THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Thursday, November 26, 2009

Eid Mubarak

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha untuk semua pembaca2 dan followers auntie di Malaysia dan juga di luar negara....

Di antara dua solat hari raya, solat Aidil Adha lebih afdal daripada solat Aidilfitri kerana terdapat nas dari al-Quran yang menyebut tentangnya, sebagaimana firman Allah SWT: Oleh itu, kerjakanlah solat (Aidil Adha) kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). (al Kauthar: 2)

Dalil ini juga menunjukkan bahawa ibadah yang dituntut pada Aidil Adha bukan setakat ibadah jasad iaitu solat tetapi juga ibadah yang melibatkan pengorbanan harta iaitu melakukan korban.

Moga ada peningkatan dalam amalan kita, moga esok lebih baik dari hari ini...

Episod 58 - BYE2 KLUANG..

Imbasan episod 57

Auntie balik ke KL, duduk dengan Mak dan Abah semula sebab bosan sangat di Kluang dan kebetulan pula suami auntie kena pergi kursus di JB.

Seronok betul auntie dapat duduk kat KL, walaupun tak dapat bersama suami hari2,
Rasa perit kesaorangan menunggu dia balik dari kerja... lebih teruk kot..
Emm.. auntie tak rasa lansung tertekan, bila dapat duduk dengan Abah dan Mak sebab fikiran auntie boleh fokus dapat jumpa dia hujung minggu..jadi hari2 weekdays auntie leka dengan anak, pergi window shopping utk menjamu mata.

Lagi pun rumah Abah, ramai anak2 buah datang melawat..so memang tak sunyi.
Jiran2 pun dah lama kenal, sangat mesra..

Jiwa auntie jiwa KL bila pergi ke small town, aduh! balik2 kat supermarket yang sama, pusing2 pekan tak sampai 10 minit, dah habis round. Nak tengok wayang?? Dari luar nampak panggung buruk nak mampus, tak selera langsung.

Sekarang, mesti dah banyak perubahan..masa dulu2 memang dead town, tapi utk lelaki dan askar2 berpoya2 banyak 'bar' yang macam cendawan tumbuh.
Emm..pompuan2 melayu banyak jadi 'bar girl' kat situ. Ramai askar peringkat bawah yang sangkut kawin dengan mereka. Ada juga pegawai yang sangkut tapi tak boleh kata apalah kalau dah itu calon jodoh mereka.

Auntie nak citer pasal kandungan auntie yang kedua..

Anak saudara Abah dah kawin 20 tahun tapi tak ada anak, jadi dia berhajat sangat nak anak dalam kandungan auntie yang kedua. Mereka ini berdua amat2 rapat dengan Abah. Abg sepupu auntie nih, anak kepada kakak Abah.

Rumah dia pun tak berapa jauh dari rumah Abah. Boleh dikatakan selang sehari, mereka sampai bawa makanan2 yang banyak untuk auntie menjamu selera. Mereka beli dari pasar malam, tempah kuih muih lah, buah2 lah..
Dari mula auntie mengandung sampai lah sarat mereka tak putus datang jengok keadaan auntie.

Auntie macam kesian kan couple nih..mereka berdua nih, senang kehidupan nya...background family isteri sepupu auntie tuh, memang berjaya dalam career, ada yang doktor, ada engineer ada pegawai daerah, malah salah satu angkasawan malaysia tuh ada lah anak buah nya...memang patut di contohi dalam kehidupan.

Jikalau di beri bela anak dalam kandungan nih, mesti menjadi orang yang berjaya..itu fikiran auntie yang cetek masa tuh...

Yang sebenarnya auntie memang tak keberatan nak bagi mereka tapi belum kata putus nak bagi.... kenalah bertanya suami auntie dulu..

Suami auntie pula tak kata apa2 pun..ya atau tidak, dia hanya membisu..

Auntie take it as Yes..masa tuh..

Mengandung anak kedua nih, yang sebenar nya auntie melalui tekanan..berhenti kerja, dan mengandung tanpa di rancang jadi banyak menangis..rasa terlalu awal untuk menyambut anak kedua...apa tak nya mengandung yang pertama pun tak bersama, berjumpa hujung minggu saja, mengandung yang kedua pun sama, emm...buat pregnancy check up sendiri,
kadang2 rasa amat sedih sebab auntie tengok keliling ramai ibu2 mengandung ditemani oleh suami masing2..auntie drive sensorang ke hospital...

Ah! sedih lah..bila terkenang balik..nasib lah auntie duduk rumah Abah dan di KL..

Rumah kat Kluang, suami auntie singgah selepas kursus dari JB sebelum meneruskan perjalanan ke KL pada setiap hujung minggu.
Suami auntie kata, pokok2 bunga auntie habis mati semua..tinggal pasu dengan tanah kering.

Selepas 3 bulan, habis lah kursus suami auntie di Johor Baru..tapi nak balik ker Kluang dah sarat, nak tunggu hari saja untuk bersalin.

Jadi, lebih baik lah auntie bersalin dulu di KL.

Emm..anak kedua auntie selamat di lahirkan, sangat lah besar baby tuh, 10 paun lebih. Demam tiga hari auntie selepas melahirkan anak tuh.

Bayangkan sakit dari malam hingga ke petang keesokkan hari, baru bersalin, kira lebih dari 18 jam sakit.

Emm..seperti anak kedua, suami auntie dapat cuti panjang...

Gambar auntie mengandungkan anak kedua...


Di kampung Melaka, awal pregnancy
Muka masam macam cuka

Di rumah Abah KL, pertengahan pregnancy
Muka tersengeh sengeh, tapi comot jer, mengandung yg kedua tak suka pulak bersolek

Di rumah Melaka, sibuk jahit langsir, kata orang cina tak baik menjahit masa mengandung,
tapi degil, nasib baik tak apa2





akan sambung...

Monday, November 23, 2009

Episod 57 - RUMAH SEWA

Imbasan episod 56

Akhirnya auntie berhenti dari syarikat tu.

Bila dah tak berkerja lagi, dapatlah auntie membina rumah tangga bersama suami dan anak auntie. Nak jadi suri rumah tangga sepenuh masa, memasak dan mengemas rumah dan sebagai nya.

Emm..suami dapat cari rumah sewa di Kluang.
Rumah teres satu tingkat, 3 bilik, 1 bilik air dan living room yang sederhana luas nya.
Taman Kluang Baru. Kalau tak silap sewa rumah sebulan RM180 pada masa tu.

Rumah kerajaan memang ada di sediakan dalam kem, tapi tak de yang kosong masa tuh.

Satu pun barang2 kat rumah Mak dan Abah kami tak bawa ke Kluang, semua kami guna perabot kerajaan, sofa, meja makan, almari baju, katil, tempat letak kasut, almari dapur utk simpan lauk pauk, sehingga penyangkut tuala mandi pun ada. lengkap rumah auntie di penuhi dengan perabot kerajaan. Elektrical product pula, kami hanya ambil dapur masak. Peti sejuk, TV, kipas dan mesin pembasuh baju kami beli sendiri.

Semua perabot kerajaan... tapi untuk permulaan kehidupan okay saja lah.

Lagi pun suami kata..tentera pindah randah, rosak barang2 selalu berlaku bila bergerak dengan lori tentera..itu sebab nya semua perabot ada di sediakan.

Mengemas di bantu oleh budak2 askar, lebih kurang 6,7 orang tak berapa ingat dah tapi ramai lah, memang cepatlah urusan mengemas tuh dilakukan.

Auntie hanya di tanya di mana nak di letakkan dan disusunkan barang2 kerajaan yang datang dengan lori 3 ton.

Suami auntie membeli air botol, nasi bungkus dan rokok untuk dimakan masa mereka berihat.

Bila semua selesai, kami balik ker KL untuk ambil anak kami.

Emm..auntie pujuk Mak dan Abah untuk melepaskan anak auntie untuk di bawa ke Kluang.
Mak dan Abah memanglah tak nak lepaskan tapi apa kan daya, anak orang, sampai masa mesti lah berpisah... kata mereka.

Jadi auntie pun bawa lah anak auntie ke Kluang. Dalam perjalanan lagi anak auntie menangis2 memanggil Atok dan Mak Tok nya..siksa auntie nak pujuk dia untuk berhenti menangis.
Memang rasa amat sedih tengok keadaan nya ketika itu.

Sampai di rumah Kluang..anak tuh masih menangis tak berhenti2, barang2 mainan pun tak ada, so kami bergegaslah ke Supermarket membeli mainan nya.
Emm..main lah sekejap, leka lah dia sekejap, dah tuh melalak lagi..macam mana nih, tak reti auntie nak buat apa lagi supaya dia berhenti menangis.

Rasa nya seminggu saja, suami auntie talipon Mak dan Abah suruh mereka datang ke Kluang. Anak auntie jadi sasau, bila bermain barang2 mainan dia bercakap2 macam atok ada dengan dia.
Adoi! betapa gembiranya anak auntie bila berjumpa dengan jantung hati dia...Mak Tok dan Atok Abah nya.

Memang susah lah nak jaga bila kasih sayang di pisahkan, jadi bila Mak dan Abah nak balik..auntie dan suami dengan rela hati melepaskan anak sulung kami pulang bersama2 mereka.

Jadi, auntie bersaorangan kat rumah bila suami pergi kerja.
Bangun pagi buat breakfast, prepare lunch, suami auntie balik makan tengahhari, petang balik dari kerja, dia beli kuih2 untuk minum petang.
Selepas minum petang, suami auntie bersiap2 nak keluar, dengan memakai short pants dan alat sukan. Ikut jadual..tennis, squash, badminton dan bola sepak.
Sebelum magrib dia balik, mandi2 keluar balik, ada officers gathering lah, ada meeting lah, ada pool game lah, ada card game lah dan bagai2 lah..

Balik dah jauh malam..

Hari bertukar minggu, minggu bertukar bulan..auntie mengandung anak yang kedua.

Mood bertukar jadi sedih, tinggal sensorang kat rumah. Ya lah! dah biasa active dan masa penuh dengan kerja2 dan jumpa orang...
Sekarang dah bertukar, duduk kat rumah, rasa tertekan..tak terfikir boleh jadi bosan rupa nya duduk rumah.

Tentang kerja2 rumah auntie tak merungut sebab auntie memang jenis suka kemas rumah dan memasak. Untuk memenuhkan masa, auntie mula hobby baru, menanam bunga dalam pasu2 kecil..still rasa masih banyak lagi masa terluang sambil menunggu suami pulang.
Dah tak larat nak tidur, pagi tidur, petang tidur, malam tidur, ...

eeeeeee! bosan dah menular dalam perasaan....auntie bertanya suami..

Auntie : Emm..nani bosan lah duduk kat Kluang macam nih..

Suami : Lah..kawan2 lah dengan jiran2 tuh..

Auntie : Alah! nani bukan tak berkawan ada lah sembang2 kat tepi pagar tapi nani bukan jenis bertenggek berjam2, tak reti lah..

Suami : Habis macam mana I nak buat? Semua suri rumah tangga macam tuh..

Auntie : Ye ker? Activiti you penuh kat kem jer..luanglah masa untuk nani.. Nih tak, asyik nani sensorang..selalu sangat you tinggalkan nani..

Suami : Emm..macam tuh life seorang pegawai tentera..kena ikut arahan pegawai atasan, kena pulak kalau isteri mereka tak duduk bersama, emm..asyik kena ayun lah pegawai2 lain dengan schedules yang penuh. Itu lah sebab nya, I suka kalau you berkerja, jadi tak lah rasa bosan.

Auntie : Emm..tak per lah..nani pun dah mengandung, nani cadang nak ke KL saja..boleh tak?? Sekali sekala, either you ke KL atau nani balik ke Kluang..kalau macam tuh tak bosan lah nani.

Suami : I pun kena pergi kursus kat JB, minggu depan selama 3 bulan, rasa nya elok juga you di KL, boleh juga you buat monthly check up dengan doktor kat KL, sekurang2 nya, you boleh bersama anak kita..Khairul.

akan sambung...

Friday, November 20, 2009

Episod 56 - Berhenti

Imbasan episod 55

Auntie bercuti selama seminggu, bila tahu masaalah besar yg melanda..

Susah hati tak terhingga auntie, nak cakap kat husband, takut dia kecil hati dan mesti dia fikir yg bukan2. Setiap kali auntie tengok wajah dia, auntie kesian kenapalah suami auntie yang tak bersalah akan menghadapi ujian ini..selama tiga hari juga lah auntie simpan perkara tuh dari dia..

Pada suatu malam, auntie masih lagi dalam cuti, rumah auntie di datangi oleh partner boss auntie yang ingin tahu keputusan dan juga membawa hajat.

Yang tak boleh terima, boss auntie masuk wad, kena heart attack sebab auntie dah tak datang kerja.

Mr Soo Yun tu ingin tahu adakah auntie akan meneruskan kerja atau bertujuan utk berhenti bila perkara tuh belaku.

Auntie memang lah suka berkerja dengan syarikat tuh, dah sesuai sangat dengan jiwa auntie tapi bila perkara tu berlaku, auntie dah tak boleh nak tengok muka boss auntie. Malu tak terhingga.

Mr Soo Yun tuh suka cara auntie berkerja, dia tahu auntie memang banyak menguruskan urusan2 tertunggak bila auntie take over.

Dia offer tambahkan gaji auntie tapi bukan dari syarikat boss auntie, dari syarikat dia sendiri, sebagai extra allowance.

Dia juga bertanya sama ada suami auntie dah tahu perkara tuh..

Yang paling terperanjat dia ingin berjumpa dengan suami auntie..

Auntie tanya buat apa?? Lagi auntie takut sebab dia nak meluahkan man to man talk..

Auntie menghalang dia berjumpa husband auntie..auntie cuba juga nak tahu apa kah tujuan dia nak jumpa suami auntie..

Yang sebenarnya auntie amat malu nak cerita, tapi ini memang berlaku dlm hidup auntie..

Ya Allah..ujian ku bertambah berat..

Dia nak offer suami auntie 30 ribu utk melepaskan auntie..masa dia berbincang pasal tuh, Mak ada bersama..

Selama ni, dia ingat auntie dan suami auntie tak bahagia, sebab tak bersama2 duduk di KL..

Auntie sangat2 terkejut..auntie pun menerangkan yg auntie amat bahagia dan sudah pun punyai anak..

Sebagai orang tua, dia mahu auntie senang dan bahagia menjalani kehidupan.

Auntie ambil peluang ini untuk test suami auntie, adakah dia betul2 sayang kat auntie?? atau sebalik nya memilih duit ringgit..mana tahu?? kalau tak tanya..

Auntie mula kan bercakap dengan dia masaalah yg menimpa auntie, apa yang berlaku between boss dan auntie..

Auntie : Nani dah malu nak kerja kat situ lagi..

Suami : Apa pasal you nak malu? Bukan you yang bersalah, dia lah harus malu.

Auntie : Betul..tapi macam mana nak kerja macam tuh..

Suami : Pandai2 lah you, handle the situation as a professional.

Apa lah suami auntie nih..ada ker dia fikir duit gaji yang auntie bawa balik tuh boleh pertahankan perkahwinan?? Sanggup dia suruh auntie kerja lagi??

Sedih auntie bila memikirkan macam mana nak handle..nak berlakun buat2 tak tahu, tak de apa berlaku bila berhadapan dengan boss auntie nanti?

Emm..dah tuh auntie pun menerangkan lagi yang partner boss auntie offer dia 'imbuhan bersyarat'..

Suami bersuara...

Lah sampai macam tuh sekali dia orang sayang kat you??

What is your decision??

Boleh suami auntie pass kan soalan tuh kat auntie balik...huuuuuuwaaaaa...auntie nangis..

You tak sayang kat nani ker??

Bukan tak sayang...tapi I takut you pulak yang dah tak sayang kat I...mana tahu you dah kelabu mata nak orang kaya...

Please lah sayang, I bukan jenis suka orang tua!!

Oh! kalau tak tua..you suka ker??

huuuuuuuwaaaaaaa lagi kuat lah auntie nangis..Dah tak terkata apa2 lagi masa tuh..

Dia pujuk auntie malam tuh, suruh bawa bertenang..dan jangan berhenti kerja..

Solution dia, suruh partner boss auntie engage another 'girl' utk membantu kerja2 auntie..supaya kalau auntie nak berhenti tidak lah menjadi satu issue berat utk syarikat.

Auntie pun bawa idea tuh pada partner boss auntie..

Alhamdulillah, dia terima idea tuh..

Boss auntie tak masuk kerja, hanya Pak Aji dan Mr Soo Yun ajer.

Auntie conduct interview utk memilih calon yang sesuai utk jawatan sama macam auntie..

Yang datang 7 orang, yang auntie berkenan 3 orang, bawa kat Pak Aji suruh dia pilih yang mana satu..

Emm..Pak Aji dah offer kat perempuan yang bernama Liza.

Lepasan graduan dari UK dah pernah berpegalaman berkerja selama 2 tahun. Cantik, tinggi lampai dan dressing pun boleh tahan.
Auntie tengok memang calon yang bagus..

Hari pertama Liza tuh berkerja, boss auntie masuk pejabat..Boleh dia buat tak nampak auntie tertonggok duduk kat meja tanpa bertegur sapa.

Tak per lah..kan! be professional pesan suami auntie.

Mereka keluar bersama2..

Auntie tak keluar, buat kerja2 dalam pejabat. Sampai petang dia orang tak masuk pejabat.

Second day, Liza called auntie, menangis2, dia kata rumah dia kena pecah, kecurian.. barang2 dia, semua pencuri tuh angkut..termasuk pakaian dia..

Auntie pun sampaikan berita tu pada boss auntie. Boss auntie minta alamat dia bertujuan nak visit dia. Boss auntie tak masuk pejabat hingga petang.

Keesokkan hari, Liza masuk pejabat..dengan senyum lebar..

Kami berbual tentang kecurian tuh..
Rupa2 nya, pagi tuh memang boss auntie visit dia.
OMG! Boss auntie spent 3K beli baju2 baru utk dia, semua pakaian boutique collections.
Auntie rasa ada yang tak kena, Liza spt perempuan 'Razor Blade' (pisau cukur).

Auntie berkerja saperti biasa, cuma bersendirian membawa clients for day entertainment. Night entertainment, boss auntie dah tak bawa auntie, Liza ambil alih..

Genap tiga bulan, Liza pun dah tahu selok belok kerja2 yang auntie buat, auntie pun tender resignation.

Mr Soo Yun beriya2 tak nak auntie berhenti tapi auntie dah ambil keputusan utk bersama dengan suami auntie ker Kluang.

Dia terima keputusan auntie..tapi dia berpesan kalau auntie ingin berkerja dengan dia lagi..datanglah bila2..dia akan terima auntie..

akan sambung

Thursday, November 19, 2009

Episod 55 - UJIAN BERTALU2

Imbasan episod 54

Auntie tak tidur di Trengganu, habis selesai kerja balik terus ke Kuala Lumpur..

Auntie sampai rumah late night about 11 :30 or so..suami auntie dah ada kat rumah baru sampai dari Kluang..

Malam tuh auntie berbual panjang dengan dia, menceritakan pasal trip auntie, experience dan pengalaman buruk berlaku di Kuantan.

Suami auntie terperanjat..dan berkali2 tanya...

Are you sure tak de apa2 berlaku??

Memang sure lah tak de apa berlaku..

Untuk menyedapkan hati suami auntie, auntie pun beritahu dia yang auntie dah tidak payah ker outstation lagi.

Settled case tuh..auntie adap satu lagi ujian..

Emm..ada pernah auntie terima jambangan bunga dan tiket penerbangan ke London.

Auntie tanya pada PA, siapa yang hantar?

En Abdullah, dari Bank **** eh! tolong talipon dia, saya nak bercakap..

Dia juga dah 40an..

Bila dah di sambungkan auntie pun fire dia..

Auntie : En Abdullah..saya noraini, terima kasih lah atas bunga dan tiket penerbangan tuh..

En Abdullah : Emm..sama sama..

Auntie : Untuk apa bunga dan tiket tuh!

En Abdullah : Just for you, saya tak niat apa2

Auntie : En Abdullah, mana ada org nak bagi tanpa apa2..saya rasa pelik lah..

En Abdullah : Sebenar nya saya juga nak ke London, jadi kita boleh lah pergi sama2..

Auntie : Ohh! hold on..pergi sama2??

En Abdullah : Tak per perjalanan jer sama2 tapi saya janji kita berlainan hotel..

Auntie : En Abdullah, kenapa mesti macam nih, saya kan client En Abdullah, saya juga a married woman, memang tak elok En Abdullah buat macam nih..mungkin En Abdullah biasa buat perkara2 macam nih, but not me..please dont seduce me..I am sending you back the tiket..

Auntie bagi PA bunga tuh suruh dia letak kat meja dia dan tiket penerbangan tuh dihantar balik!

Macam2 orang ada dalam dunia ni!! Nasib lah auntie kira, tak hanyut dengan kebendaan dan kekayaan orang yang datang menguji auntie..

Settled case nih!!

Auntie di office, mengadap claim2 utk di submit ke Risda dan Felda.
Kaya boss auntie, memang juta2 duit dia.

Auntie di perkenalkan dengan partner dia berbangsa China..
Mr Soo Yun, orang nya dah tua about 63 yrs old, also kaya raya..

Dia bawa auntie ke workshop dia kat Jalan Chan Sow Lin , Sg Besi. Di workshop tuh, machinery dia besar2 untuk kilang kelapa sawit, memang orang cina saja yg manopoly business ni ketika tuh.

Pada tahun 80an, syarikat melayu banyak di tubuhkan JV dengan cina. Pegangan share melayu mesti sekurang2 nya 51% dan selebihnya 49% china. (Kelayakkan bertaraf syarikat Bumiputra). Emm..auntie baru tahu ada terms 'Ali Baba' dimana china buat kerja, melayu hanya di beri imbusan keuntungan. So boss auntie kata kita bukan syarikat 'Ali Baba' kita buat kerja, sebab dia ex engineer kat Felda. Apa2 lah..janji gaji dan experienced gained.

Emm..chairman syarikat yang auntie kerja tuh bukan orang lain..bapak boss auntie..juga dah tua almost 70 yrs old..

Auntie dpt jumpa sebulan sekali kat pejabat tuh..dia datang untuk sign cheques..dan approval for payments to suppliers..

Dalam tempoh 8 bulan auntie berkerja dengan syarikat tuh, auntie banyak keluar siang dan malam utk entertained client auntie.
Boss auntie mesti ada setiap kali auntie set for 'happy time', dia yang bayar bill.
Memang dulu2 setahu auntie belum ada credit card kat Malaysia. Duit cash dia bergulong2 ikat dengan rubber band.

Tak kuasa auntie nak layan 'dia orang' menari sampai jauh malam. Boleh tercabut kaki kalau layan 'lelaki separuh umur'. Auntie heran, kita dah penat tapi dia orang macam terlepas dari gengaman queen control.. heeee heeee dont be offended kalau ada lelaki separuh umur yang membaca n3 nih..

Auntie minta boss engaged pompuan 'escord' utk clients auntie.
Bila ada pompuan escort dia orang lah layan semua tetamu2 terhormat tuh..auntie duduk dengar muzik.. Boss auntie pun jenis kurang menari, so dia pun duduk2 sembang dengan auntie, sampai lah selesai sessi2 adegan 'Bapak2 miang tuh habis'..

Suatu hari kat pejabat, auntie di panggil olih chairman ker bilik nya..

Terperanjat auntie bila dia menasihatkan auntie supaya jgn ganggu anak dia..

Auntie : Apa maksud Pak Aji jgn ganggu En Rahman?

Pak Aji : Bukan aper..En Rahman tuh dah mula menaruh hati kat Puan..

Auntie : Menaruh hati..pasal lak macam tuh? Kan saya ada suami dan saya tak pernah terpikir yang En Rahman boleh berperasaan macam tuh..saya tak pernah pun niat menggoda En Rahman, kalau Pak Aji fikir saya gitu..

Pak Aji : Tapi mereka dah bergaduh suami isteri..

Auntie : Ya Allah..macam maner boleh jadi macam tuh, ini mesti En Rahman dah buat cerita kat isteri dia..lah tuh..

Pak Aji : Tapi Puan jangan lah kecil hati, saya cuma nak Puan berhati2 dengan En Rahman..jangan sampai bercerai berai..

Auntie : Apa benda nih! Mana En Rahman tak masuk pejabat hari nih, saya nak bersemuka dengan dia..

Pak Aji : Dia minta saya tolong cakapkan..yang dia suka dengan Puan..

Auntie : Macam nih lah Pak Aji..saya memang terkejut dengan berita ini, dan saya dah mula rasa 'give up' nak continue kerja macam nih..Saya dari mula ingin berkhidmat dengan melayu, tapi macam nih pulak cerita nya..Tak per lah saya nak ambil cuti seminggu, saya perlu beristirehat..ini kes berat.

Sebelum auntie meninggalkan pejabat..talipon di meja auntie berdering..auntie angkat dan di jawap olih saorang perempuan..rupa2 nya isteri En Rahman.

Fatimah : Saya Fatimah.

Auntie : Siapa? saya tak kenal siapa Fatimah?..

Fatimah : Saya isteri En Rahman, saya benar2 minta supaya Pn Noraini, jangan layan kehendak En Rahman.

Auntie : Saya kurang pasti apa maksud Pn, 'kehendak En Rahman'

Sambil menangis2 Pn Fatimah tuh menjelaskan..

Fatimah : Dia bertujuan nak beristerikan Pn

Auntie : Maaf Pn kalau tu lah 'kehendak nya' saya memang tak pernah terlintas lansung..sebab saya adalah isteri orang, dan saya amat sayang suami dan anak saya.

Fatimah : Saya tahu Pn Noraini dah bersuami dan ada anak tapi...

Auntie potong cakap dia dan terus sambung bercakap..

Auntie : Saya baru di beritahu oleh Pak Aji sekejap tadi, nih Pn pulak, saya tak mungkin dpt menerima perkara2 macam nih, saya akan bercuti seminggu..jadi puan jgn lah susah hati..

Auntie bercuti dan beristirehat kat rumah..

akan sambung

Sunday, November 15, 2009

Episod 54 - ROGOL??

Imbasan episod 53

Perjalanan auntie ke Kuantan, bongkang tidur dalam perjalanan..

Sampai Kuantan, redah masuk Jengka, memang suatu perjalanan yang memenatkan. Apa tak nya masuk dalam ladang kelapa sawit, nak sampai ke kilang lebih kurang 15 ker 20 batu kedalam, kereta melambung2 sebab jalan yang kurang baik.

Pertama kali masuk ladang yang luas, memang tak pernah experience, sebelum sampai kat kilang, auntie nampak pekerja2 lelaki melambai2 kami, terjerit2 macam orang tak betul..ada yang lucutkan seluar..

Takut auntie, tanya kat boss apa hal dgn mereka tuh!
Jarang dia orang nampak perempuan muda dan cantik masuk ke ladang, jadi mereka suka
sangat lah tuh..

Gila..

Sampai kat Kilang, auntie di perkenalkan kat Manager Ladang dan manager kilang tuh, dan auntie diberi sedikit penerangan, macam mana minyak sawit di hasilkan menggunakan machinery yang syarikat auntie supply.

Auntie tak mau citer kat sini, kalau citer, mesti semua orang tak nak beli minyak kelapa sawit..semua akan beli minyak jagung atau minyak zaitun utk memasak.

Dah habis sessi tuh, kami pun meneruskan perjalanan ke Kuantan town, checked in di hotel utk penginapan satu malam. Bilik auntie bersebelahan bilik boss. Besok perjalanan di sambung ke Trengganu.

Auntie nak citer apa berlaku pada malam tuh di hotel 3 bintang yang auntie nginap.

Malam tuh dinner di hotel tuh dengan beberapa tetamu jemputan. Adalah lebih kurang 6 orang, semua nya lelaki, auntie sorang jer perempuan. Rasa janggal juga tapi auntie buat selamba, memikirkan itu ada lah salah satu yang auntie kena biasakan sebagai tugas.

Berbual hingga larut malam di coffee house tuh, auntie punya lah mengantuk dan letih tapi dia orang masing2 tak pulak minta diri utk bersurai.

Lebih kurang pukul 2:30 pagi auntie dah mengantuk, auntie minta excuse sebab besok dah nak gi Trengganu pulak.

Boss auntie teman auntie ke lift and hantar auntie ke pintu bilik.

Tak fikir apa2..ucap selamat malam dan terus masuk bilik. Auntie cuma pasang lampu bilik air dpt cahaya samar....Auntie tak tukar baju tidur pun, terus jer terjun ke katil..boooom...lena.....

Rasa auntie lebih kurang 1 jam kot auntie tidur, memang Allah sayang auntie...sebab auntie terjaga dan terkejut...... ada orang berdiri di depan auntie..tak nampak muka dengan jelas tapi pasti orang tuh berbaju putih, berseluar hitam ada bow..mcm waiter kat coffee house punya uniform cuba nak cium auntie..atau mungkin lebih aggresif kalau auntie lemah..

Auntie, menjerit2..

Muka auntie kena tekup dengan bantal..macam cerita dalam movie..auntie tendang2 dia, sambil tangan capai talipon di tepi meja...

Orang tu panic dan terus lari..

Auntie dengan keadaan cemas dan menangis2..dial nombor bilik boss auntie..

Nasib dia ada dan terus bergegas ke bilik auntie.

Auntie sambil menangis2 menceritakan perkara yang berlaku..

Boss auntie talipon manager bertugas malam tuh..dia datang ker bilik dengan security.

Penuh bilik auntie malam tuh..takut dan malu tak terhingga...

Manager minta maaf dan memesan auntie supaya mengunci pintu ...

Auntie mengaku yg auntie terlupa mengunci pintu..(sebab terlalu mengantuk dan letih)

Dah lah kena macam tuh, boss auntie pula nak ambil kesempatan..nak temankan auntie tidur malam tuh..

Mungkin dia risau tapi mana boleh..auntie tahu benda tuh tak boleh di beri peluang..so berakhir dengan dia balik ke bilik dia.

Keesokkan hari nya, checked out dan breakfast tempat lain..sambung perjalanan ke Trengganu..

Perjalanan ke Trengganu, auntie tak tidur, banyak berbual tentang kejadian semalam, tentang hal2 kerja dan excited sebab tak pernah lagi sampai Trengganu...

Redah lagi masuk ladang, tengok kilang..lunch kat hotel tepi laut.. kami tak bermalam di Trengganu, balik terus ke KL

Dalam kereta perjalanan balik, boss auntie kata..ni first and last trip for auntie tak yah gi outstation lagi..

Dalam hati auntie, bagus juga... kurang lah satu tugas yang auntie tak suka..

akan sambung....

Friday, November 13, 2009

Episod 53 - KER KUANTAN

Imbasan episod 52

Career yang kedua dalam hidup auntie..amat berlainan tugas2 yang auntie kena lalui..

Dalam pejabat tuh, auntie di beri bilik, auntie ada call card, tercatit nama auntie dan jawatan yang auntie sandang.

Auntie di bawa berjumpa dan berkenalan dengan pegawai2 tinggi di Risda dan Felda.

Kebanyakkan mereka adalah lingkungan 49 tahun keatas..pada masa tuh auntie rasa mereka ada lah 'miang' sebab cara mereka berbual..topic bercanda, bernite club dan terus ajer ajak auntie berdinner..dan berdansa..

Dia org amat faham kehadiran dan tugas auntie..Ber PR dengan mereka.

"Nanti2 lah dulu En Hashim"..Kata auntie pada dia.
"Bukan tak nak tapi banyak lagi clients yang saya perlu berjumpa secara official"
Berdinner dan berdansa adalah phasa kedua..

Dia kata dia akan tunggu...

Auntie berjumpa semua orang yang ada dalam list. Senarai tuh di beri oleh PA boss auntie.
Seminggu tak duduk pejabat lansung, datang pagi..kul 10 pagi dah keluar jumpa orang, petang kul 4 balik pejabat. Kerja2 kertas bertimbun..claim pulak..auntie tengok beratus2 ribu yg kena submit kat Risda dan Felda.

Belum penat buat kerja2 kertas, tapi penat senyum, tersenggeh, berjalan mencari parking kereta, semua nih penat melayan kerenah macam2 orang.

Masuk minggu ketiga auntie dah kena gi buat inspection kat Kuantan. Ada kilang kelapa sawit yang dah 50% siap.

Engineer dan boss auntie juga akan bersama kesana.
Auntie bukan engineer kan, bukan technician kan, so kenapa kena pergi??
Nak kena tahulah sikit sebanyak pasal kilang kelapa sawit..dah kena belajarlah, nanti orang2 sekeliling bercakap pasal kilang, auntie lopong pulak..

Auntie di jemput oleh boss auntie di rumah, auntie ajak dia masuk nak kenalkan pada Mak dan Abah dulu sebelum bertolak..
Saperti biasa lah Mak akan bertanya boss auntie, berasal dari mana?, isteri orang mana? Anak berapa?
Emm..soalan2 suri rumah tangga..itu jer yg mak tahu punn..

Boss : Saya orang Penang, isteri orang Klang dan anak pula 2 orang perempuan.

Auntie pulak tak pernahlah tahu latar belakang nya..terus tahu masa tuh..

Mak : Oh! elok2 lah bawak kereta, nani nih! isteri orang.. Tu anak dia..
sambil menunjukkan anak auntie yang sedang bermain2 dengan toys nyer.

Boss : Tak per kami berempat, tapi dua lagi pergi kereta lain..

Kami pun bergerak ker Kuantan..Boss auntie pakai mercedez baru, enak dan empuk seat kereta, auntie bongkang tidur..
Tak de nya nak jaga sweet2 tuh, sebab tak de sebab nak jaga sweet2..dia laki orang, auntie bini orang...he he he


akan sambung

Thursday, November 12, 2009

Episod 52 - START A NEW CAREER

Imbasan episod 51

Anak pertama, auntie banyak lepas tangan menjagai nya..Mak Abah dan Acu memberi kasih sayang yang tak putus2..

Pada umur nya setahun lebih, auntie telah mengambil keputusan utk berhenti kerja dengan syarikat orang putih, dan ingin memberi khidmat pada syarikat bumiputra pula.

Auntie terbaca iklan dalam Malay Mail, auntie terus menalipon no pejabat yang tertera diiklan tersebut.

Emm..pangilan di sambungkan pada saorang lelaki dan terus menyuruh auntie berjumpa nya di Ampang Park..Masa lunch time. Dia hanya memberi nama dia jer pada auntie..

So..auntie pun pergilah ke Restaurant yang di janjikan. Masa dulu restaurant tuh kira porch lah..Sebelum masuk ker restaurant yang di sebutkan tuh ..auntie terfikir..

Eh eh! macam maner nak kenal rupa dia??

Betul ker interview kat Restaurant?? Apasal mudah nya cara interview dier?

Apa2 pun auntie take the risk jer lah..Tak perlu risau sebab Ampang Park pulak tempat yang biasa bagi auntie, dah buat appointment pun..

Sampai jer, auntie pun bertanya kat kaptain waiter yang bertugas kat situ..kot2 dia regular ditempat tuh...betul sangkaan auntie, waiter tunjuk table hujung...

Dari jauh auntie nampak..saorang lelaki berumur lingkungan 40an..berbadan tegap, cerah kulit and very handsome looking man..(kira boleh rasa bangga kalau berjalan dgn nya)

Berjalan menuju ke table tuh dengan hati yang berdebar2..sampai jer auntie bertanya sambil senyum (senyum terpaksa sebenar nya)

Auntie : Boleh saya tahu, ini En Rahman ke?? (Bukan nama sebenar)

Lelaki tuh terus bangun, terus menghulur tangan nya, kami bersalaman dan dia mempersilakan auntie duduk..

Rahman : Pandai you cari saya..

Auntie : Saya bertanya kat kaptain tuh..nasib dia tahu....sebab you are regular kat sini..

Rahman : Memang selalu I kat sini, bawa clients lunch..

Auntie : Kenapa kat Restaurant ni?

Rahman : Oh! most of my clients are close by, all are around this place..

Auntie : I guest it's convenient for both parties..

Rahman : Yes, they are from Felda and Risda..

Auntie : En Rahman, are we going to have the interview here?

Rahman : We should order our lunch and in the mean while I shall ask u few questions..

Auntie : I like this, really! It's kind of relax way to cool off my butterfly.

He smiled and said..

Rahman : Please dont worry, really...I already like you..

Auntie tersipu malu..belum apa2 dia dah suka..agak nya auntie dress well kot..Auntie was wearing a blazer, a knee length tight skirt with beige inner..leather handbag and shoes..all brown in colour..attire yg perlu dipakai bila interview..

We had our lunch and he set another appointment for a second interview at his office.

Referred to his business card that he gave me in the first interview, pejabat nya di Jalan Ampang, a simple and cozy office..

I was addressed to his room. We exchanged information..what his company does..bla bla bla and lastly the salary was good.

Well! it was like a very successful dealings for both of us..

The job was more of monitoring progress payments from clients.
With company car and petrol allowances, entertainment were all claimable.

The only part that push me to the wall was auntie has to travel outstation, mostly Pahang, Trengganu and Johore.

Basically, its a bumiputra construction company JV dengan company china yang dah lama established that build oil palm mills for Risda and Felda

Auntie..was not comfortable with the idea of going outstation, takut suami auntie disagree. Auntie minta tempoh untuk berbincang dgn family..

Well! surprised me, hubby was like... gave me an okay for an answer..

It is a very challenging career, you should take it..but you have to promise me ."take care of yourself..and behave like a wife." pesan nya..

Dalam makna nya tuh..

Auntie tender resignation dengan company orang putih tuh, tinggallah kesayangan auntie..Ms Nancy and all of them yg amat auntie sayangi. Sedihhh, yang telah memberi auntie banyak pengalaman tentang kehidupan dari umur 17 hingga lah 23 tahun..memang amat lama tapi life has to go on..

Hubby auntie punya lah spotting habis, dia belikan auntie new attire, a leather lady briefcase and a lady signing fountain pen - sheaffer Gold

Auntie amat terharu..sebab hubby bagi galakkan dalam career..

akan sambung...

Wednesday, November 11, 2009

Episod 51 - LEPAS TANGAN

Imbasan episod 50

Pengalaman dalam pantang yang amat terguris hati..remuk berkecai tapi bertaut kembali bila mengetahui keadaan yg sebenar...suami tak tahan bau badan auntie yg hanyir...

Entry ni auntie nak masukkan pilihan gambar2 baby dari hari dia di bawa balik kerumah sampai lah umur kelahiran nya tiga tahun....sampai lah dah dewasa..

Semasa auntie melahirkan baby nih, kulit nya amat putih..tapi ada tanda merah kat bawah hidung..

Kata doktor itu adalah sejenis tumbuhan di panggil 'strawberry levy' tidak perlu risau..ia akan hilang bila umur nya 6 hingga 7 tahun...

Memang betul kata doktor, masa dia nak masuk sekolah darjah satu dah tak de tanda merah tu..


Tak suka di bedong
Dengan baby walker
Di ikat dalam car seat
Favourite nya ice cream 'oyen'
Atas bonet kereta Atok
Gambar nih dah setahun lebih, Atok belikan basikal roda tiga
Acu, adik auntie suka membeli mainan baby bears utk nya
Tak suka pakai kasut
Hadiah kereta dari Papa utk birthday yg pertama

Bawa balik ke rumah Mak Melaka

Menyambut hari kelahiran yang pertama

Menyambut hari kelahiran yang ketiga
Anak auntie yang pertama nih, memang auntie tak jaga sepenuhnya..Abah, Mak dan Acu (Adik auntie) amat2 memanjakan nya..

So auntie banyak lepas tangan..

Auntie hanya tumpukan masa menjaga anak auntie hari sabtu dan minggu..

Deman nak tumbuh gigi selalu nya anak merengek2, tapi auntie tetap lena tidur..sebab Mak Abah dan Acu lah yang bersengkang mata jaga baby tuh..

Sampai sekarang, adik auntie selalu mengusik anak auntie ..

Acu : Mak kau tak kesah pun nak jaga kau masa baby..Acu yang jaga kau tau!!

Masa dia mula pandai memanjat, nak bangun cuba berjalan..semua barang2 hiasan nak di tarik nya..

Selalu auntie tegur dengan cara, naikkan tangan macam nak pukul tangan dia, dah tuh sambil mengeluarkan suara..Hep! Hep! Hep!.. jangan usik kang mama babab kang!!

Alhamdullilah, dia tak usik barang2 hiasan..jika ada visitor yang bawa anak2 yang nakal, anak auntie pula tolong Hep Hep Hep kan budak2 yg nakal..

Tapak tangan anak auntie kalau di lihat betul2..garisan nya melintang straight ke tepi..

Kata Abah, budak nih kalau sepak/lempang orang mesti orang tuh deman..kalau di isi dengan silat, lagi lah power..orang tuh boleh pengsan..terbongkang tak bangun..

Mak mertua auntie pun cakap yang sama..

Dah tuh kata nya..kena jaga betul2 anak ini, kalau org yang berilmu hitam sangat2 nak kan budak macam nih..

Bapa sulung, anak lelaki yang sulung, beranak hari selasa, tanggal 13..

Nak buat apa??

Bunuh dan buat minyak dagu..mujarab habis..

Eee...takut nyer..

Entah..auntie tak tahu lah..kalau bawa shopping dan jalan2 auntie jaga betul2 takut hilang..

Makanan yang di beri Atok setiap hari..nasi tengah hari, malam capati dan satay..

Bila orang jual satay dengan motor lalu, dia terjerit2 nak satay, dulu2 secucuk 20 sen jer so atok beli 10 cucuk utk dia.. hari2 capati dan satay..

Makanan nya banyak berprotein, maka anak tuh kini memang tinggi dan berbadan tegap..


Berpengalaman belayar selama 2 tahun

akan sambung..

Monday, November 9, 2009

Episod 50 - KASIH BERTAUT

Imbasan episod 49

Perselisehan berlaku antara auntie dan suami..
Auntie perlukan ketenangan dan mahu berjumpa kawan2 tanpa nya.
So..auntie drive kereta auntie...dia ikut dari belakang dengan kereta dia..

Emm..auntie drive, sambil tuh auntie tengok cermin..suami auntie masih mengekori auntie..

Auntie berhenti kereta, suami auntie juga berhenti di belakang auntie, auntie put on my reverse gear dan langgar kereta dia..

Auntie tak turun, tapi auntie nampak dengan cahaya lampu tiang letrik serta kereta yang lalu lalang... dia keluar kereta dan mencari apa kerosakkan kereta selepas auntie langgar..

Dah tuh dia berdiri di tepi kereta dia..mungkin terperanjat apa yang berlaku..dan apa yang auntie buat..

Fikiran dan darah muda auntie ketika itu..memang tak auntie sangka yg auntie akan buat perkara macam tuh kat suami auntie.

Auntie teruskan driving, meninggalkan dia tercegat di tepi jalan dengan lampu kereta dia yang pecah..

Emm..sampai kat Subang Jaya, ramai lah kawan2 auntie..di ikutkan memang lah seronok..tapi hati auntie tak selesa mengenangkan apa yang telah berlaku..

Tak lama dalam sejam auntie meninggalkan party tuh..

Terus balik kerumah..kereta suami auntie ada..makna nya dia dah ada dalam rumah...
singgah kat baby cot tapi baby tak de..

Masuk bilek auntie..suami ada sedang baring atas katil bersebelahan dengan anak yang sedang tidur..

Auntie angkat baby tuh dan masukkan dalam baby cot nya.

Auntie tutup pintu bilik..dan suami terjaga dari tidur nya lalu bersuara...

Suami : Seronok jumpa kawan2?? kenapa balik cepat?? Puas hati buat macam tuh kat I??

Auntie diam membisu..sebenarnya memang takut nak jawab pun, sebab auntie memang jenis tidak menjawap..

Suami : Kenapa I tanya tak jawap..jawap lah

Auntie : Please dont provoke me!! ..naniiiii....remok dan kecewa dengan perangai you masa nani dalam hari..

You buat I macam sampah, macam I tak ujud, macam baby tak ujud, whyyy???? Terus menangis..

Your car remuk dan pecah boleh nampak kan?? Tapi hati ni remuk macam mana I nak tunjukkk?? masih menangis lagi..

Suami auntie peluk auntie..dan mengusap2 kepala auntie..auntie dalam dakapan nya..rindu dia Allah saja yang tahu..

Suami : Jangan lah nangis lagi..I minta maaf atas perbuatan I..ni ada barang yang I beli kat you..

Sambil menujukkan kotak..auntie nak sambut kotak tu dari tangan dia pun auntie rasa terlalu lemah..
Mungkin auntie sebenarnya belum berapa kuat..tapi bila suami auntie berlembut dan minta maaf...

Auntie jadi lebih lemah..terasa badan amat lemah..
Tak reti auntie nak explain kat sini..

Amat terharu..dia belikan auntie gelang emas dengan sebentuk cincin emas utk Mak kerana menjaga auntie dalam pantang.

Auntie rasa tak puas hati...nak juga tahu apasal dia buat auntie macam tuh, kemana dia pergi ketika tuh..

Auntie : Belikan I gelang dan Mak cincin, terima kasih banyak2 tapi please tell me why you did that horrible act on me??

Suami : Emm..I dont know how to explain..

Auntie : Please tell me or else, I dont think I can forgive you...

Suami : Tapi jangan kecil hati kalau I bagi tahu kat you..

Auntie : Pasal nak kecil hati pulak?? you dah pasang gf baru ker??

Suami : Tak de lah..

Auntie : Abis tuh kenapa??

Suami : Masa you dalam hari...I tak tahan dengan bau hanyir kat badan you!!

Auntie : Bau hanyir??

Suami : Entah lah agak nya darah you bau hanyir kot!!

Auntie : Tak masuk akal lahhhh!!

Suami : Ni bukan pasal akal, ni pasal I tak tahan..honestly..Nih!! sekarang mana ada bau tuh lagi!!

Auntie : Habis suami2 orang lain macam maner dia orang boleh tahan??

Suami : Entah lah, memang ujian terhadap I..memang I tak boleh tahan..rasa macam satu rumah nih..bau you!!


Auntie berfikir sejenak..memang hanyir darah nifas tuh kan..bau susu badan juga hanyir..tapi kan kita pakai param lah..minyak urut lah..agak nya bau2 tuh bercampur...


Auntie : Abis you gi maner menghilang??

Suami : I kat Seremban.. dengan sepupu you..Ramlan..(dah Arwah, berkerja sebagai pegawai polis)

Auntie : Dengan Ramlan?? buat aper dengan Ramlan?? Kan Ramlan ada family buat aper you kacau mereka??

Suami : Tak lah I tak gi rumah dia..I duduk kat Mess dia dengan kawan2 bujang dia.

Auntie terima jawapan nyer tuh..sebab auntie tahu memang enjoylah duduk mess..

Auntie kata kat dia..sampai bila kita nak hidup separation macam nih!! Dia kat Kluang. auntie kat KL.. bertambah pula dah ada baby..

Auntie pujuk dia nak berhenti kerja dan nak ikut dia ker Kluang..di halang nya..sebab dia kan selalu masuk hutan for 3 months..so no point ikut..kena tinggal jugak nanti..betullah..it is facts of army life.

Bara kemarahan sejuk dan padam begitu saja..

Keesokkan hari nyer, Abah bising sebab perangai buruk auntie..tak pasal2 kena keluar duit utk repair kereta.

Cincin mas tuh auntie bagi Mak..

Gambar2 auntie selepas pantang..






Episod 49 - PERSELISIHAN PERTAMA

Imbasan episod 48

Selamat melahirkan anak lelaki tujuh bulan, duduk dalam wad selama 26 hari..

Setelah sembuh, auntie dan baby tuh discharged dan di bawa balik kerumah Abah dan Mak di Setapak, Kuala Lumpur.

Sampai di rumah, telah tersedia baby cot yang auntie tempah ketika dalam hospital. Time tuh auntie tempah hanya RM150.oo sahaja. White in colour and with 4 drawers underneath the cot. Stickers of cute baby bears enhance the cot..

Baby cot tuh berjasa sampai anak auntie yg keempat noy..dan di sambung oleh anak adik auntie pula..

Baby cot tuh di tempatkan di ruang tamu kedua..bersebelahan bilek auntie..

Auntie buat macam tuh sebab auntie aspek jiran2 dan kawan2 akan melawat auntie dan baby baru..

Kelambu kawin, auntie alter jadi kelambu baby cot..dijahit oleh Mak sedara auntie. Nama nya aunty Amy..

Banyak auntie dapat duit collection untuk baby tuh, dari saudara mara yang datang dan juga jiran2..rupa nyer adat bila melawat baby baru lahir orang akan bubuh duit bawah bantal baby..

Selama ini auntie tak tahu pun..bila dah ada anak baru tahu..

Dalam confinement/pantang, susu badan dah kering, so auntie susukan anak auntie brand S26 Gold atas nasihat doktor.



Suami auntie ni army oversea trained, jadi dia terikut2 adat orang putih..

Cigar utk anak lelaki dan chocolate untuk anak perempuan..to give away to friends

He was proud to be a father...

Dia beli banyak cigars utk di beri kpd kawan2 tentera dia dan termasuk lah office mate auntie..





Perasaan auntie berubah bila dah jadi ibu..asyik belek anak kecil tuh, sungguh kecil jari2 nya, tapak kaki nya hanya sebesar dua jari auntie..kulit halus dan yang paling bahagia ialah tengok baby tuh tidur nyenyak..

Cucu pertama bagi keluarga auntie. Abah dan Mak sangat teruja..bila anak tuh menangis, mereka berebut2 jengok..salin lampin dan buatkan susu..

Dulu2 auntie tak pakai lampin macam sekarang,..pakai lampin kain dengan pin. Auntie guna brand Johnsons. Beli 4 dozen.




Tiap2 hari penuh penyidai kain dengan lampin baby. Bila kering di lipat, ada macam2 cara melipat lampin tuh. Auntie pandai lipat yg paling mudah jer..

Selepas pantang, Abah dan Mak suruh ubah baby cot tuh dlm bilek auntie..
Tapi auntie disagree sebab tak mahu tidur dengan anak sebilik..kesemua anak auntie memang tak tidur sebilik dengan auntie..cuma dlm pantang saja lepas tu out you go..

Cerita yg amat menyayat hati ketika dalam pantang..

Masa dah balik kerumah dari hospital, suami auntie menyambut auntie dengan bouquet of fresh flowers and a congratulation greeting card..dia hanya bersama auntie 3 malam lepas tuh..dia menghilangkan diri. Kata nya nak balik kampung..

Just imagine, betapa sayu nyer hati auntie dia buat macam tuh..

Dia hanya talipon tiap2 malam, tapi bila ditanya..dia kata dia safe and sound not to worry..nanti dia balik jengok..

Rumah kampung masa tuh tak de talipon, jadi auntie nak check dia, samaada betul2 kat kampung pun sukar...

Talipon kat kem..dia cuti..memang tak de... Hu hu hu ...auntie asyik menangis..

Mak marah auntie sebab asyik menangis..nanti takut meroyan..dia nak enjoy biarkan lah..kalau dia ada pun boleh buat apa?? boleh Mak kata macam tuh..
Abah pulak kata..kau tak makan ker...anak kau tak dpt susu ker..apa yang kau nak risau..diakan lelaki..tak per..dia tak kemana2..kan dia selalu talipon kau....nanti dia balik lah..

Lagi dua tiga hari nak habis pantang..dia balik..tapi memang sakit hati ketika tuh..lepas jer maghrib dia siap2..wangi2..nak keluar..auntie tanya dia kenapa dia buat auntie macam tuh..

Nanti2 lah dia akan explain..kata nyer

Auntie menangis sepanjang malam, tunggu dia balik, mata tak boleh tidur, kadang2 sampai pukul 4 pagi, time nak menyusukan anak baru dia balik..

Nak gaduh pun simpan jer..sebab duduk rumah Abah dan Mak, tak mahu lah mereka risau..
Air matalah yang jadi iringan auntie...sampai auntie bertanya pada dia, apa dia tak sayang ker tengok biji mata anak yang baru lahir tuh..dia tak kesian ker auntie sengsara dalam menjalani pantang..tahu lah tetek bengkak berdenyut, bawah tuh sakit, makan dan minum pun terkawal..tak boleh keluar rumah..

Habis jer pantang..auntie kembali bergaya..gi saloon, trim rambut, pakai jeans..muat semua pakaian...Alhamdulilah memang auntie dpt weight sebelum beranak..

Malam lepas maghrib, hari yang ker 45, hati yang remok tuh di luahkan ..auntie kata auntie nak enjoy macam maner dia buat auntie masa dalam pantang..

Auntie bersiap lawa2..wangi2..memang dress to kill..(melaram habis)

Dia juga bersiap..nak ikut kata nyer..
So jadi lah perselisehan faham, tapi dengan suara yg tertahan2..takut Abah dan Mak dengar..

Apasal nak ikut?? Kan you ada life you kat luar tiap2 malam??

No way of canceling my appointment... nak keluar jugak dah set dengan kawan2 kat Subang Jaya..ada house party..semua airliners..

Jangan lah ganggu ... tolong lah faham ...need a break and want to be alone...not with you around...

So..auntie drive kereta auntie...dia ikut dari belakang dengan kereta dia..

akan sambung..

Friday, November 6, 2009

Episod 48 - ANAK PERTAMA

Imbasan episod 47

Hadiah perkahwinan dari Mertua terbiar menjadi hutan..

Auntie masih duduk rumah Abah dan Mak di Bangsar tapi tak lama..agak enam bulan selepas kahwin, Abah beli rumah kat Setapak, Taman Bunga Raya, Kuala Lumpur.. auntie turut sama pindah keSetapak..

Emm..hidup berkahwin...

Kehidupan auntie masih sama macam bujang..sebab suami auntie masih di Kluang, berjumpa hanya pada hujung minggu...

Auntie risau bila auntie tidak berbadan dua almost a year plus..semua tertanya2 kenapa tak conceive lagi..

Allah saja yang mengetahui kenapa auntie tak preggy! Why??

Tapi yg auntie pasti ia lah..beberapa perkara yg benar2 membuat kan auntie masih belum dpt zuriat ketika itu..

Pertama : Kedudukan kewangan tak stabil, kena kumpul duit balik lepas kenduri kahwin..

Kedua : Suami auntie masih di Johore, surely auntie tak dpt kasih sayang sepenuh nya saperti suami isteri yg lain2..

Ketiga : Auntie memang tak suka baby atau budak2 masa anak dara ..tak reti lansung nak handle

Keempat : Auntie berulang alik ketempat kerja dari Setapak ker Subang..jauh terlalu jauh..

Kelima : Both of us masih nakal..Suami dan auntie masih enjoy2 macam sebelum kahwin..

Banyak lagi perlu di atur dan plan jika nak menerima perubahan dan penambahan ahli keluarga,
tapi Mak Mertua auntie fikir sebalik nya..

Suatu hari dia bertanya kat auntie..suami pun ada duduk sama berbual2..

Mak : Asal nani tak nak mengandung lagi? Dah setahun lebih dah! Korang buat family planning aper? Tak yah takut..kan setiap anak tuhan peruntukkan rezeki untuk nyer..

Auntie : Tak lah mak! Apa family planning tuh pun nani tak tahu..

Mak : Abis kenapa..

Auntie : Entah lah Mak..belum ada rezeki lagi..

Mak : Selalu nyer kalau macam tuh, peranakkan kau dah turun atau ternaik, sejuk, senggugut tuh pun salah satu sebab nya..

Auntie : Abis nak buat macam maner mak, nani bukan tahu apa nak buat.

Mak : Nanti mak bawa jumpa orang nih besok! Dia ada ubat periok, boleh tengokkan peranakkan kau, kalau dah turun, dia boleh perbetulkan..

Auntie : Tapi mak nani sedang uzur.. boleh ker berurut?

Mak : Eh eh! kalau macam tuh lain kali jer lah..balik kampong bila kau dah tak uzur..

Auntie : Ye lah inshaallah..

Berkat Mak mertua yang risau tentang auntie masih tak mengandung tuh...

Auntie pregnant the next month..tak sempat berurut atau minum air periok..

Oh! satu pengalaman yang amat berat...

Morning sickness yang tahap, tak leh bau nasi, bau benda berdarah spt ikan, daging, even seafood pun tak leh..tapi hanya 2 bulan pertama saja..

Yang heran pulak, auntie suka berdandan..makeup, rambut suka buat sangul, beli accessories subang macam2..kira nak melawa jer..

Gambar auntie dah lima bulan mengandung,
bergambar dengan officemate auntie Leslie Goh

Kat pejabat, kawan2 auntie manjakan auntie..dgn membeli air tahu dan tahu nyer..hari2 dia orang menentukan auntie makan dan minum ketika lunch..
Gulongan cina percaya dengan soya bean..kulit anak akan cerah dan cantik..

Betul kata Mak mertua auntie..rezeki utk anak mesti ada..

Pada bulan yg kelima auntie mengandung, office buat trip ke Hong Kong all are paid for. Auntie tak boleh pergi sebab preggy women were not allowed on airplanes.

Since tak dpt pergi, boss mat salleh bagi 1K kat auntie..

Yeay!! tulah rezeki nama nya..boleh lah buat persiapan baby..

Pergi kerja..perjalanan yg amat jauh..tapi terpaksa juga auntie drive walau pun perut bertambah besar dan berat..kereta pulak bukan auto, manual.. sungguh memenatkan..

Pada bulan yang ketujuh, auntie rasa perut auntie terlalu sakit.. berlaku pendarahan..

Auntie di hantar ke Hospital Besar Kuala Lumpur oleh Abah, Suami auntie masa tuh kat Kluang.

Dalam wad auntie tidak di benarkan turun dari katil..kata doktor bahaya takut berlaku pendarahan lagi..

Tiga hari selepas tuh baru lah ada contraction..

Pengalaman yang amat sakit..

Doktor benggali, asyik masukkan 2 jari, dah tuh 3 jari, dah tuh 4 jari, dah tuh kena selok tangan kat situuuu.............sakit nyer macam nak matikkkk..........

Pengalaman yg amat memalukan...

Dulu2 persiapan sebelum beranak, di pam dengan air sabun kat dubur untuk keluarkan najis dan di cukur..kat situ..

Bila dah dipamkan air sabun kat dubur tuh, tak sempat nak duduk kat toilet bowl, bersepah air plus najis di lantai toilet..

Auntie jenis pemalu..auntie simbah2 lantai tuh..sampai bersih..nurse bertanya kenapa lama sangat kat bilek air..auntie explain lah dah berterabur najis cair...dia kata memang macam tuh..biarkan jer..nanti amah akan bersihkan..

Dah tuh..time nak cukur..

Nurse tuh renggangkan kaki, auntie tutup rapat, dia renggangkan kaki, auntie rapatkan balik..

Nurse : Eh! macam maner nak cukur nih?? Jangan malu lah..ini memang kerja saya, saya dah lama tengok benda nih, macam2 bangsa ..melayu, cina, india, benggali..

Anak pertama yeh? Auntie anggok kan jer.. Emm...padan lah

Sementara menanti untuk di masukkan kan labour room..semasa mengalami contraction yang kerap..

Auntie telah di pesan oleh Kak Siti (office mate) supaya gigit towel kecil bila berlaku setiap kekejangan. Dengan berbuat macam tuh, tak de le menjerit..malu tau..nanti nurse akan perli..."Buat kerja sedap, nak beranak melolong lolong".

Alhamdullilah..auntie buat, jadi suara auntie habis kat towel tuh jer..

Dah tuh masa anak dah nak keluar jgn angkat bontot tuh, biar rapat kat katil, supaya tak terkoyak besar..kata nyer..

Yang nih, tak sempat apa, doktor dah toreh kat situ bila nampak kepala anak..memang procedure di toreh dan di jahit selepas tuh..

Alhamdullilah auntie tak rasa aper2 masa jahitan dilakukan oleh nurse..

Auntie melahirkan anak 7 bulan pada 13/3/79 secara normal..
Terlalu kecil dan terpaksa masuk dalam incubator..

Auntie di discharged, tapi auntie minta untuk lanjutkan duduk dlm wad tujuan utk memberi susu badan..
Perah dan masuk dalam bekas..serahkan pada nurse kat wad kanak2, setiap kali di beri susu, anak auntie akan muntah..jadi anak auntie di pasang tube kat hidung dan beri susu melalui tube tuh..

Hari ketiga pula dijangkiti deman kuning..hari2 disuntik pagi, tghari dan petang, demam kuning nyer bertambah serious..perlu di rawat dgn tukar darah..entah auntie lupa terms perubatan.
Kata doktor dengan kaedah tuh nyawa anak auntie 50/50...

Auntie dinasihat oleh nurse kat situ bagi lah air yassin

Auntie minta Abah uruskan..

Berkat air yassin tuh..anak auntie beransur pulih..memang miracles..bacaan darah nya bertukar dan sembuh..

Auntie dan anak tuh warded selama 26 hari..

Suami auntie memilih nama anak lelaki pertama kami : Khairul Zairie memang kulit nya putih..

akan sambung...

Thursday, November 5, 2009

DILARANG UTK PENGANTIN PEREMPUAN

RASULULLAH S.A.W. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan :

"Telah menceritakan kepada kami oleh

'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih,
dari Husaif dari Mujahid daripada
Al-Khudri yang berkata :

"Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a

Di mana baginda telah bersabda :

"Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya .

Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh (70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu,! dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut.

Laranglah pengantin itu daripada
memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu

1. Susu

2. Cuka

3. Coriander (Ketumbar)

4. Apple Masam


Saidina Ali r.a bertanya :

"Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"

Baginda menjawab :

"Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak.
Sesungguhnya
tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak."

Saidina Ali r.a ! bertanya :

"Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..?
(semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan)."

Baginda menjawab :

"Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna .

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .

Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya
maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan
sebabnya."

"WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU
TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."

Wednesday, November 4, 2009

Episod 47 - HADIAH KAHWIN DRPD MERTUA

Imbasan episod 46

Majlis kat Melaka amat berbeza dari KL..suasana kampung, adat simbah2 air dan joget lambak nya...

Keesokkan pagi, auntie bangun awal tapi segan dan malu nak keluar bilek..suami auntie nyenyak dan lena sangat..auntie gerak suruh bangun, dia terjaga tapi dia suruh sambung tido...still early kata nyer..

Dah pukul 8:30 pagi still early?? Dah lah baru kawin, auntie kena lah tertib sikit...

Auntie pulak jenis tak leh sambung tido once dah terjaga..bergolek2 atas katil..

About one hour lah jugak auntie tunggu dia bangun dari tido..sama2 turun..

Auntie turun kedapur nak bancuhkan kopi untuk suami auntie.

Penuh lagi meja makan dengan Abah dan Mak berserta saudara mara yg tido bermalam di rumah tuh..

Masing2 berborak2..ada group pompuan dan ada group laki2

So..auntie di jemput minum sekali..

Boleh Mak mertua tanya.. lena tido semalam??

Tak tahulah ketika tu, perasaan malu auntie memang tebal..tunduk dan tak berjawap..asyik tersipu2..walhal tak de apa2 pun yang berlaku malam tadi..

Auntie bermalam di kampung sampai hari Rabu.

Sebelum bertolak ker Kuala Lumpur..lepas makan tengahhari..Abah ajak berbual2 di meja makan..masa tuh dah tak de siapa2..hanya Abah dan Mak saja..

Abah : Din..abah nak tunjuk kau nih!!

Sambil mengeluarkan segulong kertas..

Suami : Apa tuh Abah..

Abah : Nih.. geran tanah kat Alai, Abah dah beli tanah ni dah lama, kau pun tahu kan..Jadi..Abah nak kau tahu, yang tanah ini keluasan nya 3 ekar.. Jadi Abah ambil keputusan tanah ini utk kau dan 7 lagi yang lain2..

Suami : Abis yang adik2 lain 5 orang lagi macam maner Abah?..

Abah : Yang lain2 Abah dah belikan kan kat seberang jalan tiap2 sorang..rumah nih...adik perempuan kau, Lela akan mewarisi nya.

Suami : Berapa keluasan saorang bila dah di pecah 8 Abah?

Abah : Lebih kurang 11 ribu kaki persegi..Abah dah wakaf kan sikit untuk buat jalan ke kampung belakang..

Jambatan kecil yg di buat oleh Majlis utk kekampung seberang


Jalan Tar dari jalan besar ke hujung sungai
Hadiah Abah mertua dah 33 tahun, dari belukar dah jadi hutan

Sign Board yang juga di naikkan atas nama Abah mertua auntie.


Tanah tuh tak pernah uncle or auntie jengok lansung..sehingga lah 2 tahun lepas..terbuka hati auntie nak tengok..

Lah..sangatlah cantik lokasi nya, 3 batu dari Pekan Melaka dan tepi jalan menuju ke Muar. Betul2 depan Crystal Bay yang dah develop pesat.
Menggunakan jalan tar wakaf tuh, kami pergi sampai ker penghujung jalan..ada sungai..

Sungguh cantik sungai tuh..amat tenang air nya..cantik kalau di buat rumah utk berihat..

Terpikir2 juga nak buat rumah kat situ, tapi bila mengenangkan keadaan auntie yg sakit, dah tak kuasa nak ulang alik ker kampung..kalau buat siapa nak duduk pulak...

Sayang tanah tuh terbiar begitu saja..

akan sambung..

Tuesday, November 3, 2009

Episod 46 - 'MAJLIS KAHWIN DI MELAKA'

Imbasan episod 45

Majlis persandingan bersword bearer dan santapan di KL selesai...

Keesokkan Hari nyer (Ahad), rupernya Abah sewa Bas Mini, bawa kawan2 Abah dan Mak ker perkahwinan di Melaka..agak2 nya lebih kurang 25 ke 30 org yg pergi.

Tapi Abah dan Mak tak pergi lah pulak sebab nak settled kan hal2 rumah...pinggan mangkok, periok belanga, khemah dan sebagai nya..

Auntie dan Uncle bergerak dengan kereta baru kami AlfaSud yang baru berumur seminggu.
Dia nak surprisekan auntie utk hari perkahwinan. Dia beli di Kluang, so pada ari tu lah, pertama kali auntie duduk dlm kereta tuh..
Merah menyala warna yg di pilih nya..
Auntie dah lupa no registration tanya uncle lupa jugak..
Tanya lagi, ada tak gambar kereta tuh, ada katanyer tapi cari lah..dlm album dia..ah! malas lah auntie nak selongkar album dia..
Banyak sangat gambar2 dia..beratus2 keping mungkin ribuan keping..betul tak tipu..menimbun..


Gambar Googles malas nak cari dalam album uncle


Bas Mini convoi kereta auntie ker Melaka..

Di Melaka, mak mertua auntie tak de sediakan Mak Andam, jadi auntie pakai baju Wedding Gown Nancy sekali lagi.

Makeup sendiri..

Kat Melaka pun ada sword bearer jugak..

Penat nya tak terhingga...tiga hari tiga malam berturut2..dah lah hari kedua pun senggugut lagi..

Setelah selesai majlis, dan rombongan org2 KL dah balik..pada kira2 pukul 5 petang...bermulalah adat orang melaka. Bila orang2 dapur nak basuh pinggan mangkok dan periok berlaku lah 'conteng2kat muka, kat badan dan simbah2 air'

Padan lah sibuk, adik2 ipar suruh salin baju ..

Terperanjat dan menangis auntie di buat nyer kena conteng ngan arang bontot periuk..terasa pijar lah jugak especially kat muka..

Auntie lari ker bilik dan kunci pintu..uncle pujuk auntie..supaya keluar dan bergurau senda dengan saudara mara nyer..

Gurau apa..selekeh kita di buat nyer..memanglah terkejut sebab first time auntie kena 'buli' macam tuh..

Lepas Magrib, pengantin di suruh membuka hadiah2..

Hadiah2 semuanya auntie hadiahkan pada Mak Mertua auntie, bukan apa hadiah kat KL dah banyak pun..

Emm...lepas Ishak, majlis 'Joget Lambak' ada pancaragam dan siap ada 3 orang penari pompuan yang berbayar....

Rupa2nya..bila ada joget lambak..budak2 remaja dari kampung berdekatan pun datang..tumpang 'tui'

Majlis di buka dengan tarian joget oleh pengantin.

Nasib baik auntie kaki menari kalau tak mesti kena paksa2 dan tarik2kan..he he he

Best betul bila kena lagu joget, ronggeng, dondang sayang... all the way..memang enjoyable..especially warga mas yg penat lelah menolong kenduri tuh..sama2 turut menari..

Tapi sekarang dah tak de dah..zaman berubah.. yang penting 'Hukum' yg perlu dijaga..

Gambar2 kenangan auntie di Melaka..



Bergambar dengan hadiah2
Auntie dan Uncle sedang menari (Gambar tak berapa terang)
Kalau tak silap auntie, auntie sedang menari dengan kawan uncle, Dave Low

akan sambung....

Monday, November 2, 2009

Episod 45 - 'MAJLIS BERSANDING'

Imbasan episod 44

Pernikahan berlangsung dihadiri oleh saudara mara dan sahabai handai dari kedua2 pihak.

Selepas pernikahan pada pukul 11 pagi, majlis bersanding pula pada pukul 1.30 tgh.

Majlis di sambut dengan pegawai2 tentera dengan 'sword bearer'.

Baju yang auntie pakai pada hari tuh, di pinjamkan oleh Ms Nancy. Wedding Gown nyer sendiri. Dia berbesar hati suruh auntie memakai nyer..sebab tahu lah nak buat dah tentunya mahal.

Sedih auntie ketika menaip ni..auntie memang amat2 sayang kat dia..

Gambar2 pada majlis tuh..













akan sambung....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...