotong.

Tapi perut sangat lah nipis, lepas tuh gi toilettttt............berulang kali.

Bak kata pepatah " Siapa makan cili, mesti terasa pedas"

Ehhh!!!! sesuai ker pepatah nihh....


Monday, December 28, 2009

EMAS PUTIH, EMAS KUNING?

Dapat surat dari Habib Jewel lagi, Pesta Jualan Cuci Gudang 2009.
Emm...ada promosi empat hari dari 24 - 27 Dis dengan potongan harga 70%, harga runtuh dan bagai2 ayat untuk menarik perhatian pelangan regular nya.

Auntie pulak teringin juga nak gi jengok, bukan apa..nak belikan hantaran untuk bakal menantu auntie yang pertama pada hujung bulan January tahun depan. Tinggal empat minggu jer lagi.

Ajak lah si Peeja dan Noy teman auntie ker Habib, Ampang Point petang sabtu.

Petang yang bahagia sebab dah lama anak2 pompuan auntie tak sekereta dengan auntie.
Sejak kereta kembara masuk workshop, baru lah dapat bersama2 mereka.

Emm..terasa ketika zaman kanak2 mereka pulak, suami auntie drive, auntie duduk sebelah, Peeja dan Noy duduk belakang. Cuma auntie tak dapat mendengar apa perbualan suami auntie dengan anak2 perempuan ketika dalam kereta.
Auntie menoleh ker kanan nampak suami auntie ketawa2, toleh ke belakang anak2 pompuan juga ketawa2.
Entah lah auntie memang tak boleh dengarrrrr lansunggggg...........

Suami auntie buat gaya menari2. seronok agak nya, toleh belakang anak2 juga buat gaya menari2..

Auntie kata kat mereka, apa nih, berzikir ker apa nih!! Saja jer auntie sound, nak mereka behave themselves.
Abis auntie dah tak dpt nikmat mendengar lagu2.

Sampai jer ker destinasi, ada tinggal satu jer reserve parking for Habib Customer Only, tapi security guard angkat signage 'no parking' utk kereta kami. Agak nya dia tahu kami nak ker Habib lah tuh.

Ramai nya manusia, boleh dikatakan 99% orang melayu, penuh ruang bersesak macam pasar malam. Betul2 ikut iklan dalam surat edaran mereka 'Pesta Jualan Cuci Gudang'.

Memang orang melayu ramai yang berduit, tua dan muda asyik membelek barang2 kemas pilihan masing2. Auntie tengok bukan nya setakat belek, memang dia orang borong.

Emm...auntie pulak nak beli 'gelang tangan' utk bakal menantu auntie, so pergi ke kaunter gelang.
Soalan yang di ajukan oleh sales promoter, Mak cik nak mas putih ker ....mas kuning?

Auntie yang tak boleh dengar, toleh kat Peeja utk bertanya apa yang sales promoter tuh cakap. Auntie somehow or rather can only pick up Peeja's 'lips reading'.
Memang dia selalu buat muka bila auntie toleh kat dia. Penat kena explain kat mama tau, kata nya merungut.
Nampaknya kena bagi allowance/upah kat dia, supaya dia tak komplain lagi..

Berbalik pada mas putih ker, mas kuning?
Kalau nak ikut memang lah pilihan auntie mas kuning tapi trend sekarang pulak mas putih jadi kegemaran budak2 sekarang.

Tapi auntie masih ingat masa auntie pakai mas putih, Arwah Mak Mertua auntie pernah bertanya kat auntie kenapa pakai 'nekal'? Itu lah persepsi orang luar bandar. Trend mas putih belum lagi di gemari dan di kenali ketika itu.

Tapi sekarang kat KL majlis kenduri kendara for circles of elite people Mas Putih bersalut/bertatah berlian is the trend.

Fikir punya fikir, pilih punya pilih....So end up auntie beli gelang berlian mas kuning utk bakal menantu, mas putih utk anak2 auntie, peeja gelang tangan dan rantai ngan loket untuk Noy.

Auntie ngaga jer tak dapat beli apa2 sebab dah sampai waktu maghrib, kata suami auntie, mama punya besok jer lah..
Dalam hati kalau besok2 tuh, memang melepaslah...sebab besok dah nak pergi Linggi, NSembilan ada kenduri kahwin.

Dah bayar dan dapat resit, sales promoter bagi voucher untuk pembelian baru dan food coupon.
He he he...mesti lah nak guna voucher tuh kan.. nasib baik boleh guna sampai end of Jan 2010. "So see u again Badariah" nama sales promoter tuh.. auntie memberi senyuman yang meleret sebab dpt voucher tuh..

Food coupon tak di gunakan sebab Noy nak belanja makan Seafood.

Siapa2 yang Trend Conscious dan berduit lah......sila ada dua set of jewelery Mas Kuning dan Mas Putih..

Berapa dividen ASB tahun nih?? Ngeee......


Friday, December 25, 2009

Terbelit

Merry Christmas


Auntie ucapkan Merry Christmas pada kawan2 yang merayakan Hari Kelahiran Nabi Isa.

Semalam dapat message dari kawan auntie masa zaman remaja, Priscilla. Berkawan masa tingkatan empat, berumur 16 tahun sampai umur 22 tahun.

Dia suruh datang rumah dia pada Christmas Day. Kalau dulu2 memang auntie akan pergi rumah2 mereka, tapi dah bertahun2 kebelakangan nih tak lagi.

Arwah Abah kan kerja dengan KTM, so jiran auntie ramai berbagai2 bangsa, Melayu, India dan ada lah beberapa keluarga Eurasian. Cina tak de langsung.

Jiran2 Eurasian yang auntie ingat lah..Yang selalu auntie bermain2 dgn mereka .

1. Peterson 2. Thompson 3. Hendricks (Ini nama2 keturunan mereka - surnames)

Yang lain2 tak ingat nama surnames tapi auntie berkawan dengan mereka, Gurtrude, Gracy, Melissa and Lucy.

Bila berkawan dengan mereka dari kecil sampai lah besar, memang bertutur bahasa 'Ingeris' jadi auntie dpt kuasai bahasa mereka dari kecil lagi. Sampai kan memaki hamun kawan2 pun guna bahasa tuh..

Apa yang auntie merepek2 ni?? Tak de ler apa2 cuma teringat, dulu2 kalau Perayaan Christmas auntie pun sama sibuk ikut mereka gi celebrate kat office lah, church lah, kan ada Santa Clause yang bagi hadiah banyak dan of course dpt sweets and balloons.

Bila ingat balik, betapa naive nya keluarga auntie melepaskan auntie bergaul dengan bangsa and agama lain dari kecil. Kalau lah termakan dan terminum benda2 haram macam maner??

Itu makan dan minum, kalau terminat dan terikut agama mereka macam maner pulak, kannnn auntie kata auntie ikut mereka ker Church bagai. Nasib lah auntie tak terjebak ke arah itu.

Auntie peratikan sekarang pulak lain, tiap kali perayaan Christmas, TV banyak tunjuk cerita2 berkisarkan kisah Santa Clause. Emm..sedikit sebanyak telah menarik perhatian kanak2 terhadap budaya mendapat hadiah dari Santa Clause.

Pernah anak2 auntie masa kecil2 dulu, bertanya pada auntie, Santa Clause tuh kenapa tak taruk hadiah kat depan umah kita?? Anak auntie Peeja, dia nih memang banyak bertanya masa kecik2 dulu.

So..jawapan auntie mesti lah kata pada anak2 " Santa Clause tuh pegi rumah orang Christian ajer"

Kenapa kita tak jadi Christian jer..nanti banyak dapat hadiah??

Eh! kita orang Islam lah..Atok, Mak Tok, Papa punya Mama dan Papa pun orang Islam mana boleh tukar2...

Jawapan yang amat simple dan cetek untuk anak yang baru berumur 6 tahun.

Abis tuh kenapa Hari Raya kita dapat duit?? Macam kawan mama Cina tuh pun bagi duit, masa Hari Raya Cina, kenapa sama pulak??

Itu yang terbelit tuh, macam mana boleh Hari Raya utk org2 islam dapat budaya bagi duit macam bagi Ang Pow dari orang2 Cina.

Auntie cuma jawap : Oh, duit tak per bukan dari Santa Clause...he he he.... auntie pun muda masa tuh, tak reti nak jawap lebih2...

Memberi duit pada kanak2 pada Hari Raya.. apasal yek?? Sedekah??

Googles lah sendiri apa erti Sedekah itu.....



Wednesday, December 23, 2009

NANG BETINANG KUI BETIKUI

Apa maksud nyer auntie pun tak tahu lah...kawan auntie sebut2 masa dia datang kerumah citer pasal anak dia ...

Kalau ikut citer filem cina..Kui tuh 'hantu' kannn..

Kawan auntie menceritakan 'geramnya' dengan keputusan peperiksaan anak lelaki dia, yang baru darjah tiga.

Anak nya : Mommm....our house number is 32, Your car number is 32, Daddy's car too number 32...so our favourite number is 32..yea!! mumm..
I've tried hard to get number 32 in class mum.. so, I managed to get that lucky number..

Kawan auntie : "Nang Betinang kui betikui "

Auntie : Hu hu hu hu..yr son is really a joker!




Monday, December 21, 2009

Jauhi orang yang bersikap....


Emmmm....apa itu mengadu domba??
Sikap yang suka menyampaikan cerita dengan bertujuan yang tak baik..

Mengadu domba bahaya sebab melibatkan orang lain, ini boleh menyebabkan putus silaturrahim...

Apa hukum nya??
Tak dapat bau sorga, apa tah lagi masuk!! Jauh sekali...
Kalau rasa2 nak tahu lebih lanjut..google sendiri...

Apa pulak dengan perangai hipokrit??

Emm...orang yang lebih kepada perangai suka berpura pura..

Avoid these sort of human to be in your circle....

Thursday, December 17, 2009

MAAL HIJRAH 1431

[islam+is+my+life.jpg]

Assalamualaikum...

Masa berjalan.... Tahun Hijrah 1431 sudah menjelang.....

Auntie mengambil kesempatan ini,
mengucapkan selamat tahun baru kepada ahli dan kaum keluarga,
sahabat-sahabat, para pembaca blog auntie di dalam dan luar negara.

PESANAN BUAT KITA dan seluruh umat Islam.

Semoga kita sentiasa didalam rahmatnya jua dan semoga kefahaman dan amalan Islam kita semakin meningkat...

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1431

Thursday, December 10, 2009

ANEH BIN AJAIB

Auntie baru dapat berita yang mystery.

Anak buah auntie di Melaka, anak lelaki Kak Ton yang kedua. Umur baru pertengahan tiga puluhan.

Dulu dia berkerja di salah satu pasarraya di Melaka memegang jawatan yang tinggi dan bergaji lumayan.

Sejak berlaku gawat awal tahun lalu, dia telah di berhenti kan kerja. Di sebabkan dah beli rumah kat sana, mereka bercadang meneruskan hidup mereka berikhtiar untuk berniaga.

Isteri nya belajar buat kuih muih melayu yang standard hidangan hotel. Mereka sewa satu lot kedai di salah satu pasarraya dan memulakan perniagaan. Nasi lemak mereka jadi buruan pengemar2 yang dah jadi regular di kedai mereka dan jualan sampingan goreng pisang panas juga di minati.
Bagus betul otak anak buah auntie, sebab mana ada nak cari goreng pisang panas kat shopping complex?

Perniagaan mereka amat maju tapi petang semalam, Kak Ton talipon suami auntie bercerita perkara mystery yang berlaku pada anaknya, suami isteri dan 5 anak mereka...
Kak Ton minta tolong kalau2 suami auntie boleh uruskan...

Emm..cukup hairan macam mana boleh terjadi perkara2 macam nih, pada zaman yang serba moden dan canggih. Masih ada pengamal2 ilmu hitam ker??
Sungguh kesal terhadap orang2 islam yang masih sesat!

Dua minggu yang lepas, kedai anak buah auntie di datangi olih saorang yang dah lanjut usia, berkopiah..dia order makanan dan mula banyak bertanya..
Sebagai anak muda kpd orang tua, anak buah auntie tuh melayan lah..

Pak Cik : Kat mana belajar buat2 kuih2 nih?

Anak buah : Belajar kursus kat KL

Pak Cik : Pak Cik tgk sangat laku kedai nih..
Berapa orang pekerja yang menolong bantu2 kerja kat sini.

Anak buah : Ada lah dua tiga orang.

Walaupun soalan nya tak der lah berat kpd kedengkian tapi anak buah rasa tak sedap hati bila tgk pak cik tuh..

Selepas seminggu jer..kejadian aneh berlaku..

Kuih dah siap masak, nak di potong2, jumpa segumpal rambut, setalam kuih penuh dengan kaca2 kecil dan juga dalam masakkan nasi lemak ada jarum.
Goreng pisang tak masak2 dalam kuali. Punya lama anak buah auntie goreng tak kuning2 katanyer.

Di kedai pulak dah tak de orang masuk, org yg biasa jadi regular lalu saja tapi tak singgah..mcm tak nampak kedai tuh...

Dua malam berturut2, anak2 kecil dia menangis2 kata ada hantu tengok dia orang kat tingkap.

Suami auntie pula tak leh nak balik melaka, sebab kereta kembara dihantar ke workshop utk di perbaiki pulih mungkin sampai tahun baru nanti. Jadi noy terpaksa di hantar dan di ambil oleh suami auntie.

Suami auntie..walaupun orang melaka, bukan nya tahu sangat dengan siapa nak refer benda2 macam nih..bolehlah bertanya sana sini..tapi kena balik lah, bukan main talipon2 jer..

Tak sedap hati, malam tadi kul 11 : 30 mlm, suami auntie talipon anak buah, dia sedang berubat kata nyer..so tak dapat information lanjutan lagi...

Wednesday, December 9, 2009

Perjalanan Manusia Dalam 5 Alam

Dengan nama Allah yang maha Pengasih maha Penyayang

Segala puji bagi Allah S.W.T yang mana telah mencipta bumi dan langit, bumi itu pula berlapis, dan langit itu betingkat walaupun kita tidak dapat lihat dengan mata kasar. Begitu juga dengan manusia yang hidupnya itu akan melalui alam-alam, yang bermula dengan penciptaan datuk moyang kita Nabi Adam A.s hingga ke alam barzakh sebelum kita ke alam yang abadi iaitu kekal di Syurga.

Berapa alam yang manusia akan lalui sebenarnya?

Alam yang pertama

1. Alam yang kita lalui di sulbi ayah.
2. Kemudian berpindah ke dalam Rahim ibu.

“Dan ketika Tuhan kamu menjadikan keturunanAdam dari punggungnya, dan Tuhan mengambil kesaksian dari mereka dengan berkata: Bukankah Aku ini Tuhan kamu? Mereka berkata: Bahkan! Kami menjadi saksi, bahwa kamu nanti di Hari Kiamat tiada dapat mengatakan, bahwa kami ini lalai dari perkara itu”
Surah Al-A’raaf ayat 172

Jelaslah di ayat ini, yang mana Allah S.W.T telah menyatakan kisah Hari Mitsaaq (hari perjanjian) yang mana kita – zuriat Nabi Adam A.s- telah pun berjanji untuk mengakui keesaan dan ketuhanan Allah S.W.T

Alam yang manusia akan telah pun lalui di alam yang mana masanya sejak Allah Ta’ala mencipta Adam A.s dan membekalkan zuriat di tulang punggungnya yang penuh keberkatan.

Alam yang kedua:

Alam yang kita menjalani hidup di dunia.

Ibnul jawzi telah membahagikan peringkat-peringkat umur itu kepada lima kategori:
1. Masa kanak-kanak: iaitu dari peringkat umur bayi hingga seseorang itu mencapai umur lima belas tahun.
2. Masa muda: iaitu dari peringkat umur lima belas tahun (15), hingga umur tiga puluh lima tahun (35).
3. Masa dewasa: iaitu dari peringkat umur 35 tahun, hingga 50 tahun.
4. Masa tua: iaitu dari peringkat umur 50 tahun hingga umur 70tahun.
5. Masa tua Bangka, iaitu dari peringkat umur 70 tahun hinggalah ke akhir umur yang dikurniakan Tuhan.

Mengapakah para Ulama telah membahagikan umur-umur manusia hingga sedemikan peringkat? Apa yang kita sebagai manusia -lebih lebih lagi umat Islam- dapat mempelajari dari pembahagian ini?

Kerana di alam yang kedua inilah -alam yang tidak kekal- alam yang manusia diminta untuk beramal dan diuji, amalan kita di ambil kira –dihisab- oleh itu, maka elok kita mengenal pasti peringkat mana yang harus kita mula mendidik dan beramal anak-anak kita. Bukan kah Nabi Muhammad S.A.W telah memesan umat Islam:
“Kedua kaki anak Adam itu akan tetap berdiri di hadapan Tuhannya pada Hari Kiamat, sehingga selesai ditanya tentang empat perkara”
1. Tentang umurnya, untuk apa dihabiskan.
2. Tentang masa mudanya, untuk apa dipergunakan.
3. Tentang hartanya, dari mana diperolehi dan untuk apa dibelanjakan.
4. Tentang ilmunya, apa yang sudah dibuat dengannya.

Alam yang ketiga

Di alam Barzakh, ketika kita di kubur.

Bermulanya dari masa manusia keluar dari dunia ini dengan menempuhi mati hinggalah ia dibangkitkan dari kubur.

Siksaan kubur

Siksaan Kubur adalah HAK iaitu benar, sepertimana Rasulullah s.a.w pernah berpesan. Dan beliau telah mengkhabar pada umatnya, “Kebanyakan siksa kubur disebabkan tiada memlihara diri dari kencing.”

Nabi juga berpesan supaya kita memohon pada Allah Ta’ala supaya dihindarkan dari siksaan kubur.

Alam yang Allah S.W.T telah nyatakan dalam firmannya:
“Dan di hadapan mereka terdapat Barzakh, hinggalah ke hari mereka dibangkitkan.” (Al-Mu’minun: 100)

Di alam ini, walau jasad musnah – kecuali para wali-wali Allah S.W.T- ditelan bumi dek zaman, tetapi roh manusia itu kekal di alam Barzakh. Di alam yang mana manusia lalui antara alam Dunia dan alam Akhirat di masa antara dua tiupan.

Alam yang keempat:

Di padang Mahsyar


Bermulanya daripada kebangkitan manusia dari kuburnya untuk menerima pengadilan Tuhan, sehinggalah kepada masuknya ahli syurga ke syurga, dan masuknya ahli neraka ke dalam neraka.

“ Dan ditiupkanlah pada sangkakala, maka mereka pun bangun dari kubur masing-masing, lalu datang kepada Tuhan mereka dengan berbondong-bondong.”
(Yasin: 51)

Mizan (Amalan ditimbang)


Di alam ini, umat manusia akan melalui saat genting, mereka akan menuju ke padang Mahsyar supaya amalan mereka dihitung oleh Allah S.W.T, bahkan amalan mereka akan di timbang, sebagaimana firman Allah Taa’la:

“ Dan neraca pada hari itu tepat, maka barangsiapa yang berat timbangannya (kebaikan), niscayalah mereka itu menjadi orang-orang yang beruntung. Dan barangsiapa yang ringan timbangannya, niscayalah mereka itu adalah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, disebabkan mereka tiada mempercayai keterangan-keterangan Kami.” (Al-A’raf:8-9)

Di titian Shirath

Setelah itu manusia akan melalui Shirath (jembatan), yang mana ianya dipasang di atas muka jahannam, seperti diriwayatkan, Shirath itu lebih tajam dari pedang dan lebih halus dari rambut, tatkala itu manusia akan melaluinya menurut kadar amalan masing-masing.

a. Ada yang umpama kilat ketika melintasi titian Shirath. Ada yang umpama angin. Ada yang seperti burung atau kuda.
b. Begitu juga ada yang merangkak dan ada yang dijilat api, dan yang ada terjerumus ke gaung nereka.

Di telaga Nabi Muhammad S.a.w (Haudh)

Setelah terlepas dari titian Shirath, tatkala itu umat manusia yang beriman akan menghampiri Haudh (telaga) Rasulullah S.a.w dan sekali teguk saja segala haus dan dahaga akan hilang. –Supaya Allah mengurniakan pada kita seteguk dari cawan Rasulullah S.a.w- Air dari Haudh itu lebih putih dari susu, lebih manis dari madu.

Pesanan Rasulullah S.a.w

“Siapa yang melepaskan dari seorang Muslim satu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, niscaya Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan dari kesusahan-kesusahan Hari Kiamat. Siapa yang menutup rahsia (keburukan) seorang Muslim, niscaya Allah akan menutup rahsianya di dunia dan akhirat.”

Dan marilah kita hayati kata mutiara dari Rasulullah S.a.w sebagai pedoman untuk kita tempuhi alam yang keempat ini, dan kita mengharapkan Syafaat dari Baginda S.a.w disaat itu sepertimana kita mengharapkan Syafaat serta Wasilah Beliau setiap kali kita membaca Doa azan, “Wahai Tuhanku yang memumpunyai seruan yang sempurna ini dan sembahyang yang akan didirikan ini, berikanlah dengan limpahan kurniaMu kepada Muhammad Wasilah(kedudukan yang paling tinggi dalam syurga) dan keutamaan serta limpahkanlah kepadanya Maqam yang terpuji yang Engkau telah janjikanbaginya.”

Alam yang Kelima:

Di negeri Abadi (Syurga dan Neraka)

Di alam ini, adalah masa kemasukan ahli neraka dan kemasukan ahli syurga ke syuga buat selama-lamanya yang tiada hujung dan penghabisannya.

Bukankah Nabi Muhammad S.a.w diutuskan untuk membawa rahmat untuk alam-alam, namun begitu ada yang telah mengingkari risalah yang di-utuskan oleh Allah S.w.t. Maka balasan buat oleh yang telah mendustakan Nabi dan tidak beriman, maka balasan mereka seperti tertera dalam Al-Quran:
“ Maka Aku memperingatkan kamu akan api yang bernyala. Tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang jahat. Yang mendustakan (kebenaran) dan yang membelakangkan.” (Al-Lail:14-16)

Telah Allah ciptakan neraka itu dengan mempunyai tujuh pintu. Sebagaiman yang tersebut di dalam Al-Quran:

“Neraka itu mempunyai tujuh pintu, tiap-tiap pintu daripadanya ada bahagian yang sudah ditentukan.

Nama-nama pintu dan tingkat neraka:

1. Jahannam
2. Saqar
3. Lazha
4. Huthamah
5. Sa’iir
6. Jahim
7. Hawiyah

Semua lapisan neraka yang tujuh itu telah diasak dengan berbagai-bagai penyiksaan yang berat, hukuman yang dahsyat serta penghinaan yang terkeji. – Kami memohon Allah Ta’ala, agar Dia melindungi kami sekalian dari siksaan api neraka dan melindungi datuk-nenek kita, kekasih-kekasih kita dan semua kaum Muslimin.

Syurga buat mukmin

Alam syurga yang mana telah dijanjikan buat orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Bukankah Allah S.w.t telah mengkhabarkan kepada kita : “ Dan pimpinlah orang-orang yang bertaqwa (memenuhi kewajiban) ke dalam syurga berbondong-bondong, sehingga apabila mereka mendatanginya, dibukakan pintu-pintunya, dan penjaga-penjaganya berkata: Selamat sejahtera untuk kamu! Kamu telah melakukan yang baik, maka masuklah kamu ke dalamnya buat selama-lamanya.” (Az-Zumar:73)

Syurga yang mana Nabi Muhammad S.a.w penah bersabda: “ Berfirman Allah Ta’ala: Aku sediakan untuk hamba-hambaKu yang saleh sesuatu yang tiada pernah:
a. dilihat oleh mata.
b. didengar oleh telinga
c. tiada telintas di hati sesiapa pun.

Nikmat-nikmat di syurga:

Bayangkan, segala nikmat yang berlaku didunia ini, tiada bandingannya di Syurga, yang penuh dengan nikmat-nikmat yang hebat diantaranya:

1. Mereka ahli syurga: bersandar di atas permaidani yang sebelah dalamnya diperbuat dari sutera.
2. Ada gadis-gadis sopan –santun, belum pernah disinggung oleh manusia dan jin, dan mereka itu bagaikan permata delima dan mutiara.
3. di syurga An-Naim: ada sofa yang bertatahkan emas dan batu permata.
4. Mereka tiada merasa pening kepala atau mabuk.
5. Bidadari-bidadari yang bemata bulat jelita.
6. Tiada matahari yang berhawa panas dan bulan yang berhawa dingin.
7. Air mata Salsabil.
8. Mereka memakai pakaian dari sutera halus.

Nikmat yang besar selepas masuk ke syurga:

Melihat Allah S.w.t

Syurga-syurga yang sediakan ini, ada lapan pintu, dan ianya berbeza dari satu yang lain dan antara satu darjat dengan darjat yang lain sama seperti antara langit dan bumi. Darjat yang paling tinggi ialah Syurga FIRDAUS yang mana diatas nya terletak Arasy Allah S.w.t dan orang-orang beriman tatkala itu dilimpahi berbilang-bilang nikmat, sehingga ditanya pada mereka: Apakah ada sesuatu yang lain yang kamu mahukan Aku tambahkan? Mereka menjawab:
a. bukankah Engkau telah memasukkan kami syurga
b. dan menyelamatkan kami dari api neraka?
Kemudian Hijab pun terangkat. Maka pada ketika itu, tiada sesuatu yang diberikan kepada kamu lebih utama daripada nikmat melihat kepada Wajah Tuhan Azzawajalla.

Disediakan oleh Muhammad Dzarif Abdul Wahab
Petikan dari buku: Peringatan Tentang Umur Insan oleh Imam Habib Abdullah Haddad
Terjemahan: Syed Ahmad Semait

Tuesday, December 8, 2009

WUDHUK ZAHIR DAN BATIN

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, 'Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?'

Hatim berkata, 'Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin.' Isam bertanya, 'Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? ' Hatim berkata,'Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air'.

Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya ' )
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.'

Seterusnya Hatim berkata, 'Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan':

1. aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5. aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian
' Siratal mustaqim ' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim. Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, InsyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Wa Salam Ukhwah

Monday, December 7, 2009

UPSET

Goshhhh!!!!!....so upset...........

Lately..... My skin has two circles of Age Spot on my face.
What do I expect at my age??

It is still small but quite obvious....why do you grow on my cheeks, whyyyyyyy ???

Being me, I am so conscious of my skin especially my face..love to have shining and healthy skin. Wrinkles?? I am lucky, not even at my eyelid..

Never had any skin problem since my teenage...But now.... uhhh!!

Well! 1 went to see a dermatologist (skin specialist), gave me two kind of cream to diminish the age spot, cost me RM350 and next appointment in two months time.

Happily applied twice a day, morning and night since last month..

Damppppppp...........my skin became worst....burntttt......on both cheeks..

Ladies...suppose to have red or rose pinky cheeks but mine is dark brownnnn.................Hu..hu..hu..

Went to Estee Lauder counter, last week and purchased Cyber White - Hydra Bright Moisture Creme.

It is so good..and my daughters acknowledged that the burnt is lighter in colour...

Crossing my fingers, hoping this will end sooner..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...