THANK YOU TO ALL MY FOLLOWERS

Thursday, October 29, 2009

FUUUYOHH!!!

Semalam dpt kad kredit baru...

Hari ni pulak Brochure Habib Jewel...51st Anniversary - Offer untuk 3 hari jer..

Selak2 tengok satu2 barang2 yang di offerrrr!!!!

Sekali mata terpaku kat Limited Edition Heritage Collection, Subangggggg.......Oh! noooooo....

Semput nafas...... tengok subang tuh...... sangat lah nostalgia...subang masa kahwin yg di pinjamkan oleh Mak Andam..

Harga????

v
v
v
v
v
v
v

RM13,980 tuh dah 51% off


Dah Kata pada diri ini.....no more jewels

Semua nya NAFSUUU........

Rosak binasa jika ikut NAFSUUU...

Good bye, Bye.....bye...... terus lipat brochure tuh...

Kenapa tak koyak jer???

Dapat pegang2 kat brochure pun jadi lah...

Macam orang bercinta.......pegang2, cium2 gambar kekasih...



Acah jer...buat apa nak beli.. Dah tua.."rumah kata pergi...kubur kata mari"

KAD KREDIT

Aper nih!!! Dapat Kad Kredit baru...Ditambah credit limit nyer..

Dah lah...nih semua nak rosakkan budget..

Pegang jer lah ...untuk contingency and emergency...

Bagus nya tak perlu risau bawa duit cash banyak2...

Wednesday, October 28, 2009

O.K.U or O.K.B

Ex office auntie bahagian HR kata auntie should apply S.O.C.S.O sebab disable while still in service.

Macam maner tuh nak apply...benggong lah kat situ sebab tak pernah terpikir boleh entitle..selalu nyer yg auntie dengar kalau xcident hilang kaki, hilang tangan, makna hilang salah satu anggota badan.

Borang siap di isi oleh mereka..auntie sign jer..tapi kena pegi mintak last report of confirmation from Doktor yg rawat auntie..

Semalam dah submit borang tuh dengan segala enclosures like copy of surat beranak, ic dan medical report..

Kata pegawai tuh dalam seminggu akan di panggil utk pergi medical check up kat Panel Doktor mereka to confirm..selalunya Doktor Hospital Kerajaan.

Lepas medical check up dengan Doktor Hospital Kerajaan tuh, kalau di dapati benar2 disable akan di panggil interview dgn panel SOCSO pulak untuk menentukan berapa auntie should entitle for monthly income. Kata kawan auntie ayah dia dpt 50% from his last drawn salary..uh!!! Heaven.................

Ayah kawan auntie tuh di berhentikan kerja sebab mengalami heart problem.

Kalau betul lah dpt monthly income from SOCSO tuh, emm..legalah sikit utk membayar perubatan auntie.

Thank God for being employed bila kena attacked sakit macam nih.. At least dpt imbuhan nyer..

Hopefully auntie get through with the interview..

Dah tuh dpt title O.K.U (orang kurang upaya) emm...kesian..

Tapi O.K.U pun tak per lah

sama juga dengan O.K.B (orang kaya baru) He he he..dpt pencen sampai mati....

Tuesday, October 27, 2009

UBAT OH! UBAT

Sejak keluar hospital bulan December tahun lepas, auntie terpaksa makan banyak sangat ubat2 di prescribed oleh Doktor Pakar dari Ampang Putri.

Ubat2 yang auntie telan dan cucuk . Auntie ada beg ubat besides my handbag yang di bawa kemana2...

1. Novomix - FlexPen (Diabetes) cucuk kat perut 3 kali sehari

2. Plendil 2.5mg - 1 biji malam (darah tinggi)

3. Neurobion - 1 biji sehari pagi (saraf)

4. Methycobal 500 cg - 2 biji sehari = pagi (saraf)

5. Neurontin 300 mg - 1 biji 2 kali sehari - pagi & petang (saraf)

6. Stugeron 25 mg - 1 biji 3 kali sehari - pagi, tghari, malam (kepala)

7. Iberet Folic 500 - 1 biji sehari - pagi (darah)

8. Stay-well Lipogel - LA - 1 biji sehari - pagi (multi vit utk saraf)

Tengok lah tuh sampai 7 macam ubat dan 1 ubat insulin utk kencing manis..

Bayangkan how much auntie spend for a month??

Its almost four figures..

Memanglah suami auntie kerja Kerajaan, masaalah nyer kebanyakkan nyer ubat2 kat atas tuh tak de di issue..kalau ada out of stock..gangguan routine bila terputus..

Auntie tak berani nak tukar ubat lain, sebab Alhamdulillah...kesihatan auntie improved over 8 months..

From bed ridden and now I could stand up..and walk like a one year old baby's walking.

Kalau baby jalan macam tuh cute jer kita tengok..kalau baby tuh nak jatuh, cepat2 kita nak peluk dan tangkap ...

Auntie pulak?? Mak Aii!!! dgn badan macam badak, siapa pulak nak peluk dan tangkap?? Siapa tangkap or cuba peluk....sure rebah.......He He He

Cuma from my last checked up last week Doktor confirmed... keadaan auntie sekarang will be permanently disable ...tak leh dengar dgn jalan terhoyong hayang, mesti ada support (wheel chair atau tongkat)

Kebanyakkan saraf halus auntie rosak....

Tak per itu Doktor cakap tapi Allah Yang Maha berkuasa dan penentu atas segala...

..................PULIH ATAU TIDAK ADALAH URUSAN NYA..........

Monday, October 26, 2009

MABUKKKK

Hari ini selepas solat Subuh..goreng koey teaw sebab suami beli bahan2 nak makan masakkan air tangan auntie..

Tengok bayam hydroponik pun ada so buat rebus bening dgn fish ball...boleh hirup2..sejuk sikit badan kot...kata Mak dulu2 bayam bagus..entah lah...

Badan sebenar nya tak berapa sihat.. lepas memasak tuh....minum segelas air suam dengan 1 sudu madu dah tuh tido..

Cuba nak bangun tapi tak larat...kepala perpinar2..badan bisa2..tapi perut lapar...

Mana sorang pun tak de nih!!!

Bangun dengan memapah dan memegang dinding pelan2 ke dapur, ambil sedikit masakkan yg dah siap tadi makan sambil memejam mata all the way sampai habis makanan tuh...

Tinggal jer pinggan tuh atas meja, memapah balik gi ker computer...

Pasal aperr???

Sebab nak bagi ikan2 kat Aquarium Facebook belum makan...walaupun hanya lah game tapi kesian tgk ikan2 tuh dah pinar2 macam auntie jugak tak makan...

Auntie dah makan, ikan2 tuh dah makan, Emm....sambung tido balik...

Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Sunday, October 25, 2009

CARING OF A DAUGHTER

Dah jauh malam...masih tak leh tido, auntie masih lagi depan computer. Toleh tengok suami dah terlelap atas sofa.sambil tengok Astro Supersport.

Anak2 semua nyer ada hal masing2.....

Noy dah ker Genting ada 'Party Gathering' kata nyer..
Peeja ker Spore jemputan Nuffnang Bloggers Award
P G dah keluar juga gi minum2 dengan kawan2
Aiyul kat M'cca dah sebulan tak jumpa...rindu kat anak tuh tapi apa kan daya nak call dengar suara is impossible..

Sejak sakit tak boleh mendengar nih..hanya SMS jadi hubungan..tak puas rasa nya

Apa nihhhh!!! rasa nak gerak hubby.."Lets go for a stroll to town..tengok2 nite life kat Jalan Bangsar...Kesian pulak..bila tengok dia tido mulut ternganga...entah berdengkur ker tak???

Emm...teringat perbualan auntie dengan Noy semalam..

Auntie dah expert with Lips Reading sejak sakit..only familiar with the family lips jer..

Noy : Mama..Noy tengok mama kadang2 tengok TV menangis, tapi bukan citer sedih..pasal mama nangis..

Auntie : Mama sedih lah mama tak leh dengar apa2 dah, kalau tak de subtitle mama tak tahu dan tak paham jalan citer tuh!

Noy : Jangan macam tuh mama..Mama masih okay tau tak dpt dengar..Kalau mama buta lagi teruk..

Auntie : Apasal lak??

Noy : Ye lah... sekarang nih..mama masih boleh nampak Papa, nampak anak2 dan kawan2 bila melawat mama kat rumah. Tengok pokok bunga mama..
Boleh lagi membeli barang2 yang mama teringin bila kita orang bawa shopping...

Auntie : Eh!! Kau nih..bukan mama tak Redha..mama terima ujian dari Allah..

Noy : Abis tuh! jgn lah nangis selalu..Nanti jadi macam Kassim Selamat citer P Ramlee tuh!!

Auntie amat2 terharu dengan apa yang Noy pesan...terasa anak tuh so caring....

Semalam ada note from Uncle Lee "Put a song in your heart" Memang betul kata nyer tuh..

Auntie miss all the songs yang auntie suka..Rod Steward and Santana..dulu2 auntie selalu dpt enjoy karaoke membawa lagu2 tuh.

How I missed the days..when we had our family's gathering, hearing the singing and laughter...

Just imagine, I cant even collect what issues being discussed..I could only hear..noisy irritating sound but not the details...HU HU HU...

Better not elaborate further...emotionally disturbed..

Saturday, October 24, 2009

KHASIAT BUAH DELIMA

Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang kaya dengan unsur zat besi sebagaimana firman Allah: (Q:55:6)

Maksudnya :"Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima. Buah delima atau dari segi saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan , ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan.

Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia. Dengan hanya sebiji buah delima mampu memberi khasiat yang banyak kepada kita. Buah Delima mempunyai kadar antioksidan yang paling tinggi diantara buah-buahan yang lain.

Delima, sejenis buah lain yang disebutkan di dalam Al-Qur`an, mengandung potassium yang besar volumenya, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Bereaksi bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga detak jantung agar tetap normal..(bagi ibu dan perkembangan fetusnya).

Dengan memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur ( kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaan nya menunjang pergerakan bayi yg dikandung) , mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah ( ibu yang baru pertama kali mengandung atau lebih dari 3 kali pregnancy). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.

Antara kebaikannya yang lain:

*menghalang pembentukan sel kanser
*mencantikkan kulit
*mencegah dr nyanyuk
*memberi tenaga
*elok utk pesakit tekanan darah tinggi dan rendah
*elok utk sistem penghadaman
*mngurangkan berat badan
*prevent morning sickness( utk org mengandung)
*memperelokkan rahim

##even ada yg kata -jus buah delima ni adalah "natural viagra"...

Wallahualam.

Friday, October 23, 2009

RINDU.....

Rindu nyer kat Peeja..Baru jer beberapa2 jam dia tak der...rasa gelisah..jengok bilek kat belakang..sunyi. Selalu nya dia meniarap sambil mengadap lappy nyer..

Lama lagi tuh..hari Ahad baru balik..Sob... sob.... sob

Bukan dia layan pun auntie kalau dia ada..tapi sesekali dia keluar bilek mesti nak sakat auntie..menari2 depan auntie..sambil kumat kumitkan mulut dia..walhal tak cakap apa pun...mentang2lah auntie tak leh dengar...

Kalau tak pun ajak makan... walhal dah makan pun sebelum tuh..Jenuh auntie kata kat dia.. Take yr meals accordingly or least wait till every 4 hourly.. and should not take any food in between...

Biskut raya belambak2..ada balance lagi, ada yang beli, ada yang org bagi...ada kami berdua jer yang asyik nyum nyum biskut2 tuh dengan Nescafe panas.

Sejak bulan raya yg lalu....auntie naik badan tremendously..emm.... 7 kilos..

Huhu huhu...bukan senang nak turun balik..puasa sebulan turun hanya 3 kilos..

Nak buat exercise is out of the question due to auntie's unstablities (Kepala berpinar2 dan tak leh berdiri lama) So...how??? Any suggestion??

Physio...tak berpeluh pun..more of untuk kendurkan ketegangan urat2..

Eh!! nak citer pasal rindu peeja dah kelain pulak...

Peeeeeejaaaaaaaaaaaaaa mama miss uuuuuuuuu..................

Dont forget to buy me buah delima kat Woodlands, kalau bas tuh singgah lah...

Kenal kan buah delima???



Bukan yg nih tau!!!




Thursday, October 22, 2009

Episod 44 - 'MAJLIS NIKAH'

Imbasan episod 43


Malam berinai tuh sungguh memenatkan, asyik betulkan rambut pakai sanggul dan menukar berpasang2 pakaian.. Bila nak tido...fikiran menjengkau hari esok..

Majlis nikah dan persandingan..eee..debar2...

Berakhirlah satu lagi bab dlm hidup...esok akan bergelar 'isteri'.

Pagi tuh bila terjaga dari tidur, terasa panties melekit2...

Oh! No.. datang mensus..selalu nyer auntie akan senggugut .....dah tentu nyer rasa lenguh dan sakit di bahagian bawah perut, belakang kat pinggang dan pening kepala (berdenyut2).

Ah! jangan lah rosak majlis nih..takut tak larat berdiri, selalu auntie macam tuh..Bagi tahu Mak... dan Mak minta tolong 'Mak Andam' utk bagi air penawar..utk penahan sakit dan of coz 'Panadol'.

Hari majlis pernikahan dan juga persandingan...Allah telah mengurniakan cuaca yang yang sungguh baik yang di adakan di perkarangan rumah..

Tetamu dan saudara mara hadir utk majlis pernikahan..tapi yang terharu kedatangan Pak Sau dan Mak Sau...Bapa dan Ibu kandung auntie.

Tunang auntie punya lah panic, dia pakai sun glass 'Ray Ban', tak bukak2..sampai akad nikah selesai..


Yang hairan nya, Tok Kadi, org sekeliling pun tak tegur...tapi ijab qabul nyer Alhamdullillah... sekali jer..dah sah kami sebagai suami dan isteri.

Hantaran auntie dulu2 ...RM 1,500.00 serba satu dan sebentuk cincin berlian.

Cincin kahwin, Mak Mertua auntie yang belikan ......kira tak banyak 'sogel' auntie kannn.....auntie suker cincin tuh..sampai sekarang auntie simpan..


Gambar Nikah...







Duit Mas Kahwin dan hantaran dalam Album
Ada pun gambar tanpa sun glass nyer
Mak Mentua
Mak auntie
Mak asyik menangis jer...


akan sambung....

Wednesday, October 21, 2009

Episod 43 - MAJLIS BERINAI

Imbasan episod 42

Dah dpt semua barang2 yang nak dan perlu utk majlis perkahwinan auntie pun balik lah ker KL...

Persiapan majlis semua Abah yg buat, tempahan kad jemputan pun Abah, auntie tak langsung ambil tahu..Kata Abah..sepupu dia hadiahkan sebab dia kerja kat printing company..
Emm..telur, beras dan gula pun org hadiah juga..Abah memang rezeki nya murah..sebab dia selalu banyak menghulurkan bantuan tenaga bila ada majlis kahwin baik sedara atau pun kawan2.

Majlis amatlah sederhana...

Berinai hari Jumaat, 5hb August 1977 malam bermula kul 8:30 mlm.
Nikah hari Sabtu 6hb August 1977 kul 11.00 pagi dan kenduri kendara bermula pukul 12:30 tgh hingga 4:00 ptg.

Auntie sebenarnya ambil cuti setengah hari pada hari Jumaat tuh.. Bila auntie balik dari kerja..tengok2 pelamin dah siap di pasang..

Auntie tak suka lansung pelamin yg dah di pasang oleh M Osman dan Rafidah Es..(Ibu dan Ayah Aziz M.Osman) Pelamin tuh di buatnya berbumbung Minangkabau menggunakan kain batik lepas..Pengantin harus bersila bila bersanding...

Itulah jadi nyer, kalau tak ambil tahu langsung dan tak berbincang dengan Mak dan Abah..

Auntie nangis2 dan jerit2 suruh cabut pelamin tuh, terus masuk bilik tak nak keluar..Kecoh kan perangai auntie dulu2..Terkedu M Osman..(Dulu2 dia juga jiran auntie).

Jiran auntie, ingat lagi kat dia..Mak Cik Raha (Dah Arwah) yg meredakan keadaan, dia pujuk auntie dan M Osman suruh bukak pelamin tuh.. Pada hal bila fikir2 balik memang cantik cuma tak sesuai dgn jiwa auntie ketika tuh..

Kesudahan nya.. pasang tabir jer kat dinding...pakai kerusi makan dari dapur... Padan muka..

Satu lagi, comforter yang auntie beli kat Spore pun tak pakai..sebab Mak berhajat nak pakai cadar baldu merah tekat benang emas dari Perak...

Katil juga di tempah, sampai sekarang kayu nyer masih kukuh..

Masa auntie dulu2... masih menggunakan cara 'tradisi lama' mengandam sebelum majlis berinai. Mengandam tuh bermula petang.. bila dah reda kekecohan pasal pelamin tuh...

Emm..muka auntie di cukur menggunakan benang, anak2 rambut juga di gunting dan di sudahi dengan renjisan air di muka dengan sekumtum bunga mawar merah utk menyerikan wajah..

Auntie nampak mak andam tuh, masukkan cukuran2 tuh dlm sebiji kelapa muda dan dia buat apa tak tahu lah pulak..Mak Andam nih bukan org lain..isteri sepupu Abah masa tuh umur dia dah 60an.

Mak sewa 'mak andam' lain utk pakaian . Jadi malam berinai tuh auntie dipakaikan bermacam2 baju..

Gambar2 auntie berinai...banyak gambar2 lain, tapi paparkan yg nih jer..


Dah sudah bercukur tunggu nak pakai pakaian berinai
Table lamp shade oren tuhlah dari Spore
Songket Biru Laut



Songket Merah Hati

Broket Oren -Pakaian Siam

Broket Kuning - Pakaian Punjabi

Sutera bertekad - Pakaian Jepun

Auntie sebenar nya tidak lansung tak tempahl photographer, semua di ambil oleh jiran auntie, abang kepada Priscilla.. Antony Hendricks..special thanks to him..

Rezeki auntie nak ada gambar2 kenangan..

Akan sambung...

Monday, October 19, 2009

Episod 42 - CHECK POINT

Imbasan episod 41

A month before the wedding auntie dan tunang auntie ker Spore..nak shopping barang2 perkahwinan.

Drive kereta masuk Spore ....

Auntie ker Tangs terletak kat Orchard Road, lepas tuh ker Arab Street. Beli macam2 jugak lah..

Beli barang2 perkahwinan (Yg ingat jer lah)

1. Cosmetic - Estee Lauder dan Aramis
2. Cosmetic Brief - Samsonite
3. Shoes - 2 pasang
4. Kain Ela (utk bertunang sepasang, dan berpasang2 lagi utk Mak & adik2)
5. Bedsheets and comforter - 2 pasang
6. Table Lamp shade utk bilik pengantin
7. Kain Lace utk kelambu bilik pengantin
8. Buah2 fresh dan juga buah2 dlm tin

Dah habis duit membeli belah, kami pun balik...Kat check point Kastam...
Kami cari2 cousin tunang auntie kot2 dia bertugas..tapi tak de pulak..
Masuk Lane dan dpt kastam melayu.

Kastam : Ade beli banyak barang2 ker?

Tunang auntie : Beli sikit2 utk barang2 perkahwinan..

Kastam : Bukak boot kereta!! (sambil berjalan ker belakang kereta)

Tunang auntie : Bisik kat auntie sebelum turun dari kereta..rasa2 nya kenalah kita..sebab penuh boot tuh..

Kastam : Emm...nih kena cukai nih...

Tunang auntie : Alah Encik..saya beli utk kahwin bukan nak berniaga...

Kastam : Tak kira lah..saya nak lepas macam maner..banyak tuh.. Bagi saya resit barang2 yang di beli..(Dengan suara yg agak tinggi)

Tunang auntie : Emm..nih resit barang yg paling mahal saya beli.. resit comforter. (Kalau tak silap auntie..RM300 satu x 2 =RM600)

Kastam : Saya charge 50% from the receipt..

Tunang auntie : Jgn macam tuh encik..kurang lah sikit..

Kastam : Dah kurang lah tuh!! Ikut receipt nih jer..yg lain2 tuh saya buat tak nampak...

Betul lah... kata kastam tuh..banyak auntie beli tuh..tapi tunang auntie tak puas hati nak elak kena tax kot..

Tunang auntie : Tak per lah..kalau nak tax jugak..saya buang jer comforter nih ke laut tuh..(dengan suara yg tinggi jugak, auntie dah nampak lain muka dia..)

Tiba2 datang sorang pegawai lain dan dia menepuk2 bahu kawan dia, dan kami di suruh jalan.....tak payah bayar tax tuh..
Rupa2 pegawai tuh kenal tunang auntie...

Kami pun terus kan perjalanan pulang ke KL..

Gambar barang yg ada sampai sekarang..


1. Bekas kaca bedak - Estee Lauder





2. Cosmetic Brief - Samsonite



akan sambung..

Friday, October 16, 2009

Episod 41 - JANGAN TUNGGU LAMA2

Imbasan episod 40

Tunang auntie cuma menasihatkan auntie janganlah mesra sangat dengan officers sebab semua tuh adalah kawan dia..Dia tidak mahu kes rampasan tunang berlaku dalam hidup nya...

Dari kejadian tuh..tunang auntie decide nak kawin...tarikh yg di pilihnya tuh jarak dua bulan saja..

Auntie bagi tahu Abah melalu panggilan ker Seremban..masa tuh apa attached kat Seremban..dengan mak tak bagi tahu lalgi...

Abah terkejut dan menyuarakan kebimbangan nya sebagai saorang ayah..

Abah : kenapa nak kawin dlm masa yg singkat?? Ada apa2 ker nani? Kau bunting ker??

Auntie : Apa lah Abah nih! kenapa fikir sampai macam tuh!!

Abah : Jangan malu dan kecewakan Abah tau!! Abah bagi kau kebebasan berkawan dgn dia, di bawa nyer kau ke hulu ke hilir..Abah benarkan pasal kau dah janji pandai jaga diri..

Auntie : Tak de lah Abah....jgn risau nani tak kan malu dan kecewakan Abah.

Abah dan Mak buat persiapan utk kenduri kahwin auntie yang akan berlansung pada 6/8/1977

Khemah, tukang masak, bunga telur, bunga pahar, pelamin, mak andam, kad jemputan dan Tok Kadi. Semua ni di urus oleh Abah dan Mak.

Auntie tak ambil tahu lansung...apa concept nyer, macam mana pelamin nyer, siapa mak andam nyer, baju aper yang di sediakan pada hari perkahwinan tuh.....termasuklah semua perbelanjaan nya...Hu Hu Hu sedih pulak bila ingat..semua nya auntie hempokkan kat bahu Abah...

Auntie juga perlu beli barang2 hantaran utk tunang auntie begitu juga dia..dan juga barang2 bilik pengantin. Abah kata part nih kau urus okay..

Since, banyak barang2 yang perlu di beli, kami decided nak ker Spore..bershopping di sana..masa tuh currency was like 1 to 1 and Spore was Tax Free Country..so much cheaper than KL of coz.

Explained kat Abah tujuan nak ke Spore....kami akan tido umah Kampong semalam dah tu ker JB nak jumpa cousin tunang auntie yang masih bujang..(sekarang nih suami Kak Ungku Betty) then proceed ker Spore.

A month before the wedding auntie dan tunang auntie pun ker Spore..
Sampai kampong umah tunang auntie malam dalam kul 8:00 Had dinner with the family and at about 11:00 tunang auntie kata nak proceed the journey ker JB..

Mak nyer melarang kami sebab dah terlalu lewat..tapi tunang auntie nih berkeras nak jugak bergerak malam tuh.. Bapa nyer pula kata tak per.. pergi lah. Dia bekalkan kami dua buah kitab Yassin dan Zikir2 Naksabandiah supaya letak di atas DashBoard kereta.

Tunang auntie drive dan baru sampai kat Muar dia dah mula mengantuk...eeee!! geram nyer auntie..tak nak dengar lansung nasihat Mak dia...Yang sengsara auntie lah kene take over the driving...
Auntie pulak kalau kena drive... mengantok macam maner pun jadi segar..sebab auntie memang gerun..bila seliseh dengan lori besar2...tambah2 lah dah malam...

Driving about 80 to 100 km per hr, auntie sesekali pasang lampu dlm kereta dan kerling tunang auntie..

Amboi!!...sedap dan lena nyer dia tido...padam lampu..concentrate and proceed driving...

Malam tuh amat pekat gelapnyer..tak de bintang2 di langit...bulan pun tak nampak...Auntie pasang kaset lagu2 kuat2....perjalanan auntie dah mula sampai kat Yong Peng...tiba2............

Auntie...ternampak a pool of blood on the road..macam banjir darah.... auntie rintas juga banjir darah tuh...auntie juga pasang wiper sebab darah tuh splashed kat cermin depan kereta... and auntie menjerit2...tak break kereta sebab terlalu takut .....tunang auntie terjaga..dan mematikan kaset...

Auntie menangis2 dan sambil driving, auntie cerita lah kat dia apa yang auntie nampak dan lalui... Dia suruh auntie bertenang dan berhenti menangis... dia baca Ayat Kursi Kuat2.

Rupa2 nyer...ada gangguan...

Sambil2 dia baca tuh...kemudian senyap jer...dia terlena lagi...

Rasa hati nak bergaduh, tapi pasal hutan kiri kanan dan gelap...drive jer lah...

Tengah2 drive dalam gelap tuh...tunang auntie terjaga dan secepat kilat dia memusingkan steering ke kiri...sedangkan jalan menuju ke kanan... Auntie break emergency hingga terhenti kereta dan auntie baru nampak.....

Emm...jalan tuh memang ker kiri dan jalan yang ker kanan tak ujud...yang ada adalah 'Jerat Cina' (Perkuburan Cina).

Lepas tuh auntie pecut dan tunang auntie tak tido lagi..dia take over kat pekan mana, auntie tak ingat dah...

Kami sampai JB dah larut malam dah nak pagi pun, terus pergi rumah cousin nyer..dan tido sampai tengah hari...

akan sambung....

Thursday, October 15, 2009

Episod 40 - DIA TAK CEMBURU?

Imbasan episod 39

Auntie ambil keputusan bersuara....
Senang saja auntie kata kat tunang auntie masa tuh..

"Kalau nak dia kita putus tunang.. tapi ingatlah..awak tak kan lama dengan pompuan macam tuh..."

Cinta selama 3 tahun dan sudah pun di ikat pertunangan, tunang auntie baru sedar setelah mendengan ugutan auntie nak putus tunang......lalu mengambil keputusan tidak mahu lagi 'bercampur' dgn keluarga tuh...

Auntie rasa tunang auntie pun pernah lalui perasaan cemburu tapi dia jenis 'Cool Salem Country' tak tunjuk lansung kat auntie...

Perangai auntie yg sebenarnya amat2 manja..maklumlah tak de abang...lebih2 lagi mereka nih dah rapat dengan auntie dengan menulis surat dan postcard berbagai bila mereka menjalani 'operasi' di hutan atau pergi kursus di luar negeri.

Bila berkumpul dengan pegawai2 tuh, waktu ada majlis2 tertentu.. manja auntie terlebih laku...bila bercakap jika ada topic lucu..auntie bertempok tampar dengan mereka...
kalau menari tak osah kira lah.. sampai lupa kehadiran tunang yg duduk kat suatu sudut memerhatikan perangai auntie..

Dia menasihatkan auntie dia tak suka tengok auntie bertempok tampar..
From that on auntie pun pandai control berperangai macam tuh..

Salah satu kawannya pernah menyuarakan nak ambil auntie sebagai isternya.. Katanya dia dah suka kat auntie kali pertama berjumpa..

Sebenarnya pegawai tuh datang berkunjung kat rumah auntie..dia meminta pd parents auntie nak bawak auntie ke rumah kakak nya di Kampung Baru..Jadi not a problem at all sebab auntie memang dah rapat dengan dia.

Auntie terperanjat bila dia memperkenalkan auntie dgn kakak dia, dan mengatakan yg auntie nih lah calon isteri dia..

Auntie memdiamkan diri kat kata apa2 masa makan malam yang di sediakan oleh kakak nya.

Bila dia hantar auntie balik, dlm kereta auntie kata dia dah gila ker cakap merepek mcm tuh kat kakak dia...

Dia juga kata dia akan berusaha utk mendapatkan auntie dari tunang auntie...

Wow!!! Takut nya sebab pangkat dia lebih tinggi dari tunang auntie..

Lepas malam tuh, dia menghantar surat2 cinta, postcard cinta..tapi auntie tak pernah balas..
talipon kat pejabat..tapi auntie rasa sangat resah..mesti beritahu kat tunang auntie..tapi apakah tindakan nya nanti????

Auntie menceritakan pada nyer..tapi kan auntie kata dia nih 'Cool Salem Country' cuma dia baca surat2 dan postcard2 tuh lalu di koyakkan nya..

Dia cuma menasihatkan auntie janganlah mesra sangat dengan mereka sebab semua tuh adalah kawan dia..Dia tidak mahu kes rampasan tunang berlaku dalam hidup nya...Perkara macam tuh selalu berlaku amongst army lifes.

Gambar2 nih semua auntie masih belum kahwin lagi..

Depan Office kat PJ
Bergambar dengan Mr Wong - Office Mate
Mr Wong again, dia nih selalu beli/ta pau makanan utk auntie
One of the officer in 11th Malay Regiment (Capt Kasarsi)
One of the officer in 11th Malay Regiment (Lt Jamaluddin)
One memorable social nite in Kluang
Tunang auntie memakai Jaket Favourite dia yg di beli di Australia
Bergambar dgn Capt Baharum and Wife Pn Narimah (Pn mengandung anak pertama)

akan sambung...

Monday, October 12, 2009

Episod 39 - PEDIH BAK SEMBILU

Imbasan episod 38

Celebrate 21st birthday oleh kawan2 kat office pada bulan Oktober 1976.

As auntie had mentioned that my office mates had treated me as an adult after celebrating the 21st birthday.

They talked about sex, birth control, abortions and of coz delivery and confinement. Perbincangan sangat terbuka dan auntie rasa sangat bernasib baik dapat share some knowledge tentang subject2 tuh sebab auntie tak sanggup nak bincang/borak dengan mak.. walaupun auntie rapat dgn mak. Lagi pun mak bukan nya ada experience beranak dan berpantang...

Auntie tak nak citerlah pasal kat atas tuh..nanti2 bila tiba masa di episode yg lain..

Emm...auntie nak cerita pasal auntie berkawan dengan sorang model..berasal dari Indon tapi menetap di KL. Dia kalau auntie tengok tak lah lawa maner tapi sekali pandang menarik kalau tenong lama2 mata dia macam hantu pun ada.. Auntie berkawan dengan dia sebab suka tengok dia sangat lah bergaya dengan pakaian nya.

Auntie dulu2 memang pilih dan suka berkawan dengan org yg fashionable...tanpa selidik background orang...

Auntie tak mau tepek gambar2 dia kat sini.

Pernah auntie nak pinjam cosmetic dia (eyeliner/celak) tapi dia kata tak boleh pinjam sebab dah di jampi khas utk dia saja yg boleh pakai... Auntie tak faham apa maksud dia...

So...satu hari dia menceritakan yg BF dia bangsa Jepun nak tinggalkan dia....tak puas hati terus dia nak membalas dendam.... Dia melakukan perkara keji lagi terkutuk..

Dia mencari keladi hutan (agak2 size zakar BF dia) mesti ada air mani BF dia...(dgn menggunakan tissue) dia membawa ke rumah Bomoh Hitam..tujuan utk mematikan pucuk si Jepun tuh... Apa kesudahan nya, auntie tak tanya....

Baru auntie tahu mesti cosmetic nya itu telah di jambi oleh bomoh hitam... eee...sungguh keji dan menakutkan.

Auntie memang jenis tak reti apa itu cemburu...so tanpa memikirkan yg bukan2, auntie kenalkan dgn tunang auntie, masa tuh tunang auntie bercuti selama seminggu di KL
Kami pergi clubbing, tunang auntie bawa kawan dia pegawai tentera jugak, tapi dia banyak layan tunang auntie malam tuh...macam auntie tidak ujud ketika itu.. Oh! pompuan tuh juga ada sorang kakak.

Itulah pertama kali auntie terasa amat2 CEMBURU.. dan terasa sungguh kecil hati.. Tak pernah pulak tunang auntie berperangai macam tuh..

Tak habis kat situ..auntie balik rumah lepas waktu kerja tapi tunang auntie tak de...tanya mak....katanya tunang kau dah keluar dari tengahhari tadi...
Rupa2 nya tunang auntie dengan kawan dia pegi rumah pompuan tuh...

Bayangkan lah perasaan auntie masa tuh...nak contact bukan nyer ada talipon bimbit lagi ketika tuh..

Konon nyer pegi lunch..
Tunang auntie dengan pompuan tuh dan kawan sorang lagi tuh dengan kakak dia..emm bercouple2 lah..

One thing about tunang auntie dia memang jenis tidak berahsia, apa segala semua cerita...siap bergambar2 kat rumah pompuan tuh...

Auntie hanya menangis sendirian tak tunjuk lansung kat dia yang auntie tersiksa menahan cemburu..

Kami di jemput oleh keluarga pompuan tuh pegi picnic kat PD. Masa tuh sekali lagi auntie macam tak ujud...Boleh percaya dia bergambar berkeluarga dan ada yang berdua tanpa auntie....Nampak sangatlah yg keluarga dia suka kat tunang auntie...
Apakah tunang auntie dah kena 'permainan' bomoh nyer??

Auntie for the first time bergaduh dengan tunang auntie....Rupa2 nya..sangat sakit kalau cemburu melanda diri kita...lebih dahsyat dari menahan rindu....

Auntie ambil keputusan bersuara....
Senang saja auntie kata kat tunang auntie masa tuh..

"Kalau nak dia kita putus tunang.. tapi ingatlah..awak tak kan lama dengan pompuan macam tuh..."

akan sambung...

Sunday, October 11, 2009

RUMAH TERBUKA AIDIL FITRI 2

Lepas jer solat Asar, uncle bersiap2 dah nak pergi jemputan rumah terbuka.

Alhamdulillah, badan auntie pun rasa kuat sikit utk menemani nyer.

Berjumpalah kawan2 lama auntie..

Emm...bila berjumpa banyak lah nak di borakkan..tapi auntie hanya boleh picked up 20% sahaja, auntie kan memang tak boleh dengar...

Semua mengadu yg masing2 ada mengidap penyakit...darah tinggilah, kencing manis lah, sakit tengkoklah dan sakit lutut tapi tak lah seteruk auntie yg terpaksa berpimpin bila nak berjalan..

Auntie di pimpin kedalam rumah oleh kawan auntie...

Mereka tanya kenapa nani tak pakai tongkat??

Auntie kata tongkat memang ada..tapi kalau pakai tongkat, tak dapat lah auntie nak bermanja dan dimanjakan..kan bahagia bila dpt di manjakan..berpimpin...

Mereka kata betul jugak..ketawa ramai2..

Auntie beredar dari rumah tuh..dengan perasaan sedih sebab di majlis manakah kita akan bertemu lagi.....

Saturday, October 10, 2009

RUMAH TERBUKA AIDIL FITRI

Dah jadi rasmi setiap tahun ada jemputan2 rumah terbuka.

Hari Sabtu jer..tiga rumah.

Jiran dan kawan masa dalam tentera dulu2..

Suka auntie nak jumpa kawan2 lama..especially kawan2 tentera dulu2.. Dia orang nih semua nya berjaya dlm career mereka.. Ada yg dah dpt Gelaran 'Dato' ada yg dah bersara..

Bayangkan dulu2 muda handsome..tapi bila berjumpa sekarang dah beruban dan berkedut2..
Termasuklah auntie...dulu sexy maxi...sekarang dah jadi kayu balak yg tak lepas satu pemeluk...
Tua yg dah di makan usia....

Tapi badan macam tak larat dan kepala pening, masaalah macam nih kalau nak keluar rumah...

Tengoklah nanti sebab jemputan tuh sampai pukul 9:00 malam

Harap2 auntie okay by then...

Friday, October 9, 2009

CONSENT TO CONTINUE

Yeah!!!! my darling hubby kata boleh sambung...tapi mama kenalah tepek gambar banyak2 sebab

"A picture speaks more than a thousand words".

Auntie kena kerja kuat lak hujung minggu nak cari gambar2 lama... Emm.... betul jugak kata hubby auntie tuh...

So my next episod shall be continued by Monday or sooner. Inshaallah...

Thursday, October 8, 2009

PEEJA BLOCK YR BLOG...WHY???

Subuh2 tadi try lah bukak tak leh dah di block nyer... ni kejap nih tadi masih block lagi...
Apa lak pulak yg tak kena.....
Siapa pulak yg cucuk your ass uh???

Dont you know that you hurt the feeling of your regular readers by privatised yr blog.... dont you know that all of us felt its not a complete routine if we don't read your blog???

Suruh mama continue writing, Peeja pulak tutup for selective people jer... Mana aci macam nih!!!!

We all love to read your articles and we love you Peeja.... Aint it right??
Bukak lah....Bukak lah....Bukak lah....

Sunday, October 4, 2009

MEMBEBEL JER ANAK KU PEEJA

Emm... Peeja dah berhari2 membebel, dia marah2 auntie dengan muka kerut2...walaupun auntie tak leh dengar tapi tahu dia betul2 marah..

Peeja : Mama bila nak update mama punya episode seterus nya uh? Kalau dah tak nak continue stop from blogging. Bulan puasa tak per lah 'cerita2' agama yg mama tepek. Nih dah Syawal pun nak tepek pasal agama juga. Kawan2 Peeja semua tanya tau kenapa mama tak continue..bila nak continue..

Dulu kata nak cerita pasal hidup mama...tapi baru sampai umur 21 ker 22 tahun dah berenti...

Auntie : Alah kao nih!!! sabar lah mama nak kene korek gambar2 lama dalam album tuh... Dah tuh episode seterus nya .....sangat lah 'sensitif' mama kena tanya dan minta izin papa dulu kalau dia tak bagi publish mama terpaksa skiplah....BUT IT IS VERY ..... cant find the right word to explain....

Give me a day or two to write coz mama still having my temperature (fever and cough). I shall continue dear...

Mama wonder is my reader out there keen to read the continuation of my life stories???? If there's a strong request... I'll definately will continue...

NAK MASAK APE? TETEL2 DAGING RAYA TUH!!!

Ada semangkok besar daging tetel, lebihan raya tempoh hari. Rasa hati.... nak masak 'Gerang Assam'. Ni masakkan Melaka. Masa auntie baru2 kahwin dgn uncle, auntie selalu makan umah 'Mak Long Tijah' ibu mertua kepada Kak Ungku Betty. Memang best sangat. Sedih.... tak sempat auntie bertanya resepi nya, beliau dah pun kerahmahtullah. Bulan puasa baru2 nih, ada lah adik ipar auntie masakkan tapi tak sama resepi macam masakkan 'Mak Long Tijah'. Walaubagaimana pun resepi sedap juga.. Tapi auntie nak tahu resepi masakkan 'Mak Long Tijah sebab ada jintan2.

So...auntie tak puas hati... auntie google. Banyak lah resepi2 assam pedas yg auntie jumpa. Yang pasti nya resepi nih lah yang 'Mak Long Tijah' punya sebab ada bahan2 yang auntie 'rasa' masa makan dulu2 tuh....

Daging yg sesuai ialah daging tetel (yg berlemak2 sket tu)... Masakan org Melaka. Kadang2 ade dihidangkan semasa kenduri kendara

Bahan-bahan ( Bila dah siap masak boleh la makan utk 5 org makan )

  • 600 gram daging tetel (daging yg berlemak sket)
  • Sebiji bawang besar (ditumbuk)
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • seinci halia (ditumbuk)
  • seinci lengkuas (ditumbuk)
  • 2~4 batang serai (diketuk-kalau kecik letak 4)
  • 4 helai daun limau purut
  • sehelai daun kunyit
  • Cili kering (bila dah blend jadi 500ml kat belnder tu~4 senduk besar)
  • 1 senduk besar minyak masak
  • 250 ml air asam jawa (drpd segenggam biji asam jawa)
  • 1 sudu teh biji ketumbar, lada hitam, jintan putih, jintan manis dan sebiji buah keras(disangai dan tumbuk kasar)

Cara-cara

  1. Panaskan minyak masak, tumis bahan2 yg telah ditumbuk seperti bwg besar, bwg putih, halia dan lengkuas. Masukkan sekali serai yg telah diketuk dan juga rempah ratus yg telah ditumbuk. (Auntie blend jer tak kuasa nak tumbuk2)
  2. Setelah bahan2 tumis naik bau, masukkan pula cili kering yang telah dikisar tadi. Goreng sehingga pecah minyak dan garing. Masukkan pula daun limau purut dan daun kunyit.
  3. Masukkan daging yg telah dibasuh bersih dan biarkan sehingga kering air daging. Jika daging masih belum empuk, campurkan 1 liter air. Biarkan sehingga air menjadi setengah daripada tadi. (menggunakan api yg kecil)
  4. Setelah daging empuk, baru la masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa. Masakkan ini rasanya masam2 pedas dan juga kuahnya pekat. Jadi semasa memasak selalu la merasanya tahap masamnya ye...

Hasil nya di makan lazat dan menjilat jari...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...